Wednesday, February 16, 2011
Mari Hidupkan Rasulullah Di Hati Kita
Sesungguhnya berbahagialah ummat pencinta nabi sempena bulan maulidur Rasul. Maka penuhlah di sana-sini dengan majlis-majlis sambutan maulidur Rasul yang diadakan di seluruh negara. Jadi, kepada pencinta-pencinta Rasulullah yang inginkan hati mereka di sirami kerinduan dan kecintaan yang membuak-buak kepada Rasulullah maka hadirkanlah diri dan hati-hati ke majlis-majlis ini. Keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah hanya dapat dirasai oleh mereka yang hadir sendiri ke majlis-majlis tersebut.
Biarkan sahaja suara-suara sumbang yang setiap kali hadir bulan Maulidur Rasul maka 'volume' mereka akan lebih kuat lagi kedengaran. Siapa yang tidak minum, maka dia tidak akan merasa betapa kemanisan yang disediakan dari hidangan-hidangan rohani dan jasmani majlis-majlis Maulidur Rasul. Perbanyakkan olehmu akan selawat ke atas nabi melalui bacaan-bacaan maulid barzanji, maulid Diba'i, Simtur Durar, Dhiya' ULami' dan sebagainya. Tanya lah juga kepada suara-suara sumbang yang menjerit-menjerit tadi berapa ribu kali selawat agaknya yang melintasi lidahnya untuk mengingati nabi.
Sollu Alla Nabi... Salallah wasalam alaih..
Tuesday, February 8, 2011
Perhentian Terakhir
Kadang-kadang kita sebagai manusia selalu lupa. Mungkin tazkirah ini dapat mengingatkan kita.
Sunday, February 6, 2011
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Ba'alawi KL 1432 Hijrah (2011)
Alhamdulillah. Maka telah masuklah kita ke dalam bulan yang penuh barakah pada tahun ini iaitu bulan Rabiul Awal yang penuh barakah. Bulan yang menjadi bulan kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad Sallahu alaih wasalam.
Maka dijemput muslimin dan muslimat untuk menghadiri sambutan majlis maulidur Rasul bersama para ulamak dan habaib di Ba'alawi KL pada 20hb dan 27hb Febuari ini. Juga jangan dilepaskan untuk turut hadir di majlis-majlis sambutan maulidur Rasul di tempat-tempat lain. Semoga barakah majlis ini melimpah dan menerangi hati-hati kita untuk mencintai Rasulullah lebih daripada diri kita sendiri.
Sedangkan seluruh alam begitu gembira dengan kelahiran nabi kita Muhammad Sallahualaih wasalam, maka apakah kita yang begitu kerdil dan diselimuti dengan noda dan dosa merasa ego untuk melupakan insan yang paling sempurna dan menyayangi kita sebagai umatnya?
Maka marilah kita sama-sama bergembira dan bersyukur di atas kelahiran Rasulullah Sallahualaih wasalam yang lahir membawa nur dan petunjuk kepada hati-hati manusia untuk mengenal Allah Rabbul Jalil.Maka dijemput muslimin dan muslimat untuk menghadiri sambutan majlis maulidur Rasul bersama para ulamak dan habaib di Ba'alawi KL pada 20hb dan 27hb Febuari ini. Juga jangan dilepaskan untuk turut hadir di majlis-majlis sambutan maulidur Rasul di tempat-tempat lain. Semoga barakah majlis ini melimpah dan menerangi hati-hati kita untuk mencintai Rasulullah lebih daripada diri kita sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)