Apa dah jadi?? Macam-macam dah jadi. Kontroversi dan macam-macam lagi. Himpunan yang diharapkan dapat mengumpulkan sejuta rakyat untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak ternyata lesu. Bagi saya, ianya satu kegagalan walaupun pada sisi lain ia membawa pembaharuan daripada beberapa segi. Pada pandangan peribadi saya, objektifnya gagal dan perlu diperbaiki. Ulasan saya sebelum ini rupa-rupanya menjadi kenyataan. Aduh! Mengapalah ia dibiarkan menjadi kenyataan.
Saya tiba di stadium di sekitar 10.30. Perjalanan dari rumah ke Stadium Kelana Jaya berjalan lancar. Tiada road-block dan halangan sepanjang perjalanan. Yang menarik semasa dari federal Highway untuk memasuki simpang Kelana Jaya dari P.J, ternampak seorang abang yang berhati waja. Badan agak gempal, tetapi berjalan kaki membawa bendera PAS dan DAP sambil memakai baju merah geram. Cayalah bang! Wa caya lu. Tengah panas pulak tu.
Sampai di stadium, saya terus parking motor saya. Agak mudah, kerana sepanjang perjalanan unit amal yang dikagumi menjaga perjalanan kenderaan semenjak dari simpang di depan padang PKNS lagi. Perjalanan masuk ke stadium - agak terkagum saya. Ada banyak gerai-gerai jualan makanan, pakaian, cd-cd dan macam-macam lagi. Mmm.. Kalau buat perhimpunan macam Bersih hari itu, depa mesti rugi. Pasal tak boleh buka gerai yang selesa macam masa ni. Tak apalah, sempat saya sambar beberapa biji buku baru dan sebuah buku tok guru Nik Aziz - Saat Cinta Bertasbih(tak silap saya) yang dijual diskaun - RM 10 sahaja.
Sampai di stadium, saya terus parking motor saya. Agak mudah, kerana sepanjang perjalanan unit amal yang dikagumi menjaga perjalanan kenderaan semenjak dari simpang di depan padang PKNS lagi. Perjalanan masuk ke stadium - agak terkagum saya. Ada banyak gerai-gerai jualan makanan, pakaian, cd-cd dan macam-macam lagi. Mmm.. Kalau buat perhimpunan macam Bersih hari itu, depa mesti rugi. Pasal tak boleh buka gerai yang selesa macam masa ni. Tak apalah, sempat saya sambar beberapa biji buku baru dan sebuah buku tok guru Nik Aziz - Saat Cinta Bertasbih(tak silap saya) yang dijual diskaun - RM 10 sahaja.
Masuk ke stadium, terus dengar beberapa kepimpinan rakyat berucap. Namun, suasananya bagi saya agak kurang meriah. Tidak terasa seperti sebuah protes. Tapi lebih kepada suasana konsert 'Sure Heboh' - walaupun saya tak pernah pi situ. Pengunjung-pengunjung melepak di kerusi stadium dan yang bersemangat membawa banner berkumpul di padang. Agak mengelegak hati kerana tak dapat bertakbir dan menjerit laungan reformasi. Kalau di jalanan, sudah pasti rasanya berlainan. Semangat yang datang pun agak lain macam.
Terdapat juga, beberapa buah media asing membuat liputan. Mungkin ada media-media tempatan yang mengintai-intai peluang. Mencari mana-mana salah dan kekurangan. Untuk diisi di ruang-ruang akhbar mereka. Ya lah. Mereka kan berdiri teguh di belakang kepimpinan negara. Minyak naik pun tak apa. Yang penting teruskan agenda menipu rakyat. Ya lah, kami hanya jalankan tugas. Tak buat 'miss soru' pulak karang.
Terjumpa seorang rakan pejabat saya. Duduk sekejap, lalu menghidang telinga dengan beberapa buah muzik seniman jalanan. Barulah saya faham mengapa protes ini agendanya panjang. Ya lah, nak memberi peluang kepada banyak pihak. Untuk berucap dan memprotes! Tapi dekat tempat tertutup dan tak menganggu orang lain. Tempat yang jauh pemandangannya dari Pak Lah dan Najib. Hangpa nak melalak pun, melalak la. Janji jangan ganggu kita orang - kata mereka berdua.
Saya meninggalkan stadium sekitar pukul 12.30. Agak hampa, kerana tidak memenuhi jangkaan saya. Tiada semburan air gatal dan gas pemedih mata. Tiada juga kelibat anggota polis dan FRU. Juga tiada perhimpunan yang bisa menaikkan darah muda. Semuanya dalam keadaan terkawal dan 'cool' sahaja.
Tidak sempat mengikuti berita dari media kerajaan pada malamnya. Ada program lain malam tadi. Tapi apabila membuka ruangan siber pagi ini, rupa-rupanya ada kontroversi terjadi. Dan apa yang ditakuti telah terjadi. Konsert yang diwar-warkan dibatalkan, diadakan juga pada petang itu. Wow! Nasib baik saya dah tak ada. Malu sendiri saya! Saya tulis cakap tak ada konsert, tapi rupa-rupanya ada. Dan sampai tahap 'londeh punggung' pulak tu. Dan akhirnya penyokong-penyokong mula bertindak ganas sampai si penyanyi mengalir air mata.
Saya dah kata, tapi korang tak mau percaya. Rakyat pergi ke stadium untuk memprotes bukan untuk menghibur hati yang duka lara. Nak wujudkan budaya baru dalam negara? Akibatnya, unit amal yang seramai 700 orang turut menarik diri dari sana. Penyokong-penyokong PAS janganlah kata. Saya tak ada masa itu, tapi agakan saya akan ramai yang menyesal pergi ke stadium dan berasa diri diperbodohkan jika mereka ada pada masa itu.
Maka bertepuk tangan dan menyanyilah media perdana. Kata bernama perhimpunan hambar.
Memang hambar pun bagi saya. Tapi bukanlah hambar seperti yang dimaksudkan mereka. Orang-orang bernama ini tak terasa pun dengan kenaikan minyak dan harga barang. Sebab itu mereka kata perhimpunan ini tidak menarik orang ramai membantah kenaikan harga minyak. Dan yang diulas dari segi negatifnya sahaja. Dah kerja dia orang biarkanlah. Dia orang mana isi minyak dan makan pun.
Penat dah saya membebel. Rasanya bagi saya, penganjur protes perlu memperbaiki segala kekurangan yang terlalu ketara sepanjang himpunan ini berjalan. Dari satu pandangan, saya merasakan ianya seolah-olah telah dikomersilkan dan bertujuan keuntungan. Semoga pandangan saya ini salah dan kepada pihak berkenaan tolonglah perbetulkan pandangan ini. Sudah tentu, Dr. Hatta sedar bahawa rakyat tidak kisah ditembak dengan water canon dan gas pemedih mata, tapi tak sudi ditembak dengan konsert yang bukan-bukan.
Okeylah saya rasa sebelum banyak lagi saya mengarut, baiklah saya mengundur diri. Gambar-gambar sekitar perhimpunan yang ada pada saya, akan saya siarkan nanti. Sikit sahaja Saya pun tak pasti.
No comments:
Post a Comment