Showing posts with label ezam. Show all posts
Showing posts with label ezam. Show all posts

Thursday, June 26, 2008

Ezam Yang Semakin Berkokok

Gambar : Malaysiakini
Senarai calon pelakon lawak lelaki terbaik untuk AIM tahun ini.

Sebenarnya, diri ini sudah malas untuk mengulas akan seorang hulubalang ini. Bagi diri hamba - yang sudah itu sudahlah. Jasa dan pengorbananmu semasa bersama rakyat akan dikenang. Namun pembelotanmu kepada rakyat dikemudian hari menyebabkan diri hamba sudah membuang namamu daripada senarai-senarai hulubalang yang dihormati dan dikasihi. Tarafmu sudah jatuh sebawahnya pada pandangan mata hamba. Orang yang mencuci tandas itu sendiri lagi tinggi tarafnya kerana mereka membersihkan kekotoran, tetapi yang dirimu ini sengaja bergelumang dengan tahi dan najis. Dalam masa yang sama, menjerit-jerit untuk menarik perhatian rakyat sekalian. Kononnya dirimulah pembela dan pembersih kekotoran yang tercalit pada rakyat selama ini.

Tapi, semakin hari semakin kuat engkau berkokok. Si pengampu ini seolah-olah telah hilang akal apabila lakonannya tempoh hari tidak diperdulikan rakyat marhaen. Tak habis-habis menjerit dan mengampu supaya rakyat mengatakan lakonannyalah yang terbaik. Terbaru beliau melompat-melompat seakan seekor kera. Sila baca di sini.

Mabuk todi agaknya si dia itu. Silalah pusing kanan dan pusing kiri. Perhatikan kepada majikannya. Satu Malaya dah tahu apa yang berlaku. Minyak naik langsung tidak diperduli. Seolah-olah tiada apa jadi. Lalu Patrick Badawi itu siapa?? Khairy Jamaluddin itu siapa? Malaun- malaun ini yang menyapu siang dan malam khazanah dan harta negara. Kenapa didiamkan sahaja?

Sudah-sudahlah berkokok wahai si Ezam. Kokok mu tak best. Tapi ekormu penuh dengan najis. Tak payah nak menyerang Anwar seorang. Semakin terserlah kebodohanmu. Kalau Anwar melakukan penyelewengan, beliau akan ditelusi dan disiasat. Namun, beliau tiada kuasa. Lalu yang berkuasa itu, siang dan malam merompak harta rakyat secara halal itu bagaimana?

Sudah-sudahlah wahai Ezam. Malulah dengan diri-sendiri dan berhentilah menjadi badut upahan. Bukan rakyat semakin sayang, tetapi semakin benci kepada dirimu. Jika kamu menyertai mereka kerana ada 'bahagian', dipersilakan. Tetapi usahlah lagi menyalak-nyalak tak tentu hala membuat lawak seluruh nusantara. Semakin bodoh nampaknya lawakmy itu. Renti-rentikanlah...

Wednesday, May 28, 2008

Terkini! Sah Ezam Kembali Ke Pangkuan Umno!

Nampaknya cerita-cerita di ruangan maya dalam dua-tiga hari ini akhirnya terbukti jua. Telah disahkan oleh thestar online bahawa Ezam telah berjumpa Pak Lah dan telah menyerahkan borang permohonan dan membayar rm100 untuk menjadi ahli seumur hidup.

Oh Ezam! Suatu masa dahulu saya begitu menghormati beliau. Beliau pada saya merupakan pahlawan perkasa. Kejatuhan Anwar Ibrahim telah mendorong beliau mengerakkan sahabat-sahabat beliau untuk menentang kebobrokan pemimpin Umno yang dikuasai Tun Mahathir. Satu demi satu fail-fail rasuah oleh menteri-menteri di selak oleh beliau. Dan masih teringat lagi bahawa beliau menegaskan menyimpan berkotak-kotak lagi fail rasuah oleh Menteri-Menteri Barisan Nasional.

Dan masih lagi teringat sumpah keramat pemuda keadilan di Johor. Penulis adalah di antara ribuan penyokong yang hadir. Semuanya bersumpah untuk membela rakyat! Namun malang, seorang demi seorang tumpas melutut di kaki lawan. Lalu, di mana hilang sumpahmu wahai Ezam?

Aku memang hormatkan prinsip yang kau sanjung. Yang diteruskan olehmu di dalam Gerak. Namun kini hormatku telah ku bakul sampahkan. Perjuanganmu untuk menentang rasuah hanyalah batu loncatan cita-cita politikmu. Tiada lagi hormat dariku untukmu. Kau kata menentang rasuah, tapi kini kau berjuang bersama-sama si perasuah. Selamat meloncat wahai Ezam Mad Nor. Semoga kau tenggelam bersama kapal yang telah mereput. Dan tidak akan timbul-timbul lagi. Selamat tinggal Ezam dan sumpah keramatmu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails