Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Friday, December 4, 2009

Malang nya Melayu ! Politik Berjaya Memecahbelahkan kita!

Hati sedih tidak terkata. Gelora di dada kian membara. Melihat saban hari masyarakat Melayu semakin berpecah belah. Menjadi berkeping-keping buih di tengah lautan samudera. Fizikalnya kelihatan banyak mengunung, tetapi disentuh pecah berderai.

Kita tidak menyedari bahawa betapa parahnya keadaan bangsa kita pada hari ini. Betapa ramai yang memerlukan pembelaan dan pertolongan. Namun, seringkali diketepikan atas tiket politik. Dan betapa jua berjayanya bangsa kita menjadi musuh sesama mereka. Di kiri kanan musuh-musuh kita menunggu masa untuk meratah dan bersorak kegembiraan. Betapa segala kekayaan dikaut oleh orang lain, sedang kita merana di bumi sendiri.

Tidak habis-habis orang kita berpolimik politik. Umno dengan caranya, begitu juga pas dengan caranya. Ada nama politik kita mengenepikan semangat persaudaraan Islam sesama kita. Mulut bercerita pasal Islam, tetapi perbuatan kita langsung kontra dengan apa yang diucapkan. Tiadakah lagi sekelumit rasa cinta dan ukhuwah sesama Islam? Hanya kerana label Umno dan Pas , tembok permusuhan segagah tembok besar cina terbina dengan sendiri.

Politik itu ada di dalam Islam. Tetapi Islam masih di atas politik. Adakah kita berpolitik untuk memenangkan Islam, atau kita menggunakan istilah Islam sebagai alat politik. Ternyata kita semakin celaru. Yang terkeluar hanyalah maki hamun.

Utusan Melayu umumnya masyarakat sudah tahu akan perihal perangainya yang semula jadi menjadi pusat propaganda dan adu domba. Namun, bagaimana dengan perihal tuan guru kita yang asyik mencipta polemik dan bola tanggung yang terus menerus membingungkan orang awam seperti kita. Adakah kerana hanya satu perkara kecil iaitu doa, maka kita bergolok berparang untuk menegakkan kebenaran masing-masing?

Apakah tiada lagi istilah diplomasi di dalam kamus bangsa kita? Kerana doa maka kita terpaksa usung sepanduk ke sana ke mari. Lalu pihak yang satu lagi terpaksa juga mengadakan perhimpunan untuk 'counter-attack' tindakan yang di sebelah sini. Bukankah ia satu perbuatan yang bersifat kartun yang kadang-kadang susah diterima akal yang normal.

Andai kata isu di sini soal royalti, maka fokuskanlah kepada royalti. Usahlah dicanangkan bahawa kerana royalti itu disekat, maka kita hebahkan satu negara bahawa kita akan berdoa supaya yang menyekat itu akan diturunkan bala. Adakah itu sebenarnya akhlak dan adab seorang pemimpin Islam? Apakah itu contoh dan sunnah yang diturunkan oleh Rasulullah?

Cukup-cukuplah dengan polemik kita ini. Kembali lah fokus kepada perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Andai kata di dalam jemaah itu sendiri sudah berpecah-belah adakah mungkin agama itu akan terbela. Betulkan di dalam, barulah kita dapat fokus yang diluar. Andai di dalam rosak, maka hancur berkecailah jemaah itu. Rapatkan saf, betulkan barisan. Yang pasti islam itu bersaudara dan bukanlah perpecahan matlamat kita.

Wednesday, July 15, 2009

Madrasah Manik Urai

Pilihanraya kecil Manik Urai sudah berlalu. Keputusan sudah diketahui. Banyak pelajaran dan pengajaran yang boleh diperolehi dari dua parti ini - untuk mereka yang ingin mengambil pengajaran. Kepada yang tidak ingin mengambil pengajaran dan tetap keras 'keng' anda itu teruskanlah berbuat demikian. Moga-moga dengan sikap yang demikian akan terus menghanyutkan anda di alam syok sendiri yang dimitoskan oleh anda sendiri.

Melihat daripada sudut neutral seboleh mungkin rumusan yang boleh diperolehi daripada PRK Manik Urai :

Umno
- Tak pernah berubah dari dulu, kini dan selamanya. Sibuk cerita nak kembali kepada agama, tetapi senjata utama tetap pitih, pitih dan pitih.
- Taktik lapuk tetap digunakan. Tak kiralah secara terang atau tak terang TPM sendiri menawarkan tawaran rasuah kepada pengundi Manik Urai. Menang Umno dapat jambatan, kalau kalah maka macam biasalah. Semua kita sekat - royalti, peruntukan pusat. (Siapa suruh tak undi Umno kan kan kan?)
- Segala taktik dan harta benda kerajaan digunakan. Frasa kerajaan itu adalah Umno dan Umno itu adalah kerajaan tetap akan diguna pakai sampai bila-bila.
- Misteri beg hitam yang belum terbongkar memang bikin malu satu negara. Ini rupanya insan-insan yang mengaku Islam dan 1Malaysia rupanya.
- Media-media pencacai terus memainkan peranan mengampu masing-masing. Walaupun tekak rakyat dah muntah berbaldi-baldi, tak kisahlah. Janji teruskan menipu rakyat. Bilalah agaknya dia orang ni nak berubah.

PAS
- Dari awal-awal lagi dah over confident.
- Pengarah Pilihanraya berapa kali menipu secara terbuka. Habis difitnah Ustaz Nasa pasal 'malu mata' nak turun Kelantan. Padahal beliau dihalang dari masuk ke Kelantan. Tak kisahlah sokong ke tak UG, tapi hari itu cakap dah selesai macam mana boleh jadi macam tu?
- Kelantan dilocalise. Minta maaf - tapi sebab gelombang-gelombang riak dah mula menguasai Pas Kelantan, maka nyaris-nyaris kalah. Kenyataan Datuk Husam Musa pasal Umno guna politik wang tak boleh diguna pakai. Masa bila Umno lawan pilihanraya tak guna duit?
- Tang ni paling sensitif - TG Nik Aziz menghina Ustaz Nasa di khalayak ramai dan satu Malaysia tahu. Label 'sampah' itu agak keterlaluan. Di mana adab kita dalam berjemaah dan TG sendiri sebagai ulama? Adakah perlu kita memalukan seseoang itu sehingga satu Malaysia tahu? Sedangkan yang dimalukan itu Timbalan Presiden PAS sendiri.
- TG Haji Hadi sendiri dihalang dari turun ke Kelantan sehingga saat-saat terakhir. Mengapa? Pas Kelantan dah rasa kuat sangat ke? Apabila putusnya jemaah, macam mana pertolongan Allah nak sampai?

Macam-macam lagi. Tapi rasanya mesti ramai yang tak puas hati. Iyalah, kita kena pastikan Pas terus berpuak-puak ya tak? Pas Kelantan boleh ovewrite keputusan PAS pusat. Baru rock gitu. Selagi kita tuding jari dekat orang lain, selagi itu lah kita tak nampak kesalahan kita sendiri. Silap-silap PRU 13 semua negeri dapat balik kat Umno. Mustahil ke? Dah kalau Yang Atas nak macam tu siapa boleh halang. Jomlah hisab diri!


Thursday, June 18, 2009

Tepuk! Tepuk! Tepuk!

Benarlah kata-kata orang bijak pandai, " Dugaan yang terbesar itu bukanlah semasa kita sedang susah, tetapi semasa kita senang". Bertepatan sekali dengan suasana pada hari ini. Orang bergaduh bukan tengah susah, tetapi kerana senang. Kerana pada masa senang inilah masa yang paling sesuai untuk mengutip segala hasil dan menebus kembali segala jerih payah sewaktu senang dahulu.

Semasa susah dahulu, semua orang bersatu padu. Saling tolong-menolong. Susah payah saling berganding bahu untuk mengatasinya. Namun, apabila telah sedikit senang kawan semasa susah itu dicantas. Dipijak-pijak dan dipeteh-peteh. Kerana kawan itu bisa sahaja akan menjadi penghalang untuk dia menuju ke puncak jaya. Kerana matlamat, segala tarbiah dan pegangan yang selama ini tersemat kukuh di dada berciciran begitu sahaja.

Matlamat hidup adalah untuk Islam. Solatku, Ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah taala. Namun kerana diuji sedikit dengan kuasa dan kesenangan semuanya ditinggalkan. Hanyut dengan longgokan harta benda dan harta rampasan perang. Sepertimana peristiwa Perang Uhud. Setelah melihat harta yang berlonggok-longgok ditinggalkan, maka sang pemanah yang diamanahkan untuk menjaga bukit Uhud turun untuk mendapatkan harta rampasan perang. Akibatnya musuh menyerang dari belakang dan ramai yang gugur syahid. Jasad Nabi yang mulia turut terpukul dan berdarah terkena serangan musuh.

Kini bergembiralah orang yang ingin melihat Islam berpecah. Hanya kerana satu isu yang cukup mudah diselesaikan, hancurlah sebuah jemaah yang mendukung cita-cita mulia. Sedangkan musuh hanya duduk bersorak sambil bertepuk tangan. Melihat drama yang begitu mengikut skrip dan perancangan yang dikehendaki.

Wahai orang-orang yang mengejar harta benda dan duit. Pergilah kamu dan tonjolkan diri. Cukuplah membuat onar dan duri kepada saudara-saudara kamu yang lain. Kepada pejuang-pejuang Islam, usahlah lupa -kejutkan kembali saudaramu yang sedang lena diulit mimpi. Perjuangan masih panjang namun kita bercakaran sesama sendiri. Sedang musuh sedang girang sekali. Tepuk! Tepuk! Tepuk!

Tuesday, June 16, 2009

Kenapa Mesti Takut?

Dua tiga hari selepas muktamarPAS bising pasal isu pengharaman Sister In Islam(SIS). Maka berjela lah hujah perwakilan PAS mengapa SIS perlu diharamkan. Lalu usul tersebut diterima dengan sebulat suara. Tak payah debat-debat dan berhujah lagi kebanyakan ahli parti PAS tahu siapa SIS dan memang tidak setuju dengan apa yang diperjuangkan oleh SIS.

Malangnya, terdengarlah gegak gempita di kiri dan kanan. PKR membantah, DAP menghalang. Ini keterbukaan. Mengharamkan NGO bukanlah budaya kita. Maka serba salahlah pemimpin-pemimpin PAS. Yang mana nak buat ini, teruskan niat atau diamkan saja. Namun dalam pada itu sempat juga mufti Perak yang dah berbakul-bakul dikutuk dan dihina oleh penyokong PAS memberikan sokongan akan usaha ini. Namun mengambil pendekatan yang bijak dengan menyuruh dilakukan siasatan terlebih dahulu.

Malang seribu kali malang. Pejuang-pejuang Islam ini akhirnya tunduk dengan tekanan keadaan. Kerana terlalu ramainya yang menentang diharamkan SIS termasuklah mantan PM yang sedia tegar menyokong SIS ini akhirnya PAS kembali berlembut. Alasan yang dinyatakan oleh Naib Yang Dipertua PAS Shah Alam - supaya tindakan diambil dan dibetulkan. Di samping itu untuk mengukuhkan lagi ketakutan PAS mempertahankan tindakan itu dengan susulan ayat berikut - "Dalam perbincangan kita, kita bersetuju, perkataan itu (mengharamkan), menggambarkan kecenderungan dengan penggunaan kekerasan dan kuasa. Dan kalau itu yang dimaksudnya, ia bercanggah degan Islam itu sendiri," katanya dalam sidang media di Shah Alam.

Lalu ditambah lagi bahawa mereka bersetuju untuk memulihkan bukan mengharamkan. Apa yang ingin dipulihkan oleh PAS sebenarnya? Apa yang ditakutkan oleh PAS sebenarnya? Awal-awal lagi PAS telah tewas sebelum berjuang. Baru sahaja digertak sedikit angin kiri dan kanan. Lalu bergoyang-goyanglah pendirian pemimpin-pemimpin PAS. Lepas ini eloklah ditambah kita menegur SIS kerana kita sayangkan mereka. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia pun ramai yang menyokong SIS. Jadi janganlah kita menegur mereka kerana kita mungkin kehilangan sokongan pada PRU-13 nanti. Kasihan!

Monday, June 8, 2009

Rumah Dah Siap, Pahat Masih Berbunyi!

Muktamar Pas baru sahaja dua tiga hari berakhir. Ada yang kata bagus, ada yang kata yummy! Ada yang kata best, tapi yang paling best ada yang kata langsung tak best. So, terserah kepada individu dan badan untuk menilainya. Tapi yang paling kawang tak best, kawang sendiri pun cakap tak best! Mungking pasal kawang tak ikut sekali muktamar, hanya ikut tak ikut perkembangan dari jauh.

Tapi kawang pening dan keliru. Dalam Islam kena ikut pemimpin. Tapi dalam muktamar sendiri pemimpin bercanggah pendapat! Baca dalam muktamar - dua tok guru iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi tak sama pemikiran.

Tok Guru Nik Aziz cakap kerajaan perpaduan mengarut. Tok Guru Haji Hadi pula cakap kita kita akan buat kajian dan rundingan secara terperinci tentang kerajaan perpaduan. Aduh! Yang mana satu kawang nak pakai ni? Cuba rakan-rakan kat luar tu bagi penjelasan sedikit. Tidak boleh ke pemimpin kita menggunakan perkataan yang senang dan ringkas untuk difahami. Nak kata nak! Kalau tak nak kata tak nak!

Dah kalau pemimpin kat atas pun terang-terang tak sekepala, apa lagi. Bersorak horeyy la media massa kat luar tu. Apa lagi, bola tanggung! Masa nilah nak laga-lagakan pakatan rakyat dan orang-orang PAS. Huk aloh! Dalam masa yang sama blogger-blogger pakatan rakyat sendiri di anak tirikan. Keutamaan diberikan kepada media massa kerajaan. Lepas tu bila dia orang pusing-pusing statement pemimpin kita, kita bising. Alahai. Bila la kita nak berubah? Tak serik-serik.

Satu lagi yang menjadi kemusykilan besar kepada kawan adalah semasa pengumuman dan pengistiharan pemenang jawatan Naib Presiden. Ingatkan dalam pilihanraya saja yang ada pengiraan semula, dalam Pas pun ada? Kita bising bila Persidangan Agung Umno melambat-lambatkan pengiraan undi. Lama dah pukul 1 pagi baru lah tahu keputusan siapa ketua pemuda Umno. Kita? Esok pagi baru tahu? Takkan SPR Pas pun pakai undi hantu jugak kot?

Besarlah harapan hati kawang jika kita dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan kita ini. Janganlah dok syok sendiri sahaja. Cakap rakyat sokong kita bla bla bla! Rakyat cuma dah meluat sangat dengan Umno bukannya sokong kita sangat pun! Sementara dia orang suka kat kita, gunalah kesempatan ini dekatkan diri kepada kita. Jangan penyokong pun pening, depa lagi lah? Belajar lah mengaku kesalahan diri! Kita masih belum cukup kuat, masih kena kerja kuat lagi? Kalau nak kata muktamar ini berjaya? Syoklah lu sendiri.


Monday, April 27, 2009

Hati-Hatilah Wahai Pejuang!

Banyak cerita dua tiga menjak ini. Lebih-lebih menjelang muktamar Pas yang akan diadakan di Selangor. Kepanasannya telah hampir mencapai 100 darjah celcius. Ini kerana muktamar kali ini disertai dengan pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan baru. Ianya semakin panas dan panas, bukan setakat di dalam sahaja. Malah di luar sana juga penyokong-penyokong yang terbabit turut panas. Apatah lagi di era zaman sains dan teknologi ini, semua cerita dalam dan luar kain terlepas ke luar.

Di tambah pula dengan kehadiran bloggers-bloggers dan penulis-penulis tertentu, maka pelbagai istilah dicipta. Team 1, team 2, team 3 dan team 4. Mungkin untuk mencari publisiti, memeriahkan suasana, analisis telus atau dengan tujuan dan seribu satu agenda lagi. Hakikatnya, perlukah diwujudkan team-team ini di dalam sebuah parti yang bermatlamatkan Islam untuk di daulatkan?

Perselisihan faham dan pendapat itu satu rahmat jika difahami secara betul. Tetapi jangan sampai ia difahami secara sonsang. Adakah layak digelar parti Islam jika proses tendang menendang dilakukan bagi mendapatkan percalonan? Adakah layak digelar parti Islam jika di dalamnya penuh dengan lobi-melobi dan memburukkan lawan? Adakah layak digelar parti Islam jika sibuk meminta untuk dilantik di jadi pemimpin dan bermain seribu satu silap mata? Adakah layak digelar parti Islam jika sibuk mengadu domba.

Ingatlah pejuang-pejuang yang mengaku pejuang Islam. Di luar sana itu musuh hanya tersenyum dan gelak ketawa melihat apa yang terjadi di dalam. Seharusnya isu di dalam kain tidak usahlah sibuk diwar-warkan ke seluruh negeri. Begitu juga penggunaan media massa yang hanya menunggu masa untuk menangguk di air yang keruh.

Adat berpolitik perlu dijaga. Amanah perlu terus dipelihara. Hentikanlah perbuatan yang sia-sia yang mengundang kepada dosa. Jika benar kita mengaku kita parti Islam, ikutlah cara Islam. Janganlah nama partinya sahaja Islam, tetapi perangainya tidak berbeza jauh dengan puak yang satu lagi. Ikhlaskanlah hati semasa berjuang. Kalau dunia matlamatnya, dunia yang diperolehi. Kalau akhirat yang ditujui, Insya Allah dunia dan akhirat yang diperolehi.



Saturday, January 31, 2009

Terima Kasih Erdorgan!

Sebelum ini nama Erdogan banyak dikaitkan sewaktu berlasungnya muzakarah antara Pas dan Umno. Kumpulan Erdogan dikaitkan dengan satu golongan yang menentang muzakarah ini seterusnya menjadi penyokong dan pendokong kuat ketua pembangkang di Parlimen sekarang iaitu Anwar Ibrahim.

Walaupun ramai yang tidak mengetahui siapa Erdogan yang sebenarnya, ia terus dilabelkan sebagai negatif. Hari ini dunia mengenal Erdogan sebagai seorang pemimpin Islam yang berani menentang pembunuhan terang-terangan oleh Israel ketika mana semua pemimpin Barat mendokong dan berkompromi dengan pembunuhan yang diistilahkan sebagai membela diri mereka daripada pelancaran roket Hamas.



Sumber : MP Zulkifli Noordin
DAVOS, Jan 30 — Turkey's prime minister stalked off the stage at the World Economic Forum red-faced yesterday after reproaching Israel's president over the Gaza offensive by saying "You kill people."

The packed audience, which included President Barack Obama's close adviser Valerie Jarrett, appeared stunned as Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan and Israeli President Shimon Peres raised their voices and traded accusations.

Peres was passionate in his defence of Israel's three-week offensive against Hamas militants, launched in reaction to eight years of rocket fire aimed at Israeli territory. As he spoke, Peres often turned towards Erdogan, who in his remarks had criticised the Israeli blockade of Gaza, saying it was an "open air prison, isolated from the rest of the world" and referred to the Palestinian death toll of about 1,300, more than half of those civilians. Thirteen Israelis also died.

"Why did they fire rockets? There was no siege against Gaza," Peres said, his voice rising in emotion. "Why did they fight us, what did they want? There was never a day of starvation in Gaza."

The heated debate with Israel and Turkey at the centre was significant because of the key role Turkey has played as a moderator between Israel and Syria. Erdogan appeared to express a sense of disappointment when he recounted how he had met with the Israeli Prime Minister Ehud Olmert days before the offensive, and believed they were close to reaching terms for a face-to-face meeting with Syrian leaders.

Obama's new Mideast envoy, George Mitchell, will be in Turkey for talks on Sunday.

Erdogan was angry when a panel moderator cut off his remarks in response to an impassioned monologue by Peres defending Israel's offensive against the Hamas rulers of Gaza.

"I find it very sad that people applaud what you said," Erdogan said. "You killed people. And I think that it is very wrong."

The angry exchange followed an hour-long debate at the forum attended by world leaders in Davos. Erdogan tried to rebut Peres as the discussion was ending, asking the moderator, Washington Post columnist David Ignatius, to let him speak once more.

"Only a minute," Ignatius replied.

"Mr Peres, you are older than me. Your voice is too loud," Erdogan told Peres, saying his emotion belied a guilty conscience.

"You kill people," Erdogan told the 85-year-old Israeli leader. "I remember the children who died on beaches. I remember two former prime ministers who said they felt very happy when they were able to enter Palestine on tanks."

When Erdogan was asked to stop, he angrily stalked off, leaving fellow panellists UN Secretary-General Ban-Ki moon and Arab League Secretary Amr Moussa.

"When it comes to killing, you know it too well," the Turkish leader said.

When the moderator tried to cut short Erdogan's remarks, saying it was past time to adjourn for dinner, he answered in frustration, "Don't interrupt me. You are not allowing me to speak."

He then said: "I will not come to Davos again."

Ultimately, Erdogan stressed he left not because of a dispute with Peres but because he was not given time to respond to the Israeli leader's remarks. Erdogan also complained that Peres had 25 minutes while he was only given 12 minutes.

"I did not target at all in any way the Israeli people, President Peres, or the Jewish people," Erdogan told a news conference afterwards.

"I am a prime minister, a leader who has specifically expressly stated that anti-Semitism is a crime against humanity," he said.

Peres and Erdogan raised their voices — highly unusual at the elite gathering of corporate and world leaders, which is usually marked by polite dialogue.

Moussa, a former Egyptian foreign minister, said Erdogan's action was understandable.

"Mr Erdogan said what he wanted to say and then he left. That's all. He was right." Of Israel, he said, "they don't listen."

Erdogan brushed past reporters outside the hall. His wife appeared upset. "All Peres said was a lie. It was unacceptable," she said, eyes glistening.

"I have known Shimon Peres for many years and I also know Erdogan. I have never seen Shimon Peres so passionate as he was today. I think he felt Israel was being attacked by so many in the international community. He felt isolated," said former Norwegian Prime Minister Kjell Magne Bondevik.

"I was very sad that Erdogan left. This was an expression of how difficult this situation is."

Earlier yesterday, Israeli election front-runner Benjamin Netanyahu told another session that keeping nuclear weapons out of Iran's hands was more important than the economy because the financial meltdown is reversible.

"What is not reversible is the acquisition of nuclear weapons by a fanatic radical regime ... We have never had, since the dawn of the nuclear age, nuclear weapons in the hands of such a fanatical regime," said Netanyahu, who is seeking to return to the Israeli prime minister's office.

Iran maintains that it is seeking nuclear power for peaceful purposes and not for a weapons programme.

An Iranian official in Davos appeared to extend a hand to the Obama administration as discussion broadened to include Iran, oil and what might be expected from the new leaders in Washington.

Foreign Minister Manouchehr Mottaki said Tehran would take a "cooperative approach" with the US as long as it saw changes that go beyond words.

"We do believe that if the new administration of the United States, as Mr Obama says, is going to change its policies not in saying but practice, they will find in the region a cooperative approach and reaction," Mottaki said.

Obama has stressed the importance of engaging Iran, a country the Bush administration often singled out as the most dangerous in the Middle East. — AP


Nampaknya masih ada lagi secebis harapan daripada seorang pemimpin Islam. Walaupun Turki digelar sebagai golongan 'sekular tegar', tetapi dengan adanya pemimpin seperti Erdogan tidak mustahil Turki akan kembali bangkit sebagai sebuah khilafah Islam yang agung buat kali kedua. Syabas Erdogan!

Wednesday, November 26, 2008

Kita Takut Akan Kebenaran ?

Menarik juga jika membaca berita malaysiakini pada hari ini yang melaporkan tajuk Ahli PAS batal usul kawal arak.

Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik.

Mohd Termizi Ismail, anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, asalnya berhasrat membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat bulanan pagi semalam.

Bagaimanapun, sehingga akhir mesyuarat tengah hari semalam, perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Termizi berkata, beliau membatalkan hasratnya itu setelah menimbangkan maklum balas rakan-rakannya yang bimbang usul yang bakal dibawanya dibesar-besarkan sehingga boleh mencetuskan kontroversi.

Lagipun, kata aktivis PAS kawasan Kota Raja itu, cadangannya telah dilaporkan media dengan meluas dan semua pihak telah mengetahuinya.

Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras.

Dalam kertas cadangan itu, kini tersebar meluas di kalangan media, Mohd Termizi mencadangkan:

bullet buttonarak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas,

bullet buttonkaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal.

bullet buttonMPK melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak.

Mengesahkan kertas cadangan yang beredar meluas itu, Mohd Termizi bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana ia boleh jatuh ke tangan media.

Untuk kebaikan semua pihak, tambahnya, beliau membenarkan media menerbitkan cadangannya itu.

Mohd Termizi berkata beliau sentiasa konsisten menyuarakan cadangan ini sejak 2006, sewaktu cadangannya diserahkan kepada seorang exco kerajaan Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil.

Akhbar-akhbar itu juga membayangkan wujud gerakan di kalangan ahli-ahli PAS yang menduduki majlis PBT di negeri itu untuk memperkenalkan dasar itu setelah ditolak oleh mesyuarat exco kerajaan bulan lepas.

Susulan kontroversi itu, menteri besar Selangor petang semalam berkata "semua keputusan di peringkat PBT mesti selari dengan keputusan yang dibuat oleh exco negeri".

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menambah, mesyuarat exco hanya memutuskan meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan alkohol kepada mereka bawah 18 tahun dan kepada masyarakat Islam.

Sehubungan itu, katanya lagi, PBT yang telah membuat keputusan berkenaan hal itu seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diminta menangguhkan dasar membataskan jualan minuman keras sehingga diputuskan oleh kerajaan negeri.

Rundingan dengan PBT, NGO, peniaga dan jabatan kerajaan akan diadakan awal tahun depan sebelum keputusan lanjut tentang perkara itu diambi, tambah Abdul Khalid.

Berita sumber : Malaysiakini.

Baca sekali macam tiada apa-apa. Tapi dua kali baca ada persoalan yang muncul di benak. Jika memetik perenggan pertama sebab usul ini tidak dibentangkan kerana tidak mahu menjadi isu politik agak sedikit dangkal. Maafkanlah saya yang tidak pandai sifir politik ini mungkin salah anggap dari sudut orang politik, tapi sebagai orang biasa saya merasakan ini adalah satu kegagalan kepada kita untuk menyatakan kebenaran.

Yang pertamanya, kita membentangkan usul ini di dalam mesyuarat PBT. Bukan di dalam mesyuarat kerajaan negeri. Setuju atau tidak itu perkara kedua. Jika ditolak pun tidak mengapa kerana kita telah memberikan cadangan.

Yang kedua, cadangan yang dikemukakan amatlah baik. Walaupun boleh diperbaiki serba sedikit. Saya amat menyokong cadangan supaya kaunter khas dibuka bagi tujuan menjual arak ini. Sudah pastinya kaunter ini dijaga oleh yang bukan Muslim, sekaligus menyelamatkan anak-anak kita dari terlibat dalam penjualan arak ini.

Yang ketiganya, mungkin tidak perlu kita menyekat arak ini di peringkat bawahan dahulu tapi mungkin saja kita boleh mencadangkan supaya kerajaan negeri menghadkan pengeluaran di kilang-kilang arak. Umumnya kita mengetahui kilang arak terbesar berada di negeri Selangor ini. Eloklah kita cadangkan supaya pengeluarannya dikecilkan beransur-ansur dan seterusnya ditutup terus.

Umumnya, golongan bukan Islam juga turut menyokong akan penghadan penjualan arak ini. Kita boleh mengambil contoh semasa zaman Rasulullah sallahualaih wasalam. Arak diharamkan secara beransur-ansur dan penuh kebijaksanaan. Tiada isteri menginginkan seorang suami yang kaki botol. Arak juga bukanlah budaya di dalam kehidupan masyarakat Cina dan India.

Malangnya, langkah pertama untuk menyuarakan supaya arak diharamkan pun - kita sudah gagal. Belum lagi ke tahap yang lebih besar. Seharusnya saranan ini dibincangkan bersama-sama ahli di dalam pakatan rakyat. Kelihatannya kini walaupun dalam kerajaan negeri yang sama, tetapi masing-masing tidak berinteraksi antara satu sama lain.

Jika saranan ini dapat diterima oleh ahli pakatan yang lain, tugas ini akan menjadi sedikit mudah. Orang yang tahu rasional penjualan arak ini akan menerimanya walaupun dia bukanlah seorang yang muslim. Mungkin juga cadangan penghadan jualan ini dibuat di tempat-tempat di Selangor yang mempunyai majoriti umat Islam terlebih dahulu.

Saya bersetuju dengan Ustaz Wan Ji bahawa exco Pas perlu bersedia untuk berhujah dalam isu ini. Janganlah kerana takut dikata, maka mulut kita terkunci. Kebenaran perlu dinyatakan walaupun pahit. Jika tidak, lebih baik kita tukar motto parti dan arah perjuangan kita. Sesungguhnya terlalu ramai fikiran-fikiran yang baik di dalam parti yang boleh di brain storming bagi memberi penerangan di dalam hal ini. Janganlah kita kalah sebelum berjuang. Janganlah kerana takut kehilangan kuasa maka kita mengadai prinsip kita.

Monday, November 24, 2008

Politik oh Politik

Sesungguhnya menulis itu bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya bila kadang-kadang terjadinya simpton yang dipanggil 'writer's block'(betul ke idak ya istilah ini). Penulis kadang-kadang hampir jemu melihat akan keadaan suasana politik yang 'renyok herot' (istilah orang Terengganu - tak betul/tonggang terbalik) yang mewarnai suasana politik di negara kita ini.

Sepatutnya apabila tamat siri pilihanraya yang memenatkan, agenda yang perlu ditumpukan adalah kebaikan untuk golongan rakyat marhaen semata-mata. Namun suasana ini kelihatannya telah hilang sejak dua menjak ini. Sini sana sibuk cerita perihal keburukan orang itu, keburukan orang ini. Orang itu tidak betul, orang ini serong. Seolah-olah yang melaporkan dan mereka yang menulis itulah yang betul-betul belaka dan orang lain semua tak betul-betul belaka.

Tidak ada manusia yang maksum di dunia ini kecuali para-para anbiya. Begitu juga tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali para-para nabi. Tidak kira parti pemerintah atau parti rakyat kedua-duanya perlu berlapang dada. Apakah berdosa kiranya jika mereka bekerjasama dalam hal-hal tertentu untuk kebaikan rakyat.

Ini tidak! Isu yang sensitif ditambahkan sensitifnya. Isu yang kecil diperbesarkan. Yang besar lagilah, ibarat bola tanggung. Yang menderitanya adalah rakyat marhaen. Pening dan confuse. Mana satu yang betul, mana satu yang salah. Nak sokong kerajaan ke nak sokong pembangkang. Ada negeri yang itu jadi pemerintah tapi negeri lain jadi pembangkang, ada negeri lain yang ini jadi pembangkang tapi negeri lain jadi pemerintah.

Maka, sedarlah kita. Kebanyakan mereka hanya sibuk berfikir macam mana nak kenyangkan perut masing-masing. Macam mana nak hidup senang melalui kuasa. Macam mana nak tunjuk kuasa kepada orang yang tiada kuasa. Maka, hendak tak hendak kepada rakyat-rakyat dan mereka-mereka itu kembalilah kepada ke pangkal jalan. Kembali kepada Al-Quran dan sunnah, insya Allah tiada lagi kekeliruan. Bila sudah kembali ke pangkal jalan dan peganglah kepada ia sekuat-kuatnya. Insya Allah tidak akan pening dan sesat lagi. Atau tulisan kali ini mengelirukan pembaca-pembaca?

Monday, September 15, 2008

Kenapa Jadi Begini Tok Pa?

Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’
15 09 2008

Tangan yang menyuap nasi itu masih perit merasa dipatuk ular UMNO yang pernah mengusir PAS dari BN sehingga Nik Aziz tinggal seorang diri di Dewan Rakyat. Sebab itu Tuan Guru tidak rela melihat PAS mengalami nasib yang sama.

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

CheGu Pa, pernah berkata Abangnya tidak ’sihat’. Abangnya pernah menyeru ahli PAS untuk masuk UMNO jika benar memperjuangkan Islam. Kini mungkin dia juga sudah tidak sihat kerana beria benar membantu mempertahankan UMNO dari tenggelam.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.
Dipetik dari : Kickdefella

Sunday, July 27, 2008

Muslimah Pulak Nak Muzakarah?

Nak tergelak lagi. Biasalah kerja berita Utusan Meloya. Kerja dia meloyakan orang sahaja. Lain cerita tak ada. Yang terbaru sila baca di sini:-

Muzakarah Wanita UMNO, Muslimat Pas

KUALA LUMPUR 27 Julai - Wanita UMNO melalui Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) akan mengadakan muzakarah dengan Dewan Muslimat Pas bagi membincangkan isu-isu berkaitan wanita Islam di negara ini.

Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia akan diadakan secepat mungkin bagi mendengar isu-isu yang ingin diperjuangkan wanita.

"Saya rasa syukur sebab ada usaha muzakarah antara UMNO dan Pas. Banyak isu yang harus kita duduk sama berbincang yang melibatkan muslimin dan muslimat.

"Yang pentingnya kita harus berbincang, mengupas dengan teliti isu yang wujud dan mencari penyelesaian yang membelenggu masyarakat terutama wanita Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup Pertandingan Kesenian Islam Peringkat Wilayah Persekutuan yang dianjurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) di sini hari ini.

Naib Ketua Wanita UMNO itu berkata, walaupun Pas adalah parti pembangkang, ia tidak pernah dilihat sebagai musuh kepada UMNO.


1. Dah tak timbul isu pasal muzakarah ini, dah tutup buku pun. Gunakan istilah yang betul, muhabalah.

2. Lepas ini, nak suruh Muslimah Pas pulak jadi sasaran mereka. Aduh, tak terfikir dalam kepala macam mana makcik-makcik bertudung jambul nak berhadapan dengan makcik yang bertudung labuh. Bukan apa, rasa macam pelik sahaja.

3. Siapa Shahrizat? Nak cerita pasal wanita ke pasal Islam. Kalau nak bercerita pasal Islam rasa macam tak sesuai pulak. Lain aura. Lagipun satu masa dulu, pesta buih yang terkenal diadakan di Bangsar di tempat naungan dia. Tak ada pulak dia membebel apa-apa.

4. Statement yang paling kelakar dan lawak :
Naib Ketua Wanita UMNO itu berkata, walaupun Pas adalah parti pembangkang, ia tidak pernah dilihat sebagai musuh kepada UMNO.
Aduh. Makcik Shahrizat ooi. Kami ini dah penat kena sepak, kena terajang, kena buli dengan orang Umno. Sampai nak isi borang pengesahan dara pun nak kena pergi jumpa JKKK. Sejak bila pulak Umno tiba-tiba dah jadi saudara dengan PAS ini?


Pusing-memusing tu memang kerja dia. Selagi dia tak pusing selagi tu orang tak meloya. Tak apa lah, sekurang-kurangnya dapat juga hiburan untuk hari ini. Bukan senang nak baca cerita lawak macam ini. Tapi kadang-kadang banyak berita lawak dari berita betul. Tak caya?? Bukaklah berita Hairan dengan utusan Meloya. Carilah, mesti jumpa punya.

Aiyoo.. itu brader Karpal sudah marah-marah..

Aiyoo.. yoo.. Itu brader naik angin lagi. Orang lain diam saja, dia yang paling suka-suka bising. Ya lah, dia ada mulut. Agaknya sebab itulah dia gunakan mulut dia semaksimum mungkin. Tak kira samada masa itu sesuai atau tidak, guna tetap guna. Al-maklumlah peguam tersohor. Cakap apa sahaja yang ada dalam kepala. Menang yang utama. Betul tak betul, belakang kira.

Sudah berapa kali mau cakap. Sudah berapa kali mau bilang. Aiyoo .. yo .. brader Karpal. You memang suka kalau Pakatan Rakyat pecah belah. You agak kalau Pas keluar dari Pakatan Rakyat you dapat banyak advantage ka? Aiyo.. yo.. Ini lah agaknya syndrome orang terlampau pandai. Langsung tak berfikir dulu sebab dan akibat. Yang penting belasah sahaja dulu. Kesan dan impak dia, belakang kira.

Baru tok guru Nik Aziz umpan sikit, dah bising. Haji Hadi bersuara sikit dah betah. Apa punya orang lah. Dasar muafakat langsung tak ada dalam kepala. Benda macam ini bawalah berunding, tak payah tunjuk you punya pandai saja. Jangan ingat menang sikit kepala sudah besar. Come on lah brader. Sekali lagi you bising, kita ramai-ramai pakat hentam you. Bising pun tak guna. ^&*((%$%&. (Kena potong pasal tak ada bunyi)

Friday, July 25, 2008

Muhabalah Penyelesai Masalah

Bila sebut muzakarah, ramai yang memberontak. Bila sebut muhabalah barulah ramai yang mampu tersenyum dan menarik nafas lega. Ada yang baru sahaja mengenal parti PAS tapi sudah mengaku ahli tegar, ahli seumur hidup atau ahli setia.

Jika sekali pandang, kelihatan antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi seperti berbeza pandangan. Namun, jika diperhalusi kedua-duanya selari. Ini kurang difahami oleh sesetengah orang termasuk ahli Pas yang mengaku tegar sendiri. Tok Guru Haji Hadi sendiri dari awalnya menyatakan muzakarah yang dibuat bukannya untuk membincangkan pergabungan Umno-Pas. Tapi ramai yang menafsirkan ikut kepala mereka sendiri dan tak mahu dengar cakap pemimpin.

Dari sudut nampak banyak negatifnya. Tapi jika kita sentiasa berlapang dada dan berfikir secara rasional, banyak sudut positif dan kebaikan hasil isu ini. Antara yang saya dapat kongsi adalah :-

i) Istilah-istilah yang digunakan di dalam Jemaah Islam itu sendiri - secara tidak langsung masyarakat mula mengenali istilah-istilah muzakarah, muqabalah, wala', usrah dan sebagainya. Ia secara tidak langsung memberi promosi kepada istilah-istilah ini sendiri. Sememangnya kita sebagai orang Islam sendiri semakin jauh dari Islam oleh itu jauh sekali untuk cuba mencari atau mengambil tahu perkara-perkara sebegini.

ii) Umum dan masyarakat dapat mengetahui keikhlasan dan ketulusan perjuangan yang dibawa oleh Pas. Di sini mereka melihat konsistensi atau istiqamahnya Pas dalam perjuangan menegakkan yang hak dan menegah yang batil. Namun begitu, ia juga dicemari oleh pihak-pihak yang memang suka menangguk di air yang keruh. Buatlah baik macam mana sekalipun, akan dipulas dan dipusing supaya kelihatan lebih negatif.

iii) Masyarakat dan umum dapat melihat adab-adab berpolitik yang dipraktikkan oleh pendokong-pendokong Pas. Untuk melakukan sesuatu bukanlah secara sembrono. Penyokong-penyokong yang ditarbiyah tentang kepentingan mentaati pemimpin dan cara menegur pemimpin-pemimpin atasan. Ia bukanlah boleh dibuat sesuka hati walaupun memang ada ruang untuk menegur pemimpin. Adab-adab jemaah dan cara yang betul sentiasa dipratikkan. Ia bermasalah apabila tidak semua penyokong dan pendokong didedahkan atau memang tidak pernah menyertai program-program tarbiyah.

Tidak mengapalah, yang pentingnya semua sudah sedar dan faham. Pas bukanlah mereka yang ingin menggali lubang kuburnya sendiri. Pas juga tidak pernah memikirkan kepentingan sendiri dengan menolak rakyat. Pas juga mempunyai prinsip dan tidak pernah menolak konsep diplomasi walaupun dengan orang yang berkali-kali mengkhianati perjuangan Pas.

Berlapang dadalah. Sedarlah juga, Pas tidak sama dengan Umno. Bukanlah menyokong Tok Guru Nik Aziz itu dengan menolak Tok Guru Haji Hadi. Begitu juga sebaliknya. Apabila mereka diserahkan amanah, mereka sendiri sedar betapa beratnya tanggungjawab yang mereka pikul dan bukan semua orang mampu memikulnya. Jadi, orang yang tak mampu memikulnya berilah sokongan yang sepatutnya. Kadang-kadang kita berfikir seolah-olah kita lebih sayangkan Pas lebih daripada mereka berdua. Sedarlah kerana Islam mereka berdua sanggup berkorban apa sahaja untuk menegakkannya. Kita pula bagaimana??

Monday, July 21, 2008

Apa kono eh Jang?

Waduh, makin gawat ini. Sana bising, sini kecoh. Sana cerita, sini siar. Yang pening makin bertambah pening, yang keliru semakin keliru. Semuanya gara-gara pasal isu muzakarah ini. Al maklumlah, kami orang-0rang bawahan ini tak sepandai orang-orang yang di atas untuk merangka strategi. Pemikiran kami direct jer boleh baca arah yang lurus, kalau yang belit-belit dan berliku-liku gara-gara strategi pening juga kami untuk memahaminya.

Macam-macam maklumat ada. Macam-macam buah fikiran diluahkan. Ada yang setuju, ada yang tak setuju. Ada yang kata difitnah, ada yang kata menfitnah. Dulu Tok Guru Haji Hadi cakap tak ada rundingan, tiba-tiba Pak Lah cakap dah 3 kali jumpa. Yang mana satu nak di pakai, yang mana satu betul ini.

Mungkin orang yang hardcore macam saya ini, tak ingin mempersoalkan tindakan-tindakan pemimpin-pemimpin PAS. Tapi malangnya, dekat negara Malaysia ini bukannya semua orang macam saya. Bukan semua orang berfikiran terbuka macam saya. Macam-macam jenis orang dan 'peel' kita boleh jumpa. Daripada yang terlebih pandai sampai lah yang terkurang pandai.

Jadi walaupun muzakarah ini baik, dalam masa yang sama jangan juga dilupakan memberikan maklumat yang betul. Jangan sampai ahli Pas bergaduh sesama ahli Pas. Pakatan Rakyat bergaduh sesama Pakatan Rakyat. Ahli Pas gaduh dengan PKR dan DAP. Tindakan yang perlu dibuat mestilah sama seperti menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselirat.

Dalam hal ini, maklumat yang betul amat perlu. Jangan lupa, dalam perkara muzakarah ini banyak pihak akan ambil kesempatan. Ini isu yang ibarat bola tanggung. Kalau dipergunakan sebetulnya boleh memecahkan banyak orang dan masyarakat. Dalam masa ini, tok guru Haji Hadi perlu memainkan peranannya semaksimum mungkin. Orang Pas akan dengar cakap tok guru Nik Aziz dan Haji Hadi sahaja. Pemimpin-pemimpin lain mereka hormat dalam masa yang sama mereka boleh betah. Pasalnya hanya dua orang itu sahaja pemimpin tertinggi parti Pas.

Dalam masa yang sama, macam-macam cerita pasal pemimpin Pas yang pergi berjumpa dengan pemimpin Umno. Macam-macam label diberikan. Saya tak tahu cerita sebenar dan tak berani nak labelkan siapa-siapa. Saya bukan ada informer macam setengah-setengah orang. Tahu cerita luar dan dalam parti. Tapi sebagai rakyat marhaen saya merasakan perlu adanya satu platform yang mantap untuk menjelaskan kekeliruan ini. Kalau tak ramai orang yang dapat dosa kering. Tak tahu cerita sebenar, tapi secara tak sedar bersekongkol untuk labelkan orang itu dan ini. Padahal diri kita pun bukan lah baik sangat.

Umno parti yang sedang mereput. Dan bila-bila masa sahaja akan tersungkur. Mereka sedang bercakaran antara satu sama lain. Dalam masa yang sama pemimpin mereka semuanya mempunyai kepentingan diri. Di depan sahaja senyum, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Jadi, kepada pemimpin-pemimpin Pas yang dah rindu sangat nak memegang jawatan yang hebat-hebat itu dan nak mereput sama dalam Umno silalah. Dipersilakan! Jangan malu-malu kalau nak masuk Umno. Tapi jangan menyeret parti Pas sekali dalam rundingan tersebut.

Perlu juga dijelaskan, muzakarah ini cuma perbincangan. Untuk mendengar apa yang Umno tawarkan untuk kebaikan bersama. Sudah ditegaskan oleh Tuan Guru Nik Aziz kita bukannya nak berunding untuk bergabung! Cukuplah sekali. Kalau masuk lubang 2 kali, kita boleh digolong dalam orang yang tak belajar dan tak pandai. Jadi, peganglah betul-betul apa yang tok guru pesan. Jangan buat pandai-pandai sendiri.

Kepada rakyat di luar sana. Janganlah panik. Dunia belum kiamat. Pas tak pernah lagi mengkhianati rakyat. Dan tak akan melakukannya. Tak memang tak berniat langsung pun nak mengkhianat kat siapa-siapa. Jadi, ambillah isu ini dengan berlapang dada. Pasal kita punya pemikiran direct sahaja, kita tunggu dan lihat. Kita tengok siapa yang kena!!

Thursday, July 17, 2008

Muzakarah ke Mesyuarat?

Dua-tiga hari ini di celah-celah kekecohan berita tangkapan DSAI, ada juga beberapa isu yang agak menyelit. Seolah-olah kebetulan, dua tiga blog pendokong PAS sibuk bercerita pasal isu muzakarah UMNO dan PAS ini. Oleh itu, saya pun nak mencilok sekali lah. Ya lah, masing-masing punya pandangan sendiri. So, saya cubalah berkongsi pandangan saya pula.

Bila di sebut muzakarah, ramai di antara kita seolah-olah fobia. Lagilah ia berkaitan antara Umno dan Pas. Peristiwa hitam ditendang secara 'free kick' suatu masa dahulu, menjadi pengalaman pahit kepada orang-orang lama yang berada di dalam PAS. Semasa peristiwa itu, saya pun belum dilahirkan lagi. Tetapi berasaskan pembacaan dan penceritaan serta penelitian terhadap peristiwa itu jelas ia memberikan 'impak maksima' kepada pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong mereka. Kesannya negeri Kelantan yang dimiliki dirampas dan menjadi milik orang.

Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Sudah terang lagi bersuluh, kebatilan tidak dapat bercampur dengan yang hak. Golongan yang berjuang kerana Islam sudah pasti tidak akan diterima oleh golongan yang berjuang atas nama nasionalisme. Oleh itu, proses pembersihan etnik tersebut walaupun kejam sekali, tetapi lambat laun ia akan tetap berlaku. Sudah pasti bila kita meneliti kembali asas-asas perjuangan antara Pas dan Umno kita akan mendapati gap atau jurang yang terlalu luas.

Manakan sama perjuangan menegakkan Islam sebagai pemerintah diterima oleh mereka yang inginkan Islam diperintah. Lagipun, benih-benih kejahilan yang ditanam oleh penjajah membuahkan hasil yang bukan alang-kepalang. Sehingga kini, ia menghasilkan pejuang-pejuang tegar dulu, kini dan selamanya yang berjuang kerana bangsa. Biarpun agama, di sepak ketepi dan mulut mereka berbuih-buih membaca Al-Quran, ia hanyalah untuk bacaan sahaja semata-mata. Untuk menguna-pakai isi kandungan dan ajaran di dalamnya adalah jauh panggang dari api.

Tapi dalam masalah muzakarah ini, kita perlu sedikit terbuka. Muzakarah lebih kepada perbincangan. Ia mempunyai skop yang luas. Tidak sama dengan mesyuarat untuk bergabung. (Sebenarnya dua-dua lebih kurang sama jer). Berjumpa dengan Umno, bukan untuk menyatakan kita akan bergabung dengan mereka. Tetapi kita boleh bermuzakarah banyak perkara-perkara yang selama ini disekat oleh mereka lantaran keangkuhan 'rakyat masih memilih saya' dan persepsi kita akan memerintah selama-lamanya.

Antara isu yang boleh dibincangkan dan amat penting untuk rakyat yang boleh dimanfaatkan dalam ruangan muzakarah ini adalah :-

i) Isu peruntukan untuk kerajaan Pakatan Rakyat. Sudah diketahui umum, sesiapa sahaja yang tidak sekufu dengan Umno tidak akan diberi peruntukan oleh kerajaan persekutuan. Walhal, duit itu adalah duit rakyat dan bukan duit mak-bapak mereka. Jadi, proses pentadbiran negeri akan menjadi lebih lancar lagi tanpa banyak kekangan kewangan.

ii) Isu sekolah agama rakyat - Hasil kerja tangan umno yang berjuang atas dasar bangsa melayu, mereka berjaya melupuskan kebanyakan sekolah agama rakyat di seluruh negara. Dengan itu puaslah hati mereka kerana berjaya berjuang supaya anak bangsa mereka menjadi mat-mat rempit dan minah-minah rempit daripada belajar ilmu agama yang memberi manfaat kepada mereka di dalam kubur. Pas boleh mendesak supaya bantuan disalurkan kembali bagi menyuburkan kembali sekolah agama rakyat ini.

iii) Membersihkan SPR - Ini antara perkara terpenting yang boleh dibincangkan. Kalau berjaya daftar pemilih dibersihkan dan SPR menjadi sebuah badan yang berkecuali, maka Malaysia akan menuju ke arah negara yang aman dan makmur. Pasalnya, pemimpin yang dipilih adalah dari yang dipilih oleh rakyat secara 'halalan toyyibah'. Bukan dipilih dari hantu pocong, hantu raya dan hantu kubur yang secara tiba-tiba muncul semasa musim PRU.

iv) Memberikan ruang demokrasi yang lebih terbuka. Malaysia ini nama sahaja negara demokrasi, tetapi cara penjagaannya lebih kepada negara mak-bapak dia orang yang punya. Oleh itu, Pas boleh memberikan perkara-perkara yang boleh diperbaiki oleh pemerintah.

Dan banyak lagi, yang boleh dibincangkan. Ruang untuk muzakarah jangan lah ditutup. Tapi kalau nak bergabung tak payah lah. Buang masa dan tenaga. Kita tak mahu 'berlumuh' dengan najis-najis rasuah, perompak duit rakyat, perogol, pembunuh dan macam-macam lagi tindakan 'yang tak apa' pasal ada kuasa. Jadi, pandai-pandailah pemimpin-pemimpin Pas. Ia lah, kalau tak pandai takkan orang pilih dalam muktamar ye dak?? So, selamat muzakarah dan bermesyuarat. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun kita tahu depa tu samseng-samseng belaka.

Thursday, June 26, 2008

Kerjasama PAS dan Umno - Presiden PAS Akhirnya Bersuara

Akhirnya, barulah terdengar penafian oleh Presiden PAS akan perihal kerjasama antara PAS dan UMNO. Boleh rujuk di sini. Tuan Guru membidas kenyataan yang dimainkan setengah-setengah pihak berhubung perkara itu dan menyatakan bahawa ia adalah satu fitnah semata-mata.

Saya mengalu-alukan kenyataan Tuan Guru itu. Memang penyokong-penyokong akar umbi sedang berada di dalam kebingungan dan tertanya-tanya akan perkara ini. Hendak dikatakan ia hanya permainan politik semata-mata, banyak pihak dalam masa yang sama tidak menafikan dan seolah-olah senada dengannya.

Kenyataan Tuan Presiden itu menjelaskan perkara yang jelas samar. Namun begitu, perkara ini dijelaskan begitu lewat. Ramai yang tertanya-tanya mengapakah ia mengambil masa yang begitu lama untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Umum mengetahui bahawa internet kini memainkan peranan utama sebagai media alternatif di negara ini. Golongan yang dahagakan berita-berita yang tulus dan benar sentiasa mencari sesuatu perkara melalui internet dan blog untuk menangkis serangan-serangan dari media-media utama yang sudah jelas kerjanya sentiasa untuk memburukkan mana-mana pihak yang tidak sealiran dengannya.

Oleh itu, kita juga perlu berwaspada. Senjata ini jika digunakan secara baik boleh membawa kebaikan seperti keputusan PRU-12 baru-baru ini. Namun, ia juga boleh menjadi senjata berbisa yang akan menikam sesiapa sahaja yang alpa dan lupa. Dalam hal ini, isu kerjasama ini turut dimainkan oleh banyak pihak di blog-blog dan internet-internet. Nama beberapa pemimpin tertinggi PAS juga turut dikaitkan dengan usaha-usaha ke arah kerjasama ini.

Oleh itu, kita meminta supaya Tuan Presiden turut menggunakan internet dan blog sebagai medium bagi menjelaskan perkara-perkara sensitif yang berkaitan. Jangan biarkan kami di akar umbi ini yang kebingungan. Kita tidak mahu membenci sesuatu perkara, namun dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin kita berusaha mendekati mereka-mereka yang dibenci ini. Mungkin pandangan kami dan mereka amat berbeza. Namun, kami di bawah ini tidak mempunyai kepentingan dan lebih peka dengan perjuangan parti.

Sudah jelas, UMNO telah bergelumang dengan segala korupsi, rasuah dan gejala-gejala yang jelas bercanggah dengan Islam. Oleh itu jika mahu berkerjasama sekalipun syarat utama adalah Islam. Sepertimana kata Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz, kita akan membubarkan PAS jika Umno sedia memperjuangkan Islam sebagai asas. Jika kita menjaga agama, secara automatik bangsa juga akan turut terjaga.

Banyak isu yang perlu dijelaskan dengan tepat dan pantas. Oleh itu, kita perlu memperkasakan lagi teknologi internet dan blog ini untuk kebaikan bersama. Dalam masa yang sama, maklumat yang tepat diperlukan oleh akar umbi untuk bersama-sama menggerakkan jentera parti.

Thursday, June 19, 2008

Alhamdulillah. Roslan Aziz Minta Maaf

Setiap orang Islam itu bersaudara. Maka saudara yang baik adalah, apabila saudaranya melakukan kesalahan dia akan menegurnya. Bukan terus mengampu dan membiarkan saudaranya hanyut di lautan tidak bertepi di dalam kemaksiatan dan keingkaran kepada Illahi. Setiap yang mengucap dua kalimah syahadah itu Islam. Cara banyak mana perlaksanaan Islam dalam hidupnya itu perkara lain. Tapi apabila dia Islam, dia secara automatiknya akan bersaudara satu sama lain.

Di sini saya memuji sikap saudara Roslan Aziz. Tidak mudah seorang itu untuk mengaku kesilapannya secara terbuka. Carilah pemimpin mana pun, dalam ramai-ramai itu tidak mudah untuk mencari seseorang yang boleh mengakui kesilapannya. Kalau orang yang mencari kesilapan orang lain, itu tidak terhitung ramainya.

Sebelum ini saya telah mengulas sikap beliau di dalam blog ini. Namun, beliau secara rendah hati telah memohon maaf di dalam blog beliau. Alhamdulillah, beliau sudi menerima teguran dan mengaku kesilapannya. Semoga beliau tidak mengulanginya lagi. Tidak perlu meminta maaf kepada PAS, tetapi mintalah maaf kepada umat Islam. Juga kita sama-sama memohon keampunan daripada Allah. Sesungguhnya kita hanyalah manusia yang lemah. Tidak lari langsung dari kesilapan dan dosa.

Yang penting, usaha-usaha untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ini akan terus berjalan. Jika kita tidak mampu untuk sama-sama berjuang dalam perjuangan tersebut, sokonglah mana-mana yang termampu. Mungkin dengan wang ringgit, sokongan moral dan pelbagai lagi. Namun, jika tidak mampu juga cukuplah sekadar tidak menghalang kerja-kerja Islam. Amat malang jika kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menghalang kerja-kerja Islam. Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails