Thursday, October 29, 2009

Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar

Satu Malaysia sedang tertumpu kepada isu-isu dalaman dalam PAS yang kini sedang hebat digembar-gemburkan oleh media-media massa. Samada sedar atau tidak, pemimpin PAS sendiri seolah-olah memberi bola tanggung yang mana bukan sedikit persepsi negatif yang ditelan dan dihirup oleh rakyat. Namun mungkin kerana terlupa atau tidak sengaja, kenyataan Tuan Guru Nik Aziz begitu mirip dengan kenyataan Tuan Guru Haji Hadi sewaktu Pas berjaya merampas Terengganu.

Dan sejarah telah merakamkan. Akibat kenyataan-kenyataan kencang inilah, Pas ditendang padu oleh rakyat Terengganu dan tinggal nyawa-nyawa ikan di Kelantan. Dan kini, Tuan Guru Nik Aziz mengulangi perkara yang sama yang mungkin menyebabkan Pas hanya tinggal nyawa-nyawa ikan pada PRU-13 nanti.



Tidak pasti samada kenyataan ini didorong oleh perasaan benci yang membuak-buak atau mungkin sahaja kemarahan yang tidak terbendung, maka tok guru meluahkan perasaan sehingga ke jurai keturunan Datuk Syed Alhabsee. Biarpun tidak puas hati dengan kenyataan Datuk Syed namun biarlah hanya antara Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Syed sahaja. Malangnya, kenyataan ini disambut dengan tidak bijaksana oleh Tuan Guru dengan mengungkit keturunan Datuk Syed Ali Alhabsee.

Di sini pelbagai keributan bisa sahaja timbul. Pertamanya, gelaran syed itu sendiri bukanlah diberi kepada bapa saudara Rasulullah Sallahu alaih wasalam. Gelaran itu hanya dimulai oleh Sayyidina Husin dan Sayyidina Hassan Radhiallahuanhu. Ia bukan sahaja akan menimbulkan keributan kerana apabila disebut istilah yang luar biasa dan kasar dalam bahasa kelantan iaitu 'pengat' seolah-olah kurang percaya ianya keluar daripada mulut seorang tuan guru yang bergelar ulama.

Seharusnya keluarga Rasulullah Sallahu Alaih wasalam ini dicintai, dihormati dan dikasihi tanpa melampaui batas. Sepertimana pesan Rasulullah Sallahu Alaih Wasalam sendiri di akhir hayat baginda meminta supaya pertalian antara umat Baginda dan ahli keluarga baginda dikekalkan supaya tidak terputus hubungan baginda dengan umatnya.

Kesan maksima yang akan berlaku dari kenyataan tuan guru ini akan menyebabkan hilangnya rasa hormat umat Islam terhadap golongan Syed itu sendiri. Tidak sepatutnya kenyataan ini diguna pakai untuk 'pukul rata' semua golongan saadah sebagai sama sifatnya dengan yang dimaksudkan. Apatah lagi kerana beberapa golongan artis daripada keturunan Syed dan Syarifah berkecimpung sebagai artis maka rosaklah susu sebelanga.

Melayu mudah lupa. Jika disusuri kembali sejarah pengislaman tanah Melayu - janganlah lupa bahawa keturunan Syed yang bepekerti mulia ketika itulah yang memulakan misi untuk mengislamkan seluruh nusantara. Jangan dilupa Syeikh Ahmad Baghdadi, Syed Hussin Jamadil Kubra, Sunan Ampel, Tokku Pulau Manis dan golongan-golongan keturunan Ahlu Bait yang lainnya.

Politik bukanlah alat untuk memberi lampu hijau kepada umat Islam untuk menghina golongan Ahlul Bait. Kerana leluhur mereka berkait terus dengan junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu Alaih wasalam. Hatta, Imam Malik apabila diseksa di penjara oleh seorang Ahlul Bait di dalam penjara menyuruh orang disekelilingnya bersaksi bahawa bermula dari hari pertama lagi penyeksaan dilakukan ke atas beliau, beliau telah memaafkan Ahlul Bait tersebut. Ini kerana beliau tidak mahu menjadi penyebab dan malu kepada Rasulullah Sallahu Alaih Wasalam yang mana kerana beliau seorang Ahlul Bait baginda dihumban ke dalam neraka.

Begitu juga pegangan umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yang mana golongan ini bukanlah diminta untuk dimuliakan tetapi berpegang kepada pesanan Rasulullah Sallahu Alaih Wasalam yang menyuruh kita terus menghargai Ahlul Bait ini. Usahlah dipermainkan sunnah Rasulullah semata-mata kita menyangka bahawa kita sudah berjuang untuk tok nenek Syed ini. Allahuma Soli Ala Saidina Muhammad.

4 comments:

amal pemuda said...

kamu tak memahami ungkapan yang dibuat...

nasihatnya:

1) cari orang kelantan, suruh translate apa yang Tok Guru kata..

1.1) sama mcam isu "Samseng"

2) Kamu yang fitnah Tok Guru....


tok guru kata, Orang Arab sendiri yang lawan Nabi. syed- syed ni bukan hanya keturunan Nabi semata-mata.

Jangan ingat sama....

Cik Lee said...

amal pemuda : kawang orang teganu dan faham apa orang kelantan cakap.

Dalam hal ini, syed adalah keturunan nabi. Jika anda memahami keturunan syed ini bukan keturunan nabi itu adalah pemahaman anda. Jangan andaikan orang dapat baca apa yang ada di dalam kepala kita.

Saya memahami isu tuhan samseng. Namun dalam isu ini saya tidak dapat berkompromi. Maaf!

Cik Lee said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sebaik2nya ambil maklumat daripada sumber primer, bukan sekunder, kerana banyak sumber sekunder telah diubah

saya rasa TGNA tidak menghina, mungkin silap dari segi pemahaman ayat dan cuba sumber yang salah

saya bukan membela, iktibar dari pengalaman dahulu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails