Thursday, January 22, 2009

Tak Dengar lah.. Boikot??


Aku seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Hidup aku simple ajer. Happy go lucky. Asal tak menyusahkan orang dan orang lain pun tak menyusahkan aku itu sudah amat bagus. Hal-hal lain aku tak cerewet sangat. Bab makan aku boleh bedal apa sahaja. Janji halal.

Tapi bila pagi ni aku pergi kerja, rasa tak berapa best. Aku dapat satu email pasal boikot. Kenapa pulak ya. Alamak! Rupa-rupanya Palestin kena serang dek Israel. Baru aku tahu. Dah dua minggu rupa-rupanya. So, apa masalahnya? Apa yang depa dok kecoh sangat. Palestin dengan Malaysia tu berapa ribu kilometer. Lagipun dia orang yang kena serang, bukan kita pun.

Patut lah aku tengok banyak sangat tabung derma. Tapi bila aku dapat email dari kawan aku suruh boikot barang-barang Amerika dan Yahudi aku tepuk dahi. Mana boleh bang! Banyak benda aku pakai hari-hari.

Hujung-hujung minggu mesti orang rumah aku ajak pergi shopping dekat Carefour dengan Tesco beli barang-barang makanan untuk stok seminggu. (Baca Giant @ Maidin). Biasa pagi-pagi Ahad lepas mandi lebih kurang aku terus capai baju Calvin Klein dan seluar Georgio Amani. (Baca seluar dan baju brand X).

Lepas tu rasa nak bersarapan dan lepak-lepak dengan kawan-kawan pulak. Telefon pulak berbunyi. Telefon aku jenis Nokia(baca Huawei). Dia ajak gi Starbuck pulak(baca warung Pak Ali). Aku on jer.
Aku terus masuk dalam kereta sambil kuatkan pewangi Ambi Pur(baca brand X). Tengah hari kawan aku tu nak belanja makan kat McDonald(gulai kawah) pulak. Dah 2 bulan tak pekena makan kat situ katanya.

Sambil-sambil duduk dalam kereta aku kunyah lah coklat Kit-Kat. Sedap. Memang favourite aku tu. Kalau tak telan coklat kit-kat pun aku biskut Danone pun selalu gak aku belasah. Sambil tu aku hirup sikit air tin nescafe. Rasa lega sungguh. Nasib baiklah bukan hujung bulan, kalau tak ada jugak masanya aku kena ikat perut. Apa lagi, cam orang lain Maggi lah jadi kegemaran aku. Slurp berapi cam mawi punya iklan tu. Sambil tu aku lap mulut dengan tisu Scott. Teringin pulak nak minum air gas. Kadang-kadang aku bekal cerita Coca-Cola.

Apa aku merapu ni? Sebenarnya cerita di atas rekaan semata-mata. Tak ada idea punya pasal, seminggu duduk bertapa kat hospital. Tapi sedar tak sedar rupanya terlalu banyak benda yang related dengan Israel ni. Aku harap diri aku akan boikot barang-barang ni bukan sementara ni sahaja, sementara isu Palestin masih panas. Tapi aku akan cuba boikot sampai bila-bila. Sedar tak sedar rupa-rupanya barang-barang depa nih dah sebati dalam hidup kita. Sungguh tak disangka.

Lupa pulak, satu lagi berhenti lah hisap rokok. Rokok ini agenda Yahudi untuk pastikan orang Islam umur tak panjang. Walaupun begitu aku rasa statement aku ini pasti perokok tegar akan tentang habis-habisan walaupun depa tau statement tu betul. Tok guru aku pun ada cakap orang hisap rokok ni kawan jin. Pasal jin pulun asap, dia pun pulun sekali. Terima kasih lah kat siapa-siapa yang sudi baca cerita merapu kawan ni. Mana yang baik buat tauladan, tak baik jadikan sempadan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails