Monday, July 7, 2008

Gambar-gambar Sekitar Protes (Yang Diprotes!!)

Gambar-gambar sekitar protes yang di ambil dari telefon kawang. Agak blur sikit. Kawang sampai di stadium dalam pukul 10.30. Dalam dua jam lepas tu, kawang bergerak pulang.

Gambar 1 : Perkarangan studio. Perjalanan agak lancar, tiada kesesakan yang ketara. Unit amal
berperanan menjaga kelancaran lalu-lintas.


Gambar 2: Peserta-peserta protes mula mengambil tempat di dalam stadium. Kerana stadium agak luas, peserta-peserta hanya memenuhi ruang tertentu saja. Terdetik dalam hati masa ini, mana 'feel' nak protes ni. Cool jer.

Gambar 3: Tak jauh dari tempat kawang lepak, beberapa krew berita luar negara sedang membuat liputan. Kawang lebih percaya berita luar negara dari dalam negara. Kenapa ya??

Gambar 4: Kebanyakan peserta membawa banner dan turun ke padang untuk mempamerkan banner masing-masing.




Gambar 5: Jurugambar mengambil gambar peserta-peserta dan banner yang menarik. Tak berapa menarik.

Gambar 6: Perjalanan nak keluar ke stadium. Ambik angin kat luar je lah camni. Angin pulak sepoi-sepoi bahasa. Tak merah macam baju yang peserta pakai. Sementara dia orang pegang banner aku pun snap la gambar depa.

Lepas tu aku pun ca alif but. Tak berapa teransang. Pagi esok rupanya keributan melanda. Dalam protes ada protes rupanya. Alahai.

Sunday, July 6, 2008

Himpunan Protes = Sure Heboh

Apa dah jadi?? Macam-macam dah jadi. Kontroversi dan macam-macam lagi. Himpunan yang diharapkan dapat mengumpulkan sejuta rakyat untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak ternyata lesu. Bagi saya, ianya satu kegagalan walaupun pada sisi lain ia membawa pembaharuan daripada beberapa segi. Pada pandangan peribadi saya, objektifnya gagal dan perlu diperbaiki. Ulasan saya sebelum ini rupa-rupanya menjadi kenyataan. Aduh! Mengapalah ia dibiarkan menjadi kenyataan.

Saya tiba di stadium di sekitar 10.30. Perjalanan dari rumah ke Stadium Kelana Jaya berjalan lancar. Tiada road-block dan halangan sepanjang perjalanan. Yang menarik semasa dari federal Highway untuk memasuki simpang Kelana Jaya dari P.J, ternampak seorang abang yang berhati waja. Badan agak gempal, tetapi berjalan kaki membawa bendera PAS dan DAP sambil memakai baju merah geram. Cayalah bang! Wa caya lu. Tengah panas pulak tu.

Sampai di stadium, saya terus parking motor saya. Agak mudah, kerana sepanjang perjalanan unit amal yang dikagumi menjaga perjalanan kenderaan semenjak dari simpang di depan padang PKNS lagi. Perjalanan masuk ke stadium - agak terkagum saya. Ada banyak gerai-gerai jualan makanan, pakaian, cd-cd dan macam-macam lagi. Mmm.. Kalau buat perhimpunan macam Bersih hari itu, depa mesti rugi. Pasal tak boleh buka gerai yang selesa macam masa ni. Tak apalah, sempat saya sambar beberapa biji buku baru dan sebuah buku tok guru Nik Aziz - Saat Cinta Bertasbih(tak silap saya) yang dijual diskaun - RM 10 sahaja.

Masuk ke stadium, terus dengar beberapa kepimpinan rakyat berucap. Namun, suasananya bagi saya agak kurang meriah. Tidak terasa seperti sebuah protes. Tapi lebih kepada suasana konsert 'Sure Heboh' - walaupun saya tak pernah pi situ. Pengunjung-pengunjung melepak di kerusi stadium dan yang bersemangat membawa banner berkumpul di padang. Agak mengelegak hati kerana tak dapat bertakbir dan menjerit laungan reformasi. Kalau di jalanan, sudah pasti rasanya berlainan. Semangat yang datang pun agak lain macam.

Terdapat juga, beberapa buah media asing membuat liputan. Mungkin ada media-media tempatan yang mengintai-intai peluang. Mencari mana-mana salah dan kekurangan. Untuk diisi di ruang-ruang akhbar mereka. Ya lah. Mereka kan berdiri teguh di belakang kepimpinan negara. Minyak naik pun tak apa. Yang penting teruskan agenda menipu rakyat. Ya lah, kami hanya jalankan tugas. Tak buat 'miss soru' pulak karang.

Terjumpa seorang rakan pejabat saya. Duduk sekejap, lalu menghidang telinga dengan beberapa buah muzik seniman jalanan. Barulah saya faham mengapa protes ini agendanya panjang. Ya lah, nak memberi peluang kepada banyak pihak. Untuk berucap dan memprotes! Tapi dekat tempat tertutup dan tak menganggu orang lain. Tempat yang jauh pemandangannya dari Pak Lah dan Najib. Hangpa nak melalak pun, melalak la. Janji jangan ganggu kita orang - kata mereka berdua.

Saya meninggalkan stadium sekitar pukul 12.30. Agak hampa, kerana tidak memenuhi jangkaan saya. Tiada semburan air gatal dan gas pemedih mata. Tiada juga kelibat anggota polis dan FRU. Juga tiada perhimpunan yang bisa menaikkan darah muda. Semuanya dalam keadaan terkawal dan 'cool' sahaja.

Tidak sempat mengikuti berita dari media kerajaan pada malamnya. Ada program lain malam tadi. Tapi apabila membuka ruangan siber pagi ini, rupa-rupanya ada kontroversi terjadi. Dan apa yang ditakuti telah terjadi. Konsert yang diwar-warkan dibatalkan, diadakan juga pada petang itu. Wow! Nasib baik saya dah tak ada. Malu sendiri saya! Saya tulis cakap tak ada konsert, tapi rupa-rupanya ada. Dan sampai tahap 'londeh punggung' pulak tu. Dan akhirnya penyokong-penyokong mula bertindak ganas sampai si penyanyi mengalir air mata.

Saya dah kata, tapi korang tak mau percaya. Rakyat pergi ke stadium untuk memprotes bukan untuk menghibur hati yang duka lara. Nak wujudkan budaya baru dalam negara? Akibatnya, unit amal yang seramai 700 orang turut menarik diri dari sana. Penyokong-penyokong PAS janganlah kata. Saya tak ada masa itu, tapi agakan saya akan ramai yang menyesal pergi ke stadium dan berasa diri diperbodohkan jika mereka ada pada masa itu.

Maka bertepuk tangan dan menyanyilah media perdana. Kata bernama perhimpunan hambar.
Memang hambar pun bagi saya. Tapi bukanlah hambar seperti yang dimaksudkan mereka. Orang-orang bernama ini tak terasa pun dengan kenaikan minyak dan harga barang. Sebab itu mereka kata perhimpunan ini tidak menarik orang ramai membantah kenaikan harga minyak. Dan yang diulas dari segi negatifnya sahaja. Dah kerja dia orang biarkanlah. Dia orang mana isi minyak dan makan pun.

Penat dah saya membebel. Rasanya bagi saya, penganjur protes perlu memperbaiki segala kekurangan yang terlalu ketara sepanjang himpunan ini berjalan. Dari satu pandangan, saya merasakan ianya seolah-olah telah dikomersilkan dan bertujuan keuntungan. Semoga pandangan saya ini salah dan kepada pihak berkenaan tolonglah perbetulkan pandangan ini. Sudah tentu, Dr. Hatta sedar bahawa rakyat tidak kisah ditembak dengan water canon dan gas pemedih mata, tapi tak sudi ditembak dengan konsert yang bukan-bukan.

Okeylah saya rasa sebelum banyak lagi saya mengarut, baiklah saya mengundur diri. Gambar-gambar sekitar perhimpunan yang ada pada saya, akan saya siarkan nanti. Sikit sahaja Saya pun tak pasti.

Friday, July 4, 2008

Khutbah Jumaat - 040708

Adab Bersedekah

1. Merahsiakannya dari pengetahuan orang
Sesetengah daripada sahabat nabi sanggup menunggu seseorang yang miskin/ fakir itu tertidur dan secara diam-diam meninggalkan sedekahnya kepada orang itu. Ini bertujuan mengelakkan orang yang menerima sedekah itu mengetahui siapa yang memberikan sedekah tersebut.

2. Menjauhi perbuatan ungkit-mengungkit
Ia boleh membawa kepada perbuatan riak kerana ingin menunjuk-nungjuk

3. Menyedekahkan harta yang paling disayangi dan paling baik
Ini penting kerana lazimnya kita bersedekah hanya perkara yang kita tidak mahu dan sudah tidak gunakannya. Pendekatan seperti ini perlu diubah

4. Utamakanlah sedekah kepada kaum kerabat yang terdekat
Di sini 2 pahala sedekah diperolehi :-
i) Pahala sedekah
ii) Pahala silaturahim


5. Sedekahkanlah untuk perkara-perkara kebaikan
Janganlah sedekah itu bercampur-campur dengan perkara keburukan dan maksiat.

Semoga bermanfaat.

Himpunan PROTES Ubah Tempat

Perhimpunan aman memprotes kenaikan harga minyak oleh GERAMM dipindahkan dari Padang Timur ke Stadium Kelana Jaya, Ahad ini.


Jangan salah tempat pulak. Penganjur telah menukar tempatnya. Sila war-warkan.

Thursday, July 3, 2008

Masih Layakkah Kita Dipanggil Manusia..

Sedih dan pedih. Itu sahaja yang mampu dilafazkan. Apakah jenis manusia kita ini. Masihkah ada secebis perasaan belas dan simpati?? Adakah sedikit perasaan belas kasihan kita terhadap sesama manusia. Atau kita tidak layak lagi digelar manusia kerana kita sememangnya lebih zalim dan kejam daripada binatang.

Seorang ayah tempat pergantungan keluarga di bawa pergi. Di tahan tanpa bicara. Tidak tahu entah bila akan terbela. Entah bila akan menghirup udara kebebasan lagi. Sudah 7 tahun si ayah tidak dapat bersama keluarga. Melihat anak-anak membesar di depan mata. Dalam masa yang sama tidak dapat berjuang untuk mencarikan sesuap nasi untuk keluarganya.

Sehinggalah ke saat, seorang anaknya telah nazak. Menderita dan koma. Si ayah masih lagi dinafikan haknya. Walaupun kebenaran telah diberikan, tetapi jasad si ayah tidak kunjung tiba. Akhirnya yang mungkin dapat di temukan hanyalah jasad si anak yang telah kaku. Dipanggil tuhannya untuk menghadapnya.

Lalu manusia jenis apakah kita ini?
Sang ayah bernama Syahrial Sirin. Telah dinafikan hak sebagai seorang warga negara Malaysia yang merdeka 7 tahun yang lepas. Puterinya Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial telah kembali ke rahmatullah selepas terjatuh di rumahnya dan berada dalam keadaan koma.

Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial akhirnya meninggal dunia tanpa kehadiran ayahanda yang dirindui di sisi. Walaupun telah dikatakan mendapat perlepasan daripada Menteri Dalam Negeri.

Apakah sebenarnya dosa anak ini, sehingga di hukum sedemikian rupa. Adakah dia seorang penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan Nurul Jazlin? Lalu inikah rupa sebuah kerajaan
yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan rakyatnya? Jika ini boleh berlaku kepada mereka, adakah ia tidak akan berlaku kepada kita.

Doa kami untuk arwah dan keluarga. Tiada apa yang dapat kami sumbangkan. Hanya air mata simpati dan doa yang dapat kami hulurkan. Sesungguhnya tiada hijab doa orang-orang yang teraniayai itu. Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kirimkanlah secebis keprihatinan anda kepada keluarga ini. Gambar ihsan harakahdaily.

Chua Soi Lek.. Najib.. dan ...

Suatu masa dahulu, Chua Soi Lek mengaku dia telah melakukan hubungan seks dengan seorang rakan sosialnya. Tindakan itu tidak salah kerana beliau bukanlah seorang Islam dan keluarganya sendiri tetap menyokong beliau. Walaupun tindakan itu memang macho dan gentleman, masyarakat memang tidak dapat menerima perlakuan yang tidak bermoral itu. Akibatnya dia telah dipaksa atau terpaksa untuk meletakkan jawatan.

Kini, giliran seorang lagi pemimpin terkanan negara menghadapi tuduhan yang sama. Sebelumnya, seorang pemimpin yang tidak berjawatan dan mengetuai pembangkang dituduh meliwat seorang bekas pemimpin pelajar Uniten sama seperti tuduhan yang dikemukan pada 10 tahun lepas. Untuk berlaku adil, apabila seseorang pemimpin itu dituduh dengan perlakuan yang tidak bermoral seperti ini, seeloknya beliau diarahkan untuk bercuti. Penyiasatan yang telus perlu dilakukan untuk membuktikan beliau tidak bersalah.


Semalam, negara sekali lagi dikejutkan dengan pengakuan bersumpah oleh seorang penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh saudara Razak Baginda yang sedang berada di dalam tahanan polis dan kes perbicaraan yang melibatkan pembunuhan Altantuya menyabitkan beliau sebagai orang yang dituduh dalam kes tersebut. Apabila sampai sesuatu berita, maka wajiblah ia disiasat. Dalam tuduhan bersumpah ini, antara yang perlu disiasat adalah :-

a) Najib pernah melakukan hubungan seks dan juga seks luar tabe'i dengan Altantuya
b) Altantuya sedang mengandung semasa diletupkan. Siapakah bapa kepada anak tersebut?
c) Najib, Abdul Razak Baginda dan Altantuya pernah makan malam bersama-sama di Paris.
Dalam masa yang sama, Najib menafikan mengenali Altantuya.
d) Altantuya juga datang ke Malaysia untuk menuntut USD $500,000.00 sebagai tuntutan
bayaran komisen terhadap pembelian kapal selam.

Persoalan-persoalan ini haruslah diperjelaskan melalui penyiasatan yang telus. Dalam hal ini, persoalan yang akan ditimbulkan adakah siasatan-siasatan yang dilakukan pihak polis itu telus dan adil?

Terkini! Bala telah menarik balik kenyataan bersumpah beliau. Apakah episod-episod politik negara yang akan datang ?

Maka Tamatlah Kareer Politik Seorang TPM...

Maka sudah jelaslah kemana akhirnya permainan catur ini yang hampir berakhir episod pertamanya. Jejak kaki 'King' sudah diikat dan telah hampir 'check mate'. Saya belum terasa mahu mengulas tentang ini dengan lebih lanjut pasal banyak episod yang menarik sudah pasti terhidang. Anda boleh membaca ulasan saudara Black di sini, akan perihal yang demikian.

Maka, pesanan terakhir jangan main belakang. Merbahaya untuk kesihatan diri dan survival politik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails