Tuesday, June 17, 2008

Apabila Manusia Semakin Jauh Dari Islam

Peristiwa Pertama :
S
eorang wanita, sedang riang-ria mandi di pantai bersama rakan-rakan. Tiba-tiba terasa dirinya semakin jauh dari pantai dan tiba-tiba dihempas ombak yang semakin ganas. Sedar-sedar dirinya sudah tercungap-cungap akibat tertelan air masin yang semakin banyak masuk ke dalam mulut dan hidungnya. Tangannya mengapai-ngapai kelemasan, terasa kakinya tidak terpijak oleh pasir di dasar laut. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang mengapai kepalanya dan perlahan-lahan dia mula dapat bernafas sedikit selesa. Akhirnya dia selamat di bawa ke tepi, dan mula dapat mengatur pernafasannya. Tiba-tiba dia terus menampar orang yang menyelamatkannya dan memaki-hamun orang yang telah berjasa kepadanya tadi.

Peristiwa Kedua :
Seorang buta berjalan-jalan dengan tongkatnya. Meraba-raba mencari arah untuk meneruskan perjalanannya. Lalu dia hampir termasuk ke dalam sebuah lubang yang dalam tanpa disedari. Lalu datang seorang pemuda melihat lalu menjerit. Dilihat seolah-olah orang buta itu tidak sempat mendengar arahannya, beliau meluru dan menolak orang buta tersebut ke tepi. Jika terjatuh ke dalam lubang itu, sudah tentu orang buta itu akan mengalami kecederaan yang agak parah. Tetapi, akibat perbuatan pemuda tadi orang buta itu sedikit luka. Oleh itu, kemarahannya tiba-tiba sahaja memuncak. Bukan lagi ingin berterima-kasih kerana memberitahu akan menyelamatkannya dari lubang tersebut, tetapi dijerit dan dimakinya pemuda yang telah menyelamatkan tadi kerana merasakan perjalanannya diganggu.

Mungkin kita tidak nampak perkaitan antara perkara pertama dan kedua. Tapi apabila kita melihat ulasan ini mengenai bantahan konsert Ella dan Mas Ayu kita boleh melihat perkaitannya. Kata-kata yang diulas oleh bekas seorang pengetua Akademi Fantasia yang berjaya menghasilkan ramai alim-ulamak dalam bidang seni dan nyanyian. Yang menjadi kegilaan kepada makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek, datuk-datuk, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan ramai lagi.

Apabila seorang bekas pengetua Akademi Fantasia yang berjaya mengeluarkan artis-artis ternama yang menjadi pujaan masyarakat masa kita - menyelar sikap golongan agama yang membantah konsert dua artis di Selangor kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Apakah kita ingin terus membiarkan masyarakat terus hanyut dengan pelbagai dadah konsert yang saban hari dihidangkan. Tidak tahu agama tidak mengapa, tidak tahu bersolat - tidak mengapa, tidak tahu halal dan haram tidak mengapa. Yang penting kita rock.

Apabila sesuatu golongan itu melakukan 'amar makruf, nahi mungkar' - kita sebagai golongan yang mengaku Islam dan mengucap dua kalimah syahadah harus sedar. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang ini bertentangan dengan agama atau kita yang telah jauh terpesong daripada ajaran agama yang sebenarnya.

Benarlah pesanan baginda Rasululullah S.A.W. Akhir zaman Islam akan kembali dagang seperti
mana sewaktu awal Islam dahulu. Masyarakat Islam sendiri menyelar akan segolongan yang melakukan 'amar makruf, nahi mungkar'. Sedangkan mereka inilah yang mengelakkan kita daripada ditimpa bala-bencana dan mala petaka dari Allah S.W.T.

Manusia itu buta dan lemas. Namun, apabila ada orang yang cuba menolong mereka dari terus buta dan lemas - mereka menengking, memaki, memprotes dan sebagainya. Sedangkan apa yang dilakukan adalah untuk menyelematkan diri mereka juga. Umat Islam semakin hanyut, jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Namun, tugas untuk menyelamatkan akidah mereka bukanlah satu perkara yang mudah.

Sebut sahaja Islam, maka akan timbullah pelbagai fitnah daripada kiri dan kanan. Tidak terkecuali orang-orang yang mengaku Islam itu sendiri. Semoga kita semua diberi hidayah dan mendapat kasih sayang dan rahmatnya. Dan kepada pendokong-pendokong 'amar makruf, nahi mungkar' di luar sana, teruskanlah berjuang. Genggamlah bara itu, walaupun ia akan membakar tanganmu. Kerana matlamat kita bukanlah disini, tetapi di sana.

3 comments:

Dan said...

sy setuju dgn artikel ini. sy dari generasi 1980an amat risau dgn generasi sy yg lalai dgn hiburan. MARI KITA LANCARKAN REVOLUSI 80s!. GENERASI YG LAHIR PADA 80AN ADALAH BAKAL PEMIMPIN NEGARA DALAM 20 AKAN DATANG.

Anonymous said...

Aku memang x setuju dengan konsert2 yg x tentu arah dll... tp tindakan pemuda PAS ber'dakwah' agak sedikit keras dan seperti mengugut. Masyarakat majoriti Islam tidak ramai yg faham ttg Islam apatah lagi yg kafir.

Berunding dengan kerajaan PR Selangor dengan baik. Berikan alternatif selain Ella dan Mas Idayu bukannya dengan mengugut dengan demo. Tindakan kena bijak dan bukan mengikut perasaan. Akhirnya Sultan masuk campur dan akhirnya jadi jugak... Kan baik berbincang ganti artis yg lebih bermoral... Flexible beb. kalo x Islam jadi bahan ketawa jer.... .

Cik Lee said...

dan : kat sinilah kita kena review balik sistem pendidikan kita. Kenapa masa kita still okey, lepas dari masa kita dah tak okey bebudak sekolah nih.

redha : kawang setuju, untuk bagi faham orang pasal Islam yang sebenarnya satu tugas yang amat sukar. Tapi dalam artikel ni, kawang menekankan satu pandangan yang mana bila ada orang baru jentik sikit pasal hiburan ni, orang terus 'kaw-kaw' punya kutuk. Sedangkan kalau terus tak ada orang-orang macam ni, maka bila-bila masa Malaysia nih boleh turun bala macam Indonesia dan tempat2 lain. Pelik tak, kenapa Malaysia jer yang tak kena lagi bala bencana, tapi tempat2 lain dah kena? takkan pasal faktor geografi kot. kat sini lah kita kena kembali kepada Pencipta kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails