Thursday, February 28, 2008

Apalah Hj. Hadi ni, orang nak bersalam pun dia tak mau.. bongkaknya dia..

Adeh... deh.. deh... penat telinga dengar cerita Haji Hadi bongkak sangat nih... sampai tak mau bersalam langsung dengan lawan dia.. Allooo.. amaaaa... takde isu lain ke nak highlight.. Dah penamaan calon, macam2 la benda nak buat. Haji Hadi pun dah cakap tak kenal calon lawan. So, benda yang teramat kecik je tu... Tp, pelik pulak kecoh satu Malaysia...

Banyak isu nasional yg besar-besar dan membarah dalam masyarakat kita, isu itu yg dia highlightkan. Rasuah, kehakiman... Tak pernah keluar tv pun isu2 tu... Isu salam ni pulak yg dihighlightkan.... Tp, lepas baca tranungkite... Baru lah aku faham... kenapa Pak Lah marah sangat kat Haji Hadi tak mau bersalam... Gambar di bawah jadi bukti nya...


Mmm.. camni la ajaran Islam Hadhari rupanya ... ye lah, Pak Lah kan pengasas dia... aduss...

Wednesday, February 27, 2008

Sudah hilangkah perikemanusiaan kita ....

Saya sudah beristeri dan mempunyai 2 orang puteri sebagai amanah Allah. Dan hati saya benar-benar tersentuh apabila membaca surat ini. Check it out!

Sumber : rockybru.blogspot.com

A little girl's open letter to Abdullah Ahmad Badawi

From a 5-year old whose beloved teacher has lost her husband to the ISA, for 6 years now.
Rocky's note: This letter has been mailed to Abdullah Ahmad Badawi, the Internal Security Minister responsible for signing documents that have sent scores of people to detention without trial, the latest being the 5 Hindraf leaders. The little girl's name has been changed for this posting, for obvious reasons.

Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, semoga berada dalam jagaan Allah SWT selalu.

Assalamualaikum,

Saya, Sakinah, pelajar sekolah swasta tahun 5, ingin menulis surat tentang guru saya, Cikgu Norlaila.

Saya ingin menceritakan peristiwa semasa saya mengikuti kelas daurah/usrah di mana sewaktu kami berehat, cikgu berkongsi yang dia amat inginkan seorang anak perempuan seperti kami, anak murid perempuannya, kerana dia inginkan seorang anak yang lemah lembut.

Cikgu Norlaila menceritakan kepada kami (anak murid perempuan) bahawa malangnya suaminya ditangkap di bawah ISA lebih 6 tahun dahulu. Suaminya belum dilepaskan atau dibicarakan lagi. Saya amat sedih mendengar cerita itu kerana saya terbayang bagaimana anak lelaki tunggalnya terasa.

Setiap hari, ayah saya balik, tetapi ayah saya selalu balik lewat malam kerana banyak kerja. Saya amat merinduinya, tidak sabar menunggu kedatangannya dan ingin memeluknya.

Bagaimana akan perasaan anak Cikgu Norlaila pula? Inilah kasih sayang antara seorang anak dan ayahnya.Seperti ayah saya dan saya.

Ibu saya serta guru-guru saya memberitahu saya Allah suruh kita adil, bercakap benar, menolong orang lain tidak kira ugama atau bangsa, dan tidak menyakiti orang lain.

Saya doa Allah lembutkan hati tuan Perdana Menteri supaya membebaskan suami cikgu.

Jadi inilah tujuan saya menulis surat ini. Saya berharap agar tuan melepaskan suami cikgu kesayangan kami supaya anak cikgu dapat hidup bahagia seperti keluarga saya.

Yang benar,
Sakinah
Warganegara Malaysia

'Rasalah simpati;
Demi Jiwa dan Diri'

Tuesday, February 26, 2008

Pilihanraya Di Malaysia Tercinta...

Aiya... apasal depa nih takut sangat nak bertanding secara bersih.. Gentleman la.. kalau menang okey la. Kalau kalah pun okey gak. Dah memang adat bertanding, kalah menang tu benda biasa lah. Takkan nak menang sampai kiamat kot, even nabi kita pun pernah kalah perang.

Learn from mistake. Teringat kata-kata Robert Kiyosaki dalam buku 'Rich Dad, Poor Dad'. Dah kalau dah salah, silap, kalah... apa yang dapat kita pelajari dari situ.. Tapi kalau kalah macam ni, memang la aku tak puas hati.. macam Terengganu kalah 2004 dulu.. Memang tak puas hati... Tak caya??? cuba la check no.-no i/c nih. SPR tolong la jalankan tanggungjawab yang diamanahkan tu. Nanti dalam kubur kena tanya. Takkan nak senang kat dunia, nak susah kat akhirat kot. Sanggup ke?? Check it out :-

801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045

Ni yang jumpa.. yang tak jumpa banyak lagi.. Adus.. selamatkanlah Malaysiaku..

Tangan Aku Keras...

Aduhhh... Dalam benak ni macam - macam benda nak tulis(nak blogging). Nak tulis pasal pilihanraya lah, nak tulis pasal Financial Freedom la, nak tulis pasal KLSE yang lembap macam kura-kura masa musim pilihanraya nih la... macam-macam lagi nak tulis.. Tapi kenapa tangan aku keras semacam jer... heh heh....

Masa kecik-kecik dulu aku ada banyak cita-cita. Nak jadi askar - tapi tak boleh pasal tak cukup tinggi... wakakaka... Nak jadi lawyer pasal aku dulu memang banyak cakap dan suka berdebat - tak dapat masuk UIA ambik kos law pasal English score rendah.. Nak jadi saintis - tak boleh gak pasal ikut angan-angan tu macam-macam benda aku boleh reka(design) tapi bila nak design satu bende pun tak jadi...

Last-last jadi lah aku yang sekarang... kerja related dengan komputer.. tapi aku sama jugak macam dulu. Dah jadi aku yang sekarang ni, nak jadi ustaz lah, nak jadi jutawan lah, businessman lah...

Tapi insya Allah.. aku akan usahakan jugak cita-cita aku di atas berjaya walaupun tak semuanya. So sekarang ni cita-cita aku nak berblogging.. Rasa-rasanya berjaya ke idak ?? Banyak sangat benda nak cerita kat orang-orang luar sana nih terutama musim pilihanraya ni. Calon PKR pergi bercuti kat PD masa penamaan calon lah, Mahadhir mengaku zalimi Anwar lah, SPR menipu lah... Tapi insya Allah la.. Slow-slow.. ambik tone dulu... harap-harapnya apa yang aku sampaikan nanti memberi manfaat kepada mereka-mereka yang kat luar sana dan beroleh kerahmatan Allah. Insya Allah... for now on, chaloo dulu.. nak gi makan.... lapooo...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails