Tuesday, July 7, 2009

Apa Perasaan Kita?

Tidak dapat dinafikan negara kita sekarang dalam keadaan mesra politik? Sedikit dicuit suasana itu akan mengelegak dengan sendirinya. Sana politik sini politik. Sampai masanya kita terlupa terlalu banyak agenda yang lebih penting. Berpolitik tidak salah, tetapi janganlah sehingga melampaui batas yang telah ditetapkan agama.

Mari kita melihat satu realiti yang mengejutkan kita semua yang mana mungkin kita tidak terfikir selama ini. Saudara-saudara kita yang menghidapi HIV yang beragama Islam terpaksa menumpang di gereja? Dan ia bukan berlaku di negeri asing tetapi di negara kita sendiri. Ambillah masa untuk kita sama-sama berfikir bagaimana caranya untuk membantu dan mengeluarkan mereka daripada gereja ini.

Sumber : Ustaz Amin

Universiti Kehidupan 92 - Mereka Wajib Dikeluarkan

7 Julai 09, saya, Kak Liza, Mak Esah dan dua orang lagi hari ini ke gereja, tempat meletakkan pesakit HIV yang muslim ini.

Alhamdulillah, hari ini, dapat diusahakan untuk mengeluarkan seorang lagi pesakit dari gereja dan ditempatkan dirumah yang telah diusahakan.

Kami sampai lebih kurang pukul 12.30. Kebanyakkan penghuni waktu ini sedang tidur kerana kebiasaannya, mereka akan berehat setelah makan ubat.

Kami memasuki kawasan gereja. Hati saya tidak putus-putus mengharapakan terbaik dari Allah.

Sesampainya kami disana, kami disambut oleh Razak, salah seorang penghuni di sini. Dia memang suka berceloteh.

"Hah, ni kawan sorang ni, dah tahu nak keluar hari ini, pun tidur lagi kat atas" katanya.

Saya naik ke tingkat atas. Di katil-katil, saya melihat saudara seIslam kita sedang berehat.

Saya bersalaman dengan yang terjaga. Mereka melemparkan senyuman pada saya.

"Kenapa orang Islam belum membuat rumah perlindungan seperti ini di sini? Adakan terlalu susah, atau kita semua sedang sibukkan perkara lain hingga terlepas pandangan hal-hal besar seperti ini" bisik hati saya.

Di tingkat atas, saya merenung jauh ke kawasan belakang gereja ini. Di sana terdapat kebun orang menanam sayuran.

Adakah, sayur ketika ditanam, terus besar dan terus boleh dipetik?. Sudah tentu tidak, ketika ia ditanam, petani harus bersabar menjaganya, menyiramnya setiap hari, membuang siput yang ingin merosakkan tanaman, membajanya dan seterusnya. Begitulah resam petani dan sayurnya.

Kenapa setelah beberapa ketika, petani boleh menuai hasil sayur. Kerana kesabaran mereka. Kenapa ada sayur yang gemuk-gemuk. Kerana ada langkah permulaan iaitu menanamnya.

Ya, langkah permulaan.

Apa yang kurang kita sekarang bukannya tenaga kerja, bukannya modal, bukannya tempat, tetapi usaha membuat langkah permulaan.

Penempatan HIV yang saya sedang berpijak sekarang, bukan dari sebuah gereja yang besar, mereka bermula dengan sebuah rumah kecil. Dengan tujuan memberi perlindungan kepada pesakit kemudian akhirnya, di sebuah gereja untuk penempatan mereka.

"Apa langkah permulaan yang perlu dibuat? Ya, carikan alternatif segera," bisik hati saya.

Saya turun kembali ke tingkat bawah. Melihat, Razali yang sudah siap untuk bersama kami.

Di hati kecil setiap penghuni, mereka mahu keluar dari sini. Tetapi ke mana?

Wajah ceria Razali menggembirakan hati saya. Saya bukakan bahagian belakang van untuk barang-barangnya. Kami semua menaiki van. Alhamdulillah, hari ini, kita dapat keluarkan seorang lagi dari gereja ini.

Semoga, Allah terus membantu untuk tujuan ini. Satu yang kita cita-citakan. Islam sebagai agama kasih sayang bukan sahaja pada lisan. Tetapi dapat diterjemahkan di dalam tindakan.

4 comments:

kak ja said...

Terkedu membaca n3 ni, Ciklee..

Kita sbg Muslim tak bnyk berperanan dlm membela nasib sdr kita sendiri, sampaikan pihak luar pulak mengambil alih peranan kita tu, dan kita tak tau pulak samaada wujud atau tidak agenda2 tersembunyi..

sang kegelapan said...

org besar2 sibuk mencari kuasa..orang bawahan merempat di kesunyian malam..tukarkan pemandu jika dia membawa kita ke jalan yang salah..penumpang yang 40org mesti dapat melakukannye jika semuanye bersatu..

Cik Lee said...

Kak Ja: Kalau ciklee fikirkan kita sibuk kenyangkan perut kita yang dah sedia kenyang. Perut orang lain kita tak pernah fikir pun. Yang dah ada duit, sibuk kerja siang malam cari duit. Yang dah ada kereta, nak beli kereta lagi power, yang ada rumah besar nak lagi besar. Akhirnya masing-masing sibuk fikir diri sendiri sahaja. Tak terkecuali ciklee. Moga Allah ampuni diriku yang lemah ini.

sang kegelapan : setuju tu. Tapi rencana ini lebih bermaksud membelek muka kita di cermin. Sekurang-kurangnya kita bertindak atas kapasiti kita yang terhad dahulu sebelum salahkan orang lain.

Aku said...

Janganlah sikit-sikit nak tukar ketua, marilah bersama memberi idea yang baik demi untuk kebaikan, kalau orang kita bersatu, memperbaiki kelemahan dah tentu kita tak merempat diTanah air sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails