Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

Friday, December 4, 2009

Malang nya Melayu ! Politik Berjaya Memecahbelahkan kita!

Hati sedih tidak terkata. Gelora di dada kian membara. Melihat saban hari masyarakat Melayu semakin berpecah belah. Menjadi berkeping-keping buih di tengah lautan samudera. Fizikalnya kelihatan banyak mengunung, tetapi disentuh pecah berderai.

Kita tidak menyedari bahawa betapa parahnya keadaan bangsa kita pada hari ini. Betapa ramai yang memerlukan pembelaan dan pertolongan. Namun, seringkali diketepikan atas tiket politik. Dan betapa jua berjayanya bangsa kita menjadi musuh sesama mereka. Di kiri kanan musuh-musuh kita menunggu masa untuk meratah dan bersorak kegembiraan. Betapa segala kekayaan dikaut oleh orang lain, sedang kita merana di bumi sendiri.

Tidak habis-habis orang kita berpolimik politik. Umno dengan caranya, begitu juga pas dengan caranya. Ada nama politik kita mengenepikan semangat persaudaraan Islam sesama kita. Mulut bercerita pasal Islam, tetapi perbuatan kita langsung kontra dengan apa yang diucapkan. Tiadakah lagi sekelumit rasa cinta dan ukhuwah sesama Islam? Hanya kerana label Umno dan Pas , tembok permusuhan segagah tembok besar cina terbina dengan sendiri.

Politik itu ada di dalam Islam. Tetapi Islam masih di atas politik. Adakah kita berpolitik untuk memenangkan Islam, atau kita menggunakan istilah Islam sebagai alat politik. Ternyata kita semakin celaru. Yang terkeluar hanyalah maki hamun.

Utusan Melayu umumnya masyarakat sudah tahu akan perihal perangainya yang semula jadi menjadi pusat propaganda dan adu domba. Namun, bagaimana dengan perihal tuan guru kita yang asyik mencipta polemik dan bola tanggung yang terus menerus membingungkan orang awam seperti kita. Adakah kerana hanya satu perkara kecil iaitu doa, maka kita bergolok berparang untuk menegakkan kebenaran masing-masing?

Apakah tiada lagi istilah diplomasi di dalam kamus bangsa kita? Kerana doa maka kita terpaksa usung sepanduk ke sana ke mari. Lalu pihak yang satu lagi terpaksa juga mengadakan perhimpunan untuk 'counter-attack' tindakan yang di sebelah sini. Bukankah ia satu perbuatan yang bersifat kartun yang kadang-kadang susah diterima akal yang normal.

Andai kata isu di sini soal royalti, maka fokuskanlah kepada royalti. Usahlah dicanangkan bahawa kerana royalti itu disekat, maka kita hebahkan satu negara bahawa kita akan berdoa supaya yang menyekat itu akan diturunkan bala. Adakah itu sebenarnya akhlak dan adab seorang pemimpin Islam? Apakah itu contoh dan sunnah yang diturunkan oleh Rasulullah?

Cukup-cukuplah dengan polemik kita ini. Kembali lah fokus kepada perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Andai kata di dalam jemaah itu sendiri sudah berpecah-belah adakah mungkin agama itu akan terbela. Betulkan di dalam, barulah kita dapat fokus yang diluar. Andai di dalam rosak, maka hancur berkecailah jemaah itu. Rapatkan saf, betulkan barisan. Yang pasti islam itu bersaudara dan bukanlah perpecahan matlamat kita.

Wednesday, July 15, 2009

Madrasah Manik Urai

Pilihanraya kecil Manik Urai sudah berlalu. Keputusan sudah diketahui. Banyak pelajaran dan pengajaran yang boleh diperolehi dari dua parti ini - untuk mereka yang ingin mengambil pengajaran. Kepada yang tidak ingin mengambil pengajaran dan tetap keras 'keng' anda itu teruskanlah berbuat demikian. Moga-moga dengan sikap yang demikian akan terus menghanyutkan anda di alam syok sendiri yang dimitoskan oleh anda sendiri.

Melihat daripada sudut neutral seboleh mungkin rumusan yang boleh diperolehi daripada PRK Manik Urai :

Umno
- Tak pernah berubah dari dulu, kini dan selamanya. Sibuk cerita nak kembali kepada agama, tetapi senjata utama tetap pitih, pitih dan pitih.
- Taktik lapuk tetap digunakan. Tak kiralah secara terang atau tak terang TPM sendiri menawarkan tawaran rasuah kepada pengundi Manik Urai. Menang Umno dapat jambatan, kalau kalah maka macam biasalah. Semua kita sekat - royalti, peruntukan pusat. (Siapa suruh tak undi Umno kan kan kan?)
- Segala taktik dan harta benda kerajaan digunakan. Frasa kerajaan itu adalah Umno dan Umno itu adalah kerajaan tetap akan diguna pakai sampai bila-bila.
- Misteri beg hitam yang belum terbongkar memang bikin malu satu negara. Ini rupanya insan-insan yang mengaku Islam dan 1Malaysia rupanya.
- Media-media pencacai terus memainkan peranan mengampu masing-masing. Walaupun tekak rakyat dah muntah berbaldi-baldi, tak kisahlah. Janji teruskan menipu rakyat. Bilalah agaknya dia orang ni nak berubah.

PAS
- Dari awal-awal lagi dah over confident.
- Pengarah Pilihanraya berapa kali menipu secara terbuka. Habis difitnah Ustaz Nasa pasal 'malu mata' nak turun Kelantan. Padahal beliau dihalang dari masuk ke Kelantan. Tak kisahlah sokong ke tak UG, tapi hari itu cakap dah selesai macam mana boleh jadi macam tu?
- Kelantan dilocalise. Minta maaf - tapi sebab gelombang-gelombang riak dah mula menguasai Pas Kelantan, maka nyaris-nyaris kalah. Kenyataan Datuk Husam Musa pasal Umno guna politik wang tak boleh diguna pakai. Masa bila Umno lawan pilihanraya tak guna duit?
- Tang ni paling sensitif - TG Nik Aziz menghina Ustaz Nasa di khalayak ramai dan satu Malaysia tahu. Label 'sampah' itu agak keterlaluan. Di mana adab kita dalam berjemaah dan TG sendiri sebagai ulama? Adakah perlu kita memalukan seseoang itu sehingga satu Malaysia tahu? Sedangkan yang dimalukan itu Timbalan Presiden PAS sendiri.
- TG Haji Hadi sendiri dihalang dari turun ke Kelantan sehingga saat-saat terakhir. Mengapa? Pas Kelantan dah rasa kuat sangat ke? Apabila putusnya jemaah, macam mana pertolongan Allah nak sampai?

Macam-macam lagi. Tapi rasanya mesti ramai yang tak puas hati. Iyalah, kita kena pastikan Pas terus berpuak-puak ya tak? Pas Kelantan boleh ovewrite keputusan PAS pusat. Baru rock gitu. Selagi kita tuding jari dekat orang lain, selagi itu lah kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Silap-silap PRU 13 semua negeri dapat balik kat Umno. Mustahil ke? Dah kalau Yang Atas nak macam tu siapa boleh halang. Jomlah hisab diri!


Thursday, April 2, 2009

Kami Berjuang Kerana Bangsa, Agama Dan Negara!

Kami memang benar-benar berjuang untuk anak-anak bangsa. Berjuang demi agama kami dan berjuang untuk negara yang tercinta. Mesti kita dah biasa akan kata-kata yang diucapkan. Tak salah pun! Biasa yang pakai ayat-ayat ini apabila waktu persidangan Agung Pekembar. Banyak ucapan-ucapan berapi yang akan ditayangkan di Tv, Suratkhabar dan radio untuk memberitahu rakyat betapa tulus dan ikhlasnya mereka berjuang untuk rakyat.

Jadi anggaplah ia semuanya benar. Rakyat akan menelan bulat-bulat apa sahaja yang diucapkan oleh tv dan surat khabar ini. Al maklumlah saingan utama akhbar Harakah dan Suara Keadilan pun telah berjaya di'isa'kan oleh pejuang-pejuang ini. Jadi siapa lagi rakyat nak dengar.

Tapi kami terlupa nak beritahu, kami pun berjuang kerana fulus beb. Kalau tak ada fulus macam mana nak buat kerja. Macam mana nak gantung poster, macam mana nak beli bendera, upah budak-budak gi berkempen. Ada fulus baru lah semua kerja jadi deras.

Jadi, sekadar peruntukan sikit-sikit tu apa salahnya. Sikit ya? Habis duit ayah aku, mak aku, atuk aku, aku , bini aku hangpa kebas hang kata sikit? Tak caya? Jeling sebelah. Tu dia. Peruntukan Bukit Gantang.

A. Ahli Umno Seisi Keluarga - RM 1,000
B. Penyokong Seisi Rumah - RM 500
C. Pemuda / Wanita/ Umno - RM 100 setiap hari
D. Minyak kereta - RM 100 setiap hari
E. Minyak Motosikal - RM 50 setiap hari

Mak ai. Agak-agak le kalau nak merompak pun. Kalau aku ahli Umno aku at least dapat RM 1,000. Itu kalau aku pusing-pusing claim mesti dapat senang-senang RM 2- 3 ribu. Mana agaknya dia orang dapat duit banyak-banyak ni. Kalau 20,000 orang penyokong kiralah banyak mana fulus yang dia orang pakai ni.

Sumber Gambar: Anje Online

Patutlah bersungguh-sungguh depa cakap kami berjuang demi bangsa, agama dan negara. Percaya sangatlah tu. Hang pa tipu orang-orang tak sekolah boleh la. Kami ni pergi sekolah, belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu lagi. Oleh itu lagu ini didedikasikan kepada semua mereka yang terlibat dengan surat di atas.



Sunday, March 29, 2009

Sekadar Merisik!

Seronok melihat orang-orang Pekembar bersorak kegirangan. Dek kerana dua bekas orang penting mereka telah berjaya 'didamaikan' oleh orang penting baru. Tapi orang lama yang suatu masa dahulu mendapat anugerah pelakon air mata mungkin sedang berlakon. Jadi kepada mereka yang mungkin berminat untuk menceburi bidang politik boleh belajar bagaimana lengok dan gaya orang politik berlakon.

Gambar 1 : Gambar ini menjadi muka depan utama media-media massa dan elektronik. Sekali imbas memang nampak begitu harmoni. Cuba teka adakah anda dapat meneliti atau mencari apa yang tak kena dalam gambar di atas?

Gambar 2: Sila fokuskan gambar yang dibulatkan. Takkan Tun dengan Pak Lah berdamai di hujung jari sahaja? Macam tak ikhlas sahaja, atau separuh ikhlas atau memang tak ikhlas. Rasanya macam senyum Najib sahaja yang ceria dan tak dibuat-buat, Tun dan Pak Lah macam menahan rasa sahaja. Agak-agak orang Umno sudi bahagi Tun dekat Pak Lah tak?

Gambar cilok dari kerabu bersuara.

Sirih Pulang Ke Gagang!

Maka berakhirlah sudah perhimpunan Agung Umno yang meninggalkan seribu satu macam pengalaman dan kenangan kepada perwakilan dan penyokong-penyokongnya. Namun, sudah pasti yang menjadi perbualan hangat adalah kehadiran bekas idola mereka iaitu Tun Mahathir untuk sama-sama mencemar duli menyertai majlis yang sebelum daripada itu dilabelkan majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah. (Tun yang tulis dalam blog dia, bukan saya yang reka). Secara tersiratnya, buat masa kini Tun telah bersetuju untuk bersama-sama mereka yang mendukung rasuah.

Sebelum ini, Tun begitu lantang mengkritik Umno akibat kekalahan Mukhriz kepada Khairy dalam pemilihan ketua Umno. Sudah pasti salah satu kritikan yang beliau adalah mengapa 6 jam diperlukan untuk mengira 790 undi. (Seiras dengan siri-siri PRU sebelum ini). Rasanya Tun tak perlu pelik mengapa ini terjadi. Sebagai bekas Presiden Umno, beliau telah mempunyai pelbagai pengalaman dan taktik yang telah sedia diguna pakai oleh ahli-ahli Umno. Jadi mungkin Tun buat-buat tak tahu atau memang Tun sengaja buat tak tahu untuk menimbulkan isu.

Persoalannya adakah isu rasuah ini hanya berlegar di sekitar pemilihan Ketua Pemuda sahaja? Tun tidak pula memberi kritikan terhadap kemenangan ahli-ahli MT Umno dan yang lebih utama adalah Timbalan Presiden Umno itu sendiri. Sedangkan Tun jugalah orangnya yang sibuk mengkritik dan memberitahu rakyat Malaysia daripada 900 kes politik wang yang dilaporkan kepada Majlis Tatatertib Umno, hanyalah beberapa kes yang sangkut. Yang lebih-lebih itu tiada salahlaku dan tindakan dibuat. SPRM ? Itu bukan kes melibatkan Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat yang terlibat sudah pasti kami akan menyiasatnya sehingga ke akar umbi.

Yang pastinya lega sudah pasti adalah ahli-ahli Umno yang tetap setia menyokong perjuangan Umno. Yang mereka tidak suka hanyalah Presiden mereka iaitu Pak Lah. Pak Lah dikatakan hanya menurut arahan yang diberikan oleh budak Tingkat Empat. Mereka ini dikatakan lebih berkuasa daripada mana-mana Menteri. Menteri juga termaktub di bawah bidang kuasa mereka.

Salah satu punca kemarahan Tun Mahathir juga adalah berpunca dari Tingkat Empat. Apabila pengaruh Tingkat Empat dan Najib telah berjaya memegang tampuk Presiden Umno sudah tentu ia menjadi kelegaan yang besar buat Tun. Sudah pasti segala polisi dan strategi yang sebelum ini tidak dibakulsampahkan oleh Pak Lah akan kembali diguna pakai oleh Najib.

Begitu juga dengan perlantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno. Secara tidak langsung sesiapa jua yang memegang jawatan ini akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pendek kata orang Umno cukup yakin gandingan ini akan kembali mengukuhkan kedudukan Umno dan mengembalikan keyakinan rakyat. Mungkin benar dan mungkin tidak. Sejarah politik Umno, sesiapa sahaja yang menjadi timbalan presiden belum tentu akan bertahan lama. Begitu juga dengan Presiden Umno. Tun Mahathir sendiri beberapa kali menghadapi situasi getir berhadapan Ku Li dan Anwar Ibrahim suatu masa dahulu.

Pendek kata, media-media Perdana cukup mensasikan kehadiran kembali Tun kepada Umno. Secara tidak langsung kita boleh melihat bahawa Umno kini sudah bersih. Sudah pulih. Kerana kuasa yang sepatutnya sudah kembali kepada tangan orang yang sepatutnya iaitu Najib. Segala salahguna kuasa, rasuah, penipuan dan apa sahaja tindakan selama ini semuanya sudah dimaafkan. Tetapi terlupa Presiden baru mereka yang pernah dilabelkan oleh Tun sebagai pengecut penuh dengan kontroversi dan skandal yang hanya menunggu masa untuk dilondehkan.

Umno adalah Umno. Memang Pakatan Rakyat memerlukan pendekatan dan strategi yang baru untuk menghadapi situasi yang baru. Juga perlu berwaspada kerana strategi yang dibantu oleh Tun Mahathir kini sedikit terencat. Namun Umno adalah Umno. Slogan hidup Melayu dan untuk bangsa,agama dan negara juga adalah retorik meskipun Presiden mereka menguna pakai istilah-istilah agama yang mereka sendiri mungkin tidak pernah hayati. Kuatkan saf dan kukuhkan tekad untuk merempuh segala tipu daya yang akan digunakan. Yang penting talian hayat dengan Yang Esa jangan sampai putus. Kerana yang pasti mereka bukanlah di dalam golongan yang benar.

Saturday, March 28, 2009

Umno Telah Berjaya Direformkan!

Menariknya pada penutup persidangan Agung Umno ini, Tun Mahathir turut serta 'mencemar duli' pada perhimpunan Agung Umno kali ini. Secara tidak langsung ia memberi satu semangat baru kepada anggota-anggota perwakilan yang hadir. Sekaligus ia turut menunjukkan sokongan Tun kepada parti yang telah lama diterajuinya. Biarpun beliau mendakwa pemilihan pucuk pimpinan Umno dicemari dengan rasuah, namun beliau telah turut menyertai majlis 'rasuah'? Mungkin sebagai tanda sokongan beliau kepada Najib dan Muhyiddin yang telah secara rasminya akan menerajui Umno @ Pekembar.

Menarik juga di dalam ucapan Najib beliau telah menyebut Mahathir kembali dilantik kembali sebagai ahli Umno. Bermakna memang Najib selama ini membuat langkah yang begitu berhati-hati. Supaya tidak mengikut jejak langkah 3-4 Timbalan Presiden yang dicampak dan ditendang sebelum memegang tampuk kuasa beliau mengikut sahaja jejak-lengok Presiden sehingga telah pasti kuasa sudah di genggaman barulah beliau menunjukkan belang sebenarnya. Ia juga memberi amaran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat bahawa beliau tidak akan kekal lembut seperti sebelum ini.

Ulasan 'Menarik' Pemerhati Umno

Saya turut tertarik dengan ulasan pengacara dan pengulas-pengulas Umno di tv3 selepas itu. Dengan diketuai Johan Jaafar yang dulu menjadi pengerusi majlis di dalam rancangan 'debat' di tv1, jaguh reformasi rasuah Ezam Md Noor dan seorang lagi Professor dari Universiti Utara Malaysia(maaf professor saya tak tau nama professor). Kita dimomokkan dengan hal keadaan Umno yang sudah bersedia untuk berubah dan reform yang telah berjaya.

Tidak pasti apa yang Ezam perkatakan dengan reform (nak juga guna perkataan reformasi), bagaimana dengan agenda pembaharuan daripada rasuah yang dikatakan oleh beliau. Sememangnya adakah suara beliau terkeluar menentang sebarang politik wang yang berleluasa di dalam proses pemilihan. Ataupun beliau sememangnya seorang politikus yang mengikut arah bahasa parti yang didokong?

Begitu juga dengan ulasan Professor UUM yang mengatakan bahawa inilah barisan pemimpin yang akan membawa citra baru dalam Umno. Sedap didengar tapi kelat untuk ditelan. Sememangnya sejarah menukilkan bahawa PM Malaysia yang naik sebelum ini semuanya kelihatan bebas dari kontroversi sebelum menjadi PM, namun Najib awal-awal lagi telah dihantui oleh pelbagai kontroversi yang akan terus menghantuinya sampai bila-bila.

Sememangnya jika inilah era reform dalam Umno, maka tidak mustahil ia akan terus berkubur di dalam PRU-13 nanti. Pemimpin yang bermain muka, diselubungi rasuah dan tradisi menipu yang berterusan akan menjadikan rakyat semakin meluat melihat parti Melayu tertua ini. Akhirnya kita akan melihat sejauh mana reform yang dilakukan oleh perwakilan Umno (dengan suntikan modal yang bukan sedikit) mampu mengubah wajah Umno di mata rakyat. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Wednesday, March 25, 2009

Kami Sokong PPMSI

Minggu ini sudah pasti semua perhatian tertumpu ke PWTC sebelum beralih arah ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Minggu ini perhimpunan agung UMNO akan memberi hala tuju dan petunjuk ke mana ingin dibawa negara dan bangsa ini. Malangnya, tidak semua akhbar dibenarkan untuk membuat liputan. Hanya media-media tertentu sahaja yang dibenarkan. Rasa saya dahulu, bukan main marah lagi orang Berita Harian dan Utusan Melayu serta Tv3 kerana tidak dibenarkan membuat liputan muktamar PAS. Bergegar seluruh kampung dan kota pasal ketidak puasan hati mereka.

Satu lagi berita malang buat pencinta bahasa! Parti yang memperjuangkan bangsa Melayu ini akan terus menolak bahasanya sendiri. Tidak hairanlah kerana Umno itu sendiri adalah gabungan bahasa Inggeris dan bukan Melayu. Bakal Presiden Umno sendiri iaitu Najib Tun Razak sendiri berikrar akan mempertahankan PPMSI. Begitu juga dengan bekas Ketua Puteri Umno, Noraini turut sehati sejiwa untuk terus mempertahankan PPMSI ini. Dari Wanita dan Pemuda saya tak dengar lagi - tapi boleh agak sudah pasti senada dengan ketuanya nanti.

Terasa sungguh malang diri bangsaku ini. Satu masa dimomok dengan janji-janji palsu. Kononnya pembela nasib dan maruah Melayu. Tetapi dalam masa yang sama terus dibedal dan dipukul dengan bahasa sendiri di anak tirikan. Nampaknya perjuangan GMP akan berterusan dan seperti kata Pak Samad eloklah jika Umno berkempen menggunakan Bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya dapat mempratikkan kepimpinan melalui teladan.

Harmoninya Pertandingan Dalam Umno
Kagum juga mendengar bagaimana Khairy berucap. Agak petah ayatnya. Tapi macam ada nada-nada riak pun ada. Yalah walaupun dengan ruang yang sempit, duit yang sedikit masih boleh menang lagi. Sambil-sambil tu sama-samalah kita rapatkan kembali barisan yang dah longgar tu.

Hakikatnya ia tidak seindah itu. Apabila melihat gambar-gambar di bawah rupanya apa yang dibicara agak susah dikota. Gambar dari blog Pak Bakaq :


Nampaknya tidak akan keluar dalam berita harian,utusan malaysia ataupun tv1 dan tv3 kekecohan ini. Penyokong-penyokong Mukhriz tidak dapat menerima hakikat kekalahan ketua mereka. Bijak sungguh strategi KJ. Apa ilmu dia pakai agaknya ya.





Tu dia! Pekida Umno dah mengamuk. Nasib baik lah ada polis. Tak payah pakai water cannon dengan tear gas pun keadaan dapat dikawal.








Apa pun diharapkan keadaan Umno yang harmoni akan berterusan sampai bila-bila. Tunggu dan lihat sama-sama sampai hujung minggu!

Sekitar Sambutan Kemenangan Wanita & Pemuda Umno

Wah! Meriah sungguh nampaknya sambutan yang diberikan kepada pemenang-pemenang ketua wanita, pemuda dan putri Umno. Saya tak dapat mengulas lanjut pasal puteri Umno kerana tak ada maklumat dan memang tak kenal langsung dengan Datuk Rosnah. Tapi kalau Syahrizat atau Khairy Jamaluddin saya ada banyak cerita pasal depa.

Tapi saya tak nak merencatkan sambutan depa. Jadi just enjoy the picture. Cuma nak komen sikit-sikit sahaja.
Memang semua orang gembira Opah Fidah berjaya dikalahkan secara terhormat. Saya pun tumpang gembira. Masanya sudah tiba untuk memberi peluang kepada muka baru yang boleh membawa perubahan. Tapi saya rasa macam ada yang tak kena sahaja dengan perubahan yang bakal dibawa oleh Syahrizat. Pasal awal-awal lagi saya tengok dikiri dan belakang beliau itu ada sedikit rupa geng-geng kat zoo sana. Takkan lah gembira sangat sampai lupa dunia kot. Tengok makcik kiri dan belakang beliau, tiga orang itu begitu luas mengangakan mulut mereka. Adakah kebetulan gambar ini dimasukkan oleh Malaysiakini?


Begitu juga dengan video di bawah ini.



Sama macam gambar di atas, adakah mereka telah melakukan proses evolusi? Bukan sahaja semacam berbulu telinga, semestinya penyokong-penyokong Khir Toyo turut berbulu mendengar atau jika melihat video ini. Ini barulah budaya kita. Kan kan kan?

TV3 pun dah tukar logo

Terkejut tengok MHI pagi tadi. Rupa-rupanya tv3 dah jadi tv Umno. Nampak lambang Umno besar sangat dekat belakang Ally tadi. Ingat penjenamaan semula tv3. Saya pun sokong kalau tv3 terus gunakan lambang umno tadi pasal barulah terang lagi bersuluh. Tak payah nak sembunyi-sembunyi. Barulah orang yakin sememangnya Tv3 itu media rasmi Umno.

Kemudian saya lihat Ally agak malu-malu juga nak bertanya kepada Raja Ahmad Zainuddin dan seorang lagi saya tak ingat nama dia. Tapi ada Syeikh dan Ketua Umno Cheras tak silap saya. Saya lihat Raja Zainuddin agak cool semasa bercakap, tetapi pak Syeikh seorang itu begitu semangat bercakap. Nampak memang typical Umno pasalnoya apa yang ketua depa cakap depa akan sokong 100% dan setuju sahaja walaupun ketua mereka suruh terjun Umno.

Yang best Raja Zainuddin ada sebut pasal kebebasan media. Excuse me? Saya salah dengar ke? Sedangkan Harakah dan Suara Keadilan baru sahaja digantung penerbitannya. Raja Ahmad tengah pening ke apa? Ke ada salah makan tadi datuk? Media bebas pun tak boleh nak buat liputan persidangan Agung Umno, Datuk nak cerita pasal kebebasan media? Kirim salam je lah Datuk dekat Menteri Dalam Negeri ya!

Yang best ucapan Syeikh tu. Bersemangat sampai aku tak faham apa yang dia cakap. Maaflah ya, agaknya tune tak boleh masuk Pak Syeikh. Kalau nak cerita pasal perjuangan agama, perjuangan bangsa dan perjuangan negara saya ada rasa sedikit mual-mual. Nak terkucil pun ada. Politik wang itu dalam agama halal ke Pak Syeikh. Ke pasal nama dia politik wang dan bukan rasuah maka tiba-tiba ada label halal Jakim? Dan macam biasa dia ulang-ulang perkara yang khurafat dan syirik macam yang biasa orang lain buat. Ayat dia? Umno sahajalah yang mampu membela nasib agama,bangsa dan negara? Tuhan awak nak letak kat mana ya?

Apapun tahniah kepada semua yang menang. Kepada yang tak menang sila cuba lagi di lain kali. Yalah, terutamanya dekat Datuk Seri Khir Toyo - perjuangan belum selesai kan? Walaupun masih ada budak tingkat empat dalam pentadbiran Najib, Datuk masih ada peluang nak pegang jawatan kan? Untuk Opah Fidah jangan cepat putus asa. Saya pasti macam yang Syahrizat cakap malam tadi, " tiada siapa-siapa akan disisihkan". Ada setuju. Saya setuju sangat pasal ini memang budaya Umno!

Tuesday, March 24, 2009

Aku Malu!

Buka-buka sahaja tv1 dan tv9 terus nampak muka itu orang. Alamak! Apa hal muka mamat ini semua tv tunjuk ke? Oh! Baru nak kick off persidangan Pekembar rupanya. Untuk puteri,wanita dengan pemuda rupa-rupanya. Ada sedikit semangat. Buka Malaysiakini tak ramai wakil media boleh masuk dalam persidangan Pekembar kali ini. Eksklusif untuk ahli-ahli dia saja kot.

Tapi aku malu! Satu dunia dah tahu! Kat luar tu hot sangat. Tapi kat Malaysia ni cool sahaja. Ye lah, media dia orang yang kawal. Aku tak pasti pulak orang Pekembar terasa malu atau tidak. Ataupun depa buat don't know saja. Kes Altantuya si wanita misteri dari Mongolia yang diletupkan oleh C4 dari Malaysia dah menjalar ke Indonesia dan Perancis.

Akhbar Times Online dan kecoh. Di Indonesia masuk majalah Forum Magazine Jakarta pula. Satu dunia dah tahu bagaimana Malaysia memberi layanan kepada Shaaribuu Setev. Sebagai seorang ayah beliau terus menuntut keadilan dunia terhadap apa yang berlaku terhadap anaknya. Sudah pasti kita yang punya hati dan perasaan dapat menyelami apa yang beliau rasai. Ditambah lagi dengan cara kematian beliau yang cukup sadis di samping meninggalkan dua orang anak yang langsung tidak bersalah.

Jika semasa persidangan agung Pekembar, semua ahli menepuk tangan sepenuh hati kerana kononnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Najib. Kononnya semua perwakilan diminta memilih calon-calon yang berwibawa bagi membantu Najib dalam pentadbiran negara. Betul sangatlah tu.

Tapi di mana muka kita ingin diletakkan selepas ini. Seluruh dunia telah melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dipenuhi dengan agenda rasuah, korupsi dan pembunuhan. Memang media kita cekap menutup kebusukan ini daripada pandangan rakyat marhaen, tetapi media di luar sana siapa yang mampu untuk menutupnya? Alahai Malaysia, begini nasibmu ditangan pemimpin-pemimpin jadong rupanya.

Tuesday, March 17, 2009

7 Perkara Ajaib Di Dunia - Umno!

Mesti ramai tak terkejut jika salah satu perkara ajaib di dunia terdapat di Malaysia. Ya - Umno atau Pekembar memang salah satu keajaiban ajaib di dunia. Carilah di mana-mana bahagian dunia ini, tiada satu benda atau parti lain yang dapat menandingi keajaibannya. Macam-macam benda ajaib yang terjadi yang bisa membuat kita kagum dan terpegun. Melopong ada juga!

Sebelum ini kita terlopong apabila bekas ketua Pekembar tidak berpuas hati kerana daripada 900 kes salah laku dan politik wang(baca sebagai rasuah) yang dilaporkan tiada satu pun yang sangkut. Sebenarnya bukannya lembaga disiplin Pekembar tidak ingin mengambil tindakan, tetapi jika diambil tindakan maka tiada lagi ahli Pekembar. Ini kerana hampir 100% daripada ahli Pekembar terlibat dengan politik wang secara langsung atau tempias. Jadi, adalah satu keajaiban jika tindakan diambil kepada mana-mana ahli.

Semalam berlaku lagi keajaiban. Memang ajaib apabila lembaga disiplin telah memutuskan ada ahlinya yang memang terlibat dengan politik wang. Ketua Menteri Melaka dilarang daripada bertanding jawatan timbalan presiden Pekembar. Ajaibnya tiada langsung kelihatan kemaluan pada mukannya. Malah, tiada langsung tindakan undang-undang ataupun desakan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri. Andainya ia berlaku kepada Pakatan Rakyat sudah tentu akan berkokok dan dicananglah oleh media massa upahan mereka siang dan malam.

Yang bertambah ajaib dalam ajaib, calon ketua pemuda Umno yang turut di dapati bersalah atas kesalahan yang sama(sebijik kata orang muda) hanya diberikan amaran sahaja. Sementara itu bekas Menteri Besar Selangor yang berbakul tuduhan rasuah dilaporkan terhadapnya di dapati langsung tidak terlibat dalam politik wang. Ajaib sungguh! Kesalahan sama tetapi seorang dilarang bertanding, seorang lagi diberi amaran. Agaknya apakah indicator yang digunakan lembaga disiplin Pekembar dalam melaksanakan hukuman. Jumlah rasuahnyakah, kehandsomeman calonnyakah, kabel baik punyakah atau tangan-tangan ghaibkah. Memang ajaib sungguh Pekembar ini.

Lalu marilah kita merujuk lidah rasmi parti Pekembar iaitu Utusan Meloya. Baru agak faham sedikit bagaimana keajaiban itu. Menurut Pak Rithaudeen mereka telah melakukan kesalahan di bawah perkara 10.1 ialah satu perkara yang mana ia dianggap satu kesalahan apabila ejen calon didapati bersalah dan ada fakta bahawa calon ada pengetahuan mengenai perkara itu maka calon dianggap terlibat dan dijatuhkan hukuman di bawah perkara itu. Bezanya calon Timbalan Presiden itu terlibat secara langsung sementara calon Ketua Pemuda ejennya di dapati bersalah tetapi dia tidak tahu. Sama macam kes Altantuya. Dua anggota UTK itu suka-suka sahaja menggunakan C4 itu tanpa mendapat arahan siapa-siapa. Ajaib!

Maka perkara yang ajaib-ajaib ini perlu dijaga sebaiknya. Sampai ia pupus atau hanya tinggal jadi sejarah. Ialah dah jadi perkara ajaib seeloknya diletakkan ke dalam muzium sahaja untuk jadi bahan tatapan generasi akan datang. Terlalu banyak perkara-perkara ajaib yang berlaku dalam Pekembar yang tidak sempat dikongsi. Mungkin pengunjung-pengunjung ada lagi senarai untuk disenaraikan?


Monday, March 16, 2009

Operasi Menebas Sudah Bermula

Persidangan Agung Umno(english) atau dalam bahasa melayunya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(Pekembar) hanya menghitung hari untuk dimulakan. Maka berdebar-debarlah calon-calon yang bertanding menanti hari perhitungan. Para perwakilan akan menjadi tumpuan kerana merekalah bakal penentu siapa yang akan memimpin dan menerajui Umno. Mungkin yang amat dinanti itu bukanlah apa agenda dan resolusi yang akan dibahaskan, tetapi berapa nilai dan ongkos yang disediakan oleh calon-calon yang bertanding.

PPMSI? Persetankan sahaja. Hidup Melayu? Sekadar cogankata sahaja. Anak-anak muda Melayu terus hanyut tanpa ada tindakan serius daripada menteri yang berkuasa. Yang dititikberatkan hanyalah hiburan. Dengan membiarkan hiburan menghantui anak-anak muda, maka mereka yakin akan terus dapat berkuasa. Belanjawan? Berapa yang akan tiris kepada rakyat-rakyat marhaen golongan bawahan. Keutamaan sudah pasti syarikat gergasi yang mempunyai kaitan dengan tokoh-tokoh korporat tertentu.

Politik wang atau bahasa sebenarnya iaitu rasuah sudah sinonim dengan parti ini. Ibarat irama dan lagu, ia tidak mungkin dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka sumbanglah lagu. SPRM? Jangan buat lawak antarabangsa. Ia hanyalah tempelan untuk mengintai peluang mendakwa salah laku parti lawan. Tidak kiralah apa sahaja yang boleh digunakan - gunakan sahaja. Lembu? Kereta? Kalau terkena parti ini, pejamkan sahaja. Maka tidak hairanlah jika mantan ketuanya siang malam membebel kerana gejala ini. Kerana daripada 900 aduan yang dilaporkan tiada satu pun yang tersangkut. Macam la tiada ia tahu, bahawa yang mencambahkan politik wang itu adalah dirinya jua.

Kerana terlalu sinonim dengan politik wang - dan sesiapa sahaja boleh melakukan jika ada wang maka strategi kedua dilakukan iaitu menebas pihak lawan. Ia bukanlah strategi yang baru kerana ia pernah digunakan oleh mantan ketuanya. Dengan strategi inilah bukan satu, bukan dua, bahkan tiga timbalannya berjaya ditebas dan dicantas. Jadi seperti kata bidalan, jika cikgu kencing berdiri maka anak murid akan kencing berlari.

Justeru terdapat bermacam-macam laporan pelik yang boleh dibaca semenjak dua tiga hari ini. Maka tidak hairanlah jika tiba-tiba nama Norza menjadi glamour. Malangnya ini bukan bermakna bintangnya bergermelapan tapi terus jadi gelap. Tapi yang peliknya tak ada pula dinyatakan tuduhan dalam berita hairan atau utusan meloya mengatakan ini perbuatan Pakatan Rakyat. Memang bukan pun kerana ia adalah strategi daripada kawan-kawan Norza sendiri.

Begitu juga dengan nama Azalina. Tiba-tiba saja boom! Ini kerana tiba-tiba sahaja setiausaha politiknya dikejar oleh SPRM. SPRM ini pun satu, takkan kawan pun nak makan kawan. Oh! Dia tak ada geng ke? Patutlah. Tiba-tiba ditangkap dengan RM100,000 dalam kereta. Itu baru satu kali jumpa. Tapi rasanya jumlah itu pun tak adalah banyak mana. Pasal setahu saya calon-calon dalam parti ini semua kaya-kaya. Berduit belaka! Jadi mantan ketua tak payahlah bising-bising. Siapa yang sibuk buat sistem kuota? Siapa yang sibuk korporatkan negara? Sepatutnya dia bangga kerana apa yang ditanam dah membuahkan hasil!

Jadi kalau sekadar gambar bogel tiba-tiba tersebar, itu tak pelik. Seperti mana Pak Bakaq cakap pasal foto panas dan "stupid pictures of Malaysian politicians and their family breaking the laws they imposed on others". Maksudnya cerita itu sengaja di paparkan pada masa ini kerana pemilihan sudah semakin dekat. Maka orang itu akan menjerit saya hanyalah mangsa! Kita lihat sahajalah samada jaguh Melayu ini dapat bertahan atau terpaksa hanyut. Rasa saya tidak, kerana beliau lagi hebat daripada Chua Soi Lek. Seingat saya, suatu masa dahulu beliau pernah berdebat dengan Salahuddin Ayub perihal Sekolah Agama Rakyat. Seperti biasa, apa yang parti dia buat semua betul.

Jadi kalau timbalan Presiden pun nak kena gugur, sama sahaja! Tak ada apa-apa maknanya. Mereka sama sahaja. Bezanya, siapa pandai boleh jadi pemimpin. Siapa banyak wang dia menang! Pandai ke tak pandai belakang kira. Jadi kita nilailah sendiri. Janganlah terpegun dan terlopong sangat bila nampak orang angkat keris. Banyak lagi drama tengah menanti. Mungkin juga Pah Faridah akan turut bermain silap mata kerana awal-awal lagi dia tak suka timbalannya melawan tauke. Jadi, jangan lupa kita terus menonton wayang. Tayangan Perdana di negara ini sahaja.

Thursday, March 12, 2009

Negeri Lain Ada Berani?

Terlebih dahulu saya meminta seribu kemaafan. Posting ini terpost tanpa tersengaja. Sebenarnya yang tertulis hanyalah tajuknya sahaja, tiba-tiba disebabkan masalah teknikal yang tak dapat diceritakan, boleh terposting pulak. Jangan marah bila masuk sahaja yang keluar hanyalah tajuknya sahaja, beritanya tiada. Jangan marah kerana menyangka itu sekadar publisiti murahan semata-mata. Oh tidak sama sekali!

Sebenarnya cerita yang ingin dikongsi adalah kerana esok(ops hari ini) kita dapat melihat kekayaan MB Selangor kini iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exco-exconya. Masa Pak Lah jadi PM dulu ada juga dia sebut nak istihar harta menteri-menteri dia, tapi sampai sekarang tak tahu proposal Pak Lah tu sangkut kat mana. Puas teropong tak nampak kat mana senarai yang dia kata nak istihar tersebut.

Pepatah melayu kata " berani kerana benar, takut kerana salah". Mungkin Hishamuddin tak pernah jumpa pepatah ini pasal dia sibuk belajar dekat luar negara suatu masa dahulu, tapi dia boleh tanya dekat cikgu-cikgu yang ikut serta perhimpunan PPMSI hari Sabtu lalu. Sebab itulah guru-guru ini ikut serta perhimpunan pasal takut murid-murid generasi baru tak dengar lagi pepatah itu atau pepatah " siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri".

Jadi saya menyeru setiap negeri yang berada di bawah jajahan Malaysia ini supaya mengikut jejak langkah MB Selangor ini yang amat baik pada pandangan saya. Dengan ini rakyat boleh menilai sejauh mana adakah aset pemimpin-pemimpin mereka ini sentiasa bertambah dari masa ke semasa atau sama sahaja setiap masa atau semakin surut kerana digunakan untuk membantu golongan rakyat marhaen.

Mungkin juga mana-mana menteri yang mempunyai aset berpuluh-puluh juta itu boleh menderma barang sejuta dua untuk rakyat miskin yang berada di sekitar kawasan mereka. Oleh itu, secara automatik mereka boleh meniatkan derma mereka ini sebagai sumbangan zakat. Jadi ia dapat membersihkan harta-harta mereka supaya semakin bertambah dan mendapat berkat.

Suka juga saya mencadangkan jika pada persidangan agung Umno yang akan tiba tidak lama lagi ini - setiap calon yang bertanding dapat mengistiharkan harta-harta masing-masing. Alangkah eloknya jika kita dapat mengetahui sendiri berapa aset yang ada pada seorang ketua cawangan, bahagian atau negeri. Oleh itu, SPRM mempunyai tugasan sedikit mudah bagi menyelidik jika-jika terdapat anasir tidak sihat dalam aset mereka. Dengan pengistiharan itu, tidaklah Tun Mahathir merungut kerana daripada 900 kes politik wang(rasuah) yang dilaporkan kepada badan disiplin Umno tiada satu pun yang sangkut. Alahai.

Tuesday, March 10, 2009

Naik Bayar.. Tak Naik Pun Bayar??

Syahadan adapun sebuah negeri pasir berdegung ini terdapat pelbagai keajaiban. Adapun keajaiban ini hanya terdapat di negeri ini sahaja. Jika mencari keajaiban tersebut di lain-lain negeri tidak kira atas angin, bawah angin atau yang tidak kena angin maka tidak akan sekali-kali terjumpa dengan keajaiban tersebut.

Antara keajaiban yang terjadi di negeri ini antaranya jika didapati berlakunya sesuatu rasuah - maka orang yang akan melaporkannya akan dikenakan tindakan. Manakala yang melakukannya lepas bebas sambil tersenyum kambing kepada orang yang melaporkannya. Anda boleh tampar orang tanpa kena tangkap dengan syarat - anda sokong parti pemerintah. Juga boleh mengundi banyak kali menggunakan nama orang lain. Juga boleh jual air 3 sen kepada negara jiran anda tetapi anda membelinya kembali dengan harga rm1. Juga boleh menyedekahkan pulau yang paling hampir dengan negeri anda kerana rakyat negeri tidak akan langsung membantah.

Dan kini, penangguhan tol. Seperti mana kata menteri tol dahulu - kalau mahu tangguh kerajaan tetap kena bayar. So, rakyat boleh pilih samada bayar sendiri tol itu atau guna duit cukai anda untuk bayar tol tersebut. Apa pun syarikat konsesi tetap boleh senyum sambil hulur tapak tangan untuk kira pitih yang bakal diperolehi. Perjanjian konsesi - ia adalah rahsia negara. Tiada sesiapa pun yang boleh membaca, menelitinya kerana ia dibuat dengan telus, adil dan saksama.

Boleh baca petikan berita di bawah ini.

Kenapa Orang ni Senyum Cela..ada kaitan Prk Bukit Gantang dll


Kerajaan bayar pampasan RM287 juta kepada lima syarikat konsesi

Kerajaan bayar pampasan RM287 juta kepada lima syarikat konsesi lebuh raya berikutan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol. Menteri JKR Mohd. Zin Mohamed berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi selepas mengambil kira reaksi rakyat yang tidak bersetuju apabila kenaikan kadar tol diumumkan.

Pampasan wajib dibayar ekoran janji bodoh kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.
PLUS dapat RM195 juta, Sprint RM36 juta, AKLEH RM27 juta, Besraya RM9 juta dan NPE RM20 juta.

"Wang pampasan ini merupakan sebahagian daripada wang rakyat yang sebenarnya.

1. Kerajaan bayar RM2.35 bilion pampasan tol
lebuh raya,BN. Kerajaan bayar RM2.35 bilion pampasan tol. KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM2.35 bilion kepada syarikat konsesi lebuh raya di negara ini bagi tempoh empat tahun dari 2004 hingga 2007.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pampasan itu 19/02/2009

2. PLUS untung RM289.4 juta
PLUS untung RM289.4 juta. KUALA LUMPUR 30 Mei - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) mencatat keuntungan kumpulan sebelum cukai sebanyak RM289.4 juta dalam suku pertama tahun ini, berbanding RM489.1 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.Keuntungan sebelum cukai yang tinggi dalam suku pertama tahun lalu adalah s 31/05/2006

3. Untung PLUS naik
Untung PLUS naik. KUALA LUMPUR 24 Ogos - Plus Expressway Bhd. (Plus) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM684.6 juta bagi separuh pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2005, meningkat 91 peratus daripada tempoh yang sama sebelumnya.Peningkatan berkenaan terutamanya disebabkan oleh pampasan Senai berjumlah 25/08/2005 -

4. Hasil tol PLUS melebihi RM1b
Hasil tol PLUS melebihi RM1b. KUALA LUMPUR 22 Nov. PLUS Expressways Bhd. telah berjaya mencatat kutipan tol melepasi paras RM1 bilion apabila mencatatkan jumlah sebanyak RM1.008 bilion dalam sembilan bulan berakhir pada 30 September 2002, naik 12.8 peratus daripada RM893 juta yang dikumpulkan dalam tempo 23/11/2002

http://perundingperiuknasi.blogspot.com

Jadi fikirlah sendiri. Siapa pemilik sebenar konsesi itu. Siapa yang memilik keuntungan ke atas konsesi tersebut. Duit itu digunakan untuk buat apa? Bak kata Nabil - korang fikirlah sendiri.

Thursday, February 26, 2009

Hishamuddin Yang Lemau

Agaknya Hishamuddin ini pekak badak. Ataupun badak pun tak sepekak dia. Bertambah musykil hati aku kenapalah dia orang nombor wahid yang begitu tegar mempertahankan PPMSI ini. Yang bertambah bestnya dia cakap semua guru-guru seronok dan sokong PPMSI ini. Tapi bila aku tanya adik aku dengan kakak aku dia orang semua cakap apa yang seronoknya? Semua duduk pakat kutuk PPMSI. Yang jelasnya menyusahkan semua orang. Tak kira cikgu, anak murid termasuklah ibu bapa dia orang sekali.

Bila pemuda Pas ajak debat dia kata apa lagi yang nak didebatkan. Baru aku ingat, Hishamuddin ni memang alergik dengan debat. Masa zaman reformasi dulu seingat aku dia dijemput untuk berdebat dengan Mahfuz Omar dekat UKM. Dia tak datang cuma hantar Zein Isma ganti tempat dia. Jenuh jugaklah Zein Isma kena boo dengan budak UKM. Lalu terus UKM dicop sebagai lubuk pembangkang walaupun tak kira siapa-siapa masa tu meluat dekat Umno dan Barisan Nasional.

Jadi, jangan haraplah kalau dia berani nak lawan debat. Aku rasa kegagahan dia ini cuma terserlah bila dia pegang keris je kot. Mungkin aura dia muncul tiba-tiba masa tu. Kalau macam itu aku cadangkan masa nak berdebat nanti Hishamuddin bawak je lah sekali keris tu. Buat azimat. Tangkal gugup pun boleh. Jadi tak lah nanti rasa gugup sangat nak lawan hujah.

Bila sasterawan-sasterawan negara dan tokoh-tokoh bahasa turun ke jalan raya dia kutuk. Dok sengih-sengih macam kerang busuk. Orang hantar memorandum kat Parlimen pun dia sengih-sengih jugak. Ini orang ingat semua cikgu dan orang Kementerian Pelajaran sokong dia? Apa punya syok sendiri. Akhirnya PIBG turut bersuara menyatakan pendirian mereka. Tu baru betul!

Kononnya buat persidangan meja bulat dan seribu macam cara lagi nak tengok orang sokong atau tidak PPMSI ini. Tapi sebenarnya dicari jugak orang-orang yang sokong PPMSI sahaja masuk persidangan ini. Tak dapat orang dalam, orang luar negara pun jadilah. Jadi dalam kepala aku yang tak berapa pandai ini, ini hanyalah satu sandiwara Hishamudin semata-mata. Dia peduli apa kepada nasib anak bangsa. Yang penting kroni dapat projek, berjaya mempertahankan projek bekas boss dia dulu dan daulatkan bahasa asing. Yalah, kenyataannya dia pun dapat pendidikan dari luar negara. Dalam negara biasalah - tak glamor!

Jadi - kita pakat fikir-fikirlah. Orang yang macam ini nak berjuang demi bangsa dan tanahair? Lakonan semata-mata. Kalau masih nak percaya jugak silalah. Dah bahasa jawi dibunuh, bahasa Melayu nak dikuburkan. Pejuang bangsa? Loya nak menyebutnya!


Monday, November 24, 2008

Politik oh Politik

Sesungguhnya menulis itu bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya bila kadang-kadang terjadinya simpton yang dipanggil 'writer's block'(betul ke idak ya istilah ini). Penulis kadang-kadang hampir jemu melihat akan keadaan suasana politik yang 'renyok herot' (istilah orang Terengganu - tak betul/tonggang terbalik) yang mewarnai suasana politik di negara kita ini.

Sepatutnya apabila tamat siri pilihanraya yang memenatkan, agenda yang perlu ditumpukan adalah kebaikan untuk golongan rakyat marhaen semata-mata. Namun suasana ini kelihatannya telah hilang sejak dua menjak ini. Sini sana sibuk cerita perihal keburukan orang itu, keburukan orang ini. Orang itu tidak betul, orang ini serong. Seolah-olah yang melaporkan dan mereka yang menulis itulah yang betul-betul belaka dan orang lain semua tak betul-betul belaka.

Tidak ada manusia yang maksum di dunia ini kecuali para-para anbiya. Begitu juga tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali para-para nabi. Tidak kira parti pemerintah atau parti rakyat kedua-duanya perlu berlapang dada. Apakah berdosa kiranya jika mereka bekerjasama dalam hal-hal tertentu untuk kebaikan rakyat.

Ini tidak! Isu yang sensitif ditambahkan sensitifnya. Isu yang kecil diperbesarkan. Yang besar lagilah, ibarat bola tanggung. Yang menderitanya adalah rakyat marhaen. Pening dan confuse. Mana satu yang betul, mana satu yang salah. Nak sokong kerajaan ke nak sokong pembangkang. Ada negeri yang itu jadi pemerintah tapi negeri lain jadi pembangkang, ada negeri lain yang ini jadi pembangkang tapi negeri lain jadi pemerintah.

Maka, sedarlah kita. Kebanyakan mereka hanya sibuk berfikir macam mana nak kenyangkan perut masing-masing. Macam mana nak hidup senang melalui kuasa. Macam mana nak tunjuk kuasa kepada orang yang tiada kuasa. Maka, hendak tak hendak kepada rakyat-rakyat dan mereka-mereka itu kembalilah kepada ke pangkal jalan. Kembali kepada Al-Quran dan sunnah, insya Allah tiada lagi kekeliruan. Bila sudah kembali ke pangkal jalan dan peganglah kepada ia sekuat-kuatnya. Insya Allah tidak akan pening dan sesat lagi. Atau tulisan kali ini mengelirukan pembaca-pembaca?

Monday, November 10, 2008

Perjuangan Belum Selesai

Mungkin ramai yang menarik nafas kelegaan kerana buat pertama kalinya seorang tahanan ISA berjaya dibebaskan dengan perintah makhamah. Mungkin saya tersilap, tetapi saya rasa inilah julung kalinya kuasa makhamah berjaya memberikan hak yang sepatutnya kepada seorang tahanan ISA iaitu Raja Petra. Dan alsebab itu, maka Raja Petra telah berjaya dibebaskan.

Sumber gambar : Laila

Namun, kita jangan lupa. Raja Petra bukanlah seorang sahaja penghuni akta yang paling zalim dalam dunia ini iaitu ISA. Mungkin ramai penyokong parti pemerintah tidak setuju dengan pendapat ini atas seribu satu alasan yang menyebabkan akta ini perlu dipertahankan demi kestabilan negara. Biarpun ia tidak pernah digunapakai oleh Rasulullah dan langsung tiada di dalam Al-Quran namun ia terus dipertahankan. Sejarah kezaliman akta ini yang hanya berbeza pada nama sering tercoret pada pemerintah-pemerintah kuku besi dan zalim.

Bayangkan sahaja jika yang ditangkap itu adalah kita. Tidak berpeluang untuk mengetahui apakah kesalahan yang menyebabkan kita ditahan. Tiada peluang untuk mengambil peguam dan membela diri di makhamah. Di tahan tanpa sebab sehinggap bertahun-tahun. Anak-anak dibiarkan tanpa pembelaan, ibu kehilangan suami tempat bergantung. Sehingga ada yang mencecah sehingga 7 tahun. Jika dibebaskan sekalipun, ketidaktentuan akan melanda kerana orang yang ditahan akan disenaraihitamkan seperti penjenayah dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan kembali pekerjaan mereka.

Ke manakah simpati kita kepada mereka. Apakah penganiayaan ini akan berjalan sehingga bila-bila? Mengapakah nasib mereka begitu berbeza dengan layanan yang diberikan kepada Razak Baginda yang masih lagi mampu tersenyum kerana bebas dari sabitan kesalahan. Untuk membaca rintihan seorang isteri yang suaminya ditahan langsung selama 7 tahun di Kamunting, boleh membacanya di blog Laila di sini. Kepada Laila, kami sentiasa mendoakan semoga setiap orang yang dizalimi di bawah akta ISA akan dibebaskan. Kepada pemerintah, hentikanlah kebobrokan ini. Lemparkanlah secebis simpati kepada mereka yang tidak bersalah.


Monday, July 21, 2008

Apa kono eh Jang?

Waduh, makin gawat ini. Sana bising, sini kecoh. Sana cerita, sini siar. Yang pening makin bertambah pening, yang keliru semakin keliru. Semuanya gara-gara pasal isu muzakarah ini. Al maklumlah, kami orang-0rang bawahan ini tak sepandai orang-orang yang di atas untuk merangka strategi. Pemikiran kami direct jer boleh baca arah yang lurus, kalau yang belit-belit dan berliku-liku gara-gara strategi pening juga kami untuk memahaminya.

Macam-macam maklumat ada. Macam-macam buah fikiran diluahkan. Ada yang setuju, ada yang tak setuju. Ada yang kata difitnah, ada yang kata menfitnah. Dulu Tok Guru Haji Hadi cakap tak ada rundingan, tiba-tiba Pak Lah cakap dah 3 kali jumpa. Yang mana satu nak di pakai, yang mana satu betul ini.

Mungkin orang yang hardcore macam saya ini, tak ingin mempersoalkan tindakan-tindakan pemimpin-pemimpin PAS. Tapi malangnya, dekat negara Malaysia ini bukannya semua orang macam saya. Bukan semua orang berfikiran terbuka macam saya. Macam-macam jenis orang dan 'peel' kita boleh jumpa. Daripada yang terlebih pandai sampai lah yang terkurang pandai.

Jadi walaupun muzakarah ini baik, dalam masa yang sama jangan juga dilupakan memberikan maklumat yang betul. Jangan sampai ahli Pas bergaduh sesama ahli Pas. Pakatan Rakyat bergaduh sesama Pakatan Rakyat. Ahli Pas gaduh dengan PKR dan DAP. Tindakan yang perlu dibuat mestilah sama seperti menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselirat.

Dalam hal ini, maklumat yang betul amat perlu. Jangan lupa, dalam perkara muzakarah ini banyak pihak akan ambil kesempatan. Ini isu yang ibarat bola tanggung. Kalau dipergunakan sebetulnya boleh memecahkan banyak orang dan masyarakat. Dalam masa ini, tok guru Haji Hadi perlu memainkan peranannya semaksimum mungkin. Orang Pas akan dengar cakap tok guru Nik Aziz dan Haji Hadi sahaja. Pemimpin-pemimpin lain mereka hormat dalam masa yang sama mereka boleh betah. Pasalnya hanya dua orang itu sahaja pemimpin tertinggi parti Pas.

Dalam masa yang sama, macam-macam cerita pasal pemimpin Pas yang pergi berjumpa dengan pemimpin Umno. Macam-macam label diberikan. Saya tak tahu cerita sebenar dan tak berani nak labelkan siapa-siapa. Saya bukan ada informer macam setengah-setengah orang. Tahu cerita luar dan dalam parti. Tapi sebagai rakyat marhaen saya merasakan perlu adanya satu platform yang mantap untuk menjelaskan kekeliruan ini. Kalau tak ramai orang yang dapat dosa kering. Tak tahu cerita sebenar, tapi secara tak sedar bersekongkol untuk labelkan orang itu dan ini. Padahal diri kita pun bukan lah baik sangat.

Umno parti yang sedang mereput. Dan bila-bila masa sahaja akan tersungkur. Mereka sedang bercakaran antara satu sama lain. Dalam masa yang sama pemimpin mereka semuanya mempunyai kepentingan diri. Di depan sahaja senyum, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Jadi, kepada pemimpin-pemimpin Pas yang dah rindu sangat nak memegang jawatan yang hebat-hebat itu dan nak mereput sama dalam Umno silalah. Dipersilakan! Jangan malu-malu kalau nak masuk Umno. Tapi jangan menyeret parti Pas sekali dalam rundingan tersebut.

Perlu juga dijelaskan, muzakarah ini cuma perbincangan. Untuk mendengar apa yang Umno tawarkan untuk kebaikan bersama. Sudah ditegaskan oleh Tuan Guru Nik Aziz kita bukannya nak berunding untuk bergabung! Cukuplah sekali. Kalau masuk lubang 2 kali, kita boleh digolong dalam orang yang tak belajar dan tak pandai. Jadi, peganglah betul-betul apa yang tok guru pesan. Jangan buat pandai-pandai sendiri.

Kepada rakyat di luar sana. Janganlah panik. Dunia belum kiamat. Pas tak pernah lagi mengkhianati rakyat. Dan tak akan melakukannya. Tak memang tak berniat langsung pun nak mengkhianat kat siapa-siapa. Jadi, ambillah isu ini dengan berlapang dada. Pasal kita punya pemikiran direct sahaja, kita tunggu dan lihat. Kita tengok siapa yang kena!!

Thursday, June 26, 2008

Kerjasama PAS dan Umno - Presiden PAS Akhirnya Bersuara

Akhirnya, barulah terdengar penafian oleh Presiden PAS akan perihal kerjasama antara PAS dan UMNO. Boleh rujuk di sini. Tuan Guru membidas kenyataan yang dimainkan setengah-setengah pihak berhubung perkara itu dan menyatakan bahawa ia adalah satu fitnah semata-mata.

Saya mengalu-alukan kenyataan Tuan Guru itu. Memang penyokong-penyokong akar umbi sedang berada di dalam kebingungan dan tertanya-tanya akan perkara ini. Hendak dikatakan ia hanya permainan politik semata-mata, banyak pihak dalam masa yang sama tidak menafikan dan seolah-olah senada dengannya.

Kenyataan Tuan Presiden itu menjelaskan perkara yang jelas samar. Namun begitu, perkara ini dijelaskan begitu lewat. Ramai yang tertanya-tanya mengapakah ia mengambil masa yang begitu lama untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Umum mengetahui bahawa internet kini memainkan peranan utama sebagai media alternatif di negara ini. Golongan yang dahagakan berita-berita yang tulus dan benar sentiasa mencari sesuatu perkara melalui internet dan blog untuk menangkis serangan-serangan dari media-media utama yang sudah jelas kerjanya sentiasa untuk memburukkan mana-mana pihak yang tidak sealiran dengannya.

Oleh itu, kita juga perlu berwaspada. Senjata ini jika digunakan secara baik boleh membawa kebaikan seperti keputusan PRU-12 baru-baru ini. Namun, ia juga boleh menjadi senjata berbisa yang akan menikam sesiapa sahaja yang alpa dan lupa. Dalam hal ini, isu kerjasama ini turut dimainkan oleh banyak pihak di blog-blog dan internet-internet. Nama beberapa pemimpin tertinggi PAS juga turut dikaitkan dengan usaha-usaha ke arah kerjasama ini.

Oleh itu, kita meminta supaya Tuan Presiden turut menggunakan internet dan blog sebagai medium bagi menjelaskan perkara-perkara sensitif yang berkaitan. Jangan biarkan kami di akar umbi ini yang kebingungan. Kita tidak mahu membenci sesuatu perkara, namun dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin kita berusaha mendekati mereka-mereka yang dibenci ini. Mungkin pandangan kami dan mereka amat berbeza. Namun, kami di bawah ini tidak mempunyai kepentingan dan lebih peka dengan perjuangan parti.

Sudah jelas, UMNO telah bergelumang dengan segala korupsi, rasuah dan gejala-gejala yang jelas bercanggah dengan Islam. Oleh itu jika mahu berkerjasama sekalipun syarat utama adalah Islam. Sepertimana kata Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz, kita akan membubarkan PAS jika Umno sedia memperjuangkan Islam sebagai asas. Jika kita menjaga agama, secara automatik bangsa juga akan turut terjaga.

Banyak isu yang perlu dijelaskan dengan tepat dan pantas. Oleh itu, kita perlu memperkasakan lagi teknologi internet dan blog ini untuk kebaikan bersama. Dalam masa yang sama, maklumat yang tepat diperlukan oleh akar umbi untuk bersama-sama menggerakkan jentera parti.

Wednesday, May 21, 2008

Mokhzani Dah Keluar Umno(Baru)! Mukhriz Bila Lagi?

Satu Malaya dah tahu, Mokhzani sudah keluar Umno mengikuti bapa dan ibunya. Tapi pasti yang bertanya kenapa sampai sekarang Mukhriz masih lagi berada dalam Umno. Dan dalam masa yang sama bersedia untuk menghadapi apa saja halangan dan rintangan. Sedangkan bila-bila masa sahaja beliau akan dikenakan tindakan oleh MT Umno.

Di sini, mungkin rakyat marhaen macam saya boleh jadi keliru. Mengapa Tun Mahathir dah keluar, Mukhriz masih lagi di dalam. Derhaka ke si Mukhriz ni, seperti mana Opah Fidah yang derhaka itu. Teringat saya semasa persidangan Umno(tak ingat bila), Opah Fidah la yang meluru dan datang memeluk Tun Mahathir apabila Tun mengumumkan untuk meletakkan jawatan. Dah tak kisah halal haram masa itu. Kan Tun itu ibarat ayahnya sendiri? Tapi kini, di kala Tun dah tak ada apa-apa kuasa dalam Umno, ke mana pergi nya pengikut-pengikut yang mengerumuni beliau dan memaksa beliau supaya jangan meletakkan jawatan itu?

Berbalik kepada Mukhriz, bagi saya ini salah satu strategi politik yang dirancang oleh Tun sendiri. Ibarat bermain catur, satu pergerakan di atur untuk mengelirukan pihak lawan dan melindungi pergerakan yang sebenar. Tun akan mengatur gerak dari luar, sementara itu Mukhriz akan bergerak dari dalam.

Jangan dilupa, persoalan utama di dalam Umno sekarang adalah untuk mengesa Pak Lah berundur dari posisinya sebagai presiden parti. Buat seketika, seolah-olah isu ini telah senyap seketika. Semua ahli-ahli Umno seolah-olah berdiri teguh di belakang Pak Lah. Najib pun seolah-olah akan mempertahankan Pak Lah habis-habisan.

Jangan lupa, ini dunia politik. Seribu kemungkinan boleh terjadi. Najib tidak akan membiarkan Pak Lah terus berkuasa dan dia pula bersabar untuk menunggu peralihan kuasa. Semakin jelas sebenarnya kedudukan Pak Lah semakin lemah dari atas dan dari bawah. Lihat pula bagaimana reaksi daripada Muhyiddin Yassin dan Ku Li sendiri. Ahli-ahli Umno sendiri tidak sabar-sabar untuk melihat Pak Lah rebah dan beredar dari kerusi no.1 Umno itu.

Setiap seorang seolah-olah mempunyai perancangan masing-masing. Tidak hairan dan pelik jika Tun keluar dari Umnno. Yang pastinya seperti kata Musa Hitam, duri sudah dicabut. Perhatian ahli Umno sekarang lebih fokus bagaimana untuk memastikan Pak Lah jatuh dan Khary dicampak daripada Umno. Dan sudah tentu sekali, Pak Lah dan Khairy tidak akan menunggu masa untuk ditalkinkan. Mereka juga mempunyai senjata masing-masing yang sedang dan akan dikeluarkan bila-bila masa mendesak.

Oleh itu, Saudara Anwar. Percepatkanlah perolehan kuasa. Terlalu banyak perkara yang perlu diubah. Jangan sampai musuh kita kembali kuat dan bersatu setelah duri-duri dari badan mereka dicabut. Dan kepada pemimpin pakatan rakyat, janganlah terlalu mudah memaafkan Mahathir. Banyak sangat perilakunya yang kita tidak sukai suatu masa dahulu. Lagipun dia keluar Umno selagi Pak Lah berkuasa. Kalau orang lain berkuasa belum tentu lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails