Monday, June 30, 2008

Mengapa Protes Diselitkan Konsert??

Baru perasan! Terima kasih kepada Ustaz Nasharuddin Tantawi yang berkongsi pendapat mengenai poster protes yang bakal diadakan hasil anjuran GERAMM pada 6 July nanti. Saya pun tidak perasan, tidak terlintas sebuah protes yang sememangnya ditunggu-tunggu untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak disertai dengan agenda-agenda hiburan sekali.
Saya tidak pasti sejak bila diselitkan hiburan sebegini dicelah-celah protes orang ramai terhadap perkara pokok atas kenaikan harga minyak. Sudah pasti rata-ratanya datang untuk berdemonstrasi dan bukannya untuk berhibur. Sama seperti demonstrasi sewaktu zaman reformasi dahulu dan juga demonstrasi Bersih tempoh hari, tiada sebarang hiburan diselitkan.

Jika mahu menyelitkan konsert-konsert hiburan ini, saya rasa ini bukanlah masa yang tepat. Ia membuatkan hati saya tawar untuk menyertai demonstrasi ini dan terasa seakan-akan adanya agenda lain yang disiapkan oleh pihak penganjur. Saya tidak mahu berburuk sangka disini, tetapi seeloknya gugurkanlah agenda konsert musik yang diselitkan bersama demonstrasi ini.

Saya tidak pasti adakah pimpinan-pimpinan utama PAS, iaitu Tuan Guru Haji Hadi, Haji Mat Sabu dan Mahdfuz Omar sanggup menyertainya jika mengetahui ia disekalikan dengan konsert-konsert hiburan ini.


Seakan-akan satu agenda untuk menyelitkan sekali muzik-muzik underground yang seringkali dikaitkan dengan black metal yang sedang menodai anak-anak muda melayu Islam pada masa kini. Adakah ini satu percubaan untuk mempromosikan secara tidak langsung akan muzik-muzik jenis ini pada masa protes ini. Pada saya ia jelas tidak sesuai dan bertentangan dengan objektif sebenar protes ini di adakan. Anda boleh melihat gambar-gambar yang sewaktu dengannya di sini.

Janganlah hendaknya, penderitaan rakyat ini digunakan oleh segolongan pihak untuk menangguk di air yang keruh. Seumpama perumpamaan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kesusahan rakyat disebabkan oleh kadar kenaikan harga barangan yang semakin dirasai sedikit demi sedikit, janganlah pula demonstrasi protes ini dikomersilkan pula untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Bagi memastikan protes ini berjaya, rasanya tidak perlulah konsert-konsert ini diteruskan. Gugurkanlah terus. Sebagai muslim di sebuah negara yang dikatakan sebagai sebuah negara Islam, kita menolak agenda-agenda yang tidak sihat seperti ini. Sememangnya matlamat tidak menghalalkan cara.

2 comments:

Hasbullah Pit said...

selalu-selalulah guna perkataan Hak Demoktratik untuk tidak dilibatkan dengan Maksiat

Cik Lee said...

sebol : cadangan yang baik.. nanti kawang pertimbangkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails