Thursday, March 27, 2008

Rupanya Langit Itu Tinggi... Ku Sangkakan Rendah ...


Ku ingatkan Pak Lah boleh makan istana. Rupanya Pak Lah yang kena 'ngap' dengan istana. Aduh. Mana nak letak muka lepas ni. Dah tentu satu Teganu tengah senyum kambing kat aku. Tapi rasanya tak apa kot. Pasal muka aku memang tebal.


p/s: cadangan saya, letak je lah jawatan tu. Rosol ngan Derih. Geng2 Umno pun takmbuh, Barisan Rakyat lagi la. Elok pergi duduk kat Pulau Bidong je la.

Wednesday, March 26, 2008

Takkan ada Pilihanraya Kecil di Terengganu. Percayalah!!!

Pelbagai drama panas dan hangat di pasaran dipertontonkan kepada rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Berdegung-deganglah negeri Terengganu diperlakukan oleh puak-puak Ameno dan Barisan Nasional. Dan join sekaki lah mangkuk-mangkuk hayun yang tak de kena-mengena dengan negeri Teganu - Ku Nan, Ghani Pak Tail dan sebaris dengannya. Kutuk-kutuk al-Sultan negeri dan majlis penasihat negeri sesuka hati mereka. Kononya tak tahu perlembagaan negeri dan negara.

Maka diberitakan oleh Derih melalui orang kanannya iaitu Rosol geng ulu Ganu - seluruh adun-adun Ameno yg. 22 orang ini sokong supaya Derih jadi menteri Besor. Maka berkumpullah askor2 upahan dari Besut dengan bawa banner yang macam2 jenis nak memperlihatkan sokongan rakyat kepada Derih kononnya. Dan 'natang-natang' nih bawa mesej yang dipertontonkang kepada seluruh negara yang jelas mesejnya menderhaka kepada Sultan al-negeri Terengganu Darul Iman.

Walhasilnya, maka bertemulah memanda Menteri Malaysia yang terjaga dari tidurnya dengan Al-Duli Sultan Yang Dipertuan Agong. Maka ditanyakan dimanakah gerangannya diletakkan duit Royalti yang telah di new brandkan kepada 'wang ehsan' sebanyak RM1 billion itu. Dan sesuai dengan slogan Derih, orang ganu akan melihat pembangunan yang tak pernah dilihat sebelum ini, maka memang orang ganu tak pernah tengok hasil nya duit RM1 billion ini. Maka hiduplah rakyat-rakyat Ganu seadanya dan ditabalkan sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia keseluruhannya.

Namun begitu, rakyat Teganu masih teramat kasih akan parti kesayangan mereka dan tidak kisah akan kemana hilangnya hak mereka. Tetap berikan undi mereka kepada al-parti yang dikatakan hanya mereka berupaya mampu menjamin masa depan rakyat teganu, yang mana memaklumkan bahawa bukan tuhan yang menjamin masa depan mereka sekaliannya.

Dan drama ini berterusan kini. Ketiga 'natang' yang bermastautin di Teganu nih, dilucutkan Datuknya iaitu Derih, Rosol dan Ding Adam. Sepatutnya dibuang sahaja ke Pulau Bidong, yang mana menempatkan geng-geng pelarian Vietnam satu masa dulu. Dan sesuai lah mereka itu jadi monumen sahaja seperti monumen yang ada di pulau tersebut. Dan tidaklah al-pelik dan ajaibnya nanti, tetiba sahaja Yang Berhormat negeri Teganu yang 22 orang itu akan tiba-tiba sahaja menyatakan sokongan mereka kepada Mad Said (samseng kg Kijal itu). Sambil datang memeluk-meluk dan mencium-cium akan pipi Mad Said itu. Tak ada yang ajaib dan peliknya kerana memang itu budaya mereka. Siapa yang ada kuasa dan duit, itulah raja mereka.

Dan drama di negeri Teganu Darul al-Iman ini akan berterusan. Dan kita lihat sahajalah, bahawa undi tidak percaya itu tidak akan jadi kenyataan pun. Maka sedeh hatilah akan rakyat-rakyat dan pimpinan barisan rakyat. Nok buat ganer, nasik dah jadi bubur. Orang ganu gok lah yang pilih 'natang-natang' nih jadi pemimpin mereka. Nak menyesal ?? Dah terlambat. Akan berubahkah carta hit no.2 itu, atau akan naik ke no. 1?? Tunggu dan lihat saje lah. Sesungguhnya kami hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Dan Dia sahajalah yang memberi kemuliaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan memberi kehinaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk

KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.

Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

sumber:// siasahdaily.blogspot.com

Tuesday, March 25, 2008

Terkini!!!

Pak Lah dikatakan telah bersetuju untuk menerima Ahmad Said sebagai MB baru Terengganu selepas berjumpa dengan Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan. Sudah tentu rakyat tertanya-tanya isi perjumpaan yang mana Pak Lah sanggup berubah hati terhadap MB kesayangannya itu. Berita selanjutnya akan menyusul.

sumber dr siasahdaily.blogspot.com

Sunday, March 23, 2008

Bangkitlah Rakyat Terengganu!!



Tak tertahan rasanya hati ini. Apa sudah jadi kepada warga Terengganu. Di mana pimpinan PAS, NGO dan orang-orang Terengganu yang prihatin. Sultan kita sudah jelas diperkotak-katikkan oleh Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya. Jelas mereka menderhakai Sultan kita. Ingatkah lagi semasa Lim Kit Siang menyatakan untuk memboikot majlis angkat sumpah MB Perak ?? Berkokok lah puak-puak mereka siang dan malam menyuarakan bantahan samada disemua media massa... radio... dan segala saluran yang ada...

Dan kini!! Mereka kembali mengulanginya... Tetapi berlainan peranan. Mereka pula mengambil alih peranan untuk memboikot majlis yang direstui oleh Sultan.. Nah, kepada semua barisan rakyat. Tidak kira anda BN, UMNO, PAS atau tidak berparti.. Nyatakan sokongan kepada Sultan Terengganu kita yang disayangi dan dihormati. Dan pastikan penderhaka-penderhaka ini akan menerima balasan yang setimpal... Bangkitlah !!!

Tuesday, March 11, 2008

Mukhriz Pun Tipu Gak??


Got an interesting mail today. It says:


Proof that Mukhriz Mahathir, son of Mahathir Mohammad, cheated in the
2008 Malaysian General Election !!

=========================================

Mukhriz Mahathir ran for the P5 Jerlun parliamentarian seat at Kedah.

SPR officially announced that Mukhriz Mahathir won with a 2205 vote
majority.

But there’s a catch -

In the P5 Jerlun parliamentarian race,
99.85% of the 37,297 voters turned out to vote !!

Hard to believe? You bet it is !!

According to SPR’s official result (available at
http://pru12.spr.gov.my/spr/) - of the 37,297 voters, 37,242 came out to vote.Put it another way - of the 37,297 voters, only 55 voters have failed to vote !

Yes, I kid you not ! You can go check out the SPR official result
yourself !

The 99.85% turnout rate is ABSOLUTELY THE HIGHEST of all the 222
parliamentarian races in the election.

The following is from the SPR website :

=========================================

P.5-JERLUN IDRIS BIN AHMAD PAS 17,219
MUKHRIZ MAHATHIR BN 19,424 MNG

JUMLAH PEMILIH : 37,297
KERTAS UNDI DITOLAK : 599
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 37,242
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 0
PERATUSAN PENGUNDIAN : 99.85%
MAJORITI : 2,205


=========================================

And I’ve also put a copy of the SPR result at http://kedah.4shared.com/

Check it for yourself ! See what a blatant cheater Mukhriz Mahathir
is !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails