Thursday, February 12, 2009

Peringatan Untuk PR!!

Baru sebentar tadi SPR telah mengumumkan dua PRK akan diadakan secara serentak iaitu di DUN Bukit Selambau dan DUN di Bukit Gantang. Tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian juga telah diberi iaitu pada 29/3 dan 7 April 2009. Bermakna tidak sampai dua bulan dari sekarang akan berlaku pertembungan sengit di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Kedua-dua PRK ini memberikan makna yang tersendiri. PRK di Bukit Gantang di adakan ekoran kematian mengejut MP Pas iaitu Saudara Roslan Shaharum. Di tambah dengan rampasan kuasa secara goblok yang berlaku di Perak baru-baru ini ia akan memberikan petanda samada tindakan tersebut direstui atau tidak oleh rakyat Perak. Pakatan Rakyat akan memastikan dendam mereka sekurang-kurangnya sedikit terlunas jika menang di Bukit Gantang, sementara BN pula akan menang untuk menunjukkan kepada negara bahawa tindakan mereka ini direstui seterusnya perlantikan MB baru ini disokong oleh rakyat jelata negeri Perak.

Sementara PRK di Bukit Selambau pula akan memberi impak kepada kekuatan PAS di Kedah. Umumnya ramai mengetahui bahawa adun Bukit Selambau telah meletakkan jawatan ekoran daripada tekanan dan ugutan yang diterima oleh beliau. V Arumugan bertindak untuk meletakkan jawatan demi memastikan peristiwa lompat katak di Perak tidak akan diulangi oleh beliau demi menjaga maruah diri. Ia juga penting untuk memastikan Kedah terus diperintah oleh Pakatan Rakyat atau turut berada di dalam keadaan genting sepertimana yang belaku di Perak.

Sememangnya penyokong-penyokong PR akan mempunyai momentum yang melonjak-lonjak bagi membalas dendam terhadap apa yang berlaku di Perak. BN perlu di ajar kerana menggunakan cara yang kotor sedemikian rupa bagi menjatuhkan kerajaan PR. Tidak kira samada melibatkan wang, institusi diraja, media dan apa saja akan dimanipulasikan untuk memastikan tindakan mereka mendapat pengiktirafan 'halal' daripada rakyat.

Dalam keghairahan kita untuk menghadapi PRK ini, kita jangan mudah dan alpa. Tindakan yang terburu-buru dan alpa boleh mengundang padah. Kita mengetahui bahawa sokongan yang diperolehi BN berkurangan, tetapi ini tidak bermakna jentera parti mereka juga lemah. Oleh itu, jangan sampai kita pula yang akan digasak kerana alpa dan memandang rendah keupayaan jentera mereka.

Perlu ditanam di setiap minda jentera PR bahawa PRK kali ini merupakan satu cabaran perit dan bukan mudah untuk dimenangi oleh kita. Seperti biasa orang yang terdesak akan menggunakan apa sahaja tidak kira SPR, Polis , kakitangan kerajaan dan apa sahaja. Oleh itu, kita jangan berada di dalam keadaan zon yang selesa. Ini kerana apabila minda diletakkan di dalam keadaan zon selesa maka gerak kerja juga dilakukan dalam keadaan yang selesa. Sedar tidak sedar keadaan ini akan membahayakan peluang kita untuk menang.

Kemenangan dua PRK yang lepas juga bukan tali ukuran selesa jaminan kemenangan. Kita perlu bermula dari zero. Null. PRK yang lepas tidak memberi jaminan apa-apa. Apa sahaja boleh berlaku. Situasi yang genting perlu diletakkan kerana kedua-duanya memberi impak kepada Pakatan Rakyat. Impak kepada masa depan pemerintahan di Kedah dan juga Perak. Oleh itu agenda kecemasan perlu diletakkan. Label kecemasan perlu dibunyikan! Sekali lagi bukan label selesa yang menjadi agenda.

Saya menyeru kepada semua gerak kerja PR di luar sana untuk mengembleng tenaga sehabisnya pada dua PRK ini. Jangan sekali-kali kita terleka. Akibatnya amat buruk sekali. Seperti mana kita leka dan begitu gembira apabila Adun Bota melompat ke PR. Natijahnya amat buruk sekali. Satu negeri dirampas begitu sahaja. Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha dengan apa sahaja yang mampu disumbangkan bagi memastikan kemenangan PR. Namun ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara. Tetapi ia ibarat sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Lawan tetap lawan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails