Secara umumnya, umat Islam di seluruh dunia pada masa ini mengharapkan satu keajaiban dan perubahan akan berlaku apabila Barrack Obama dilantik sebagai Presiden Amerika yang baru. menggantikan George Bush yang memang terkenal kerana kekejamannya terhadap negara-negara Islam.
Obama mencipta sejarah sebagai Presiden Amerika yang pertama berkulit hitam dan kelihatan tampak memberi sedikit sinar kepada umat ini. Secara tidak langsung rekod-rekod buruk dan hitam yang dicipta oleh Bush bersama Amerika sedikit demi sedikit diharap terkikis oleh pentadbiran Obama nanti.
Sememangnya latar belakang Obama yang mempunyai seorang bapa yang pernah beragama Islam dan seorang bapa tiri yang juga beragama Islam memberikan harapan baru kepada umat Islam. Namun rasanya perlulah diingatkan usahlah menaruh harapan terlalu tinggi. Sememangnya negara Amerika sudah mempunyai polisi yang tersendiri terhadap dunia Islam dan Israel. Cuma cara perlaksanaan mereka sahaja yang berbeza antara seorang presiden antara satu sama lain.

Yang pastinya, tidak kira siapa presiden Amerika yang dipilih mereka mestilah mengutamakan Israel yang dianggap anak emas Amerika. Gagal untuk melakukannya - jawabnya karier politik mereka tidak akan lama bertahan atau mungkin nyawa mereka sendiri menjadi pertaruhan.
Buktinya - tidak sampai seminggu Obama mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika beliau telah meminta (baca mengarahkan) sekutu kuatnya dari Arab Saudi iaitu Raja Abdullah supaya menyekat penyeludupan senjata ke Gaza. Baca di sini.

Sememangnya pencerobohan Gaza memperlihatkan sikap Israel dan dunia Barat yang pengecut. Jika dilihat secara kasarnya, begitu ketara perbezaan kecanggihan senjata di antara kedua pihak. Dari satu segi, Israel mempunyai akses terhadap senjata yang paling canggih di dunia untuk melanyak penduduk Palestin dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja bagi menghancurkan mereka termasuk menggunakan bom kimia, sementara pihak Hamas pula berada di dalam kekurangan. Sudahlah bekalan makanan dan perubatan disekat oleh Mesir yang jelas lebih Israel daripada Israel itu sendiri, senjata juga tidaklah secanggih yang mana.
Kebobrokan Obama dan dunia Barat semakin jelas apabila usaha-usaha tabung kemanusiaan oleh UK Muslim untuk membantu Palestin telah di sabotaj oleh mereka. Pihak Bank British telah menutup akses dan akaun mereka. Sememangnya akaun ini digunakan oleh mereka untuk mengumpul dana bagi dihantar ke Palestin. Interpal sebuah pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Dana Rakyat Palestin telah menerima notis daripada sebuah Bank yang memproses cek-cek mereka. Selanjutnya di sini.
Sumber gambar : Islamonline.com
Tabung Kebajikan Muslim UK dalam keadaan terancam dan akaun mereka telah ditutup oleh British Bank.
Jelas sekali, dalam pada mana rakyat Palestin memerlukan bantuan saudara-saudara mereka dan penduduk dunia , Obama dan Barat jelas menjadi dalang untuk menambahkan penderitaan dan kesengsaraan mereka.
Sudah pasti ini hanyalah satu daripada pelbagai cara mereka untuk menghalang rakyat Palestin daripada menerima bantuan makanan dan perubatan yang amat diperlukan oleh mereka. Dunia Arab? Hanya membuat lawak setiap saat dan ketika. Kerana pastinya jika kita meminta pertolongan dari dunia arab kita akan kecewa. Tetapi jika kita kembali kepada Islam - insya Allah pertolongan Allah akan bersama-sama kita. Yakinlah!

No comments:
Post a Comment