Thursday, July 28, 2011

Wajah-wajah ayu di sebalik Bersih 2.0 - Bahagian 1

Harap-harap terbuka lah hati kita untuk melihat kebenaran. Asyik cakap orang yang bohong, rupanya kita pun sama bohong. Asyik cakap orang lain putar-belit, kita pun sama-sama kaki belit. Perlu kita berlapang dada dalam meneliti dan jangan sembrono mengikut nafsu amarah. Tak pasal-pasal kita diperalatkan. Tak kira siapa, kalau dia menipu - 'must be something wrong'. Kena jaga-jaga. Jangan kena tipu lagi. Atau kita memang suka kena tipu?

Pendokong utama - Ambiga
Kalau lupa - kawan tolong ingatkan. Beliau adalah antara peguam
Lina Joy yang telah murtad dan m
enjadi isu besar di negara kita suatu masa dahulu. Dan beliau turut antara pendokong IFC. Antara tuntutan-tuntutan beliau di bawah IFC adalah :-

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.6. Seseo
rang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak
patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Sila baca di sini lagi untuk lebih lanjut.

Bukan saya ke yang mati, eh... dialah yang mati ...

Tiba-tiba pula ada pelakon berbayar yang melibatkan konspirasi lagi. Aduh sini konspirasi, sini konspirasi. Apa? Ingat dia berlakon suka-suka hati je ke?

Dia ni ke Baharuddin ? Kalau rajin, siap boleh jumpa video dia meninggal lagi dalam youtube. Siapa yang letak tu?
Takkan saja-saja letak kot atau tersalah letak. Takkan kebetulan pulak video tu boleh masuk dalam youtube, cepat pulak tu. Ingat, salah jangan cakap betul. Betul jangan cakap salah? Apa? dalam politik takpe? Alasan ? Strategi dan tipu daya perang. Ouch? Nabi pun pernah buat muslihat dalam peperangan ? Masa ni boleh tipu ka? Aduh, hang belajar kat mana ni?





Ini Baharuddin Ahmad yang sebenarnya (tanpa niat untuk mengaibkan allahyarham atau keluarga beliau ...)


Ini adalah gambar beliau di dalam bangunan yang menjadi sebahagian video rakaman polis. Secara langsung menjelaskan konspirasi di atas. Kalau tak kawan pun tertipu hidup-hidup. Aku memang marah siapa yang buat kerja camni.




Gambar bawah : gambar allahyarham

Sekarang jaga-jaga. Ramai orang sudah pandai tipu ohh.. Kalau tak jaga-jaga banyak lagi kita kena tipu..

Sunday, July 24, 2011

Bersih - Bersih atau Belum?

Bersih - satu perkataan yang tiba-tiba sahaja menjadi 'hot' dan 'glamour'. Tidak kira siapa sahaja - tua, muda, remaja semua peka dengan perkataan tersebut. Tidak kira sokong, tak sokong, buat tak tahu tetaplah faham apa yang dimaksudkan bersih.

Bersih 2.0 itulah cerita terhangat dua tiga minggu lepas. Sengaja mengambil peluang untuk menunggu suasana sejuk sikit, barulah tergerak hati untuk menulis. Dah tentu tulisan ini kalau ramai yang terbaca 'sure' terbakar dan mengelegak. Sepanas hati pendemo-pendemo bersih yang kena tembak dengan gas pemedih mata dan di sembur dengan air kimia.

Apa objektif bersih ? Objektifnya adalah berkumpul dan menyampaikan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih di Malaysia. Persoalan pertama, dalam demokrasi yang sistemnya di reka oleh manusia yang korup ini, adakah pilihanraya akan bersih? Jawapannya tidak ada. Biarpun yang dituntut itu dipenuhi - pilihanraya akan tetap penuh dengan maki-hamun, lobi-melobi, caci-mencaci , fitnah -menfitnah, buruk -memburuk dan sebagainya. Kalau nak kata umno, orang pas pun hampir sama juga. Bahkan satu-satu masa ada kalanya lebih teruk dari orang umno sendiri.

Siapa yang anjurkan Bersih? Mesti satu Malaya sudah tahu - jawabnya Ambiga(malas nak sebut nama penuh). Siapa dia? Peguam Lina Joy. Siapa Lina Joy. Dialah orang melayu yang murtad dan berjuang supaya namanya dapat ditukar kepada nama kafir di dalam kad pengenalan. Jadi siapa Ambiga ini? Dah tentu orang yang memusuhi islam. Maksudnya orang-orang yang boleh dikategorikan sebagai harbi. Satu masa dulu saya masih teringat ramainya orang Islam yang berkumpul di masjid Wilayah untuk mendengar taklimat dari mufti Perak mengenai perihal orang yang murtad ini. Ramai yang marah dan sebagainya.

Tapi pada hari bersih 2.0 inilah juga orang yang marah tadi duduk di belakang Ambiga melaungkan slogan-slogan bersih? Apa kena dengan umat ini? Adakah satu masa kita memarahi musuh Islam dan satu masa pula kita boleh duduk bersama-sama satu pentas menyokongnya. Adakah otak kita dah letak di kepala lutut agaknya?

Adakah bersih perlu dilakukan dengan perhimpunan, tunjuk perasaan dan pertempuran dengan polis? Sultan Mizan sudah bagi isyarat - berundinglah. Maksudnya sultan sudah faham kemahuan dua-dua belah pihak. Habis itu tak boleh berunding ke? Tak boleh? Pasal tarikh sudah set, stadium itu orang tak bagi? Jadi kita kena hentam juga sama polis. Akhirnya siapa yang rugi? Bukan ke Orang melayu yang rugi? Pimpinan tak boleh berunding secara baik? Yang untungkan sama-sama pihak?

Siapa yang untung? Orang bukan melayu yang untung... Pasal apa? Kita berpecah. Kita lemah. Kita mudah diperkotak-katikkan. Kita dibalacikan. Kita sekadar menang berpekik di tepi-tepi jalan. Tapi kita tidak tahu apa yang sudah dijanjikan oleh orang atasan sesama mereka. Berapa banyak curahan duit yang ditaburkan. Sementara yang di bawah hanyalah jadi catur-catur tak berharga.

Siapa cakap dia cedera? Anwar, Mat Sabu, Tian Chua dan orang-orang lain juga. Mat Sabu dah kantul - cakap bohong. Itulah taqiyyah ikut mazhab dia. Cakap kena langgar landrover polis, rupa-rupanya langgar divider jalan. Anwar? Kasihan. Sampai kena sedut gas oksigen. Dapat publisiti murahan tu. Terdesak sangat ke? Tian Chua ? Siapa suruh pergi provoke polis? Kan dah kena tembak dengan gas?

Silalah kita lihat fakta. Polis tu polis anti rusuhan. Memang kerja dia pukul, tembak, simbah air dan kejar orang. Jadi bila kita nampak apa kena buat? Jawabnya lari. Bukan sahaja cari penyakit pergi serbu sama dia.

Adakah perhimpunan atau demostrasi mahu atau tidak mesti di adakan? Tiadakah lagi usaha rundingan yang boleh dijalankan? Sudah tertutupkah pintu demokrasi di negara kita? Yang jelasnya, perhimpunan bersih bukanlah yang seperti difahami oleh kita. Ianya adalah promosi kepada negara luar bahawa Malaysia ini berada di dalam keadaan yang terdesak.

Sedih dan kasihan kepada orang melayu Islam. Kerana politik kita terbelah dua. Kerana kepentingan orang-orang tertentu kita dikerat-kerat lagi. Itu belum dicampur dengan permasalahan yang lain lagi. Hakikatnya memang kerajaan tidak betul dan senget sebelah, tetapi adakah tindakan kita ini tidak senget atau betul? Akhirnya kuasa politik kita sendiri hampir terlodeh. Lagilah bila pilihanraya akan datang. Apabila isu-isu sensasi kerajaan berjaya dimanipulasikan supaya terbakar habis jiwa dan raga sang rakyat.

Di mana nilai kasih sayang antara sesama kita? Seorang pemimpin yang berjiwa besar dan mengambil berat akan pimpinannya akan berusaha untuk mengelakkan sebarang kemudaratan besar kepada orang yang di bawah pimpinannya. Bukannya sama-sama membawa mereka ke jurang musibah untuk mereka terjun ke dalamnya? Adakah ia memberi keuntungan kepada semua? Yang nyata, puasnya nafsu sahaja. Sementara bangsa kita menunggu masa untuk difaraidkan. Aduhai umat!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails