Tuesday, March 15, 2011

Al-Kitab dan Musuh-Musuh Islam

Di celah-celah kejutan dunia terhadap kejadian tsunami di Jepun baru-baru ini nampaknya timbul satu lagi isu sensitif yang muncul di Malaysia. Ia seolah-olah satu kebetulan kerana muncul sewaktu masyarakat Malaysia sibuk untuk mengikuti perkembangan dan membantu mangsa-mangsa tsunami di Jepun.

Isu al-kitab mengambil posisi samada untuk menguji atau mengambil kesempatan kepada umat Islam di sini samada kita terleka atau tidak kali ini. Ia bukanlah sesuatu yang kebetulan tapi adalah disengajakan kerana musuh-musuh Islam tidak akan berhenti daripada kerja-kerja untuk menghancurkan agama suci ini.

Di sinilah belang sebenar musuh-musuh Islam dapat dibongkarkan. Biarpun di dalam politik mereka seolah-olah bercakaran, tetapi di dalam isu-isu keagaaman mereka dapat bersatu. Baru-baru ini 'mereka' berang sekali dengan penahanan sebanyak 30,000 alkitab dalam bahasa Melayu oleh pihak kerajaan.

Apakah tujuan kitab-kitab injil ini ditranslasikan ke dalam bahasa Melayu? Dan apakah tujuannya ia dicetak sehingga 30,000 buah naskah? Di sinilah mereka menguji sensitiviti umat Islam dan kerajaan apakah mereka mampu bertindak tegas dalam permasalahan ini. Sensitiviti yang mencabar umat Islam keseluruhannya di nusantara ini.

Jika sebelum ini, ia hanya dilakukan secara senyap-senyap. Tapi dengan tsunami politik baru-baru ini maka anasir-anasir ini menyelinap masuk ke dalam parti-parti politik. Dan dengan keadaan senario politik yang sedang terjadi di negara ini mereka mengambil kesempatan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan dakwah mereka 'diputihkan'.

Maka bersatulah persatuan paderi Sarawak, MCA, PKR serta DAP dan tidak terkecuali hero Malaya suatu masa dahulu iaitu Zahid Ibrahim. Semuanya mahu kerajaan membenarkan supaya alkitab ini dilepaskan kerana sasaran dakwahnya terhad kepada penganut-penganut mereka sahaja(kononnya).

Mereka menggunakan alasan perlembagaan dan kebebasan agama bagi membenarkan dakwah mereka. Taktik ini telah banyak kali digunakan seperti di dalam isu penggunaan nama Allah dan lain-lain. Sedangkan apa yang dimaksudkan di dalam perlembagaan itu mereka bebas untuk mengamalkan agama mereka tapi tidak boleh menyebarkan agama mereka kerana Islam sebagai agama utama di negara ini.

Sudah pasti al-kitab bahasa melayu ini adalah bertujuan untuk dakwah kepada umat Islam di Malaysia ini. Semakin berani mereka bertindak sedemikian berani. Dan mereka tidak akan berhenti selagi tidak mencapai objektif mereka.

Fikir-fikirkanlah wahai pembela Islam di seluruh negara. Jangan biarkan politik terus-menerus menjadi platform untuk membenarkan musuh-musuh Islam berleluasa di bumi nusantara tercinta ini. Ketegasan di dalam permasalahan ini perlu bagi menyatakan bahawa Islam bukan agama yang mudah diperkotak-katikkan. Jangan sampai satu lagi 'bala' tsunami diturunkan Allah kepada kita barulah kita tergadah dan melompat untuk membela agama Allah.

Tuesday, March 8, 2011

Tahun Kematian Demokrasi?



Hari demi hari maka satu demi satu negara Arab bergolak. Seolah-olah ia satu virus yang terus-menerus menjangkiti antara satu sama lain. Adakah ia akan berakhir atau berterusan merebak ke benua lain juga.

Video ini menarik untuk direnungkan. Lebih menarik lagi ia adalah wawancara bersama Syeikh Nazim pada 23 Nov 2010 yang lepas. Seperti yang diramalkan beliau, bermula dari Muharam tahun hijrah ini sehingga ke Muharram tahun hadapan, dunia akan terus bergolak. Dan yang pastinya, negara yang berpegang kepada sistem demokrasi akan bergoyang dan menunggu masa untuk jatuh.

Negara yang insya Allah bakal jatuh adalah Turki, Syria, Iraq, Iran, Mesir, Libya, Arab Saudi, Yaman, Sudan, Somalia, Pakistan, Afghanistan, India dan Caucasus. Seperti yang diketahui semuanya tegar berpegang kepada sistem demokrasi ciptaan Amerika. Sistem demokrasi seperti juga komunis penuh dengan ketempangan dan kecacatan lantas kini menunggu masa untuk jatuh dan digantikan dengan satu sistem yang berkuasa dan lebih ampuh untuk menguasai dunia.

Ia! Tentunya sistem yang amat ditakuti oleh musuh-musuh Islam iaitu sistem kesultanan. Ini kerana negara-negara yang disebutkan tadi adalah kebanyakannya merupakan pecahan-pecahan daripada kerajaan khilafah Turki Uthmaniyah iaitu kerajaan khalifah Islam yang terakhir. Mesir sudah selesai bergolak, Libya sedang bergolak, Yaman begitu juga dan negara-negara lain hanya menunggu hari. Malah negara-negara Arab lain juga menunggu masa untuk bergoyang dan ia ibarat bom berangkai yang terus-menerus meletup sepanjang masa.

Namun, ia tidak hanya terhad kepada negara-negara Arab sahaja. Insya Allah, seperti yang disebutkan oleh Syeikh Nazim negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Russia dan China juga akan menunggu masa untuk jatuh. Bagaimana pula di Malaysia agaknya?

Demokrasi sememangnya satu sistem yang telah jauh menyimpang dari Islam dan tidak mempunyai rasa takut kepada agama dan Allah. Juga tiada pengimplementasian Al-Quran di dalamnya. Percaya atau tidak? Sama-samalah kita selusuri tahun hijrah yang semakin mendatang dan insya Allah, satu sejarah besar umat Islam akan berlaku seperti yang dijanjikan oleh Allah. Amin ya robal alamin.

Wednesday, February 16, 2011

Mari Hidupkan Rasulullah Di Hati Kita



Sesungguhnya berbahagialah ummat pencinta nabi sempena bulan maulidur Rasul. Maka penuhlah di sana-sini dengan majlis-majlis sambutan maulidur Rasul yang diadakan di seluruh negara. Jadi, kepada pencinta-pencinta Rasulullah yang inginkan hati mereka di sirami kerinduan dan kecintaan yang membuak-buak kepada Rasulullah maka hadirkanlah diri dan hati-hati ke majlis-majlis ini. Keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah hanya dapat dirasai oleh mereka yang hadir sendiri ke majlis-majlis tersebut.

Biarkan sahaja suara-suara sumbang yang setiap kali hadir bulan Maulidur Rasul maka 'volume' mereka akan lebih kuat lagi kedengaran. Siapa yang tidak minum, maka dia tidak akan merasa betapa kemanisan yang disediakan dari hidangan-hidangan rohani dan jasmani majlis-majlis Maulidur Rasul. Perbanyakkan olehmu akan selawat ke atas nabi melalui bacaan-bacaan maulid barzanji, maulid Diba'i, Simtur Durar, Dhiya' ULami' dan sebagainya. Tanya lah juga kepada suara-suara sumbang yang menjerit-menjerit tadi berapa ribu kali selawat agaknya yang melintasi lidahnya untuk mengingati nabi.

Sollu Alla Nabi... Salallah wasalam alaih..

Tuesday, February 8, 2011

Perhentian Terakhir

Kadang-kadang kita sebagai manusia selalu lupa. Mungkin tazkirah ini dapat mengingatkan kita.

Sunday, February 6, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Ba'alawi KL 1432 Hijrah (2011)

Alhamdulillah. Maka telah masuklah kita ke dalam bulan yang penuh barakah pada tahun ini iaitu bulan Rabiul Awal yang penuh barakah. Bulan yang menjadi bulan kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad Sallahu alaih wasalam.
Sedangkan seluruh alam begitu gembira dengan kelahiran nabi kita Muhammad Sallahualaih wasalam, maka apakah kita yang begitu kerdil dan diselimuti dengan noda dan dosa merasa ego untuk melupakan insan yang paling sempurna dan menyayangi kita sebagai umatnya?

Maka marilah kita sama-sama bergembira dan bersyukur di atas kelahiran Rasulullah Sallahualaih wasalam yang lahir membawa nur dan petunjuk kepada hati-hati manusia untuk mengenal Allah Rabbul Jalil.


Maka dijemput muslimin dan muslimat untuk menghadiri sambutan majlis maulidur Rasul bersama para ulamak dan habaib di Ba'alawi KL pada 20hb dan 27hb Febuari ini. Juga jangan dilepaskan untuk turut hadir di majlis-majlis sambutan maulidur Rasul di tempat-tempat lain. Semoga barakah majlis ini melimpah dan menerangi hati-hati kita untuk mencintai Rasulullah lebih daripada diri kita sendiri.


Thursday, January 6, 2011

JADUAL TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN






10 SHAFAR/15 JANUARI 2011 (SABTU)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID KOTA DAMANSARA
11 SHAFAR/16 JANUARI 2011 (AHAD)
  • KULIAH SHUBUH DI MASJID KOTA DAMANSARA;
  • ZIKIR, MUNAJAT, TAUSIYAH, SOAL-JWB ISU SEMASA DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR (9.00 - 11.00 PAGI)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID AT-TAQWA, TAMAN TUN DR. ISMAIL
12 SHAFAR/ 17 JANUARI 2011 (ISNIN)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-GHUFRAN, TAMAN TUN DR. ISMAIL
13 SHAFAR/ 18 JANUARI 2011 (SELASA)
  • WACANA ILMU DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH – JAWI, 9.30 PAGI – 11.30 PAGI
  • KULIAH MAGHRIB DI SURAU SURADA, BANDAR BARU BANGI
14 SHAFAR/ 19 JANUARI 2011 (RABU)
  • WACANA ILMU DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN (9.30 – 11.30 PAGI)
  • KULIAH MAGHRIB DI MASJID PANDAN DALAM

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

SEBARANG PERUBAHAN INSYAALLAH AKAN DIMAKLUMKAN. OLEH ITU SILA RUJUK/SEMAK JADUAL PROGRAM.

Monday, January 3, 2011

JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

Sumber : al Fanshuri


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails