Tuesday, May 6, 2008

Tabik Spring Untuk 'King of Bloggers'

Satu Malaya dah tahu, Raja Petra ditangkap atas tuduhan menghasut. Artikel beliau - LET’S SEND THE ALTANTUYA MURDERERS TO HELL dikatakan telah menghasut jutaan rakyat Malaysia dan wajar dikenakan hukuman. Akibatnya, tindakan polis diraja Malaysia yang memang terkenal di seluruh dunia dengan kecekapan mereka - menangkap dan membawa Raja Petra ke balai polis. Di samping itu, turut sama direman bersama beliau adalah laptop dan pc peribadi yang telah membuat onar ke seluruh nusantara.

Sindrom 'Malaysia terlebih boleh' nampaknya terus menguasai negara. Beras naik - boleh saja kerana harga beras malaysia masih terendah berbanding negara-negara Asean yang lain. Bunuh orang pun boleh, kerana yang ditangkap itu adalah orang yang membuat tuduhan. Jelas kerana beliau telah menghasut. Yang membunuh, tiada salah dan apa-apa. Kerana makhamah jelas tiada pihak lain yang terlibat daripada orang-orang yang kena tuduh sahaja.

Semakin jelas mesej yang disampaikan di sini, di dalam kes Raja Petra. Ada tangan-tangan ghaib yang menggunakan polis dan makhamah untuk menyembunyikan permasalahan yang sebenar. Atas dasar siapa yang berkuasa dia raja, maka mereka akan terlepas begitu sahaja? Benar buat masa ini mereka berkuasa. Tetapi siapa tahu esok dan lusa ? Keadilan akan tertegak jua akhirnya. Tidak di sini, di sana masih ada.

Malaysia ini macam mana rupanya? Kebobrokan terus berleluasa. Apa cerita kes 'banner' di Terengganu itu? Raja di samakan dengan binatang? Ada pertuduhan ? Apa cerita kisah Karpal mencela institusi diraja? Jangan campur tangan kepada masalah negeri? Tiada hasutan ? Tiada pertuduhan. Lalu sudah jelas, yang berkuasa itu melebihi kuasa raja. Langsung tidak boleh dijentik dan dikata. Kelak akan binasa.

Namun, mimpi ngeri Altantuya akan terus menguasai tidur-tidur malam mereka-mereka itu. Akan terus mengejar diri mereka umpama bayang-bayang. Depan kata okey, di belakang belum tentu okey. Seluruh rakyat malaysia dan bloggers-bloggers senusantara akan menuntut keadilan. Dan seorang lelaki botak akan terus memastikan tidur malam mereka akan terus dikuasai oleh mimpi-mimpi ngeri. Dialah - King of Bloggers. Si botak yang cute - Raja Petra Kamaruddin. You'll never walk alone!




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails