Sunday, April 27, 2008

Pertempuran Sudah Bermula!

Hampir 46 hari sudah berlalu selepas PRU-12. Dan hari ini dalam sejarah di mana buat julung-julung kalinya seramai 82 orang ahli Parlimen(MP) Pakatan rakyat telah mengangkat sumpah. Dan buat julung-julung kalinya juga, kerajaan Barisan Nasional berada di Parlimen dengan majoriti kurang daripada 2/3.

Saya pasti hampir seluruh rakyat Malaysia menanti dengan penuh minat prestasi dan kualiti ahli-ahli MP Pakatan Rakyat yang baru ini. Jelas sekali, rakyat yang menghantar mereka ke Parlimen maka kebolehan mereka di Parlimen akan di perhati dan diteliti oleh rakyat. Teringat akan tahun 1999 dahulu di mana dewan parlimen menjadi gegak gempita dengan beberapa kerat ahli parlimen pembangkang yang diketuai oleh Pas pada ketika itu. Maka pelbagai isu dikemukakan, diutarakan, dibangkang dan disokong. Namun kerana jumlah yang sedikit, pelbagai isu yang dikemukakan sekadar isu sahaja. Jarang sekali diambil perduli oleh MP-MP BN. Di tambah dengan kekalahan besar pembangkang pada 2004, bertambah bongkaklah mereka. Semakin ramai kaki ponteng, termasuklah Akak Fidah yang glamour itu.

Namun kali ini, tiada ruang untuk MP BN ponteng dari persidangan Parlimen. Alangkah eloknya jika persidangan parlimen ini disiarkan secara 'live' ke seluruh-seluruh pelosok kampung dan negeri di Malaysia tercinta ini tidak terhad kepada 30 minit sahaja di RTM. Mungkin kita akan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah lena seketika sewaktu persidangan berjalan rancak. Kepada pejuang reformasi seperti saudara Tian Chua inilah masanya memperlihatkan semangat saudara yg kental, bukan lagi di jalan raya tetapi di Parlimen! Kepada MP Pas teruskan menegakkan perjuangan Islam. Selamat Berjuang!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails