Harga beras naik - apa tindakan kita (Soto pun naik 50 sen. Adeh)
Satu mata pelajaran yang agaknya memang tidak akan diajar di sekolah ialah kemahiran dalam kewangan. Berapa ramai agaknya di luar sana yang terperangkap dengan hutang kad kredit, lemas dengan bayaran bulanan kereta dan sesak dengan bayaran sewa/hutang rumah (termasuk saya). Di tambah dengan kenaikan harga-harga minyak, beras dan lain-lain yang terus menekan dan menganyang kita.
Cadangan saya, pertamanya akuilah kewujudan inflasi. Apabila kita mengakui kewujudan inflasi barulah kita sedar akan hakikat itu. Barulah kita akan berusaha dan mengambil tahu cara-cara dan bagaimana bukan untuk mengatasi tetapi untuk menyesuaikan inflasi itu. Mengatasi itu kerja kerajaan, tetapi kita perlu menyesuaikan diri dan cara hidup kita dengan kejadian inflasi itu. Berbuih mulut kita membebel, menegur malahan memaki kerajaan, tetapi kalau barang makin naik, ia tidak akan merubah apa-apa.
Keduanya, berapa ramai agaknya dari kita yang menulis atau menyiapkan budget belanja bulanan keluarga kita, berbelanja mengikut keperluan dan 'review' perbelanjaan bulanan kita dari masa ke semasa. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi marilah kita menghisab diri kita sendiri. Berapa ramai yang membeli kereta dengan mengira berapa peratus gaji kita dihabiskan di situ. berapa ramai orang yang membeli rumah dengan mengira terlebih dahulu berapa peratus gaji kita akan di habiskan disitu.
Secara kritikalnya tanya diri kita, perkara- perkara ini :-
1. Sanggup ke kita unsuscribe astro kita - tak boleh tengok bola, AF dan lain-lain??
2. Sanggup ke kita tak beli aksessori kereta??
3. Sanggup ke kita tak hantar sms untuk afundi pelajar-pelajar kegemaran kita. Atau lain-lain
sms yang sekadar nak habiskan kredit bulanan kita.
4. Sanggup tak kita buka lampu dan kipas yang perlu sahaja. Kalau tak guna, boleh tutup.
mencari cara untuk menguruskan nafsu dan kehendak kita?? Rajin atau tidak kita mencari dan berusaha mencari cara-cara mengatasi inflasi tanpa bantuan orang lain ??
p/s: Artikel ini untuk renungan bersama dan topik ini amat panjang. Jadi, siri pengajian kewangan ini akan diterbitkan dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment