Andai aku ikutkan hati, tidak ingin lagi aku mengulas tentang politik lagi. Andai ikutkan hati bisa saja aku delete blog aku ini. Andai ikut hati aku ingin sumpah seranah manusia-manusia yang berhati batu di luar sana.
Tapi aku hanya manusia. Manusia sudah tentunya lemah. Punya kekuatan dan fikiran yang terhad. Urusan hati itu juga bukan kehendakku. Andai kata orang yang hatinya hitam tapi ringan lidahnya mengucapkan syukur kepada Allah kerana menjadi MB haram, apa lagi ingin ku kata. Andai kuasa sudah di tangan raja, lalu dia terus membiarkan rakyat jelata terkontang-kanting apa lagi ingin ku kata. Jika mufti yang terkenal alim, hanya melihat apa yang berlaku di dewan dun rakyat - apa lagi ingin ku kata.
Akhir zaman, manusia jadi buta. Hati jadi keras. Kebatilan menguasai yang hak. Orang macam aku hanya mampu bersabar dan menadah dua belah tangan ke langit. Kerana yang berkuasa itu bukan makhamah dunia, tetapi makhamah di sana. Andai mereka takut tuhan tidak berani mereka sembrono begini. Tapi mungkin pada mereka tuhan merestui apa yang mereka lakukan.
Kerana apa yang terjadi bukannya krisis politik. Tetapi krisis iman!!
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Akhirnya Nizar telah diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang masih sah pasal tidak pernah dipecat! Mari lah kita semua pakat-pakat sujud syukur sebagai tanda syukur kepada Allah atas anugerah kemenangan ini. Pasal dah menang, kawang nak pergi gunting rambut kawang yang tak berapa panjang ni. Gunting sampai pendek. Masya Allah! Tabarakallah! Takbir!!!
Penat Bukit Gantang belum hilang lagi, kini satu lagi PRK bakal di adakan. Kali ini kita akan pi Penang pulak noo. Boleh pekena rojak pesemboq dengan nasi kandaq. Itulah suasana politik terkini tanahair. Meriah sampai lah rakyat jemu dengan PRK. Belum confirm lagi akan ada PRK, tetapi bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sudahpun mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Adun Penanti.
Yang pasti Penanti akan menjadi tumpuan. Projek mee segera akan berulang lagi. Projek ayam akan dilaksanakan lagi. Banyak gula-gula pembangunan akan kembali tertumpu ke sini pula. Yang pastinya stamina semua pihak yang terlibat. Nak buat macam mana, ramailah yang akan dapat rezeki melompat. Yang pasti semua rumah dekat Penanti menunggu untuk disewa. Ramailah makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tersenyum girang nanti.
Itu cerita di Penang. Cerita di Perak pula makhamah sudah memutuskan bahawa Zambry dan Adun BN yang lain boleh menghadiri sidang DUN Perak. Betul atau tidak keputusan makhamah itu belakang kira. Yang kritikal di sini maksudnya krisis di Perak akan terus berlarutan sehingga ke satu masa yang belum ditetapkan nanti.
Selagi Dun tidak dibubarkan, selagi itulah Perak berkrisis. Satu negeri dua MB. Mana boleh? Dan Zambry yang perasan dia disenangi oleh rakyat akan mula menjana Perak. Ke arah kebaikan atau keburukan ? Wallahualam. Negeri pun dirampas secara haram, takkan pentadbiran berjalan secara betul, ya tidak?
Maksudnya kita lihat bagaimana Pakatan Rakyat bertindak kali ini. Ia akan menguji stamina dan strategi yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dalam masa itu, rakyat juga akan semakin susah dan menderita. Sementara menunggu kapal lama karam, jangan melupakan golongan rakyat marhaen. Masa inilah perang saraf perlu berjalan supaya apabila sampai masa penentu, kita sudah bersedia. Kepada Zambry - berhentilah merepek dekat rtm tu. Penat deng dengo!
Memang betul Pakatan Rakyat menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Memang betul UBN menang dekat Batang Ai sahaja. Memang betul surat-suratkhabar depa semua malu alah nak tulis berita yang betul. Memang betul ramai orang Umno yang melompat bila mereka kalah dekat Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Memang betul ramai orang Pas yang bersyukur dan sujud syukur kerana menang di Bukit Gantan dan bukit Selambau.
Tetapi tak cukup dengan itu sahaja. Kita kena korek balik segala kelemahan kita di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita bercakap kita bekerja kerana Islam. Kita bercerita kita bekerja kerana rakyat. Kita berseloka bahawa parti segalanya. Tapi apabila sampai saat dan ketika yang menuntut supaya kita melaksanakan apa yang dicakap, dicerita dan diseloka banyak ketika kita gagal.
Di Dun Trong kita hanya berjaya dapat 43% undi Melayu sahaja. Kena buat selidik, kena buat post-mortem kena buat muhasabah. Kalau kita asyik salah dan tunding jari kat orang lain sahaja, memang kita kekal begitu sampai bila-bila. Persoalannya kita tengok dalam diri kita, parti kita, orang kita, gerak kerja kita dan kekurangan kita.
Orang yang tidak dapat menerima kekurangan diri sendiri adalah orang yang syok sendiri. Orang yang bakal ditolak oleh orang lain. Seperti UBN sekarang. Tetapi tidak mustahil jika kita pun dihinggapi penyakit yang sama seperti mereka, kita pun akan terkena perkara yang sama. Menarik untuk diulas adalah peranan bloggers network Perak yang bertungkus lumus siang dan malam mencari bahan berita.
Namun malangnya, luahan hati mereka menceritakan seribu serba kepedihan yang dilalui. Yalah, sebut berjuang ye tak? Tetapi macam mana tak sakit hati kalau nak masuk dalam bilik gerakan pun tak dapat Pasn? nak maklumat kat mana MB pun tak ada orang yang sudi membantu? Betapa kita menjadi manusia yang pelik. Orang ingin membantu pun kita tidak sudi. Jangankan memberi sokongan moral, pandangpun tak sudi.
Memang soal wang tidak menjadi masalah dalam parti PAS. Bisa sahaja pendokong-pendokong parti bekerja siang malam tanpa diberikan upah dan gula-gula. Namun, ia bukanlah bermakna kita boleh memperlekehkan orang lain kerana kita telah bekerja secara 'ikhlas'. Sepatutnya keikhlasan kita itu dikongsi bersama dengan orang-orang yang sama-sama bersemangat seperti juga kita. Lebih-lebih lagi matlamat dan tujuan yang ingin dicapai adalah sama.
Sepatutnya kita menyokong usaha-usaha bloggers yang ingin turut sama-sama membantu menyampaikan maklumat secara langsung dan tepat. Namun malangnya, peranan ini tidak di gunakan seperti yang sepatutnya dan bloggers-bloggers yang bekerja siang malam hanya untuk memenangkan Pakatan Rakyat terpaksa memendam rasa dan makan hati.
Internet telah menjadi pemangkin kebangkitan rakyat dalam pilihanraya yang lalu. UBN turut mengakui hakikat ini dan kini sedang berusaha untuk membangkitkan prasana mereka dalam bidang IT bagi menyaingi kebangkitan rakyat. Malanglah kiranya ia tidak diambil sebagai suatu medium besar yang telah mampu menyekat media-media UBN dari berleluasa. Selain itu kerana kejumudan kita, kita telah menumpulkan senjata yang diakui tajam dan bisa. Masa untuk muhasabah dir
[Terkini] Sudah confirm! Dua Bukit Milik Pakatan Rakyat. Hanya menunggu secara rasmi. Calon Pas Datuk Sri Ir. Mohd Nizar menang majoriti 2789 undi. Bukit Selambau juga milik PKR dengan majoriti 1,239 undi. Nampaknya tak dapatlah tv3, tv1 dan media-media UBN nak bersorak sakan macam masa menang Batang Ai. Nampaknya, pukul 12 lah baru depa buat announcement. Hidup Rakyat!
Dalam 8 jam lagi, warga Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan memilih wakil-wakil mereka untuk mewakili DUN dan Parlimen mereka. Sememangnya PRK ini ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan maruah kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat atau Umno Barisan Nasional manakah yang terpelihara dan menjadi pilihan rakyat. Kalah memberi makna bukan sedikit kecalaran yang berlaku dan mesej penting samada sokongan rakyat meningkat atau sebaliknya.
Harapanku kepada bangsaku Melayu yang mengaku beragama Islam. Mengaku dengan sesungguhnya dan tanpa keyakinan yang tidak goyah bahawa 'Aku naik saksi bahawa Allah itu tuhanku dan Muhammad itu pesuruh Allah'. Yang setiap hari lima kali sehari semalam sekurang-kurangnya mengucapkan bahawa ' Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah'. Apakah mulut sekadar berkata dan mengucap, tetapi hati langsung tidak menghayati apa yang diucapkan dan perbuatan tidak mencerminkan apa yang sebenarnya di'itikadkan.
Aku mengharapkan bangsaku tidak akan layu dengan huluran-huluran pelaku rasuah. Tidak kira dalam bentuk wang, basikal, kain pelikat, anak ayam, atap zin dan apa sahaja demi satu pangkahan undi. Apakah begitu murah harga maruah kita. Adakah hanya dengan RM300 atau RM50 kita boleh dibeli dan seterusnya sujud ke lantai perasuah. Ingatlah perasuah dan yang menerimanya - kedua-duanya dijanjikan neraka Jahannam. Itu janji pencipta bukan diucapkan saja-saja.
Aku mengharapkan bangsaku tidak leka dek janji-janji kosong. Omong-omongan kosong. Sampai bila bangsaku akan sedar. Kononnya membela bangsa, agama dan tanahair. Sedangkan bangsaku di anaktiri dan di anak bangsatkan di bumi sendiri. Setinggan-setinggan dirobohkan tanpa menghiraukan hiruk pekik, tangis darah anak-anak bangsa dan darah keringat bangsa sendiri. Dek angkara perut dan poket sendiri, tanah bangsaku dirampas dan rumah mereka dihancurkan. Tanpa sebarang belas kasihan. Lalu mereka menjerit apabila waktunya kamilah pembela bangsa Melayu.
Aku mengharapkan bangsaku sedar siapa yang mengkhianati agamanya sendiri. Siapa yang menyekat dakwah-dakwah ulama' di masjid-masjid. Di surau-surau. Anak-anak bangsa kita dibiarkan berpeleseran, menjadi bohsia dan bohjan, menjadi mat rempit dan minah rempit. Menjadi penagih dadah dan tengkorak hidup. Sibuk mengejar glamour siang dan malam. Kerana pemimpin yang hanya berlakon memperjuangkan agama, sedangkan norma-norma hidup mereka jauh menyimpang dari ajaran yang sebenar. Siapa yang begitu dambakan Bollywood? Siapa yang begitu gilakan Hollywood. Siapakah yang memenuhkan televisyen dan suratkhabar dengan cerita-cerita artis yang langsung tidak membawa manfaat. Siapa yang akan mengkafankanmu dan menyembahyangkan kamu? Adakah artis-artis ini juga?
Aku mengharapkan bangsaku sedar. Betapa mereka sedang dijual oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Pulau Batu Putih sudah tergadai. Biar air mata darah mengalir, tidak mungkin dapat diambil kembali. Sedikit demi sedikit tanahair dijual kepada warga asing, dek polisi yang dihalimunankan daripada rakyat. Dirompak, dicincang dan dilumatkan tanah rizab Melayu. Jasa siapakah ini semua?
Aku mengharapkan bangsaku sedar. Betapa seorang tua yang dahulu pernah mencaci hukum-hukum agamanya sendiri sedang menagih simpati. Mengharapkan undian daripada penyokong-penyokongnya satu masa dahulu. Sedarlah bangsaku. Betapa kuasa sultanmu dilucut dan dibogelkan oleh orang ini. Maka hari ini dia menjadi pembela Sultanmu? Betapa murahnya air mata buaya dan diri anak-anak bangsa tertipu begitu sahaja?
Sedarlah bangsaku. Terjemahkanlah kefahamanmu pada esok hari. Cukuplah segala janji kosong. Janji rasuah. Janji kroni yang korup. Betapa kita mengidamkan sebuah negara yang cukup syaratnya untuk menerima rahmat tuhan. Ingatlah bangsaku - kita sebuah bangsa yang gagah perkasa dahulu kerana agama Islam ini, begitu juga kita menjadi mundur dan terhina di bumi sendiri kerana meninggalkan agama yang mulia ini. Oleh itu aku menyeru bangsaku - undilah kepada yang menyokong Islam. Kerana kita mengharapkan Islam di daulatkan bukan diperintah. Undilah Pakatan Rakyat demi bangsa, agama dan negara.
Saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Malaysia kian hampir. PRK di tiga buah tempat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Ia akan menjadi penanda aras samada UBN masih diterima oleh rakyat Malaysia ataupun sebaliknya. Ia juga akan menjadi petanda aras samada rampasan kuasa oleh UBN di Perak diterima oleh rakyat Perak atau sebaliknya.
Ketiganya diadakan secara serentak. Selepas sesi pemilihan oleh perwakilan Pekembar baru-baru ini. Ianya telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu peralihan kuasa daripada 'Mr. Clean' kepada Najib Tun Razak. Begitu juga dengan pemilihan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli-ahli tertinggi Pekembar. Sudah tentu Pakatan Rakyat mengharapkan parti Pekembar ini akan terus bergolak selepas daripada pemilihan itu, namun ia tidak terjadi.
Begitu juga dengan perlantikan PM yang baru. Pakatan Rakyat cuba menghalang daripada ia menjadi kenyataan. Sehingga ke saat-saat terakhir, pelbagai usaha terus dilakukan. Malangnya, sejarah telah menukilkan bahawa teori Rahman telah menjadi kenyataan seterusnya Najib berjaya mengangkat sumpah dan Pakatan Rakyat terus ternganga.
Kini saat yang yang kritikal telah hampir tiba. 3 PRK ini membawa bersama maruah Pakatan Rakyat. Walaupun begitu, kelihatannya Pakatan Rakyat begitu selesa dengan keadaan di Bukit Gantang. Aura Nizar nampaknya terus menyelubungi persekitaran Bukit Gantang dan PR terus dibelai untuk terus selesa dan leka dalam keadaan ini.
Jangan terleka wahai Pakatan Rakyat. Pekembar merupakan parti yang ajaib yang boleh melakukan apa sahaja. Saat-saat akhir pengundian merupakan saat-saat yang dinantikan oleh geng-geng Pekembar. Mereka bisa sahaja mengambil kesempatan untuk menyelinap dan melakukan kejutan di saat-saat akhir. Seribu satu strategi bisa sahaja dilakukan oleh mereka. Pakatan Rakyat terutamanya parti PAS sudah pasti masak dengan strategi-strategi seperti ini. Jangan sampai kita diberi pukulan maut tanpa bunyi seperti yang berlaku di Terengganu pada 2004.
Segalanya berlaku begitu pantas. Tanpa kesan. Tanpa kata. Hasilnya negeri Terengganu Darul Iman terlepas daripada genggaman PAS. Penyokong-penyokong semuanya terlopong tanpa kata. Semua mengeleng dan mengalirkan air mata seolah-olah tidak percaya apa yang terjadi kepada negeri yang begitu disayangi.
Nah! Jangan jadikan sejarah ini berulang kembali. Berwaspadalah. Dan kuatkan semangat. Memang penat tetapi stamina perlu dikekalkan sehingga ke saat terakhir. Sehinggalah kemenangan diistiharkan barulah kita boleh berehat sebentar. Namun, sebelum itu jangan sampai kita lupa, kita alpa, kita leka. Jangan lupa mantan Memanda Menteri sudah kembali kepada Pekembar. Sudah pasti otak beliau bisa sahaja memikir 1001 strategi kotor untuk memenangkan parti mereka! Jangan sampai kita termasuk ke dalam perangkap mereka.
Kepada semua petugas-petugas Pakatan Rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai syabas diucapkan. Betapa ramai pejuang tanpa nama yang bekerja sepenuh hati dan keikhlasan kerana mengharapkan redha sang Pencipta. Oleh itu jangan lupa untuk kita sama-sama menadah tangan dan mengharapkan doa dengan penuh harapan. Sesungguhnya makhluk yang berkuasa melainkan Dia jualah. Oleh itu teruskan perjuangan. Jaga Yop Jaga! Kita Lawan tetap lawan!
Dalam masa beberapa jam sahaja dari sekarang rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan menjalankan kewajipan mereka memilih pemimpin yang akan memegang amanah di tempat mereka. Mereka turut membawa suara rakyat untuk memberi isyarat kepada pemerintah sekarang iaitu Umno dan Barisan Nasional supaya tidak lupa diri. Rakyat masih ingat bagaimana apabila kuasa dan rasuah disalahgunakan sehingga suara rakyat dikerdilkan.
Kini Umno dan Barisan Nasional mempunyai seorang pemimpin yang baru. Yang lebih berwibawa kononnya daripada Pak Lah. Maka seronoklah kita apabila akhbar Harakah dan Suara Keadilan dibebaskan dari tahanan. Begitu juga dengan 13 orang tahanan ISA telah dibebaskan. Dan dalam masa yang sama kerajaan akan turut mengkaji semula akta ISA. Tapi tunggu dulu. Mari kita huraikan satu-persatu permasalahan di atas.
Pertamanya - siapa yang menyekat akhbar Harakah dan Suara Keadilan? Adakah yang menyekat itu pemimpin dari Pakatan Rakyat? Adakah PAS, Keadilan atau DAP yang menyekat kebebasan akhbar-akhbar ini? Atau pemimpin Umno dan Barisan Nasional? Jika demikian, mereka yang menyekat dan mereka membebaskan - apa yang peliknya? Ia ibarat bermain silap mata. Tetapi bisa sahaja menjolok psikologi rakyat supaya gembira dan tidak pelik jika tidak berfikir panjang, kita terdorong untuk bersorak sorai dengan mereka.
Keduanya - siapa yang menahan dan memasukkan tahanan-tahanan ini dalam ISA. Sudah tentu mereka yang berkuasa dari Umno dan Barisan Nasional. Tidak bolehkah tahanan ini dimasukkan kembali? Sudah tentu tiada jaminan. Dan mungkin juga 13 tempat kosong ini akan diisi kembali oleh 13 tahanan baru sesudah berlalunya pengundian di ketiga tempat itu pada 7hb April nanti. Pendekatan populis digunakan oleh Najib sudah tentu daripada penasihat-penasihat di sekeliling beliau sedikit sebanyak memberi 'kejutan' dan mengambus sedikit isu pembersihan diri Najib daripada pelbagai kontroversi yang menyelubungi diri beliau ketika ini.
Mari kita berbalik kepada perkara pokok mengapa rakyat begitu ghairah menantikan keputusan pengundian di ketiga tempat ini? Pertama di Perak - mengapa Bukit Gantang begitu menaikkan keghairahan rakyat untuk menghukum Umno dan Barisan Nasional? Ia akibat daripada krisis di Perak yang mana jangan lupa jasa yang dihulurkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Beranikah kiranya Perdana Menteri ini menjejakkan kakinya di Perak kerana jasa beliaulah maka krisis di Perak ini terus berterusan dan bergolak.
Begitu juga dengan apa yang terjadi di Bukit Selambau. Mengapakah kerusi Adun di Bukit Selambau dikosongkan. Tidak teringatkah kita kenyataan bekas Adun Selambau yang mana beliau tidak tahan lagi di ugut siang dan malam supaya melompat parti. Kerana maruah beliau tekad untuk meletakkan jawatan. Untuk apa? Supaya pergolakan di Perak akan berjangkit kepada negeri Kedah pula. Jasa siapa itu? Siapa di balik tirai semua agenda ini? Jangan kita lupa itu.
Begitu juga dengan air muka Malaysia di seluruh dunia ketika ini. Ternyata wajah Malaysia memang dimalukan dan jatuh aibnya kerana menerima seorang pemimpin yang diselubungi isu antarabangsa. Pembunuhan Sang Matahari dari Mongolia. Isu politik wang di dalam Umno usahlah dikaitkan dengan Khairy Jamaluddin sahaja. Adakah pemimpin lain bebas daripada politik wang dan memang bersih? Jangan lupa! Nanti kena ketawan dengan Che Det pasal dia kata Melayu mudah lupa!
Boleh tahan juga kempen BN di Kampung Baru Kuala Sepetang - Bukit Gantang. Berkempen tak salah. Cuma janganlah sampai melampaui etika dan moral. Tidak kiralah parti mana pun, dalam pilihanraya siapa sahaja tidak di larang untuk berkempen. Gunakanlah apa sahaja daripada banner, pemplate, poster, ceramah dan apa saja.
Tapi kali ini ia memang membuka mata. Juga mampu membeliakkan mata sesiapa sahaja yang melihat. Zahid Hamidi yang seringkali menonjolkan diri sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agama kerana latar belakang beliau dari aliran agama menyokong konsert gadis seksi sewaktu menghadiri kempen di situ. Pentas tarian hanya diletakkan di belakang Zahid Hamidi yang pada masa itu sedang mengadakan sidang akhbar.
Tidak pasti samada untuk membodek atau mengampu, Zahid Hamidi secara sedar atau tidak dia telah menghina kaum Cina. Kata beliau dia memahami mengapa tarian ini dibuat kerana ia adalah budaya Cina. Pertama kali rasanya kita diperkenalkan budaya tarian seksi ini adalah berasal dari kaum Cina.
Sebelum ini tidak pernah pula kita diperkenalkan tarian ala Barat ini sebahagian daripada budaya masyarakat Cina. Dengan mengatakan ini adalah budaya masyarakat Cina ia seolah-olah satu penghinaan kerana budaya Cina juga mengetahui batas-batas susila dan kesopanan. Pakaian penari-penari dan juga gerak tari yang lebih kepada tarian tiger show bukanlah budaya yang ingin ditonjolkan oleh masyarakat Cina. Ia adalah satu budaya sonsang dari Barat yang tidak ingin diperkenalkan langsung kepada golongan muda kerana ini mengundang kepada masalah sosial dan budaya seperti hari ini.
Seingat saya ini bukan kali pertama BN Perak menggunakan konsert seperti ini bagi kempen pilihan raya. Semasa PRU 12 dahulu ia pernah digunakan di Tambun, Ipoh. Bagaimana agaknya Pak Haji dan Mak Haji yang tengok tarian ini dekat majlis itu. Mesti dia orang seronok sambil-sambil goyang badan dan ikut lenggok tarian. Ke ini bukan budaya kita? Pak-pak Aji Umno mesti suka kan ? Patutlah Umno Parti Ajaib. Umno juga yang kena!
Ingatkan apa lah halnya dekat rtm ini. Siang malam dok bising. Rupa-rupanya depa dok kempen pilihanraya. Tak kira siang malam pagi petang. Kerjanya asyik kutuk Pakatan Rakyat. Ngomel-ngomel bla bla bla. Umno sahajalah bawa kemajuan.. bla bla bla.. Jangan lupa jasa Umno... bla bla bla.. Pakatan Rakyat mengamalkan politik perkauman.. bla bla bla.. Pakatan Rakyat tak bagus.. bla bla bla..
Pagi petang siang malam kempen. Live pulak tu. Itupun masa persidangan hari tu depa kata tak cukup. Maklumat tak sampai. Kena gunakan IT juga. Kena lawan media IT Pakatan rakyat. Tak faham aku. Surat khabar, tv semua depa sapu. Tak cukup lagi rupanya. Internet pun dia sapu. Lepas tu sibuk cakap orang fitnah itu ini. Agaknya apa yang orang lain cerita semua fitnah, kalau dia orang cerita semua betul!
Aku pun tak faham macam mana tadi aku boleh terlayan tv1 pulak. Macam kenal la seorang mamat ni, tapi di mana ya! Oh, Zambry. Kempen Bukit Gantang rupa-rupanya. Macam best! Pentas lawa. Tapi bila tengok kat bawah kenapa semua orang tua-tua je yang join. Orang muda tak de ke? Lepas tu soalan yang dia orang tanya pun macam baca skrip jer. Rasa-rasa dah plan kot. Takde tokoh pun macam orang rajin tanya soalan.
Oh, sibuk cerita pasal Nizar take over dia masa dekat masjid masa hari penamaan calon tu. Bukan main marah dalam senyum nampaknya. Bising dia pasal Nizar cerita apa yang jadi dekat blog. Kononnya benda-benda macam itu pun dibesar-besarkan. Kasihan sungguh dia ni. Dah jadi MB haram pun emosional lagi. Last-last sekali dia punya ayat - siapa-siapa boleh jadi imam, saya pun boleh jadi imam. Mak ai. Hang mengaji kat mana ni Zambry? Kitab mana hang pakai. Kalau nak goreng pun ingat-ingatlah. Nampak sangat kejahilan tu tanpa dapat dicover lagi.
Macam mana lah orang Perak nak terima kalau MB dia sejahil macam ini. Kalau Ali Rustam cakap macam tu mungkin boleh terima pasal dah tengok cd dia cakap Haji Hadi Kafir. Cakap terang-terang je tak ada cover-cover. Cuma confirm tak masuk tv. Sibuk dia kecoh Nizar politikkan masjid. Yang hairannya sejak bila Umno guna masjid buat majlis depa ni? Kata tak nak politikkan masjid. Pergilah baca Yassin kat rumah ke. Nak guna masjid juga. Tapi yang sensasikan cerita ini siang malam aku tengok tv, suratkhabar. Tv, suratkhabar. Lepas tu salahkan Nizar. Yenadeyyy!!!
Kemudian sibuk pusing pasal kuasa Sultan dekat Perak. Lepas tu tuduh Pakatan Rakyat amalkan politik perkauman. Hairan betul! Yang aku baca kat blog-blog depa semua pakat tuduh Nizar jadi boneka pasal bagi tanah kat kaum Cina. Marah betul dia orang. Tapi yang Umno bagi satu bukit Genting dekat Lim Goh Tong tak apa pulak. Betul-betul kerjanya kasik pusing sahaja. Corner baring pun takpe.
Tun Mahathir Pun Nak Turun Kempen Di Bukit Gantang
Dalam hal ini Pakatan Rakyat kena berhati-hati. Tidak dapat dinafikan Mahathir masih lagi mempunyai auranya yang tersendiri. Walaupun diri ini memang dah lama meluat dengan dia, tetapi orang lain belum tentu. Walaupun kalau kita menilai secara rasional, kemasukan Tun kembali ke dalam Umno tidak akan memberi kesan kepada kadar kebersihan Umno, tetapi sebagai orang lama beliau sudah masak dengan permainan politik.
Biarpun di akhir hayat pemerintahan beliau, kebanyakan orang membenci beliau di atas kediktatoran beliau tetapi masa bisa sahaja memadamkan ingatan-ingatan tersebut. Namun saya juga menasihatkan beliau supaya berehat sahaja. Sesungguhnya sisa-sisa umur yang ada eloklah digunakan sepenuhnya. Namun jika beliau masih juga ingin meneruskan sisa-sisa perjuangan beliau membela parti yang sudah reput, dipersilakan sahaja.
Kini, akan berlaku pertembungan aura lama dan baru. Aura mahathir dan Nizar. Najib sudah pasti tidak berani menunjukkan rupanya di Perak. Osman Jailu tiga bersaudara pun sudah tentu tidak sudi membantu jentera BN. Seperti kelihatan jentera mereka tidak bersemangat untuk mengempur Bukit Gantang, tetapi jangan kita alpa dan leka. Yang penting konsentrasi jangan hilang. Lawan tetap lawan tidak kira siapa pun yang datang. Kepada Tun semoga kekal di dalam Umno - dulu, kini dan selamanya. Seeloknya biarlah Tun menjadi presiden Umno antara yang meninggal dan terus kekal di dalam Umno.
(note ciklee: Gambar ni gambar dekat rumah MB dulu. Bukan yang berkaitan dengan artikel di bawah)
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!
Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan. Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang. [tamat]
Agak malang kerana Zambry tidak puas hati dan menyatakan ketidak puasan hatinya ke seluruh negara melalui Berita Hairan. Jadi seperti biasa, media-media utama jentera kerajaan akan menuduh Pakatan Rakyat menggunakan masjid sebagai tujuan politik mereka. Kasihan juga kepada mereka, rakyat dah tolak pun masih belum insaf-insaf. Fahami agama Islam supaya kita tidak keliru.
Maka jawapan teka-teki terhangat untuk PRK Bukit Gantang terjawab.Menteri Besar Perak akan mengikuti jejak langkah Menteri Besar Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor yang memegang dua kerusi iaitu Dun dan Parlimen secara serentak sekiranya mencapai kemenangan di Bukit Gantang. Ekoran krisis kepimpinan yang melanda di Perak yang belumlagi berakhir, sememangnya beban di bahu Dr. Seri Nizar memang berat. Diikuti tanggungjawab baru yang menanti di Bukit Gantang maka hanya calang-calang orang sahaja yang dapat memikulnya.
Bagaimanapun, memang pada awal kontroversi lompat si katak lompat, prudi bukit gantang ini dapat memberi gambaran sebenar bagaimana sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat oleh rakyat Perak. Ia juga akan menjadi paras tanda sejauh mana rakyat menolak keputusan sultan Perak yang secara tergesa-gesa melantik Menteri Besar yang baru sedangkan Menteri Besar yang sah masih belum meletakkan jawatan. Yang nyatanya, PRK ini akan menguji stamina kedua-dua belah pihak. Umno yang akan menghadapi PRK Bukit Gantang akan sedikit letih kerana terpaksa berpencak silat terlebih dahulu untuk menghadapi pemilihan Umno. Bukan sedikit tenaga, minda dan duit yang terpaksa dihabiskan bagi menjamin kemenangan masing-masing. Malaysia ke Arah Negara Diktator Sedikit demi sedikit Malaysia kembali semula ke arah corak pemerintahan yang diamalkan oleh mantan PM ke -4 sedikit masa dahulu. Sememangnya pemerintahan Pak Lah dicalit dengan pelbagai noda dan daki-daki yang sukar dibersihkan, namun rakyat harus menyiapkan minda dan mental bagi menghadapi masa depan yang lebih sukar lagi. Krisis ekonomi yang melanda Malaysia hari ini sedikit sebanyak turut memberi kesan secara langsung kepada pelbagai golongan rakyat marhaen. Bukan sedikit yang kehilangan pekerjaan dan merana, namun pakej ransangan ekonomi sebanyak rm6o billion yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini diharap dapat membantu rakyat. Usah ditanya di mana mau digali dan dicari rm60 billion itu. Namun, seperti juga zaman-zaman terdahulu pakej ini mementingkan syarikat-syarikat besar yang berkepentingan dan hanya sedikit yang dinikmati oleh rakyat bawahan. Namun, tidak semena-mena taktik lama digunakan kembali. Akibat kemabukan kepada kuasa yang membuak-buak maka media alternatif yang dimilik selain daripada kerajaan disekat. Akibatnya penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung selama 3 bulan. Namun tiada alasan yang diberikan kerana sememangnya kuasa mengantung mana-mana akhbar adalah milik mutlak mak bapak mereka. Rakyat semestinya dicadangkan menelan bulat-bulat dan menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka melalui TV1, TV2, Tv3, Utusan dan Berita Hairan. Begitu juga dengan provokasi yang dibuat semasa ceramah Dr. Seri Anwar Ibrahim. Apakah perlu dilakukan provokasi sebegini? Jelas sedikit demi sedikit cengkaman kukubesi mula menular ke dalam pemerintahan negara. FRU dan polis dipergunakan untuk kepentingan satu jenis parti sahaja. Mana-mana parti lain yang tidak sekufu akan dikenakan tindakan seolah-olah merekalah yang mengaji dan memberi elaun anggota-anggota keselamatan ini. Rakyat yang mana duit mereka dikutip untuk membayar gaji dan elaun pula yang dihentam, dipukul, ditembak dan diperlakukan sesuka hati mereka. Mereka sesuka hatinya menggunakan gas pemedih mata, mencederakan orang awam dan memukul orang yang tidak bersalah. Adakah ini ciri-ciri polis yang tegas, adil dan berhemah? Amat malang sekali mereka ini lupa akan hari pembalasan. Lupa akan tuhan yang satu. Dalam pada mereka sibuk memperkatakan tentang perpecahan umat Melayu - mereka inilah yang sebenarnya menjadi dalang kepada perpecahan dan kerosakan ini. Aku tidak akan halalkan walau satu sen pun duit aku digunakan bagi sebarang salahlaku dan kejahatan ini. Bak kata pepatah Cina " Apabila keranda dibawa barulah bercucuran airmata". Hakikatnya ini semua berlaku apabila kekuasaan yang menjadi idaman mereka hanya menanti masa untuk berpindah kepada rakyat. Golongan yang terdesak sanggup menggunakan segala taktik tidak kira komunis, mafia atau apa sahaja untuk menakutkan golongan rakyat marhaen atau pemimpin yang tidak sekufu dan sealiran dengan mereka. Namun, biarkanlah si luncai meloncat dengan labu-labunya. Kerana tidak lama lagi parti yang bergelumang dengan bangkai dan nanah rasuah akan ditalkinkan dan dikafankan.
Bila baca cerita di sini dan sini, memang hatiku terus berbisik spontan. Pak Samad memang benar-benar angin satu badan rupanya. Tak apa Pak Samad, dalam hal ini memang saya sokong Pak Samad. Bila pemimpin-pemimpin tak sedar diri ini ingat mereka adalah dewa dari kayangan, maka silap besarlah mereka.
Apa-apa pun saya sokong penuh kalau geng-geng Pekembar berkempen dalam bahasa Inggeris sepenuhnya masa PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Barulah mereka benar-benar berusaha mendaulatkan Bahasa Inggeris. Nanti cakap dalam Bahasa Melayu tak standard - tak ada kelas kata orang puteh.
Pak Samad sendiri akan turun ke Bukit Gantang untuk meneruskan kempen Gerakan Mansuhkan PPMSI. Dalam masa Umno tengah bergelut dengan politik tendang-menendang, cantas-mencantas semasa pemilihan ini, mari kita susun strategi untuk menumbangkan mereka di PRK ini. Jangan lupa derma RM1 seorang untuk tabung bloggers. Syabas Pak Samad!
Wah! Banyak kagum la ini hari. Banyak gambar boleh tengok pasal apa yang terjadi dekat negeri Pasir Berdengung semalam. Macam-macam benda pelik yang boleh tengok. Tak pernah terjadi dekat tempat lain, tapi dekat sini ada. Tapi saya rasa mesti orang-orang Umno kampung saya banyak suka. Pasal dia ada ramai geng. Geng songkok hitam ada, geng topi merah ada dan macam-macam geng lagi ada.
Mesti tok iman kampung saya juga turut bangga. Sebagai seorang yang daripada kecil sampai ke besar sokong Umno, dia bangga pasal keanggotaan Umno terdiri daripada macam-macam ada. Lepas itu semuanya kelihatan gagah perkasa dan samseng-samseng belaka. Tapi tak pasti pulak tok iman baca blog ke tidak, pasal tak pasti gambar-gambar yang akan disiarkan ini keluar kat tv atau tidak.
Mungkin pakcik ini rasa dia paling kuat dalam dunia ini. Lagipun dia ada pangkat ayahanda dalam p****a katanya. Takutnya saya. Mesti orang-orang PR takut. Yalah, orang Umno mesti bangga kan. Tangan dia pun bagi isyarat baik punya. Eh! Dia orang Melayu ke? Pejuang Melayu ke ni? Tapi isyarat ni rasanya orang Putih je yang pandai buat. Ooo. Tuk dia dulu pernah belajar dengan orang putih British yang pernah jajah Tanah Melayu, jadi ilmu tu diturunkan kepada cucunya Si Songkok Hitam.
Mesti orang Umno kampung saya bangga pasal tak ada dalam sejarah lagi orang nak belasah Menteri Besar. Lepas tu tak taulah berapa bakul sumpah seranah yang keluar dari mulut dia. Pakcik topi merah? Pun dah lama masuk Umno. Duduk situ tengok-tengok sambil makan angin. Ada orang kena pukul ke? Eh! Mana ada. Saya tak nampak apa-apa pun. Dia orang tengah minum kopi bincang-bincang je tu.
Jadi mesti orang Umno senyum lebar. Inilah generasi Melayu alaf baru. Berani menegakkan keadilan. Tak takut dekat siapa-siapa. Kalau nak belasah orang tarik masuk kopitiam lepas tu tutup kedai. Lepas tu libang ramai-ramai. Itu lambang keberanian kita. Lepas itu, mesti pandai maki seranah. Itu ciri-ciri yang mesti ada setiap generasi Umno. Baru orang takut. Kalau tidak, Karpal Singh pun asyik pelekeh kita.
Jadi orang Umno mesti bangga kan! Tapi nak tanya, dia orang ni selalu pergi masjid ke tak. Ada dengar tok guru mengajar ke tak? Ye lah, peduli apa semua tu kan. Pasal kita nak bela Melayu. Ada orang komen suruh saya terbitkan artikel semalam. Saya tak faham, bukan saya dah terbitkan ke? Tak payah cabar pun memang saya dah terbitkan. Tapi dia suruh jugak saya terbitkan.
Lepas tu bising pasal tanah. Yalah! Saya mengakulah. Sejak 50 tahun ini kerajaan dah buat macam-macam kat rakyat. Jual tanah rizab Melayu, halau setinggan Melayu. Jual pasir, jual kompeni dan macam-macam lagi lah. Bising pasal tanah, pergi lah check dekat Parlimen siapa yang sibuk dok modified akta tanah rizab Melayu? Berapa banyak dah tanah Melayu terbahagi (ops terpinjam kot) dek orang lain.
Susah kalau dah ada mata tak celik ni. Siapa yang robohkan masjid Bujal dekat Terengganu tu. Perangai siapa robohkan masjid kalau tak perangai Yahudi Zionis? Rumah Allah berani roboh, lagilah benda lain. Setakat makan rasuah, politik wang, riba tu apa lah sangat kan? Kubur masing-masing. Yang penting hidup Melayu! Ajar Matematik dan Sains pun dalam Bahasa Inggeris! Hidup Melayu konon! Poooodahh!
Maka seantero dunia telah mengetahui apa yang terjadi di Perak. Malang sekali buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sidang DUN diadakan di bawah pokok. Apa sudah jadi? Sekali baca kedengaran lucu. Dua kali baca ia petanda satu tragedi. Inalillah untuk demokrasi di Malaysia. Maka seeloknya disediakan sahaja kain kapan dan keranda untuk demokrasi itu. Kerana demokrasi Malaysia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Perak!
Kerana bobrok akan kuasa, Bangunan Perak Darul Ridzuan dikunci. Mungkin yang menguncinya menyangka bangunan itu bapak dia yang punya. Notis pemberitahuan pun simple sahaja. Tiada orang yang berani nak tanda tangani. Mungkin takut terkena tulahan. Lalu lintas ke bangunan Perak Darul Ridzuan di sekat dan disimpangkan ke jalan lain? Apa ini semua?
Orang yang terdesak sanggup lakukan apa sahaja. Orang yang sedang lemas akan mencapai apa sahaja untuk meneruskan talian hayatnya. Begitu juga dengan apa yang terjadi di Perak. Betapa Malaysia diketawakan oleh dunia. Dan nilai moral khususnya mereka-mereka yang mengaku beragama Islam itu jatuh ke tahap null.
Rasanya seeloknya mereka mengistiharkan mereka telah keluar dari agama yang mulia ini. Tiada guna satu sen pun. Agama Islam yang suci ini telah dicemarkan dengan sifat-sifat yang keji seperti ini. Sedikit emosi coretan ini tapi jika mereka masih ingat tuhan, masih mengaku beragama Islam sekurang-kurangnya tahu berfikir yang mana Allah izinkan, yang mana Allah larang! Kerana mereka, maka kesucian agama ini telah dicemarkan. Sudah pasti lihat mukanya itu Melayu, mereka beragama Islam - tetapi perangai mereka langsung tidak menyatakan mereka beragama Islam. Mungkin menganut fahaman zionis antarabangsa.
Tahniah kepada parti pemerintah Malaysia. Tahniah kepada Umno! Tahniah kepada BN! Kamu telah membuka topeng yang menutup rupa sebenar kamu pada hari ini. Kerana kuasa kamu sanggup melakukan apa sahaja. Jijik atau tidak perangai itu - tolak ketepi. Tahniah sekali lagi! Kerana pada hari ini kamu berjaya mematikan demokrasi!
Nampaknya drama di Perak semakin hari semakin menarik. Menarik kerana ia boleh menyebabkan siapa sahaja yang mengikutinya akan automatik terkena sakit perut, cirit-birit dan mual-mual. Teringat kembali novel 'Shit' tulisan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang mengegar dunia politik negara suatu masa dahulu. Siapa sahaja yang membaca kisah t**k dan kepala t**k bisa sahaja jika tidak tahan ketahanan badan menyebabkan badan mual-mual dan tak sedap satu badan. Begitulah juga ia menguji kekuatan rohani dan mental untuk menghabiskan sebiji buku 'shit' itu. Ceritanya memang mual, tetapi dek kerana publisiti yang meluas oleh media-media perdana pada masa itu, ia menjadi sebuah buku yang boom! Berapa ramai yang berjaya menghabiskannya, Wallahualam!
Dan nampaknya drama tersebut menghampiri drama yang terjadi di Perak hari ini. Walaupun cerita dan skrip tak sama, kesannya kepada pembaca dan pengikut drama dan buku itu sama. Mual-mual, sakit perut, sakit kepala dan macam-macam lagi kesan sampingan. Semua peralatan digunakan bagi mempratikkan 'The Prince' Machiavelli di mana matlamat menghalalkan cara. Daripada bermula dengan istana, mufti, SUK dan yang terbaru Bangunan Perak Darul Ridzuan ditutup. Ternyata apabila sudah terdesak, apa sahaja akan dilakukan untuk menegakkan benang yang basah.
Dalam sidang media yang disiarkan di media Perdana, MB Perak yang haram iaitu Zambri meminta Speaker dan MB Perak yang halal iaitu saudara Nizar mengikut undang-undang. Please lah! Rasa mual nak dengar! Siapa yang ikut undang-undang, siapa yang idaknya Zambri ooi? Patutlah Pak Syeikh Teluk Intan cakap harapkan ada Phd pada nama saja! Rupa-rupanya penyakit hasad dengki yang memang dah lama menjangkit dan membarah orang-orang Melayu sejak dari dulu sampai sekarang.
Pertama upacara pelompatan menggunakan belanja yang bukan alang-alang itu ikut undang-undang ke? Selepas itu upacara angkat sumpah itu ikut undang-undang ke tak? Lepas tu memerintah ikut undang-undang ke tidak? Guna fru, polis, pegawai kerajaan, media massa dan istana ikut undang-undang atau tidak?
Politik tidak kotor! Ia sekadar alat bagi mendapat kuasa dan pemerintahan. Orang dahulu berpolitik untuk membantu rakyat, tetapi orang kini berpolitik untuk mengisi tembolok dan memenuhkan buku akaun bank dengan berpuluh-puluh kosong. Orang Melayu sebut sahaja agamanya Islam. Tetapi apa yang diajarkan oleh Islam kebanyakannya ditinggalkan!
Sebut akhirat, tak takut! Sebut tuhan, dalam sembahyang je rasa takut sikit! Sebut pahala dan dosa - tak boleh! Ini politik suku, agama itu suku. Bahananya jika generasi kini begini perangainya, maka generasi akan datang tahap kematangan politik mereka lagi dasyhat daripada kini. Cukuplah! Sesungguhnya janji Allah pasti datang! Jadi cukuplah! Ingatlah tuhan, ingatlah dosa, ingatlah pahala. Ingatlah syurga, ingatlah neraka. Al-Quran itu sebagai panduan bukan perhiasan. Cukuplah! Sebelum tuhan menimpakan balanya kepada kita!
Sumber : AlBanjari (wak.. gue cilok berita dari blog wak.. jangan marah aa)
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut:
Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam.
Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan …”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. KetikaDato' Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihanraya ke 12.
Fasal itu juga memperuntukkan “hendaklah ia” yang dengan jelas merujuk kepada Menteri Besar yang ada pada masa itu iaitu Dato' Seri Nizar. Oleh itu, yang layak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan ialah Dato' Seri Nizar. Selain daripada Menteri Besar yang sedang dalam perkhidmatannya, tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan bagi maksud Fasal itu.
Sekarang timbul satu lagi masalah atau krisis perlembagaan. Saya adalah ketua legislative iaitu ketua badan perundangan negeri Perak. Persoalan mengenai hak seperti yang saya nyatakan tadi telah dirujuk kepada saya. Maka apa yang perlu saya lakukan? Saya telah menerima aduan bersurat daripada YB Wong Kah Woh iaitu ADUN Canning Garden. Surat itu menyatakan bahawa masalah yang telah berlaku adalah in house problem, state assembly problem. Ia perlu diselesaikan di peringkat kuasa Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Oleh itu saya sebagai Ketua Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini adalah beban yang perlu saya pikul. Ini adalah kewajiban saya. Rakyat telah bertanya, dan banyak pihak lagi yang akan mempersoalkan saya sebagai ketua legislative. Apakah tindakan yang telah saya ambil? Maka saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa mengikut peraturan.
Apabila saya terima surat aduan daripada YB Wong Kah Woh, saya terpaksa bertindak. Saya telah membawa surat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Jawatankuasa ini telah berbincang dan kami dapati memang wujud kes prima facie dalam isu yang dibangkitkan. Maka jawatankuasa itu telah membuat keputusan untuk memanggil YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang YB yang lain untuk berjumpa dengan jawatankuasa tersebut. Dalam perjumpaan yang berlangsung semalam, memang jelas bahawa tujuh ADUN itu telah melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mesyuarat bertanggungjawab membuat satu keputusan, kerana kes ini merupakan isu yang amat serius. Demi mempertahankan badan perundangan negeri ini, kami tidak ada pilihan lain kecuali membuat satu keputusan yang terbaik untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan badan perundangan di negara kita, terutamanya negeri Perak yang kita cintai ini.
Masalah yang dibangkitkan oleh banyak pihak kepada saya ialah persoalan peruntukan manakah di dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan “orang atau pihak yang tiba-tiba mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri, boleh atau hendaklah mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mohon membentuk kerajaan”? Sebenarnya tidak ada mana-mana peruntukan yang menyatakan begitu. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar yang sedang dalam mandat pada satu-satu masa itu, jika mendapati majoritinya dalam Dewan Undangan Negeri telah hilang, maka adalah tanggungjawabnya (Menteri Besar yang sedang dalam mandat itu) untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan dan boleh memohon supaya dewan dibubarkan.
Saya tidak mempertikaikan bahawa Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN sekiranya sidang DUN telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perkara ini tidak dibincangkan dalam sidang DUN maka ia menjadi isu. Sekarang masalah itu terbeban ke atas saya selaku Speaker DUN apabila ada ADUN yang merujuk kepada saya. Orang ramai pun bertanya dan merujuk kepada saya.Apakah tindakan Speaker?
Kes ini adalah soal dalaman Dewan Undangan Negeri. Seperti masalah dalaman rumahtangga, ketua keluarga perlu menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah hal ehwal badan perundangan negeri yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Sebagai ketua legislative, saya perlu memberi perhatian dan menjalankan tanggungjawab saya supaya keadilan dapat ditegakkan dan kedaulatan undang-undangterjamin. Itu adalah tugas saya. Itu juga adalah tanggungjawab saya. Saya tidak bertindak melebihi bidang kuasa saya seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Saya hanya menjalankan tugas supaya kedaulatan badan perundangan negeri Perak tidak dicabuli. Itu saja.
Saya tidak berniat untuk menderhaka. Isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kepentingan politik. Ia juga diputarbelit oleh media perdana dan kumpulan tertentu yang mahukan rakyat menghukum saya sebagai penderhaka kepada DYMM Tuanku. Tuduhan itu adalah tidak benar. Mereka cuba mempolitikkan isu ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang intention untuk menderhaka. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Speaker setelah mendapati perkara ini adalah perkara yang serius dan saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN bukannya menggantung YB Ahli-Ahli DUN tersebut daripada menjadi ADUN. Tidak begitu. Saya bersama Jawatankuasa itu hanya menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN. Itu saja.
Mengenai kelayakan mereka sebagai ADUN, saya tidak sentuh langsung. Tiada kenyataan saya berkenan status mereka sebagai wakil rakyat atau ADUN bagi kawasan masing-masing. Itu saja yang perlu saya beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak. Apa yang saya lakukan ini adalah mengikut Fasal 16(6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ianya dilakukan demi kedaulatan undang-undang supaya institusi dan badan perundangan ini tidak dicemari oleh mana-mana pihak.
Belum pun PRK Bukit Gantang terasa hangat, nampaknya bermacam-macam kehangatan yang lain muncul terlebih dahulu. Nampaknya politik Malaysia betul-betul hangat. Bisa menghilangkan segala kesan kegawatan ekonomi Malaysia yang semakin membarah. Daripada kes gambar bogel Elizabeth Wong, kes lompat katak di Perak, PRK di Perak dan Kedah, GMP dan macam-macam lagi.
Nak lagi ? Rasanya dah ramai yang tahu bahawa MB Perak baru( baca haram) telah digantung dari menghadiri persidangan Dun selama 18 bulan (bersamaan 1 tahun 6 bulan) dan exco-exco beliau yang lain seramai 6 orang juga dihukum dari menghadiri sesi Dun selama 12 bulan(setahun). Dan macam biasa, dekat tv3 tadi hanya ulas 2 ulas ayat sahaja tanpa menghuraikan lebih lanjut. Agaknya editor dia tak sempat dapat idea, apa yang nak pusing-pusing supaya nampak speaker yang buat keputusan bukan atas dasar undang-undang.
Lalu khabar angin yang berlegar-legar dalam ruangan maya ini lagi pasal :-
i) Adun Jelapang dalam proses meletak jawatan kerana tidak tahan lagi menangung derita akibat kejayaan lompat kataknya. Dikatakan ibunya menerima tomahan daripada semua orang yang berada di kelilingnya akibat perbuatan anaknya itu. Kasihan juga. Tapi kalau YB tak balik Jelapang siapa nak tengok-tengok masalah kat Jelapang tu ye dak? Tapi kalau balik kampung kena baling telur busuk pulak.
ii) Adun Bota teringin sama nak meletak jawatan. Tang ni mike malas nak komen apa-apa.
Alkisahnya juga dikhabarkan BN pula yang akan menghadap sultan untuk meminta supaya DUN dibubarkan. Pulak dah! Boleh percaya ke ni? Tetapi kalau dilihat situasi terkini, mungkin itu rekod baru tercatat di Malaysia. MB Perak baru(haram) orang yang paling sekejap menjawat jawatan MB (haram). Ini kerana Adun BN tolak MB + 6 exco = 7 + 4 yang melompat = kritikal kerana PR> BN. Jadi penyelesaian terbaik adalah membubarkan terus DUN Perak sebelum MB sah membuat undi tidak percaya kepada MB haram dalam sidang DUN.
Tetapi jangan lupa, kalau dibubarkan DUN Perak masalah tetap akan muncul. Nak pilihanraya negeri - satu negeri pulak tu bukan senang. Korang sanggup ke berhujan, berpanas , beribut dan macam-macam ber lagi. Kalau tak sanggup elok lah duduk rumah tidur sahaja kan kan kan? Kalau sanggup moh kita semua bersatu hati suarakan terus apa yang terbuku di hati. Boleh memberi alamat apa yang rakyat inginkan daripada Sultan negeri.
Tapi, Pakatan Rakyat pula jangan cepat tinggi diri dan mudah lupa diri. Jangan sampai ku sangka panas ke petang, hujan di panas hari pulak. Kena pesan selalu - sila jangan lupa, alpa dan leka. Pasal lawan sanggup gunakan apa sahaja demi survival politik depa. Tapi itulah, ekonomi tengah gawat. Macam mana nak hulur, mana nak cekau duit yer. Bak kata Shahidan Kassim 'leceh sikitlah noo'
Jadi kita tunggulah sama-sama perkembangan mutakhir politik Perak yang semakin mendebarkan ini. Kalah cerita prison break ni. Penuh konspirasi dan tragedi. Mula-mula suka tiba-tiba bertukar duka. Strategi disusun makan diri. Jadi betullah politik ibarat main catur. Dalam masa yang sama banyak isu rakyat semakin tidak diperduli. Jadi kita kena selesaikan isu ini secepat mungkin dan kembali fokus kepada rakyat. Jangan sibuk nak berpolitik pagi, petang, siang dan malam.
Bak kata Bung Mokhtar di Parlimen yang menyebabkan saya berguling-guling di depan tv sebentar tadi ... Something bitter than nothing... wakakaka.. bukan bitter YB, better laa... sampuk MP yang lain... Agaknya sebab nilah Hishamuddin mati-mati nak pertahankan PPMSI. Adun Kinabatangan yang dah putih rambutnya ni pun sebut bahasa Inggeris tak betul-betul. Buat lawak antarabangsa lagi. Ho ho ho!
Nampaknya kekecohan yang berlaku di Perak dan Kedah nampaknya berjangkit ke Selangor pula. Kini muncul pula isu gambar bogel seorang Exco negeri Selangor. Seperti biasa, 'jaguh-jaguh' itu akan melompat sakan meminta exco yang berkenaan meletakkan jawatan. Walaupun masih di dalam penyiasatan polis dan dalam masa yang sama gambar itu diambil secara sembunyi dan tanpa pengetahuan tetapi ia dihukum sama seperti seorang pembesar MCA suatu masa dulu yang jelas beraksi di atas ranjang.
Nampaknya begitulah contoh pemikiran jumud pemimpin mereka masa kini. Jika seorang perempuan itu diragut barangnya ataupun dicabul kehormatannya, maka wanita itulah yang wajar dipersalahkan. Ini kerana wanita itu dari awal-awal lagi tidak belajar mana-mana jenis silat bagi mempertahankan dirinya. Walaupun ternyata yang melakukannya itu adalah jenis lelaki jahanam dan buas, namun jangan sekali-kali menyalahkan mereka. Khir Toyo sudah pasti bersetuju dengan saya!
Apa yang bermain di fikiran ini, adakah rentetan peristiwa ini adalah satu kebetulan semata-mata ataupun satu perancangan yang strategik untuk menyerang kedudukan kerajaan Negeri Selangor pula. Ini perlu diperhatikan dan diawasi dengan serius untuk mengelakkan situasi yang terjadi di Perak berulang di Selangor.
Seharusnya PR di negeri Selangor ini berada di dalam keadaan yang darurat. Ini kerana BN dan Umno di bawah kepimpinan yang baru sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak mustahil dalam masa dua tiga tahun ini kerajaan PR akan mengalami luka parah dan serangan padu yang bertubi-tubi dari setiap penjuru.
Taktik keji yang digunakan oleh politikus di Malaysia ini sudah sampai ke tahap yang meloyakan. Tidak kira peribadi ataupun keluarga semuanya digunakan untuk mencapai matlamat dan sasaran. Hakikatnya objektif yang ingin dicapai adalah lebih besar dari yang dijangkakan. Mungkinkah untuk terus melenyapkan sokongan kepada PR seterusnya menghapuskan kewujudan PR di bumi Malaysia Boleh ini.
Kejadian yang berlaku di Perak hanyalah secebis dari kisah akan datang yang penuh dengan onak dan duri. Ia seharusnya menjadi amaran tsunami terbesar kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Orang apabila gila kuasa akan hilang kewarasan dan boleh sampai ke tahap gila meroyan. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menghadapi situasi yang sebegini.
Penulis meramalkan situasi yang akan dihadapi oleh kerajaan PR yang akan datang semakin mencabar dan penuh dengan ranjau. Segala taktik dan strategi samada baik atau tidak baik akan digunakan. Jadi kepada pemimpin-pemimpin PR fikirkanlah sesuatu dari sekarang daripada mengelakkan satu demi satu kerajaan yang ada sekarang runtuh. Sudah pasti semuanya halal kerana bagi mereka dosa dan pahala itu milik masing-masing. Orang lain tengok sahaja jangan cuba-cuba nak menegur atau menyapa.
Nampaknya suratkhabar-suratkhabar dan pencacai Umno meletakkan berita mengenai kemungkaran Sultan Selangor terhadap tindakan orang Perak yang dikatakan biadap. Keprihatinan Sultan Selangor ini tidak salah dan memang kena pada masanya. Namun, peringatan ini juga perlulah digunakan pada masa yang sesuai dan bukan pada masa-masa tertentu sahaja. Ia juga tidak perlu dituju kepada pihak-pihak tertentu sahaja bagi memastikan insitusi kesultanan Melayu terus dihormati oleh rakyat jelata.
Umno akan menggunakan apa sahaja yang berguna sebagai senjata mereka. Benarlah kata-kata mantan Perdana Menteri bahawa 'melayu itu mudah lupa'. Mungkin itu khas untuk Melayu Umno sahaja, kerana Melayu yang bukan Umno ini sentiasa mengingati siapa yang membogelkan dan melondeh kuasa raja-raja Melayu. Tetapi tidak lama kemudian berkokok bagaikan jaguh kerana membela 'penderhakaan' yang kononnya berlaku.
Mungkin juga mereka masih ingat apa yang berlaku di Terengganu, Kelantan dan Malaysia khususnya. Tapi mata mereka yang tidak buta tidak dapat melihat. Atau sengaja dibutakan daripada melihat kebenaran. Berita-berita yang tidak berasas apabila dimanipulasikan sedemikian rupa hanya menambahkan sakit hati dan kebencian rakyat kepada media. Kita bukan lagi hidup pada zaman 70-an yang mana sumber maklumat begitu sukar diperolehi. Begitu juga dengan bukti bagi orang yang mahu melihat dan mendengar. Kini ia begitu mudah diperolehi hanya dari hujung jari sahaja.
Pertamanya, peristiwa penderhakaan ini sudah tentu dimonopoli oleh bekas Perdana Menteri. Siapa yang mengambil semua kuasa raja-raja dan meletakan kuasa tersebut di bahunya sahaja. Sultan dan Agung hanyalah sebagai simbolik perlembagaan sahaja. Semua kuasa yang ada pada raja tiada lagi. Kuasa untuk mengistiharkan darurat, kekebalan raja-raja ditarik balik dan makhamah boleh mendakwa raja-raja - siapakah di sebalik semua ini. Adakah ada di kalangan ahli-ahli Umno yang berkumpul untuk berdemontrasi atau menunjuk perasaan apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1993 diluluskan.
Apabila berlakunya kekecohan di Terengganu, seingat saya tiada teguran yang dibuat oleh mana-mana sultan untuk sekurang-kurangnya menegur dan memurkai juak-juak Umno yang begitu berani membawa banner yang berbunyi ' Kami nak Deris, natang?'. Tidak kedengaran juga suara dari mana-mana ketua Umno itu sendiri yang membantah perkara tersebut. Mereka sebulat suara berdiam diri dan tidak bersertuju dengan tindakan tersebut?
Bukankan Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan pada 1993.Kebiadapan ini begitu jelas sekali dan membelakangkan Sultan Kelantan pada masa itu. Adakah ia didokong oleh pemimpin pembangkang? Atau sekali lagi 'jaguh-jaguh pembela' masa kini iaitu Umno dan Barisan Sultan.
Banyak lagi penderhakaan jelas-jelas dan terang-terang dibuat oleh 'jaguh-jaguh pembela' ini. Tapi mungkin pada masa itu mereka terlupa atau tidak dapat melihat apa sebenarnya yang diperbuat oleh geng-geng dan ketua-ketua mereka. Nak lagi? Korang pergi la surfing-surfing kat blog yang berlambak dalam internet ini. Seribu satu macam penderhakaan dibuat oleh geng-geng depa. Tapi pasal media massa milik mereka, maka diperbesarkanlah penderhakaan MB Nizar. Walhal dalam bahasa istananya, sembah derhaka itu maksudnya tidak bersetuju. Itulah, dah sibuk sangat mike belajor bahasa Inggeris terlupa bahasa Melayu. Apa nama? Demi bangsa, agama dan negara? Kuang kuang kuang!!