Wednesday, May 28, 2008

Perkasakan Sekolah Pondok Di Terengganu

Suatu masa dahulu, pengajian pondok memainkan peranan yang besar di nusantara. Ramai ulamak-ulamak tersohor nusantara melayu menyebarkan kefahaman dan pengajaran melalui pondok-pondok yang dibina khusus untuk tujuan ini.

Fokus kami lebih kepada negeri Terengganu Iman, yang suatu masa dahulu turut berperanan melahirkan ramai ulamak-ulamak besar nusantara dan perjuangan mereka diteruskan sehingga kini. Jika anda perasan, di Lembah Kelang ini ramai ustaz-ustaz yang berasal dari Terengganu. Secara tidak langsung, menggambarkan betapa Terengganu begitu sinonim dengan penyebaran ajaran Islam.

Selaras dengan peredaran zaman, sekolah pondok di kebanyakan negeri kini telah dimodenkan. Namun di Terengganu dilihat agak kurang menyerlah dan bilangannya juga begitu kurang jika dibandingkan dengan Kelantan dan Kedah. Di bawah ini disenaraikan sekolah-sekolah pondok yang tersenarai di e-pondok :-

BIL

ALAMAT PONDOK

PENGETUA

TELEFON

1

Pondok Darussalam, 263 Taman Purnama, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Tuang Guru Hj Abdul Rahman b Ahmed

09-617 1386

2.

Madrasah Darul Bayan, Kg Pinang Merah, 23100 Paka, Dungun, Terengganu

Ustaz Saiuful Bahri b Mamat

09-827 3001

3.

Madrasah Falahiah, Pondok Paku, Kg Kerandang, 22000 Besut, Jerteh, Terengganu

Ustaz Hj Najmuddin b Mohamad

09-594 1280

4.

Pusat Pengajian Taman Islam, Jalan Bakau Tinggi, Peti Surat 45, 24007 Chukai, Kemaman, Terengganu

Ustaz Hj Mohd Zawawi b Hj Abdullah

09-859 1943

5.

Pondok Bukit Jong, 5738 Kg Bukit Jong, Jalan Kelantan, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu

Ustaz Syed Suhaimi b Syed Hasan Abdul Hadi

012 936 2387

6.

Madrasah Batu 22, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu

Ustaz Awang b Deraman

019-947 7485

7.

Madrasah Dual Ikwan, Pondok Lubuk Pandan, Kg Lubuk Pandan, 21040 Marang, Terengganu

Ustaz Husin b Deraman

09-680 3297

8.

Madrasah Matla’ Badrain, Pondok Jabi, 22020 Jabi, Terengganu

Tuan Guru Hj Muhammad b Awang Teh

09-692 2964

9.

Pondok Sungai Bari, Pondok Hj Lah Apal, Kg Apal

Tuan Guru Hj Abdullah

(meninggal Mac 200 8) kini diganti oleh anaknya



sumber : http://epondok.wordpress.com/2008/05/16/pondok-terengganu/

Jika dilihat, daripada daftar di atas hanya ada 9 buah pondok sahaja di Terengganu. Ini tidak dapat menampung keperluan yang membuak-buak di dalam pengajian Islam pada hari ini. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa sistem pondok harus dimodenkan pada masa kini. Pada saya, tidak salah memodenkan pondok-pondok ini. Tetapi mata-mata pelajaran yang mementingkan kitab-kitab melayu/jawi daripada ulamak-ulamak nusantara tersohor haruslah dikekalkan. Jangan lah memandang 'lekeh' akan kitab-kitab melayu/jawi atau lebih dikenali dengan kitab kuning. Jangan terkejut jika ada antara kitab-kitab ini di ajar di India dan Afrika nun jauh di sana.

Pada masa ini, kecenderungan untuk mendalami pengajian agama begitu berkobar-kobar di kalangan pemuda-pemudi hari ini. Seharusnya, satu tindakan perlu di ambil untuk memperkasakan kembali peranan-peranan sekolah pondok ini. Seharusnya kita sedar, remaja-remaja kita di Terengganu begitu terdedah kepada gejala-gejala yang tidak sihat. Mat rempit, minah rempit, mat metal, gejala pil kuda dan sebagainya.

Pendokong-pendokong agama termasuklah Parti Islam Semalaysia (PAS) juga perlu berusaha untuk memantapkan kembali sistem pondok sedia ada. Ini penting untuk memastikan kesinambungan dan kesohoran ulamak-ulamak Melayu nusantara diteruskan. Janganlah kita hanya sibuk mengejar kehidupan dunia dan pada masa yang sama Allah mengangkat kembali ilmu-ilmu agama dengan mematikan golongan-golongan ulamak yang sedia ada.

Di Terengganu, nama-nama seperti Tokku Paloh, Tokku Pulau Manis, Syeikh Duyung dan ramai lagi suatu masa dulu menjadi rujukan kepada seluruh pelusuk nusantara. Oleh itu, mengapa tidak kita teruskan sahaja kesinambungan ini. Perbanyakkan lagi pondok-pondok di Terengganu. Perbaiki sistem pembelajaran dan saluran kewangan kepada pondok sedia ada. Insya Allah, kita mampu.

2 comments:

Al-fakirilallah said...

Saya begitu mencari-cari pengajian pondok yang terbaik untuk bapa saya. Di kini di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.

Saya berada di Selangor dan akan berpindah ke Trengganu dalam waktu yang terdekat. Bapa saya baru saja memulakan pengajian pondok yang ke dua di sana dan hasrat saya untuk membawa dia pulang belajar di mana-mana pondok yang berdekatan dengan saya.

Saya akan pindah di daerah Kuala Terengganu.

Sila maklumkan kepada saya di talian 0193119440 sekiranya saydara mengetahuinya.

Sebarang maklumat saya ucapkan jazakallah hukhairan kashira.

Unknown said...

salam. untk pengetahuan saudara, anak2 murid sheikh abdullah yang mengaku wakil tuhan tu sedang mempromot guru mereka d mengatakan org2 yang mengajar sekarang ramai x sampai kepada allah. die je y betul, diredhai allah, diiktiraf.. hati2 dgn puak2 ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails