Sunday, April 20, 2008

Kembalikan semula hak rakyat Terengganu!

Maka sekali lagu lampu spotlight kami, di arah ke tempat negeri kelahiran kami - Terengganu. Keberanian MB terengganu yang baru Dato' Ahmad Said meminta wang royalti minyak dikembalikan kepada rakyat negeri Terengganu seperti yang dilaporkan oleh Bernama amat disokong.

Walaupun berbeza pandangan politik dan perjuangan, kami amat mengalu-alukan usaha MB baru ini. Sudah sampai masanya, duit yang digomol siang dan malam oleh orang-orang tertentu sahaja dipergunakan untuk kebaikan rakyat negeri Terengganu. Angkara wang royalti ini ditukar kepada wang 'ehsan' maka menangislah sekalian rakyat Terengganu. Keajaiban berlaku, di mana duit yang berjumlah berbillion-billion ini digunakan tanpa sebarang audit, akaun dan di bahagi-bahagi sesuka hati mereka kerana semata-mata namanya wang 'ehsan'.

Dan sudah tentu, jika diselusuri kembali kemana wang ehsan ini pergi maka kita akan bertemu seribu satu persimpangan jalan. Negeri Terengganu kembali menguasai tangga kedua peratus kemiskinan di Malaysia dan dalam masa yang sama ia digelar Kuwait Malaysia.

Harap-harapnya duit ini akan dipergunakan sebaiknya oleh MB baru ini jika ia berjaya dikembalikan. Semoga kadar kemiskinan ini diturunkan, dan rahmat wang royalti ini disalurkan ke seluruh rakyat marhaen tanpa mengira parti dan pegangan politik. Syabas diucapkan atas keberanian Dato Said menyuarakan hak rakyat. Maka itu lah politik cerdik namanya. Tidak kira siapa yang memerintah, maka rakyat akan menerima nikmatnya. Tidaklah rakyat Terengganu terus menderita kerana kami mendapati harga barangan di Terengganu hampir sama 'level' dengan harga barang di Kuala Lumpur. Dasyhatnya!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails