Tuesday, April 8, 2008

Al-Kisah Blogger pertama dipecat dari Umno dan Hikayat Babi di Selangor

Maka gemparlah alam blogger senusantara dengan terjadinya fenomena alam yang kurang ganjil ini. Di khabarkan bersua dan bertautlah kembali kasih sayang di antara bekas hulubalang Umno dengan al-sultan wal Umno. Tidaklah menjadi masalah kiranya kasih sayang dan silaturrahim yang sudah lama terputus dijalin kembali. Carik-carik bulu ayam - ibarat kata hulubalang ganu al-Rosol yang terkenal derhaka kepada Sultan itu. Namun, beberapa persoalan ditimbulkan arakian akibat pertemuan tersebut. Di tambah perisa dengan dua tiga cerita yang kurang sedap di dengar halwa telinga.

Di khabarkan Sang Kelembai yang gagah perkasa itu begitu kritis mengkritik presidennya dan kabinet tiga beranaknya, dibeli dengan harga RM 1 juta adanya. Ditambah lagi dengan pertemuan tersebut dibuat di nun jauh di negeri bawah bayu adanya. Aduhai. Apa dah jadi kiranya. Ada harga jua akan diri sang gergasi kelembai itu rupanya. Atau mungkin sudah menjadi tradisi hulubalang-hulubalang Umno - asal ada padi semua deras. Tetapi yang akan diriku ini faham adanya, blogger-blogger picisan kini sudah boleh 'demanding'. Taknak kena ketuk banyak-banyak, hulur sahaja. Silap-silap boleh jadi jutawan sekelip mata. Hi, rezeki tersepak. Siapa yang tak hendak, ye dak??

Maka di sini lah pentingnya tarbiyah dan dakwah. Sebagai pendinding diri untuk bekalan dalam perjuangan . Jika berpegang kepada dua - Al Quran dan al Hadis, insya Allah. Tidak akan lemas adanya. Selamat di dunia dan akhirat.

Bergegarlah juga seluruh media-media barisan pengampu - TV, radio, surat khabar. Di canang ke seluruh dunia yang Selangor ini ada pertenakan babi rupanya. Di kutuk dia akan proses permodenan dan pembaikan belaan babi ini. Maka siang dan malam disuluh akan Menteri Besar Selangor yang di dalam pakatan rakyat ini. Rakyat Selangor tak setuju dengan bab ini. Di tambah dengan sokongan 2-3 exco Selangor dalam perkara ini. Maka mengelegaklah orang Melayu yang memang sensitif dengan benda najis ini. Alamak, penyokong-penyokong pakatan rakyat pun tumpang sekaki. Tak setuju dengan keputusan MB yang mereka sendiri lantik. Kiranya dah terserlah belang sebenar MB Selangor ini. Bersorak lah pakatan-pakatan UMNO. Bola tanggung ini katanya. Kita orang dah pesan, siapa suruh depa pilih MB ni. Hanya Umno yang berhak memerintah Selangor, orang lain mana terer bab perintah-perintah ni. Kan kita orang dah lama perintah negeri dengan kaedah 'pecah dan bolot' ini.

Tapi alamak!!! MB Selangor baru saja buat sidang media tadi. Projek ini satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional. Maka ada sedikit elok diteruskan. Pertenakan ini dijadikan berpusat. Sisa dan bahan najis binatang ini dikitar semula. Tak mencemar alam sekitar bagai di Melaka dan Negeri Sembilan itu. Dan tiada lagi tempat-tempat lain di Selangor ini boleh dijadikan tempat ternakan ini membiak dan diternak. Aduh! Pandai juga MB Selangor ni berpecak silat. Rupanya kita dan UMNO sama-sama terkena. Dah ludah kena jilat balik ?? Terpalit pulak ke muka sendiri. hahaha.. Hidup Pakatan Rakyat!! Hidup Khalid Ibrahim!!

2 comments:

Anonymous said...

salam. teruskanla menulis blog ini. sememangny rakyat hanya dpt dgr suara2 blog pd ketika ini.

sy akui, pd awal2 sy mndgr berita kisah bab1, sy agk kecewa dgn krjaan pmbangkang. tapi sy pasti, mesti ade pnjelasany. sy menunggu & menunggu kerjaan selangor menerangkn pd rakyat, tapi tak keluar apa2 pun. media semacam mmg xnak bagi pembangkang laluan. jd sy teruskan browse dlm blog2. akhrny jumpa dan alasany mmg logik!!! baik untuk non muslim & juga muslim.

inilah contoh masyrkt majmuk yg harmoni.

Cik Lee said...

Sememangnya itulah antara matlamat wujudnya blog-blog seperti ini. memberi sedikit sinar di dalam kabur. Akan datang, pendedahan yang lagi gempar... tunggu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails