Thursday, July 3, 2008

Masih Layakkah Kita Dipanggil Manusia..

Sedih dan pedih. Itu sahaja yang mampu dilafazkan. Apakah jenis manusia kita ini. Masihkah ada secebis perasaan belas dan simpati?? Adakah sedikit perasaan belas kasihan kita terhadap sesama manusia. Atau kita tidak layak lagi digelar manusia kerana kita sememangnya lebih zalim dan kejam daripada binatang.

Seorang ayah tempat pergantungan keluarga di bawa pergi. Di tahan tanpa bicara. Tidak tahu entah bila akan terbela. Entah bila akan menghirup udara kebebasan lagi. Sudah 7 tahun si ayah tidak dapat bersama keluarga. Melihat anak-anak membesar di depan mata. Dalam masa yang sama tidak dapat berjuang untuk mencarikan sesuap nasi untuk keluarganya.

Sehinggalah ke saat, seorang anaknya telah nazak. Menderita dan koma. Si ayah masih lagi dinafikan haknya. Walaupun kebenaran telah diberikan, tetapi jasad si ayah tidak kunjung tiba. Akhirnya yang mungkin dapat di temukan hanyalah jasad si anak yang telah kaku. Dipanggil tuhannya untuk menghadapnya.

Lalu manusia jenis apakah kita ini?
Sang ayah bernama Syahrial Sirin. Telah dinafikan hak sebagai seorang warga negara Malaysia yang merdeka 7 tahun yang lepas. Puterinya Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial telah kembali ke rahmatullah selepas terjatuh di rumahnya dan berada dalam keadaan koma.

Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial akhirnya meninggal dunia tanpa kehadiran ayahanda yang dirindui di sisi. Walaupun telah dikatakan mendapat perlepasan daripada Menteri Dalam Negeri.

Apakah sebenarnya dosa anak ini, sehingga di hukum sedemikian rupa. Adakah dia seorang penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan Nurul Jazlin? Lalu inikah rupa sebuah kerajaan
yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan rakyatnya? Jika ini boleh berlaku kepada mereka, adakah ia tidak akan berlaku kepada kita.

Doa kami untuk arwah dan keluarga. Tiada apa yang dapat kami sumbangkan. Hanya air mata simpati dan doa yang dapat kami hulurkan. Sesungguhnya tiada hijab doa orang-orang yang teraniayai itu. Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kirimkanlah secebis keprihatinan anda kepada keluarga ini. Gambar ihsan harakahdaily.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails