Thursday, November 3, 2011

Mahabbah Ya Rasul!!



Ternyata masih begitu ramai di luar sana pencinta-pencinta mu Ya Rasulullah! Biarpun jasad mu telah pergi, tetapi dirimu tetap mekar hidup di dalam hati-hati kami umatmu. Kau mengelarkan kami kekasihmu kerana kami tetap mencintaimu walaupun kami tidak pernah bersua denganmu.

Ternyata diri ini begitu terharu melihatkan cinta saudara seagamaku di Chechnya. Patutlah begitu kebal bumi Chechnya dari taklukan kuasa komunis Russia. Walau hanya satu pinggan kecil peninggalan Rasulullah, tetapi mereka menyambutnya seumpama sebuah perayaan. Tidak kira golongan atasan atau bawahan, semuanya berkumpul untuk menyatakan cinta dan mahabbah mereka kepada Rasulullah.

Moga kita di sini jua begitu. Besar harapan kami jika saudara-saudara seislamku di sini juga bersatu begitu untuk menyatakan rasa kecintaan yang tinggi kepadamu ya Rasulullah. Dan hindarkanlah suara-suara sumbang yang lantang menyatakan ini perkara bidaah. Kerasnya hati mereka, tidak mengetahui betapa mendalamnya cinta dan kasih pencinta-pencinta mu ya Rasulullah! Sedangkan iman kami tidak akan sempurna selagi tidak mencintaimu melebihi cinta kami kepada diri kami sendiri jua. Madad Madad ya Rasulullah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails