Monday, May 5, 2008

Tak ada ke pemimpin Pakatan Rakyat berani tegur Karpal?

Dia buat lagi. Hari tu dia hentam pasal negara Islam Pas. Kena jentik sikit - terus report polis. Le ni, dia hentam dan buat laporan polis lagi terhadap ucapan Tengku Mahkota Kelantan. Aduhai Karpal. Udah la buat perangai pada hari pertama di Parlimen, bergaduh dengan MP Kinabatangan, Bung Mokhtar. Buat malu DAP saje. Awak tu bukan first day masuk parlimen. Takkan tak boleh control macho kot. Siap gaduh pasal 'bigfoot' dan 'big monkey' lagi.

Nampak macam Karpal Singh ni tak faham-faham lagi. Rakyat pilih awak bukan kerana awak hebat! Rakyat pilih awak kerana kita nak bersama-sama lupuskan kekuasaan Umno dan BN yang rakus sekali berkuasa. Orang melayu rela berkorban dan sama-sama ubah persepsi terhadap DAP semata-mata nak mencapai matlamat ini. Dan kita dah berjaya kurangkan kekuasaan Umno dan BN serta menafikan majoriti 2/3 BN.

Tapi rakyat taknak orang macam awak la kalau perangai macam ni. Tahulah awak tu lawyer. Mengalahkan 'loyar buruk ' pun ada. Banyak lagi agenda rakyat di parlimen sana. Bukan setakat isu bigfoot itu sahaja. Nampak sangatlah Karpal ni tak tahu bertoleransi dan bertolak ansur.

Sekarang ni siapa pemimpin pakatan rakyat yang sanggup 'sound' dan 'bantai' sikit Karpal Singh. Pemimpin Pas pun sama. Janganlah kerana bertolak ansur dengan DAP, semua yang dia buat kita diamkan saja. Silalah bersuara untuk kebaikan Pas juga. Tapi dalam masa yang sama tidak mengugat keharmonian pakatan rakyat. Rasanya korang lagi pengalaman dari aku. Sendiri mau ingatlah.

Oleh kerana tak ada orang nak tegur Karpal, aku nak sound la dia sikit. Karpal Singh oit(aku taknak lah panggil engkau big monkey pulak). Lu tambi kena ingat. Ini DAP pegang Pulau Pinang sekarang dan menang besar PRU-12 bukan pasal lu tau! Ini pasal rakyat mahukan perubahan. Kalau lu sesuka hati buat macam Malaysia ini bapak lu punya negara, boleh main 'sound-sound' sama lu punya kawan (PAS) dan main sound-sound sama kami punya sultan, kami takkan bertolak ansur.

Sultan cakap pun lu nak report. Sultan tu ada sebut nama lu ke? Lu sudah berapa tahun hidup? Benda-benda yang boleh bertolak ansur macam ini tak payah la kasi besar-besar. Kasi orang menyampah saja sama lu. Tak percaya tunggu PRU-13 ni. Macam mana lu mau mewakili rakyat, sedangkan pada masa yang sama lu asyik provokasi rakyat saja?

Kepada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat tu kasik lah nasihat elok-elok dekat OKU Karpal ni. Jangan sampai berpecah belah. Kita belum menang dan rakyat masih tunggu keputusan dan tengok perubahan negeri-negeri yang PR perintah. To Karpal Singh - Please! Please! Please! Cakap elok-elok. Orang pun suka. Gua pun tak suka sound-sound orang dan kutuk-kutuk orang, tapi kalau lebih-lebih sendiri mau ingatlah! Piiirah mabuk!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails