Susah nak kata, tapi firasat saya mengatakan ada agenda besar di sebalik segala yang terjadi. Ia adalah satu perancangan rapi yang telah dilakarkan oleh mastermind-mastermind dari peringkat awal lagi dan bukannya perancangan yang sembrono. Rakyat yang tak tau apa-apa terpaksa menari ikut seruling yang disembunyikan. Orang politik ini sudah diketahui ramai mempunyai akal yang panjang. Golongan marhaen hanya berfikir satu-dua langkah sahaja ke hadapan, tapi mereka sudah merancang 5-6 langkah ke hadapan.
Semakin tinggi ranking seseorang itu dalam arena politik, semakin panjanglah perancangannya. Mungkin 15-20 ke hadapan. Bisa menjadi seorang pencatur peringkat Grand Master seperti Kasparov. Mungkin juga boleh mengalahkan sebuah super komputer 'Deep Blue ' yang boleh menghitung beberapa juta langkah dalam masa beberapa saat sahaja.
Mari kita soroti beberapa peristiwa besar yang terjadi tanpa pening kepala untuk memikirkan siapakah 'mastermind' di sebalik yang berlaku ini.
a) Ezam Md. Nor mengambil keputusan drastik untuk kembali ke pangkuan UMNO. Walaupun tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam Pakatan Rakyat, namun ia mengejutkan golongan marhaen yang sebelum ini mengenalinya sebagai seorang pejuang yang berani dan tegas.
b) Ezam mula membuat kacau dengan membuat laporan berhubung Anwar mempunyai kaitan nepotisme dan juga beberapa penyelewangan yang kononnnya di buat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
c) Raja Petra membuat akuan bersumpah menyatakan melalui informernya, Rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya sebelum diletupkan.
d) Anwar dituduh meliwat seorang sukarelawan yang berkerja untuknya. Ini adalah kali kedua Anwar dituduh melakukan perbuatan tersebut(Nampak macam mastermind buat kerja sembrono tapi mungkinkah sebenarnya umpan yang dihulurkan untuk ikan lain?)
e) Anwar diancam bunuh dan bersembunyi di kedutaan Turki.
Dan sudah pasti banyak lagi peristiwa-peristiwa besar yang akan mewarnai dunia politik tanah air kita. Yang pastinya, kita tidak perlulah begitu cepat melenting dan terus membuat analisis sembrono. Sesuatu yang besar sedang berlaku. Apa dia?? Lu fikirlah sendiri..(Nabil yang cakap, bukan saya)

No comments:
Post a Comment