Kecoh lagi satu Malaya. Kali ini yang dapat penangannya kerajaan DAP Pulau Pinang. Maka berteriaklah seluruh mereka-mereka itu diseluruh negara. Dah melampaui bataslah, dah melanggar pelembagaanlah, dah merendah-rendahkan bahasa sendirilah dek angkara pemasangan papan tanda pelbagai nama oleh kerajaan negeri di kawasan tapak warisan Georgetown. Baca di sini sebagai pelbagai nama - bukannya tidak menggunakan bahasa Melayu terus. Maka melompat sakanlah mereka-mereka itu sambil tepuk-tepuk meja dan hantuk-hantuk kepala mereka sendiri.
Marah sungguh mereka-mereka itu. Ini bukan budaya kita. Budaya kita memartabatkan bahasa Melayu senusantara. Getus mereka-mereka itu dengan berangnya. Tapi seribu kali sayang. Meludah ke langit terpalit ke muka sendiri. Menang sorak tetapi kampung sendiri tergadai. Usahlah berdegum-degam dengan apa yang orang lain lakukan, tetapi dalam masa yang sama mereka-mereka itu sendiri yang memperlekehkan bahasa mereka sendiri.
Buktinya sehingga sekarang, matapelajaran sains dan matematik di ajar di dalam bahasa Inggeris. Ke mana hilangnya bahasa Melayu. Walaupun pelbagai pihak dan ahli-ahli bahasa telah mendesak kementerian pelajaran untuk mempercepatkan proses pembelajaran di ajar semula dalam bahasa melayu tetapi prosesnya terlalu lembap dan perlahan. Dan dalam masa yang sama cuba menunjukkan bahawa bahasa Inggeris keputusannya dalam peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar semakin meningkat untuk menunjukkan betapa berkesannya program mereka itu.
Merekalah orang yang kurang ajar. Merekalah orang yang memijak-mijak bahasa mereka sendiri. Mencampakkannya terus masuk ke lubang jamban. Dan apabila di lihat sesuatu yang bakal memberi keuntungan dalam perjuangan politik mereka, maka bersorak-soraklah mereka kononnya sebagai pejuang bahasa dan bangsa. Ke mana kamu campakkan bahasa Melayu dan bahasa jawi? Berapa ramai yang telah kamu berjaya butakan daripada dapat membaca tulisan jawi dan Al-Quran itu sendiri?
Ternyata mereka ini buta kayu dan buta sejarah. Tahap lakonan yang buruk lagi menjijikkan. Sudah-sudahlah dengan lakonan kayu itu. Jika kamu ikhlas dengan perjuangan bangsa dan bahasa, letakkanlah kembali bahasa itu ke tempat yang sepatutnya. Orang yang mencampakkan bahasa kita ke martabat yang serendahnya itulah kamu dan bukan orang lain. Ikhlas sangat lah kamu itu yang kononnya membela bahasa Melayu tetapi dalam masa yang sama mengorbankan anak bangsa sendiri atas nafsu serakah kerana kononnya bahasa Melayu itu tidak sesuai digunakan untuk mengajar Matematik dan Sains. Tanya Menteri Pelajaran itu sendiri, berapa lama dia belajar di dalam negara? Banyak di luar negara atau dalam negara?
Hentikanlah perangai pening-pening lalat dan langau mereka-mereka itu. Jika mereka-mereka itu ikhlas maka muhasabahlah diri mereka-mereka itu sendiri. Tidak usahlah mempergunakan media-media untuk mengelirukan rakyat marhaen yang sememangnya telah terkeliru. Sesungguhnya bahasa itu jiwa bangsa, hilang bahasa maka tiadalah jiwa bangsa itu.
3 comments:
Drama bersiri meleret lakonan depa sj tu, Ciklee.. Pengarah, penulis skrip semua dah pencen.. Depa hentam main berlakon je.. Tak sedar dah terkeluar dr plot citer.. Drama serius dah jadi drama komedi..tp menyakitkan ati!!
Satu species yang mentalitinya jumud. One track mind dan tak boleh berfikir secra rasional. Masa depa memrintah.... tak buat apa2 tapi bila orang buat pembaharuan... depa marah. Kuman seberang laut nampak.... diri bergelumang taik depa peduli tak...! Memalukan betul
Kak Ja : alahai...
A Mum Of Three Mohd : Tak tahu nak kata apa dah. kalau nak lagi best boleh baca blog puan Ainon kat http://universitipts.com. Banyak isu pasal bahasa di situ.
Post a Comment