Sunday, July 24, 2011

Bersih - Bersih atau Belum?

Bersih - satu perkataan yang tiba-tiba sahaja menjadi 'hot' dan 'glamour'. Tidak kira siapa sahaja - tua, muda, remaja semua peka dengan perkataan tersebut. Tidak kira sokong, tak sokong, buat tak tahu tetaplah faham apa yang dimaksudkan bersih.

Bersih 2.0 itulah cerita terhangat dua tiga minggu lepas. Sengaja mengambil peluang untuk menunggu suasana sejuk sikit, barulah tergerak hati untuk menulis. Dah tentu tulisan ini kalau ramai yang terbaca 'sure' terbakar dan mengelegak. Sepanas hati pendemo-pendemo bersih yang kena tembak dengan gas pemedih mata dan di sembur dengan air kimia.

Apa objektif bersih ? Objektifnya adalah berkumpul dan menyampaikan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih di Malaysia. Persoalan pertama, dalam demokrasi yang sistemnya di reka oleh manusia yang korup ini, adakah pilihanraya akan bersih? Jawapannya tidak ada. Biarpun yang dituntut itu dipenuhi - pilihanraya akan tetap penuh dengan maki-hamun, lobi-melobi, caci-mencaci , fitnah -menfitnah, buruk -memburuk dan sebagainya. Kalau nak kata umno, orang pas pun hampir sama juga. Bahkan satu-satu masa ada kalanya lebih teruk dari orang umno sendiri.

Siapa yang anjurkan Bersih? Mesti satu Malaya sudah tahu - jawabnya Ambiga(malas nak sebut nama penuh). Siapa dia? Peguam Lina Joy. Siapa Lina Joy. Dialah orang melayu yang murtad dan berjuang supaya namanya dapat ditukar kepada nama kafir di dalam kad pengenalan. Jadi siapa Ambiga ini? Dah tentu orang yang memusuhi islam. Maksudnya orang-orang yang boleh dikategorikan sebagai harbi. Satu masa dulu saya masih teringat ramainya orang Islam yang berkumpul di masjid Wilayah untuk mendengar taklimat dari mufti Perak mengenai perihal orang yang murtad ini. Ramai yang marah dan sebagainya.

Tapi pada hari bersih 2.0 inilah juga orang yang marah tadi duduk di belakang Ambiga melaungkan slogan-slogan bersih? Apa kena dengan umat ini? Adakah satu masa kita memarahi musuh Islam dan satu masa pula kita boleh duduk bersama-sama satu pentas menyokongnya. Adakah otak kita dah letak di kepala lutut agaknya?

Adakah bersih perlu dilakukan dengan perhimpunan, tunjuk perasaan dan pertempuran dengan polis? Sultan Mizan sudah bagi isyarat - berundinglah. Maksudnya sultan sudah faham kemahuan dua-dua belah pihak. Habis itu tak boleh berunding ke? Tak boleh? Pasal tarikh sudah set, stadium itu orang tak bagi? Jadi kita kena hentam juga sama polis. Akhirnya siapa yang rugi? Bukan ke Orang melayu yang rugi? Pimpinan tak boleh berunding secara baik? Yang untungkan sama-sama pihak?

Siapa yang untung? Orang bukan melayu yang untung... Pasal apa? Kita berpecah. Kita lemah. Kita mudah diperkotak-katikkan. Kita dibalacikan. Kita sekadar menang berpekik di tepi-tepi jalan. Tapi kita tidak tahu apa yang sudah dijanjikan oleh orang atasan sesama mereka. Berapa banyak curahan duit yang ditaburkan. Sementara yang di bawah hanyalah jadi catur-catur tak berharga.

Siapa cakap dia cedera? Anwar, Mat Sabu, Tian Chua dan orang-orang lain juga. Mat Sabu dah kantul - cakap bohong. Itulah taqiyyah ikut mazhab dia. Cakap kena langgar landrover polis, rupa-rupanya langgar divider jalan. Anwar? Kasihan. Sampai kena sedut gas oksigen. Dapat publisiti murahan tu. Terdesak sangat ke? Tian Chua ? Siapa suruh pergi provoke polis? Kan dah kena tembak dengan gas?

Silalah kita lihat fakta. Polis tu polis anti rusuhan. Memang kerja dia pukul, tembak, simbah air dan kejar orang. Jadi bila kita nampak apa kena buat? Jawabnya lari. Bukan sahaja cari penyakit pergi serbu sama dia.

Adakah perhimpunan atau demostrasi mahu atau tidak mesti di adakan? Tiadakah lagi usaha rundingan yang boleh dijalankan? Sudah tertutupkah pintu demokrasi di negara kita? Yang jelasnya, perhimpunan bersih bukanlah yang seperti difahami oleh kita. Ianya adalah promosi kepada negara luar bahawa Malaysia ini berada di dalam keadaan yang terdesak.

Sedih dan kasihan kepada orang melayu Islam. Kerana politik kita terbelah dua. Kerana kepentingan orang-orang tertentu kita dikerat-kerat lagi. Itu belum dicampur dengan permasalahan yang lain lagi. Hakikatnya memang kerajaan tidak betul dan senget sebelah, tetapi adakah tindakan kita ini tidak senget atau betul? Akhirnya kuasa politik kita sendiri hampir terlodeh. Lagilah bila pilihanraya akan datang. Apabila isu-isu sensasi kerajaan berjaya dimanipulasikan supaya terbakar habis jiwa dan raga sang rakyat.

Di mana nilai kasih sayang antara sesama kita? Seorang pemimpin yang berjiwa besar dan mengambil berat akan pimpinannya akan berusaha untuk mengelakkan sebarang kemudaratan besar kepada orang yang di bawah pimpinannya. Bukannya sama-sama membawa mereka ke jurang musibah untuk mereka terjun ke dalamnya? Adakah ia memberi keuntungan kepada semua? Yang nyata, puasnya nafsu sahaja. Sementara bangsa kita menunggu masa untuk difaraidkan. Aduhai umat!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails