Ketahuilah oleh kita bahawa Kuliah Ilmu itu lebih wajib dari solat Tarawih. Hukum solat tarawih adalah sunat muakad tetapi hukum kuliah ilmu itu adalah fardhu Ain kepada setiap umat Islam. Ini sering disalah fahami oleh umat Islam pada hari ini.
Qada' adalah sistem, Qadar adalah hasil. Kaedah ini telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Perlu diingat ketentuan Allah ini sentiasa berjalan walaupun kita tidak pernah mengambil kisah mengenainya. Di antaranya adalah mengenai persepsi kita mengenai makanan. Semoga perkongsian yang diberi dapat sedikit sebanyak mengubah diri kita berkat bulan Ramadhan ini.
Peribahasa rezeki secupak tidak akan jadi segantang sering digunakan oleh orang-orang kita pada suatu masa dahulu. Tetapi kebanyakan orang kini sudah tidak lagi menguna pakai peribahasa ini. Namun di dalam tauhid ia adalah suatu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Perlu diingat kematian itu datang dengan tiba-tiba. Seperti mana kematian Ustaz Asri Rabbani. Bukan sahaja kita terkejut dengan kematian beliau yang datang secara tiba-tiba, malah beliau sendiri turut terkejut apabila tempoh hayat beliau telah sampai ke penghujungnya.

Oleh itu, sebelum mati yang mana ianya adalah musim menuai - perlulah disediakan bekalan sebanyak yang mungkin bagi bekalan di sana. Tiada lagi jalan pulang walaupun air mata darah ditumpahkan. Peluang yang diberi di dunia ini perlu dimanfaatkan sebaiknya. Apabila Nabi Adam diciptakan maka lebihan tanah daripadanya telah Allah tumbuhkan pohon tamar.
Oleh itu, jika kita perhatikan pendebungaan pohon tamar hanya boleh dilakukan oleh tangan manusia. Tanpa perlakuan ini, pohon tamar tidak akan berbuah melalui pendebungaan biasa iaitu binatang atau angin. Betapa tamar dan manusia itu begitu signifikan. Begitulah hebatnya hikmah mengapa kita digalakkan berbuka dengan biji tamar. Tamar itu sendiri kaya dengan pelbagai mineral yang baik untuk badan kita.
Betapa dalamnya neraka jahanam itu bilamana Rasulullah duduk bersama sahabat-sahabat beliau lalu terdengar dentuman yang dasyhat di langit. Lalu Rasulullah bertanya", tahukah kamu bunyi apakah itu". Lalu sahabat menjawab "Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui". Lalu Nabi bersabda,"itulah bunyi seketul batu yang dilepaskan oleh Malaikat Zabaniah dari puncak jahannam sampai ke dasarnya selepas 70 tahun.
Tamsilannya jika seorang budak dilemparkan ke dalam neraka maka apabila sampai ke dasarnya dia telah menjadi seorang yang tua. Begitulah dalamnya neraka Jahannam, maka takut dan gerunlah akan azab yang telah disediakan oleh Allah kepada mereka-mereka yang ingkar kepadaNya.
Maka bersama-samalah kita memburu Lailatul Qadar pada malam-malam terakhir Ramadhan ini. Janganlah dilepaskan peluang yang hanya datang setahun sekali. Semoga saya dan anda sama-sama mendapat keberkatan dan kerahmatan yang maha besar ini.

2 comments:
Salam Cik Lee,
Pak Sheikh setuju bahawa ramai umat islam , Malaysia tak tahu mana yang yang wajib dan sunat. Dalam menuntut ilmu, ianya adalah wajib terutama Fardhu Ain.
Pernah semasa Pak Sheikh bersama Darul Arqam dulu, berlaku pertentangan pendapat Pak sheikh dengan kawan-kawan dalam Arqam. Pak Sheikh dilarang pergi belajar kitab Sabilal muqtadi secara talaqi dengan seorang tok guru kerana pada setiap malam Isnin dan Jumaat Arqam mewajibkan ahlinya berwirid secara berjemaah. Masa dan hari wirid bertembung dengan pembelajaran Pak Sheikh. Dipendikkan cerita , salah satu punca Pak Sheikh ditendang keluar dari Darul Arqam ialah kerana mengutamakan Ilmu fardhu Ain .
Teruskan taskirah ini wahai anak muda
Pak Syeikh: Apa khabar? Semoga berkat Ramadhan ini Pak Syeikh dikurniakan kesihatan yang baik. Lama Pak Syeikh hilang, cuba juga hantar mesej dekat Pak Syeikh tapi tak ada balasan. Harap Pak Syeikh boleh berkongsi pengalaman-pengalaman Pak Syeikh untuk jadi pedoman bersama. Orang lama banyak pengalaman. Kena share2 dengan orang baru.
Post a Comment