Wednesday, April 30, 2008

Pengumuman Untuk Rakyat Selangor

Marilah kita sama-sama memenuhi taman-taman syurga. Semoga kesinambungan forum Perdana ini memberi sinar terhadap masalah sosial remaja dan orang tua yang terus membarah dalam masyarakat kita.

Monday, April 28, 2008

SPR yang semakin senget!

Aduhai! Seribu kali sayang! Ku sangkakan kau telah berubah, namun lagakmu tetap serupa semacam dulu. Makin merapu dan makin hilang arah. Dulu ada seorang badut yang hampir pencen. Kini muncul seorang lagi badut yang boleh tahan jugak keletahnya.

Dulu bising nak guna dakwat. Last-last minute dia cancelkan. Dulu dia sibuk suruh bakal-bakal calon dok cari setem hasil negeri, suruh letak dekat borang. Last-last minute jugak dia cancelkan. Akibatnya, majikan dia hilang 5 negeri. Terus tak terkata. Ditanya macam mana kerusi pihak sebelah satu lagi, dia terus jawab " Saya tak tahu".

Sekarang, SPR nak pantau kempen internet pulak. Aduh! Apa kerejanya depa nih? Banyak lagi benda yang tak diselesaikan. Yang renyok(senget), yang sengau sana-sini yang perlu dibetulkan pasca PRU-12. Ingatkan nak berubah menjadi insaf. Agak-agaknya, dah sedar tanggungjawab dan amanah yang rakyat bagi. Rupa-rupanya sama jugak. Lepas ni, SPR boleh ambil alih tugas SB-SB dan MCMC untuk pantau blogger-blogger dan kempen internet. Mana-mana calon parti menyalahgunakan blog, sms akan dikenakan tindakan. Yang gunakan tv, radio, suratkhabar takde masalah pulak.

Nampaknya makin sengau SPR ini. Di minta pula pewaris-pewaris si mati (termasuk waris jari hantu kot) yang nak bersihkan senarai nama orang-orang yang dah meninggal, sila kemukakan sijil kematian sekali. Al-maklum kami nak bersihkan nama pengundi-pengundi hantu. Murni niat tu tapi sedikit pelik. Kata e-kerajaan. Takkan setakat nak ambik data dekat pangkalan data polis punyalah susah? Dah tentu senarai-senarai nama orang yang meninggal ada kat situ. Takkan susah sangat hingga SPR meminta waris-waris si mati pulak berikan kerjasama. Nasib baiklah tak suruh si mati sendiri yang laporkan. Kalau tak parah!

Sunday, April 27, 2008

Bolasepak Malaysia Kembali Dicemari Rasuah??

Nak tergelak pun ada bila tulis entry kali ni. Entahlah apa nak jadi kepada sukan nombor wahid yang paling diminati di Malaysia ini. Macam tak logik pun ada. Hebat sangat ke liga kita sampai nak rasuah pemain-pemain. Ramai sangat ke penonton yang tengok liga Super, liga Perdana dekat tv tu.

Aku pun main bola. Satu masa dulu, akulah peminat no. 1 ayah aku. Walaupun ayah aku tak 'seglamour' pemain-pemain bola sepak negara hari ini, aku tetap minat kat ayah aku. Walaupun nama dia just tersohor kat daerah ladang kelapa sawit di Kemaman satu masa dulu, skill-skill dan kelincahan dia tetap memikat hatiku.

Itu baru di peringkat kampung dan daerah satu masa dulu. Bola sepak menjadi sukan kegemaran dan kebanggaan rakyat. Biarpun perlawanan yang diadakan di kampung-kampung dan daerah sahaja, tak ada live kat tv pun tetapi penonton boleh tahan juga. Tak macam sekarang di Tv, kerusi dekat stadium tu lagi ramai dari penonton yang boleh dikira tu. Kenapa macam tu. Walaupun dia orang main peringkat kampung saja, tapi semangat melawan mereka first class. Tak boleh lawan dengan pemain negara. Kalah tak apa, tapi kalah dengan bermaruah. Orang-orang kampung pun tumpang bangga sekali walau kalah. At least kalah selepas melawan bermati-matian.

Dan bila merenung balik kepada sukan bola sepak kita hari ni, alahai. Buat malu orang kampung jer. Gaya dan lagak tu kalah pemain ternama dunia dan Eropah. Tapi lawan dengan Myanmar pun terkial-kial nak sepak bola. Nak kata hebat sangat? Asyik sayur je. Dengan Vietnam pun asyik kena belasah jer.

Berbalik kepada tajuk entry tu. Renti-rentikanlah dengan topik-topik murahan ni. Aku rasa tokey judi pun tak berminat nak betting kalau level bolasepak negara ni setakat tahap budak sekolah rendah. At least kasik lah up sikit level budak sekolah menengah. Dan kepada menantu Pak Lah yang dekat FAM tu - jangan berlagak sangat. :) . Suatu masa dulu, bukan main kutuk lagi pengurusan FAM tu. Tapi sekarang ni, mung dah jadi Timbalan Pengerusi mutu bolasepak Malaysia peringkat antarabangsa dan dalam negeri pi mai pi mai tang tu gak. Lagi teruk adalah. Piirah mabuk.
Pertempuran Sudah Bermula!

Hampir 46 hari sudah berlalu selepas PRU-12. Dan hari ini dalam sejarah di mana buat julung-julung kalinya seramai 82 orang ahli Parlimen(MP) Pakatan rakyat telah mengangkat sumpah. Dan buat julung-julung kalinya juga, kerajaan Barisan Nasional berada di Parlimen dengan majoriti kurang daripada 2/3.

Saya pasti hampir seluruh rakyat Malaysia menanti dengan penuh minat prestasi dan kualiti ahli-ahli MP Pakatan Rakyat yang baru ini. Jelas sekali, rakyat yang menghantar mereka ke Parlimen maka kebolehan mereka di Parlimen akan di perhati dan diteliti oleh rakyat. Teringat akan tahun 1999 dahulu di mana dewan parlimen menjadi gegak gempita dengan beberapa kerat ahli parlimen pembangkang yang diketuai oleh Pas pada ketika itu. Maka pelbagai isu dikemukakan, diutarakan, dibangkang dan disokong. Namun kerana jumlah yang sedikit, pelbagai isu yang dikemukakan sekadar isu sahaja. Jarang sekali diambil perduli oleh MP-MP BN. Di tambah dengan kekalahan besar pembangkang pada 2004, bertambah bongkaklah mereka. Semakin ramai kaki ponteng, termasuklah Akak Fidah yang glamour itu.

Namun kali ini, tiada ruang untuk MP BN ponteng dari persidangan Parlimen. Alangkah eloknya jika persidangan parlimen ini disiarkan secara 'live' ke seluruh-seluruh pelosok kampung dan negeri di Malaysia tercinta ini tidak terhad kepada 30 minit sahaja di RTM. Mungkin kita akan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah lena seketika sewaktu persidangan berjalan rancak. Kepada pejuang reformasi seperti saudara Tian Chua inilah masanya memperlihatkan semangat saudara yg kental, bukan lagi di jalan raya tetapi di Parlimen! Kepada MP Pas teruskan menegakkan perjuangan Islam. Selamat Berjuang!

Saturday, April 26, 2008

Mari Semarakkan Bersama Forum Perdana Di Stadium Melawati

Jom kita pakat beramai-ramai meramaikan Stadium Melawati malam besok

Tajuk Forum : Menjana Islam Syumul di kalangan Ummah.
Moderator : Dato' Dr Hasan Mohamed Ali.

Ahli Panel :

1) Dato' Dr Haron Din
2) Dato' Ismail Kamus
3) Ustaz Roslan Mohamed

Tarikh : Ahad 27 April (8 malam - dimulai dengan solat Isya' berjemaah.
(Forum anjuran bersama kerajaan negeri Selangor dan Jais.)

Nampaknya, kegemilangan forum Ehwal Islam satu masa dahulu yang ditayangkan secara langsung di RTM yang berjaya menarik jutaan penonton akan berulang Insya Allah. Semoga dengan usaha-usaha ini, ia memberi kesedaran kepada masyarakat yang sememangnya hauskan ilmu-ilmu agama. Selama ini masyarakat kita hanya didedahkan kepada nilai-nilai hiburan yang merosakkan. Semoga Allah mengurangkan gejala mat rempit, bohsia dan gejala sosial yang sewaktu dengannya. Allahuakhbar!

Thursday, April 24, 2008

Suara Rakyat (Makkal Osai) Bernyawa Kembali

Nampaknya, Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar telah mengambil pendekatan yang lebih mesra media. Terbaru, dikhabarkan penerbitan akhbar Makkal Osai(Suara Rakyat) yang ditamatkan permitnya telah diperbaharui. Syabas diucapkan kepada Syed Hamid Albar. (Takde niat nak join pakatan rakyat ke?)
TV3 Memang Patut Diboikot

Malam tadi sempat tengok berita dekat Tv9 dan Tv3. Sementara tunggu Isyak, dan kebetulan tak ada kuliah Maghrib, kawang sempat lah balik rumah makan malam dan menonton. Al-kisahnya yang ingin dihighlightkan adalah berita kejadian beberapa rumah runtuh di Kajang.

Berita yang sama disampaikan tapi tak serupa. TV9 lebih baik hati sedikit, sudi memaparkan wawancara bersama mangsa-mangsa kejadian dan turut sama memberi liputan kepada Yb. Bangi iaitu Dr. Shafei. Dipaparkan juga Dr. Shafei meninjau kejadian tersebut dan diwawancara.

Namun malangnya, apabila melihat paparan berita yang sama di Tv3. Hanya dipaparkan wawancara oleh mangsa kejadian. Dr. Shafie? Langsung tiada dalam berita. Nampak sangat Tv3 tidak sudi memberi liputan kejadian kepada beliau. Aduh ! Malangnya. Dah hampir lebih sebulan lebih PRU-12 berlalu, Tv3 masih lena diulit mimpi. Masih tidak menerima hakikat rakyat perlukan media yang telus. Memang patut lah tv3 suku ini diboikot terus. Aduhai, tv3.

Tuesday, April 22, 2008

Al-Fatihah


Salam takziah untuk keluarga Rustam A. Sani. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Beliau meninggal pada usia 63 tahun. Pemergian beliau adalah satu kehilangan kepada dunia penulisan dan kepada Pakatan Rakyat khususnya. Beliau juga merupakan anak kepada pejuang KMMM - Ahmad Boestamann. Analisis dan kritikan beliau yang bernas banyak memberi
manfaat kepada kita selama ini. Al-Fatihah.

Sunday, April 20, 2008

Harga beras naik - apa tindakan kita (Soto pun naik 50 sen. Adeh)


Entry kali ini bukanlah untuk mengutuk, membidas dan menyatakan ketidakpuasan hati kepada pemerintah terhadap kenaikan harga beras. Rasanya sudah banyak artikel-artikel berkaitannya di dalam blog-blog lain. Menuding jari kepada orang lain amatlah mudah. Tetapi sekali sekala cubalah kita menuding jari kepada diri kita sendiri. Ambil inisiatif untuk ambil tanggungjawab . Kata bijak pandai, jika kita ingin mengawal hidup kita - kita perlu 100% bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Jika tidak maknanya hidup kita langsung di luar kawalan kita.

Barangkali ramai yang terlupa satu hakikat. Inflasi itu akan sentiasa wujud. Harga barangan akan sentiasa meningkat mengikut peredaran zaman. Nilai seratus ringgit pada zaman 70 an dulu langsung jauh berbeza dengan masa kini. Mungkin pada dahulu, dengan seratus ringgit anda boleh membeli sebidang tanah untuk bercucuk tanam. Tapi kini, seratus ringgit itu habis dengan sekali belanja di kedai-kedai runcit berhampiran tempat anda.


Satu mata pelajaran yang agaknya memang tidak akan diajar di sekolah ialah kemahiran dalam kewangan. Berapa ramai agaknya di luar sana yang terperangkap dengan hutang kad kredit, lemas dengan bayaran bulanan kereta dan sesak dengan bayaran sewa/hutang rumah (termasuk saya). Di tambah dengan kenaikan harga-harga minyak, beras dan lain-lain yang terus menekan dan menganyang kita.


Cadangan saya, pertamanya akuilah kewujudan inflasi. Apabila kita mengakui kewujudan inflasi barulah kita sedar akan hakikat itu. Barulah kita akan berusaha dan mengambil tahu cara-cara dan bagaimana bukan untuk mengatasi tetapi untuk menyesuaikan inflasi itu. Mengatasi itu kerja kerajaan, tetapi kita perlu menyesuaikan diri dan cara hidup kita dengan kejadian inflasi itu. Berbuih mulut kita membebel, menegur malahan memaki kerajaan, tetapi kalau barang makin naik, ia tidak akan merubah apa-apa.


Keduanya, berapa ramai agaknya dari kita yang menulis atau menyiapkan budget belanja bulanan keluarga kita, berbelanja mengikut keperluan dan 'review' perbelanjaan bulanan kita dari masa ke semasa. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi marilah kita menghisab diri kita sendiri. Berapa ramai yang membeli kereta dengan mengira berapa peratus gaji kita dihabiskan di situ. berapa ramai orang yang membeli rumah dengan mengira terlebih dahulu berapa peratus gaji kita akan di habiskan disitu.


Secara kritikalnya tanya diri kita, perkara- perkara ini :-

1. Sanggup ke kita unsuscribe astro kita - tak boleh tengok bola, AF dan lain-lain??
2. Sanggup ke kita tak beli aksessori kereta??
3. Sanggup ke kita tak hantar sms untuk afundi pelajar-pelajar kegemaran kita. Atau lain-lain
sms yang sekadar nak habiskan kredit bulanan kita.
4. Sanggup tak kita buka lampu dan kipas yang perlu sahaja. Kalau tak guna, boleh tutup.

Kerapkali, yang kita inginkan kereta besar, rumah pun besar. Jarang kita cuba memahami kenapa agaknya orang kaya makin kaya, org miskin semakin miskin. Dalam hal ini bolehkah kita
mencari cara untuk menguruskan nafsu dan kehendak kita?? Rajin atau tidak kita mencari dan berusaha mencari cara-cara mengatasi inflasi tanpa bantuan orang lain ??


p/s: Artikel ini untuk renungan bersama dan topik ini amat panjang. Jadi, siri pengajian kewangan ini akan diterbitkan dari masa ke semasa.


Kembalikan semula hak rakyat Terengganu!

Maka sekali lagu lampu spotlight kami, di arah ke tempat negeri kelahiran kami - Terengganu. Keberanian MB terengganu yang baru Dato' Ahmad Said meminta wang royalti minyak dikembalikan kepada rakyat negeri Terengganu seperti yang dilaporkan oleh Bernama amat disokong.

Walaupun berbeza pandangan politik dan perjuangan, kami amat mengalu-alukan usaha MB baru ini. Sudah sampai masanya, duit yang digomol siang dan malam oleh orang-orang tertentu sahaja dipergunakan untuk kebaikan rakyat negeri Terengganu. Angkara wang royalti ini ditukar kepada wang 'ehsan' maka menangislah sekalian rakyat Terengganu. Keajaiban berlaku, di mana duit yang berjumlah berbillion-billion ini digunakan tanpa sebarang audit, akaun dan di bahagi-bahagi sesuka hati mereka kerana semata-mata namanya wang 'ehsan'.

Dan sudah tentu, jika diselusuri kembali kemana wang ehsan ini pergi maka kita akan bertemu seribu satu persimpangan jalan. Negeri Terengganu kembali menguasai tangga kedua peratus kemiskinan di Malaysia dan dalam masa yang sama ia digelar Kuwait Malaysia.

Harap-harapnya duit ini akan dipergunakan sebaiknya oleh MB baru ini jika ia berjaya dikembalikan. Semoga kadar kemiskinan ini diturunkan, dan rahmat wang royalti ini disalurkan ke seluruh rakyat marhaen tanpa mengira parti dan pegangan politik. Syabas diucapkan atas keberanian Dato Said menyuarakan hak rakyat. Maka itu lah politik cerdik namanya. Tidak kira siapa yang memerintah, maka rakyat akan menerima nikmatnya. Tidaklah rakyat Terengganu terus menderita kerana kami mendapati harga barangan di Terengganu hampir sama 'level' dengan harga barang di Kuala Lumpur. Dasyhatnya!!!

Thursday, April 17, 2008

Kata kami pembela bangsa dan Islam tapi...

Mungkin ramai yang tak perasan isu yang ingin di bawa ini. Kalau masih ingat, beberapa hari lepas Pak Lah telah memberikan kenyataan supaya mana-mana saudara baru(muallaf) yang ingin memeluk Islam, mesti mendapatkan kebenaran keluarga mereka terlebih dahulu. Dalam erti lain, keislaman mereka perlulah diistiharkan kepada keluarga. Kalau tak dapat approval dan green light dari ibu dan bapa mereka, maka kekallah mereka di dalam kekafiran selamanya.

Dari satu segi, nampak kita berdiplomasi. Tetapi realitinya agak sukar untuk kepala otak kita yang menerima Islam dari lahir untuk membayangkan rintangan-rintangan dan tentangan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita yang baru memeluk Islam. Sejarah awal Islam sendiri menceritakan, penentangan terhadap golongan awal sahabat yang memeluk Islam itu begitu kritikal sekali. Di serang dari segenap pelusuk. Bukan sahaja dari ibu bapa sendiri, malah kaum keluarga, sahabat handai dan puak-puak mereka sendiri menentang habis-habisan. Bahkan nabi kita Muhammad S.A.W sendiri, yang diberi gelaran al-Amin oleh mereka sendiri - dikeji dan dihina.

Sebelum membuat kenyataan yang sebegini, Pak Lah seharusnya meneliti terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak. Jangan lah kerana beliau mempunyai kuasa dan seorang PM, maka beliau boleh sesuka hati membuat polisi-polisi dan tindakan sedemikian rupa. Insaflah, kuasa itu ujian. Amanah itu juga ujian. Ia tidak akan terlepas dari disoal - tidak di sini.. di sana.

Merujuk kepada kenyataan Ibnu Hasyim, beliau mengulas kenyataan naib Presiden MACMA, Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mana tindakan ini akan membantutkan usaha dakwah bagi menarik minat lebih ramai orang bukan Islam menganut agama suci kita ini. Tidak ramai yang mengetahui bahawa ramai saudara baru ditekan oleh kebanyakkan keluarga mereka yang tidak dapat menerima hakikat mereka murtad dari agama nenek moyang mereka. Bukan senang untuk menangani tentangan dan tekanan daripada darah daging mereka sendiri.

Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kebanyakkan daripada saudara baru ini, keislaman mereka belum lagi betul-betul pejal. Saya bukan merendahkan tahap kesungguhan mereka. Namun, jangan dilupa hakikat bahawa mereka selalunya bersendirian dan kadang-kadang langsung tidak mendapat sokongan yang diperlukan dari saudara-saudara seislam mereka sendiri dalam menghadapi situasi getir ini.

Oleh itu sedarlah wahai pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang UMNO, jangan lah mengadaikan agama Islam yang suci ini atas dasar kuasa dan desakan daripada pihak luar. Jika anda betul-betul dilandasan buktikanlah anda betul-betul membela agama dan bangsa. Janganlah Islam dipijak dan ditindas, tetapi dalam masa yang sama anda lah orang yang sama-sama turut bekompromi. Di waktu yang sama, terus di war-warkan di akhbar-akhbar dan media perdana, anda lah pembela agama ini. Mungkin Pak Lah terlepas pandang hal ini. Jadi, sampaikanlah berita ini kepada Pak Lah supaya beliau dapat mempertimbangkan sebaiknya hal ini. Mungkin kah ??

Wednesday, April 16, 2008

Suara Rakyat Dikuburkan

Malang sungguh rakyat Malaysia. Tiada apa yang tinggal untuk kita. Semuanya ingin dibisukan dan dikuburkan oleh kerajaan Beras Naik (BN). Nampaknya tamparan lembut oleh rakyat marhaen pada PRU 12 baru-baru ini langsung tidak terkesan oleh mereka. Agaknya memang ini bukan budaya kita tapi budaya mereka, mana-mana yang tidak selari atau kontra dengan kehendak dan pemikiran mereka dicantas dan dikuburkan.

Maka sekali lagi menjadi bukti kerakusan kerajaan yang ditolak untuk rakyat menamatkan penyiaran akhbar Makkal Osai. Puncanya - Makkal Osai memberi liputan meluas kepada Anwar Ibrahim dan PKR sempena perhimpunan Black 14.

Nampaknya alergik sangat kerajaan sekarang ni dekat Anwar Ibrahim. Sepatutnya mereka belajar daripada kemenangan besar tapi kecil mereka itu. Mendengar luahan rakyat marhaen tidak akan merugikan mereka. Memberi rakyat kebebasan bersuara, mendapatkan maklumat dan memberi ruang untuk rakyat memilih. Namun, dek kerana terlampau lama berkuasa dan semakin mereput, maka ruang ini akan ditutup dan tidak diberi nafas sedikit pun.

Terbaru, menteri penerangan baru(org. negeri ambe ke??) menggesa penulis-penulis blog menghentikan fitnah-fitnah, kritikan dan komen-komen negatif terhadap kerajaan. Walhal dalam masa yang sama, RTM langsung tidak memberi ruang untuk liputan kepada MB Selangor dan MB Perak. Dalam masa yang sama menyerang kerajaan Selangor mengenai isu babi tanpa memberi ruang untuk penjelasan.

Di sini ambe menyerulah kepada geng-geng Umno nih. Tak kira saper yang pegang Umno lepas nih. Pak Lah ke, Najib ke, Muhyiddin ke, Ku Li ke. Berikan kebebasan kepada rakyat, atau rakyat akan membebaskan diri mereka dari UMNO dan BN selamanya. Makkal Sakti!


Tuesday, April 8, 2008

Al-Kisah Blogger pertama dipecat dari Umno dan Hikayat Babi di Selangor

Maka gemparlah alam blogger senusantara dengan terjadinya fenomena alam yang kurang ganjil ini. Di khabarkan bersua dan bertautlah kembali kasih sayang di antara bekas hulubalang Umno dengan al-sultan wal Umno. Tidaklah menjadi masalah kiranya kasih sayang dan silaturrahim yang sudah lama terputus dijalin kembali. Carik-carik bulu ayam - ibarat kata hulubalang ganu al-Rosol yang terkenal derhaka kepada Sultan itu. Namun, beberapa persoalan ditimbulkan arakian akibat pertemuan tersebut. Di tambah perisa dengan dua tiga cerita yang kurang sedap di dengar halwa telinga.

Di khabarkan Sang Kelembai yang gagah perkasa itu begitu kritis mengkritik presidennya dan kabinet tiga beranaknya, dibeli dengan harga RM 1 juta adanya. Ditambah lagi dengan pertemuan tersebut dibuat di nun jauh di negeri bawah bayu adanya. Aduhai. Apa dah jadi kiranya. Ada harga jua akan diri sang gergasi kelembai itu rupanya. Atau mungkin sudah menjadi tradisi hulubalang-hulubalang Umno - asal ada padi semua deras. Tetapi yang akan diriku ini faham adanya, blogger-blogger picisan kini sudah boleh 'demanding'. Taknak kena ketuk banyak-banyak, hulur sahaja. Silap-silap boleh jadi jutawan sekelip mata. Hi, rezeki tersepak. Siapa yang tak hendak, ye dak??

Maka di sini lah pentingnya tarbiyah dan dakwah. Sebagai pendinding diri untuk bekalan dalam perjuangan . Jika berpegang kepada dua - Al Quran dan al Hadis, insya Allah. Tidak akan lemas adanya. Selamat di dunia dan akhirat.

Bergegarlah juga seluruh media-media barisan pengampu - TV, radio, surat khabar. Di canang ke seluruh dunia yang Selangor ini ada pertenakan babi rupanya. Di kutuk dia akan proses permodenan dan pembaikan belaan babi ini. Maka siang dan malam disuluh akan Menteri Besar Selangor yang di dalam pakatan rakyat ini. Rakyat Selangor tak setuju dengan bab ini. Di tambah dengan sokongan 2-3 exco Selangor dalam perkara ini. Maka mengelegaklah orang Melayu yang memang sensitif dengan benda najis ini. Alamak, penyokong-penyokong pakatan rakyat pun tumpang sekaki. Tak setuju dengan keputusan MB yang mereka sendiri lantik. Kiranya dah terserlah belang sebenar MB Selangor ini. Bersorak lah pakatan-pakatan UMNO. Bola tanggung ini katanya. Kita orang dah pesan, siapa suruh depa pilih MB ni. Hanya Umno yang berhak memerintah Selangor, orang lain mana terer bab perintah-perintah ni. Kan kita orang dah lama perintah negeri dengan kaedah 'pecah dan bolot' ini.

Tapi alamak!!! MB Selangor baru saja buat sidang media tadi. Projek ini satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional. Maka ada sedikit elok diteruskan. Pertenakan ini dijadikan berpusat. Sisa dan bahan najis binatang ini dikitar semula. Tak mencemar alam sekitar bagai di Melaka dan Negeri Sembilan itu. Dan tiada lagi tempat-tempat lain di Selangor ini boleh dijadikan tempat ternakan ini membiak dan diternak. Aduh! Pandai juga MB Selangor ni berpecak silat. Rupanya kita dan UMNO sama-sama terkena. Dah ludah kena jilat balik ?? Terpalit pulak ke muka sendiri. hahaha.. Hidup Pakatan Rakyat!! Hidup Khalid Ibrahim!!

Sunday, April 6, 2008

Lagu Untuk Burhanuddin Al-Helmy (Black@Amin Iskandar)

Tertarik dengan lagu dari saudara Black ini, saya sertakan lirik untuk lagu ini. Ringkas tetapi menyentuh perasaan. Untuk melihat kepada video klip beliau, boleh pergi ke blog beliau atau link ini.

Dr Burhanuddin Al-Helmy (Black@Amin Iskandar)

Kuciptakan lagu untukmu
Kunyanyikan syair buatmu
Tentang perjuangan
Tentang pengorbanan
Laungan bertubuh kecil
Tetapi berjiwa besar
Tegas pendirian dan berhati mulia

Dari utara hingga selatan
Lantang suaramu
Menentang penjajahan
Melawan penindasan
Demi untuk negara
Demi untuk merdeka
Kau sering terpenjara
Kebebasanmu dirampas
Tapi jiwamu tetap merdeka

Di atas robohan kota melaka
Kita dirikan jiwa merdeka

Kata-kata azimat darimu
Tak pernah kami lupa
Walaupun kini jasadmu telah tiada
Namun semangatmu membakar jiwa
Rakyat malaysia yang tak pernah
Melupakan pengorbananmu

Di atas robohan kota melaka
Kita dirikan jiwa merdeka

Kata-kata azimat darimu
Tak pernah kami lupa
Walaupun kini jasadmu telah tiada
Namun semangatmu membakar jiwa
Rakyat malaysia yang tak pernah
Melupakan pengorbananmu
Rakyat malaysia yang cintakan
Perjuanganmu


Lirik ini menarik minat saya untuk mengkaji lagi dengan lebih mendalam tokoh terkenal PAS ini. Nantikannya di dalam posting yang akan datang.

Thursday, April 3, 2008

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang Keputusan Pilihanraya Parlimen P3 Arau Perlis

Sumber : Dapat dari email seorang rakan. Sekadar berkongsi untuk renungan kita bersama yg berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini

Pada hari Isnin, 17hb. Mac 2008, sebelum memulakan kuliah pengubatan Islam, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din memberikan ulasan ringkas tetapi padat tentang keputusan Pilihanraya Parlimen Arau yang ditandingi oleh beliau. Berikut adalah transkrip ucapan beliau;


Saudara dan saudari sekalian, selesai sudah cerita pilihan raya. Setelah pengumuman keputusan pilihanraya, saya menerima banyak SMS, saya anggarkan hampir 120 semuanya, yang paling ramai mengucapkan takziah serta perasaan dukacita dan sebagainya. Yang saya suka (sambil tersenyum), ada juga yang mengucapkan tahniah.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa, dalam sesuatu perjuangan yang begitu besar, seperti perjuangan untuk mendaulatkan Islam, ia berhajatkan kepada suatu pengorbanan yang cukup besar. Walaupun kemenangan yang semua orang kehendaki dan cita-citakan tetapi hendaklah jangan lari daripada landasan bahawa sesuatu yang besar itu kita tidak mengetahui adakah ia baik atau buruk.

Sebagai contoh, kekayaan, perkahwinan, jawatan dan kemenangan pilihanraya, tidak selama-lamanya ia baik dan tidak selama-lamanya ia buruk. Yang mengetahui kebaikannya dan keburukannya hanya Allah SWT sahaja.

Disyariatkan kepada kita supaya menghadap Allah SWT apabila kita hendak membuat sesuatu kerja-kerja besar. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita beristikharah kepada Allah SWT, di antara mesej dalam Istikharah itu kita nyatakan;

Justeru itulah, sebelum menyertai pilihanraya ini, saya lakukan Solat Sunat Istikharah dan saya bermohon kepada Allah SWT, seandainya yang saya lakukan ini adalah baik bagi saya, bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, hidup saya yang segera, hidup saya yang panjang, sekiranya kesemuanya berfaedah bagi saya, maka Ya Allah saya bermohon agar ianya berjaya dan berilah kekuatan kepada saya untuk menanggung amanah tersebut.

Ya Allah, kalau yang saya buat ini, ianya tidak baik bagi saya, ianya jahat bagi saya, ianya tidak baik bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, kehidupan saya yang dekat atau yang jauh, jika kesemuanya tidak baik, maka janganlah Engkau anugerahkan kemenangan itu kepada saya. Saya serahkan kepada-Mu ya Allah.

Itulah yang saya bermohon kepada Allah SWT bila menghadapi persoalan yang seumpama ini. Dan akhirnya mendapat jawapan bahawa saya tidak kalah tetapi belum menang lagi. Tidak ada apa yang hendak dikecewakan.

Ada yang mengatakan mana mungkin dalam suasana tsunami politik yang begitu hebat, kemenangan yang tidak diduga-duga dikebanyakan kawasan, tetapi Ustaz Haron Din boleh kalah. Jangan mengatakan begitu, nasihat saya jangan saudara lihat kepada orang yang kalah, lihat kepada yang menang. Jangan lihat kepada angka kepada berapa orang yang kecundang, lihat kepada angka orang yang berdiri teguh yang memegang kuasa. Itulah yang saya katakan tidak ada perkara perlu disedihkan kerana perjuangan belum tamat. Kita perlukan keazaman untuk terus berjuang untuk menegakkan kalimah Allah SWT di mukabumi ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang bersimpati kepada saya, yang telah pergi dari Bangi, Kuala Lumpur dan dari tempat lain ke Perlis, yang turut bersama saya berkempen, bergelomang dalam kancah pilihanraya, meninggalkan anak isteri, berkorban masa, wang ringgit, tenaga, baik muslimin dan juga muslimat, saya mengucapkan terima kasih, kesemuanya tidak sia-sia di sisi Allah SWT. Semoga Allah lah yang membalasnya.

Keputusan Pilihanraya Parlimen Arau Perlis

Tuesday, April 1, 2008

Mari Kita Boikot!!!

Sekali lagi Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders memainkan perasaan umat Islam di seluruh dunia. Sekali ini melalui melalui filemnya yang bertajuk 'Fitna'. Di dalam filem ini, diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan ditambah dengan sedutan filem dan kesan keganasan bagi memberi gambaran kepada dunia bahawa Islam memang sebenarnya agama yang menyokong keganasan. Beliau menghuraikan sendiri ayat-ayat Al-Quran mengikut fahamannya sendiri. Ternyata, amat jelas filem ini adalah satu provokasi kepada umat Islam. Sebagai umat Islam kita membantah sekeras-kerasnya filem ini, namun bukanlah bermakna membalas provokasi dengan kekerasan.

Sebagai muslim, kita menyahut seruan untuk memboikot barangan-barangan dari Belanda sebagai tanda bantahan terhadap filem ini. Di bawah adalah senarai barang-barang keluaran Belanda yang berada di Malaysia :-

Sumber : Persatuan Pengguna-Penguna Islam Malaysia
  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. Dumex -Susu Tepung
  30. Nutricia -Susu Bayi
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain
WASPADA... HATI-HATI JANGAN SAMPAI TERBELI

Dipetik dari http://no2umno.blogspot.com

Received via Email:
Just becarefull

To all brothers and sisters, so you have a sweet tooth?? well, do check on the content before buying.. on a recently case, these pack of sweets was brought from our local 7-11 store by one of my brother..
look at the content and be surprise... masha-allah
astagh firullah..for those unknowningly ...


p/s: Kepada ibu bapa, berhati-hatilah apabila membeli gula-gula di kedai. Terutama yang tiada tanda halal. (Ingatan ini untuk semua ibu bapa termasuk saya)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails