Showing posts with label pak lah. Show all posts
Showing posts with label pak lah. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

Sekadar Merisik!

Seronok melihat orang-orang Pekembar bersorak kegirangan. Dek kerana dua bekas orang penting mereka telah berjaya 'didamaikan' oleh orang penting baru. Tapi orang lama yang suatu masa dahulu mendapat anugerah pelakon air mata mungkin sedang berlakon. Jadi kepada mereka yang mungkin berminat untuk menceburi bidang politik boleh belajar bagaimana lengok dan gaya orang politik berlakon.

Gambar 1 : Gambar ini menjadi muka depan utama media-media massa dan elektronik. Sekali imbas memang nampak begitu harmoni. Cuba teka adakah anda dapat meneliti atau mencari apa yang tak kena dalam gambar di atas?

Gambar 2: Sila fokuskan gambar yang dibulatkan. Takkan Tun dengan Pak Lah berdamai di hujung jari sahaja? Macam tak ikhlas sahaja, atau separuh ikhlas atau memang tak ikhlas. Rasanya macam senyum Najib sahaja yang ceria dan tak dibuat-buat, Tun dan Pak Lah macam menahan rasa sahaja. Agak-agak orang Umno sudi bahagi Tun dekat Pak Lah tak?

Gambar cilok dari kerabu bersuara.

Tuesday, July 8, 2008

Ulasan Berita (Utusan Meloya)

Nak tergelak ada, nak ketawa ada, nak frust menonggeng pun ada. Bila saya baca utusan online pada hari ini, air mata saya nak mengalir rasanya. Tak tahulah kerana saya suka atau kerana saya sedih. Terkejut juga apabila Pak Lah marah-marah. Ataupun dia buat-buat marah. Ataupun dia baru je mamai terkejut dari tidur. Atau.. atau...

Tajuk beritanya - PM: Satu pengkhianatan Perbuatan sebar fitnah, bohong timbulkan persepsi negatif negara

PUTRAJAYA 7 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perbuatan pihak tertentu menyebarkan fitnah dan pembohongan secara meluas sehingga menimbulkan persepsi negatif yang mengetepikan kebenaran merupakan satu perbuatan khianat terhadap negara.

Sambil meminta gejala itu dihentikan segera, Perdana Menteri menegaskan, suasana yang meresahkan rakyat itu berpunca daripada tingkah laku segelintir pihak yang ternyata tidak menghormati prinsip-prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Beliau berkata, pembohongan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media Internet seperti laman blog dan klip video dalam YouTube merupakan usaha untuk menggemparkan fitnah-fitnah berkenaan dan ia tidak mendatangkan kebaikan kepada negara.

“Prinsip-prinsip Rukun Negara nampaknya telah ternoda. Kalau tidak banyak, sedikit demi sedikit ia mula terjejas.

“Amat menyedihkan dengan keadaan yang berlaku... semuanya datang daripada sikap, perbuatan serta tindakan kita.

“Kebenaran undang-undang kini tidak dihiraukan, kesopanan dalam hidup tidak diambil berat hatta kedaulatan raja menjadi isu seperti yang ditimbulkan dalam media,” kata Abdullah ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Abdullah, perbuatan segelintir pihak yang berusaha mewujudkan persepsi melalui pelbagai tuduhan dan cerita bohong menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan rakyat.

Katanya, gejala itu tidak memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bersopan santun dan berbudaya.

Malah, kata beliau, ia juga tidak mencerminkan bahawa rakyat negara ini mempunyai kekuatan untuk menjadi bangsa yang maju, berjaya dan menikmati kebahagiaan.

“Kita semua mesti perbetulkan gejala ini, jangan dilayani semua ini tetapi malangnya ia menjadi perkara yang sangat diminati dan menjadi buah mulut dengan cerita-cerita yang sengaja dipanjang-panjangkan,” katanya.

Abdullah mahu rakyat tidak terperangkap dengan situasi fitnah-memfitnah sekarang dan terlalu percaya kepada persepsi sehingga mengetepikan kebenaran.

“Sebenarnya apa yang benar dan tidak benar tidak dikisahkan lagi, yang penting adalah persepsi. Inilah yang mempengaruhi pemikiran, sikap serta pilihan untuk kita membuat tindakan dan keputusan tertentu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu agensi-agensi penguatkuasaan seperti pasukan polis memberikan tumpuan kepada usaha memastikan keamanan dan keselamatan terus wujud di negara ini.

“Keamanan mesti menjadi keutamaan, penguatkuasaan mesti terus tegas dan berwibawa untuk menjalankan tugas. Rakyat mesti diamankan daripada rasa takut dan bimbang.

“Mereka mesti diamankan daripada rasa takut kepada kekurangan makanan, daripada segala ketakutan terhadap keselamatan diri dan keluarga.

“Rakyat mesti diyakinkan bahawa apa yang kita usahakan pada waktu ini adalah untuk masa depan yang lebih maju, berjaya, lebih selamat dan aman untuk kita semua,” tegas beliau.

Pada masa sama, Abdullah turut meminta kakitangan kerajaan memastikan pelaksanaan program-program bagi membawa kemajuan kepada rakyat dan negara terus berada pada tahap yang tertinggi.

“Kita semua sedar dan sudah nampak, hanya kita dan Tuhan yang tahu... apa yang penting kita mesti jujur dan ikhlas menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan tekun.

“Dalam pentadbiran, kita mesti tunjukkan tanggungjawab dan azam yang tinggi untuk meneruskan usaha memajukan negara dan bangsa.

“Ini cara kita bertindak. Ini menjadi ingatan kepada saya, Timbalan Perdana Menteri dan sahabat-sahabat lain bahawa kita perlu mengutamakan pembangunan demi masa depan negara dan rakyat,” katanya.

Al-kisahnya pasal berita yang sekarang terhangat di pasaran. Al-kisah bohong dan fitnah. Bohong dan fitnah. Fitnah dan bohong. Hairan juga saya, sejak bila Pak Lah begitu prihatin bercakap pasal fitnah dan bohong ini. Ke selepas Timbalan dia diserang bertalu-talu oleh bekas TPM yang dahulu.

Cerita pasal bohong ini - hairan dan ajaib. Pak Lah dah beberapa kali tipu dan bohong rakyat hidup-hidup. Namun pada hari ini sungguh ajaib. Pak Lah marah-marah pasal katanya ramai yang bohong. Guna Sms, guna blog, guna youtube. Amboi amboi. Awat Pak Lah marah kami yang budak-budak ini ka?? Kami salah gunakan teknologi ka?? Kami buat fitnah kat kerajaan yang terbaik pada hari ini katanya.

Tapi dalam masa yang sama ada sorang tua tak sedaq diri. Hidup-hidup dan siang-siang hampir semua rakyat satu negara dibohonginya. Tak kira tua ke, muda ke, budak ke, mak budak ke. Semua dia tipu tanpa pilih bulu. Hari ini cakap parlimen tak dibubarkan, alih-alih... tup-tup esok serta merta dia buat pengumuman parlimen tutup. Dia cakap minyak naik bulan lapan.. alih-alih.. tup-tup, tang-tang tu jugak malam naik, petang dia bagitau. Berlumba-lumba rakyat marhaen ni nak isi minyak.

Agaknya itu bukan bohong namanya. Ke apa namanya? Dan tiba-tiba pulak dia jadi jaguh marah orang bercakap bohong. Aduh, ibarat seorang pencuri marah kepada si pencuri lain. Ya lah agaknya dia marah pasal dia bohong banyak, orang bohong sikit. Tak faham sungguh saya, atau IQ saya ini dah makin turun ke tahap E agaknya.

Cerita pulak pasal fitnah. Masa mula-mula Pak Lah jadi PM, maka sajak yang paling glamour masa itu adalah 'Dimana Ku Cari Damai'. Nak mengelegak telinga saya mendengarnya. Daripada sekecik-kecik radio, sampai lah ke sebesar-besar gedabak televisyen yang ada. Semua dok ulang-ulang dan tayang tang tu jer. Tak ada benda lain.

Tapi bila keluar cerita pasal monsoon cup, pasal Michelle Yeoh. Barulah saya faham. Siapa sebenarnya Al-Ghazali yang Pak Lah cari. Itu tak termasuk dalam kategori fitnah ke? Dan fitnah yang terbesar pada fahaman saya yang tak berapa pandai ini - adalah Islam Hadhari.

Sampai semua orang confuse. Tak kira besar, kecik, tua dan muda. Yang bukan Islam sementelah lagi, yang Islam pun dok pening. Berapa banyak Islam ada hari ini. Islam tu ada macam-macam nama ke? Sampai lah lawak di dalam kubur, kalau nak jawab soalan kubur malaikat tanya apa agamamu. Maka jawablah olehmu - Islam Hadhariiii!!! Maka sohihlah terpukul tubuhmu oleh besi malaikat sampai masuk ke 7 lapisan bumi.

Itu bukan fitnah ke? Ke fitnah ini nak tunggu burukkan si anu dengan si anu. Si anu liwat si anu. Yang Islam Hadhari tu, bagi saya fitnah terbesar sebelum PRU-12 lalu. Namun, pasca PRU terus hilang tidak bernisan lagi Islam Hadhari ini.

Sedih oo sedih. Macam ini ke rupa pemimpin kita hari ini. Dok kutuk orang bohong dan fitnah, tapi dalam masa yang sama dia lah sang juara bohong dan fitnah. Ke Pak Lah tak bangun tidur lagi. Aduhai Pak Lah. Aduhai bohong. Aduhai fitnah!!

Tuesday, June 24, 2008

Semakin Hari Semakin Benci!!

Entah mengapa.. Semakin hari, hati ini semakin membara. Melihat mimik mukanya yang hati kering itu pun sudah membuatkan mood aku hilang. Dulu boleh tahan sikit, tapi sekarang mengapa aku rasa macam nak hentak-hentak je muka dia tu. Daripada aku tengok tv menambahkan sakit hati, baiklah tutup tv tu. Jimat elektrik sikit. Elektrik pun nak naik harga. Walaupun dalam masa yang sama dapat subsidi dari kerajaan, 'special' untuk kroni-kroni cam depa. Ia lah, kroni lagi penting dari rakyat. Tak gitu-gitu??

Walaupun aku amat kasihkan datuknya iaitu Abdullah Fahim, tetapi mengapa aku tidak langsung kasih kepada cucunya iaitu Abdullah Badawi itu. Malah hatiku ditumbuhi rasa menyampah yang semakin subur hari demi hari. Tindak-tanduknya cukup menjerihkan hati ini. Hinggalah rasa menyampah ini dah sampai ke peringkat tahap meluat peringkat ke-8.

Bila ditanya pasal si Rosmah ada dekat kawasan pembunuhan Altantuya, dia buat macam-macam tak tahu. Bila ditanya pasal SAPP, dia cakap geng-geng dia masih setia di belakang dia. Bila ditanya pasal minyak, dia kata dah tak ada cara kena naikkan minyak jugak. Pasal menantu dia dah tak sabar nak menambah baikkan poket-poket yang agak melopong masa pilihanraya hari itu.

Dia beritahu minyak tak naik bulan lapan. Tapi esok dia terus cakap minyak naik. Betul lah tu dia cakap. Hang pa pulak marah. Dia cakap rakyat dapat rebat rm650, tapi pergi pejabat pos dapat rm625 rakyat punya suka. Tersengih-sengih posing dalam surat khabar. Pergh. Kami dapat Perdana Menteri paling baik dalam dunia ini katanya.

Musykil aku. Kalau dah 'announce' rm 650, kenapa dapat rm 625 pulak? Mana pergi lagi rm25? Tang tu pun depa nak sapu gak. Hebat betul depa nih. Masa orang susahlah, dia orang nak senang. Itu baru satu hal. Kenapa dekat pejabat pos pulak. Kena isik borang kiriman wang pulak tu. Korang tak musykil ke? Ingat senang-senang je ke kasik dekat pejabat pos. Apasal tak bagi dekat JPJ.

Tang ni, mulalah hati buruk sangka. Kalau dekat pejabat pos kiriman wang kena komisen, agak-agak rebat ni depa tak ambik komisen ka? Busuk-busuk dapat rm6 la satu kepala. Wow... Kalau satu kepala rm 25 + rm6 = rm31. Pergh.. Kayo pakcik. Kembung perut macam ni. Kalau kat Malaysia ni, ada berjuta-juta kenderaan hangpa kali la sekali. Pakcik kayo nih.

Agak-agak siapa lah yang sapu semua tu ek. Apa semua harta rakyat depa faraidkan. Ish.. ish.. ish.. tak ingat mati depa nih. Aku ingatkan diri aku dan korang yang baca entry nih, tolong lah jangan makang rasuah. Ambik harta hak orang. Karang apa yang korang tibai itu, hanyalah api semata-mata. Ingat api main-main ke weh.. setitik mata jarum api tu jatuh ke bumi, habis terbakar bumi ini. Tak caya takpe, sampai masa dia hangpa pakat cayalah cakap aku nih.

Aku doakan, moga-moga depa ni terbukak hatinya. Dapat hidayah. Udah-udahlah merompak duit rakyat tu. Tak kemana perginya. Larat ke nanti nak menanggung tanggung jawab dekat akhirat nanti. Hidup kat dunia nih pun bukan lama mana pun. Itu pun korang nak balun semua. Tinggal-tinggallah kat orang lain gak. Dan kurangkanlah rasa benci hati aku ni, kat hangpa. Dan terima kasih jugaklah pasal korang nak dengar aku merapu malam nih.

Wednesday, June 18, 2008

Kerusi Sanglang Kosong dan Undi Tidak Percaya

Makhamah telah memutuskan bahawa kerusi DUN Sanglang 'kosong' semalam. Kerusi ini telah dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRU-12 yang lalu. Namun, petisyen yang dikemukakan oleh PAS terhadap kerusi Dun Sanglang adalah untuk mengistiharkan Ustaz Hashim Jasin sebagai calon yang menang kerana berlaku kesilapan teknikal yang mana menyebabkan pihak SPR tersilap pengistiharan calon yang sepatutnya menang.

Di sini, tujuan sebenar petisyen itu dibawa ke makhamah adalah untuk meminta makhamah mengistiharkan Ustaz Hashim Jasin sebagai pemenang yang berhak ke atas kerusi Sanglang. Tetapi makhamah tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya kerana seksyen 35(c) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sudah dimansuhkan pada 2003.

Jadi, mahu tidak mahu kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi pilihanraya kecil. Walaubagaimanapun, PAS akan mengemukakan rayuan ataupun mungkin memboikot pilihanraya tersebut.

Saya tak mahu mengulas lanjut tentang itu, tetapi lebih berminat untuk mengulas tentang kemunculan kembali Shahidan Kassim semalam. Maka dengan pilihanraya kecil ini, populariti Shahidan akan dapat diukur. Begitu juga dengan populariti Umno dan juga populariti PAS. Tetapi seperti biasa ia tidak akan dapat lari daripada taktik-taktik yang paling kotor dalam sejarah. Kita tunggu sahajalah.


Undi Tidak Percaya!!

Wah!! Satu malaya dah ribut-ribut. Berita dari seberang laut (Sabah) sana, bahawa ada parti samada akan melompat, menenggek atau saja-saja 'test market' akan mengemukakan undi tidak percaya kepada Pak Lah.

Agaknya terkejut atau tak Pak Lah dari tidur ni. Tapi bila saya baca di sini, saya rasa lena Pak Lah makin panjang. Bukannya apa, nak kecoh-kecoh buat apa. Rakyat masih sokong Pak Lah, sayang kat Pak Lah. Lagipun, ahli-ahli Umno, BN dan menteri-menteri semua berdiri di belakang Pak Lah. So, kenapa Pak Lah nak risau? Lagipun, Presiden parti ini memang terkenal dengan pelbagai isu kontroversi. Dah banyak kali dia lompat. Tak tau lah dia ini dari spesies apa. Tersengih seorang Pak Lah mengenangkannya.

Namun, hari Isnin itu sesuatu yang luar biasa berlaku. Semua MP telah bersetuju sebulat suara dengan undi tidak percaya yang dikemukakan kepada Pak Lah. Najiblah orang nya yang paling lebar senyumannya pada hari itu. Lalu, tiba-tiba Pak Lah terkejut dari tidurnya. Oo.. aku bermimpi rupanya, lalu menyambung kembali tidurnya yang terganggu sekejap tadi.. Opss.. ke saya si penulis ini sahaja yang bermimpi. Tih tih tih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails