Tuesday, January 6, 2009

Kini setelah hampir 9 hari Gaza diserang oleh tentera-tentera Israel, korban kematian sudah meningkat kepada 500 orang. Sudah pasti yang terkorban itu adalah kebanyakannya orang awam yang tidak berdosa. Hairannya Bush durjana dan sekutu-sekutu mereka menyalahkan Hamas dan rakyat Palestin kerana membangkitkan kemarahan-kemarahan sekutu mereka iaitu zionis Israel.

Dewasa ini, ternyata darah-darah rakyat Palestin ini digunakan bagi kempen pilihanraya pemimpin-pemimpin Israel ini. Ternyata siapa yang dapat membuktikan diri mereka lebih kejam dan ganas terhadap musuh mereka, maka orang itulah yang lebih cerah peluangnya untuk dipilih menjadi pemimpin. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin mereka dahulu, iaitu Ariel Sharon merupakan pemimpin tentera yang terlibat secara langsung untuk menyembelih dan membunuh penduduk-penduduk Palestin di Shabra dan Shatila suatu masa dahulu.

Bertambah malang lagi, pemimpin mereka turut bersekongkol di dalam pembunuhan ini. Untuk mengetahui mengapakah Israel begitu rakus sekali untuk menghapuskan negara Palestin ini perlulah kita menyorot kembali sejarah yang berlaku hampir seratus tahun dahulu. Sebelum 15hb Mei 1948, negara Israel tidak pernah wujud di dalam peta dunia ini. Begitu juga Iran, Iraq, Mesir dan negara-negara Islam yang lain hanya mempunyai seorang khalifah di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid yang memegang takhta Khilafah Othmaniyyah yang berpusat di Turki.

Perancangan Yahudi untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi bukanlah suatu perancangan yang baru. Demi mencapai cita-cita ini mereka menubuhkan gerakan Zionis pada 1897. Di dalam pergerakan ini, mereka telah mencipta bendera Yahudi dan bercita-cita untuk menguasai dunia suatu masa nanti.

Pada 1917, British yang menjadi sekutu kuat gerakan ini telah mengeluarkan satu deklarasi Belfour yang mana menyatakan jaminan kepada kaum Yahudi untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Ia merupakan satu kebiadapan yang nyata kerana Palestin ketika itu masih berada di bawah naungan empayar Othmaniyyah. Ia dilihat sebagai satu tindakan yang jelas memperkecilkan kerajaan Othmaniyyah semasa itu. Walaupun begitu, deklarasi ini mempunyai halangan utama iaitu Sultan Abdul Hamid yang berikrar untuk mempertahankan tanahair umat Islam ke titisan darahnya yang terakhir.

Kejayaan anak didik Yahudi di bawah label sekular iaitu Mustaffa Kamal Atartuk menjatuhkan kerajaan Empayar Othmaniyah telah memberikan satu anjakan paradigma terhadap usaha mereka mewujudkan negara Yahudi. Jelas sekali selepas kejatuhan empayar Othmaniyyah umat Islam kehilangan penaung dan tidak mempunyai khalifah yang boleh dijadikan tempat untuk mengadu. Seterusnya negeri-negeri dibawah empayar Islam dicarik-carik dan dibahagi-bahagikan kepada beberapa negeri seperti Iraq, Iran, Mesir dan sebagainya.

Ia mempunyai strategi yang tersendiri untuk memisahkan dan mewujudkan pemerintah sendiri di negara tersebut. Seterusnya pemimpin-pemimpin ini akan mempunyai kepentingan masing-masing dan akan menyebabkan umat Islam sukar untuk bersatu di bawah naungan satu payung seperti hari ini.

Seterusnya, negara Yahudi berjaya diwujudkan secara rasmi pada 15 Mei 1967 dan menjadi satu malapetaka besar kepada umat Islam. Ia dikenang sebagai Nakbah Palestin atau malapetaka besar Palestin dan dikenang sepanjang tahun. Ia bukanlah diwujudkan secara lembut tetapi dengan dimulai dengan penyembelihan di Deir Yassin Palestin di mana umat Islam Palestin dibunuh, dirogol dan disembelih. Seterusnya Palestin dikecilkan sehingga hanya sebesar sekarang dengan kerjasama PBB.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails