Wednesday, March 4, 2009

Orang Umno Tak Bangga Ke?

Wah! Banyak kagum la ini hari. Banyak gambar boleh tengok pasal apa yang terjadi dekat negeri Pasir Berdengung semalam. Macam-macam benda pelik yang boleh tengok. Tak pernah terjadi dekat tempat lain, tapi dekat sini ada. Tapi saya rasa mesti orang-orang Umno kampung saya banyak suka. Pasal dia ada ramai geng. Geng songkok hitam ada, geng topi merah ada dan macam-macam geng lagi ada.

Mesti tok iman kampung saya juga turut bangga. Sebagai seorang yang daripada kecil sampai ke besar sokong Umno, dia bangga pasal keanggotaan Umno terdiri daripada macam-macam ada. Lepas itu semuanya kelihatan gagah perkasa dan samseng-samseng belaka. Tapi tak pasti pulak tok iman baca blog ke tidak, pasal tak pasti gambar-gambar yang akan disiarkan ini keluar kat tv atau tidak.


Mungkin pakcik ini rasa dia paling kuat dalam dunia ini. Lagipun dia ada pangkat ayahanda dalam p****a katanya. Takutnya saya. Mesti orang-orang PR takut. Yalah, orang Umno mesti bangga kan. Tangan dia pun bagi isyarat baik punya. Eh! Dia orang Melayu ke? Pejuang Melayu ke ni? Tapi isyarat ni rasanya orang Putih je yang pandai buat. Ooo. Tuk dia dulu pernah belajar dengan orang putih British yang pernah jajah Tanah Melayu, jadi ilmu tu diturunkan kepada cucunya Si Songkok Hitam.

Mesti orang Umno kampung saya bangga pasal tak ada dalam sejarah lagi orang nak belasah Menteri Besar. Lepas tu tak taulah berapa bakul sumpah seranah yang keluar dari mulut dia. Pakcik topi merah? Pun dah lama masuk Umno. Duduk situ tengok-tengok sambil makan angin. Ada orang kena pukul ke? Eh! Mana ada. Saya tak nampak apa-apa pun. Dia orang tengah minum kopi bincang-bincang je tu.


Jadi mesti orang Umno senyum lebar. Inilah generasi Melayu alaf baru. Berani menegakkan keadilan. Tak takut dekat siapa-siapa. Kalau nak belasah orang tarik masuk kopitiam lepas tu tutup kedai. Lepas tu libang ramai-ramai. Itu lambang keberanian kita. Lepas itu, mesti pandai maki seranah. Itu ciri-ciri yang mesti ada setiap generasi Umno. Baru orang takut. Kalau tidak, Karpal Singh pun asyik pelekeh kita.

Jadi orang Umno mesti bangga kan! Tapi nak tanya, dia orang ni selalu pergi masjid ke tak. Ada dengar tok guru mengajar ke tak? Ye lah, peduli apa semua tu kan. Pasal kita nak bela Melayu. Ada orang komen suruh saya terbitkan artikel semalam. Saya tak faham, bukan saya dah terbitkan ke? Tak payah cabar pun memang saya dah terbitkan. Tapi dia suruh jugak saya terbitkan.

Lepas tu bising pasal tanah. Yalah! Saya mengakulah. Sejak 50 tahun ini kerajaan dah buat macam-macam kat rakyat. Jual tanah rizab Melayu, halau setinggan Melayu. Jual pasir, jual kompeni dan macam-macam lagi lah. Bising pasal tanah, pergi lah check dekat Parlimen siapa yang sibuk dok modified akta tanah rizab Melayu? Berapa banyak dah tanah Melayu terbahagi (ops terpinjam kot) dek orang lain.

Susah kalau dah ada mata tak celik ni. Siapa yang robohkan masjid Bujal dekat Terengganu tu. Perangai siapa robohkan masjid kalau tak perangai Yahudi Zionis? Rumah Allah berani roboh, lagilah benda lain. Setakat makan rasuah, politik wang, riba tu apa lah sangat kan? Kubur masing-masing. Yang penting hidup Melayu! Ajar Matematik dan Sains pun dalam Bahasa Inggeris! Hidup Melayu konon! Poooodahh!

Gambar : Perisik Rakyat, Perak Express dan Ude Kenang

Monday, March 2, 2009

Sidang Bawah Pokok - Demokrasi Yang Mati!

Gambar : cilok wak albanjari

Maka seantero dunia telah mengetahui apa yang terjadi di Perak. Malang sekali buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sidang DUN diadakan di bawah pokok. Apa sudah jadi? Sekali baca kedengaran lucu. Dua kali baca ia petanda satu tragedi. Inalillah untuk demokrasi di Malaysia. Maka seeloknya disediakan sahaja kain kapan dan keranda untuk demokrasi itu. Kerana demokrasi Malaysia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Perak!

Kerana bobrok akan kuasa, Bangunan Perak Darul Ridzuan dikunci. Mungkin yang menguncinya menyangka bangunan itu bapak dia yang punya. Notis pemberitahuan pun simple sahaja. Tiada orang yang berani nak tanda tangani. Mungkin takut terkena tulahan. Lalu lintas ke bangunan Perak Darul Ridzuan di sekat dan disimpangkan ke jalan lain? Apa ini semua?

Orang yang terdesak sanggup lakukan apa sahaja. Orang yang sedang lemas akan mencapai apa sahaja untuk meneruskan talian hayatnya. Begitu juga dengan apa yang terjadi di Perak. Betapa Malaysia diketawakan oleh dunia. Dan nilai moral khususnya mereka-mereka yang mengaku beragama Islam itu jatuh ke tahap null.

Rasanya seeloknya mereka mengistiharkan mereka telah keluar dari agama yang mulia ini. Tiada guna satu sen pun. Agama Islam yang suci ini telah dicemarkan dengan sifat-sifat yang keji seperti ini. Sedikit emosi coretan ini tapi jika mereka masih ingat tuhan, masih mengaku beragama Islam sekurang-kurangnya tahu berfikir yang mana Allah izinkan, yang mana Allah larang! Kerana mereka, maka kesucian agama ini telah dicemarkan. Sudah pasti lihat mukanya itu Melayu, mereka beragama Islam - tetapi perangai mereka langsung tidak menyatakan mereka beragama Islam. Mungkin menganut fahaman zionis antarabangsa.

Tahniah kepada parti pemerintah Malaysia. Tahniah kepada Umno! Tahniah kepada BN! Kamu telah membuka topeng yang menutup rupa sebenar kamu pada hari ini. Kerana kuasa kamu sanggup melakukan apa sahaja. Jijik atau tidak perangai itu - tolak ketepi. Tahniah sekali lagi! Kerana pada hari ini kamu berjaya mematikan demokrasi!

Politik Perak Semakin Memualkan!

Nampaknya drama di Perak semakin hari semakin menarik. Menarik kerana ia boleh menyebabkan siapa sahaja yang mengikutinya akan automatik terkena sakit perut, cirit-birit dan mual-mual. Teringat kembali novel 'Shit' tulisan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang mengegar dunia politik negara suatu masa dahulu. Siapa sahaja yang membaca kisah t**k dan kepala t**k bisa sahaja jika tidak tahan ketahanan badan menyebabkan badan mual-mual dan tak sedap satu badan. Begitulah juga ia menguji kekuatan rohani dan mental untuk menghabiskan sebiji buku 'shit' itu. Ceritanya memang mual, tetapi dek kerana publisiti yang meluas oleh media-media perdana pada masa itu, ia menjadi sebuah buku yang boom! Berapa ramai yang berjaya menghabiskannya, Wallahualam!

Dan nampaknya drama tersebut menghampiri drama yang terjadi di Perak hari ini. Walaupun cerita dan skrip tak sama, kesannya kepada pembaca dan pengikut drama dan buku itu sama. Mual-mual, sakit perut, sakit kepala dan macam-macam lagi kesan sampingan. Semua peralatan digunakan bagi mempratikkan 'The Prince' Machiavelli di mana matlamat menghalalkan cara. Daripada bermula dengan istana, mufti, SUK dan yang terbaru Bangunan Perak Darul Ridzuan ditutup. Ternyata apabila sudah terdesak, apa sahaja akan dilakukan untuk menegakkan benang yang basah.

Dalam sidang media yang disiarkan di media Perdana, MB Perak yang haram iaitu Zambri meminta Speaker dan MB Perak yang halal iaitu saudara Nizar mengikut undang-undang. Please lah! Rasa mual nak dengar! Siapa yang ikut undang-undang, siapa yang idaknya Zambri ooi? Patutlah Pak Syeikh Teluk Intan cakap harapkan ada Phd pada nama saja! Rupa-rupanya penyakit hasad dengki yang memang dah lama menjangkit dan membarah orang-orang Melayu sejak dari dulu sampai sekarang.

Pertama upacara pelompatan menggunakan belanja yang bukan alang-alang itu ikut undang-undang ke? Selepas itu upacara angkat sumpah itu ikut undang-undang ke tak? Lepas tu memerintah ikut undang-undang ke tidak? Guna fru, polis, pegawai kerajaan, media massa dan istana ikut undang-undang atau tidak?

Politik tidak kotor! Ia sekadar alat bagi mendapat kuasa dan pemerintahan. Orang dahulu berpolitik untuk membantu rakyat, tetapi orang kini berpolitik untuk mengisi tembolok dan memenuhkan buku akaun bank dengan berpuluh-puluh kosong. Orang Melayu sebut sahaja agamanya Islam. Tetapi apa yang diajarkan oleh Islam kebanyakannya ditinggalkan!

Sebut akhirat, tak takut! Sebut tuhan, dalam sembahyang je rasa takut sikit! Sebut pahala dan dosa - tak boleh! Ini politik suku, agama itu suku. Bahananya jika generasi kini begini perangainya, maka generasi akan datang tahap kematangan politik mereka lagi dasyhat daripada kini. Cukuplah! Sesungguhnya janji Allah pasti datang! Jadi cukuplah! Ingatlah tuhan, ingatlah dosa, ingatlah pahala. Ingatlah syurga, ingatlah neraka. Al-Quran itu sebagai panduan bukan perhiasan. Cukuplah! Sebelum tuhan menimpakan balanya kepada kita!


Thursday, February 26, 2009

Hishamuddin Yang Lemau

Agaknya Hishamuddin ini pekak badak. Ataupun badak pun tak sepekak dia. Bertambah musykil hati aku kenapalah dia orang nombor wahid yang begitu tegar mempertahankan PPMSI ini. Yang bertambah bestnya dia cakap semua guru-guru seronok dan sokong PPMSI ini. Tapi bila aku tanya adik aku dengan kakak aku dia orang semua cakap apa yang seronoknya? Semua duduk pakat kutuk PPMSI. Yang jelasnya menyusahkan semua orang. Tak kira cikgu, anak murid termasuklah ibu bapa dia orang sekali.

Bila pemuda Pas ajak debat dia kata apa lagi yang nak didebatkan. Baru aku ingat, Hishamuddin ni memang alergik dengan debat. Masa zaman reformasi dulu seingat aku dia dijemput untuk berdebat dengan Mahfuz Omar dekat UKM. Dia tak datang cuma hantar Zein Isma ganti tempat dia. Jenuh jugaklah Zein Isma kena boo dengan budak UKM. Lalu terus UKM dicop sebagai lubuk pembangkang walaupun tak kira siapa-siapa masa tu meluat dekat Umno dan Barisan Nasional.

Jadi, jangan haraplah kalau dia berani nak lawan debat. Aku rasa kegagahan dia ini cuma terserlah bila dia pegang keris je kot. Mungkin aura dia muncul tiba-tiba masa tu. Kalau macam itu aku cadangkan masa nak berdebat nanti Hishamuddin bawak je lah sekali keris tu. Buat azimat. Tangkal gugup pun boleh. Jadi tak lah nanti rasa gugup sangat nak lawan hujah.

Bila sasterawan-sasterawan negara dan tokoh-tokoh bahasa turun ke jalan raya dia kutuk. Dok sengih-sengih macam kerang busuk. Orang hantar memorandum kat Parlimen pun dia sengih-sengih jugak. Ini orang ingat semua cikgu dan orang Kementerian Pelajaran sokong dia? Apa punya syok sendiri. Akhirnya PIBG turut bersuara menyatakan pendirian mereka. Tu baru betul!

Kononnya buat persidangan meja bulat dan seribu macam cara lagi nak tengok orang sokong atau tidak PPMSI ini. Tapi sebenarnya dicari jugak orang-orang yang sokong PPMSI sahaja masuk persidangan ini. Tak dapat orang dalam, orang luar negara pun jadilah. Jadi dalam kepala aku yang tak berapa pandai ini, ini hanyalah satu sandiwara Hishamudin semata-mata. Dia peduli apa kepada nasib anak bangsa. Yang penting kroni dapat projek, berjaya mempertahankan projek bekas boss dia dulu dan daulatkan bahasa asing. Yalah, kenyataannya dia pun dapat pendidikan dari luar negara. Dalam negara biasalah - tak glamor!

Jadi - kita pakat fikir-fikirlah. Orang yang macam ini nak berjuang demi bangsa dan tanahair? Lakonan semata-mata. Kalau masih nak percaya jugak silalah. Dah bahasa jawi dibunuh, bahasa Melayu nak dikuburkan. Pejuang bangsa? Loya nak menyebutnya!


Tol - Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional

Sana-sini orang mengeluh. Sana orang kena buang kerja, sini bisnes melingkup. Harga saham merudum, banyak syarikat besar mencatatkan kerugian. Krisis ini menjalar di mana sahaja. Yang besar terkena, yang kecil lagilah. Tidak kira siapa dan di mana sahaja, sedikit sebanyak akan terpecik juga dengan kemelesetan yang sedang melanda.

Seorang ayah akan sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan anaknya cukup makan. Cukup pakai, boleh pergi sekolah dan gembira macam orang lain. Ayah dan ibu terpaksa ikat perut dan pakai ala kadar demi anak-anak. Itulah tanda ibu dan ayah yang baik. Yang prihatin. Tetapi apabila dia tidak peduli apa anak-anak dia makan, apa anak-anak dia pakai, boleh pergi sekolah atau tidak, itu maknanya ada sesuatu tak kena dengan si bapa. Samada si bapa memang jenis bapa yang tak guna, atau memang pentingkan diri sendiri.

Begitu juga dengan kerajaan. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan cakna terhadap rakyat, maka perlulah dilakukan sesuatu untuk menolong golongan rakyat marhaen yang hari demi hari semakin tersempit. Walaupun harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia tak mau juga turun-turun. Harga barang naik walaupun harga minyak turun. Dalam masa kesempitan terus menghantui rakyat, ekonomi yang merudum menyebabkan tidak seorang rakyat malah berpuluh-puluh ribu telah dan akan kehilangan pekerjaan mereka.

Apakah peranan kerajaan di dalam situasi ini. Sebagai kerajaan yang cakna maka perlulah dibantu rakyat marhaen ini yang telah melantik mereka sebagai ketua untuk bekerja atas kepentingan rakyat. Bukan terhad kepada syarikat-syarikat besar sahaja yang mana dana suntikan modal yang bukan sedikit dijana kepada mereka. Malangnya, dalam suasana kelam kabut sebegini kerajaan terus menghadiahkan rakyat dengan kenaikan harga tol di lima lebuh raya yang berkuatkuasa Mac ini.

Samada kerajaan sebagai bapa kepada anak-anak(rakyat) ini tidak prihatin terhadap masalah mereka atau buat-buat tutup mata. Dalam masa rakyat tersempit masih ada ruang-ruang yang terbuka untuk terus orang-orang tertentu merompak rakyat secara terhormat dan berlesen. Umumnya setiap tahun syarikat konsesi-konsesi ini tidak pernah rugi, malah akan mencatatkan keuntungan yang bukan berjuta, malah berbillion-billion ringgit.

Daripada dulu lagi, rakyat telah bersuara supaya perjanjian antara kerajaan dan konsesi-konsesi ini didedahkan kepada umum. Namun ianya langsung tidak berani didedahkan atas alasan keselamatan kepada negara? Aduh, tolonglah bagi hujah yang boleh diterima oleh orang dewasa. Rakyat sudah boleh menilai sendiri mana yang baik dan buruk. Yang paling nyata, ramai orang-orang tertentu mendapat laba daripada perjanjian konsesi yang berat sebelah dan akan naik sehingga ke generasi anak cucu kita nanti.

Seeloknya kerajaan mengambil kira cadangan membeli terus konsesi-konsesi seperti PLUS dan sebagainya ini. Sebabnya, pada masa ini harga syarikat-syarikat ini tidak semahal mana kerana kejatuhan harga saham mereka di pasaran saham Bursa Kuala Lumpur. Kesempatan ini perlu diambil(sekiranya mereka cakna) terhadap nasib rakyat. Setelah proses pengambil alihan selesai, tol boleh diambil sehingga ke suatu masa ia akan diturunkan sedikit demi sedikit seterusnya dimansuhkan.

Adakah ia suatu yang mustahil? Tidak mustahil kerana rakyat akan bersetuju jika dana rakyat digunakan untuk kebaikan rakyat. Tetapi rakyat akan marah jika dana rakyat disalahgunakan untuk mengenyangkan dan menyelamatkan kroni-kroni tertentu sahaja. Sekarang terserah kepada kerajaan untuk cakna atau tidak kepada rakyat. Jika tidak rakyat akan memberi isyarat sekali lagi dalam dua pilihanraya yang terdekat ini. Sebagai makluman, tol-tol yang akan naik itu adalah PLUS, SPRINT,Akleh, Besraya dan NPE. Terima kasih kerajaan! Tutup dua tol rupa-rupanya ada makna no!

Tuesday, February 24, 2009

Sejarah Yang Digelongkan

SULTAN ABDUL HAMID II (Memerintah 1876-1909)
Sumber : SaifulIslam





Membaca kisah Sultan Abdul Hameed II yang merupakan khalifah Othmaniyah yang terakhir seperti yang dinukilkan oleh Ustaz Hasrizal di SaifulIslam.Com banyak mengetuk hati yang tak berapa lembut ini. Betapa tragis dan malangnya Umat Islam yang kehilangan seorang Khalifah yang begitu berwibawa, bijak dan berani. Namun segala kegigihan dan kecekalan baginda telah digelapkan oleh penjajah. Begitu juga umat Islam terus lena daripada memahami apa yang terjadi dan terus lena diulit oleh fakta-fakta sejarah yang digelong dan diputar belitkan oleh musuh-musuh Islam.

Ironisnya, bila dibuka buku-buku sejarah yang di ajar di sekolah terlalu banyak fakta yang diseleweng dan disembunyikan. Bukan sahaja isu sejarah Islam, tetapi juga sejarah-sejarah Melayu dan kegemilangan nusantara suatu masa dahulu. Ianya dibuat sedemikian rupa untuk menjauhkan generasi-generasi baru dan akan datang daripada mengetahui fakta yang sebenar.

Apabila dihimbau kembali zaman persekolahan, betapa butanya hati ini menerima tanpa menapis dahulu fakta yang diterima. Betapa Mustapa Kamal Attarturk digelar Bapa Kemodenan Turki yang kononnya membebaskan Turki daripada cengkaman Khalifah Othmaniyyah yang kejam. Khalifah digambarkan sebagai seorang yang lemah, kaki wanita, kaki botol dan hanya sibuk mengumpul harta. Ternyata sehingga kini fakta palsu ini masih diterima secara bulat-bulat.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kata-kata Khalifah yang terkenal iaitu," Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khalifah Islamiah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela pedang ditusuk ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup." Ia jelas mengambarkan keteguhan hati Khalifah dalam mempertahankan umat Islam.

Khalifah Uthmaniyyah merupakan khalifah Islam yang terakhir. Dengan propaganda dan penyelewengan fakta yang ditiup oleh musuh-musuh Islam, umat Islam tidak bersungguh-sungguh mempertahankan sistem khalifah ini. Sultan Abdul Hamid II akhirnya meninggalkan umat ini pada 10 Febuari 1918. Ia ditangisi oleh umat Islam yang telah membayar harga yang terlalu mahal akibat membiarkan kejatuhan Khalifah. Pada hari ini betapa umat Islam begitu merindui kebangkitan kembali Khalifah Islamiyyah yang akan membela umat Islam di mana sahaja mereka berada.

Betapa kini, umat Islam diganyang, dilunyai dan dihina sebegini rupa. Kita diulit dengan mimpi-mimpi yang indah, hiburan-hiburan yang melalaikan, sukan-sukan yang melekakan sehingga kita lupa apakah tujuan sebenar kita hidup di dunia ini. Begitu juga dengan fakta bahawa betapa suatu masa dahulu Islam menjadi tunjang kepada kehidupan bangsa Melayu di nusantara ini. Betapa sejarah kita telah diselewengkan dan digelongkan sedemikian rupa. Seharusnya ada usaha untuk menulis dan membetulkan kembali fakta-fakta sejarah yang diselewengkan ini di dalam buku-buku teks sekolah ini.

Saturday, February 21, 2009

Terima Kasih TV! Terima Kasih SuratKhabar! Terima Kasih Radio!

HASNAH Ali melihat jenazah anaknya, Muhd Hadzrin buat kali terakhir sambil disaksikan Mohamad Din (dua dari kiri) yang menenangkan anak perempuannya, Norzaidatul Asyikin di Surau Desa Tasik, Sungai Besi, semalam.
Sumber : Berita Harian

Dua tiga menjak ini kepala rasa berdenyut-denyut. Siang malam rasa tak berapa betul. Rasa sikit susah hati dan resah. Hati semakin sempit dan jiwa ini asyik meronta-ronta. Diri ini terlalu banyak dosa - ini sudah tidak dinafi. Tetapi yang bermain-main di kepala ini adalah permasalah an remaja-remaja, orang dewasa dan orang-orang tua yang cukup bermasalah dan tenat. Nak dikategorikan masalah ummah mungkin juga. Namun siapalah diri ini. Sibuk berfikir sahaja tapi tindakan tak ada.

Jika diperhatikan permasalahan remaja-remaja Melayu Islam pada hari ini nyata sudah cukup kritikal. Bukan setakat ahli politik dah naik tahap mafia, mereka pun ikut sama naik taraf mafia. Bukan lagi tahap nakal macam zaman kita sekolah dulu-dulu. Sekadar kena tempeleng dengan cikgu tapi nak berani nak angkat muka. Apa lagi nak melawan balik. Tapi budak-budak sekolah hari ini cuba tempeleng sekali. Tak cukup ugut cikgu, mak bapak datang sekolah nak saman cikgu. Lepas tu sibuk pergi bawak kes gi makhamah - panggil tv, panggil suratkhabar, panggil radio semua sekali. Kasi sensasi dan meletup lagi.

Akhirnya cikgu yang marahkan anak mereka ini kena saman. Lepas tu kena tukar sekolah. Pengetua pun tak berani nak bela cikgu ini pasal takut buruk nama sekolah. Cikgu yang dedikasi tadi terus makan hati. Akhirnya dari dedikasi terus jadi tak peduli. Apa anak murid nak buat mereka punya hal lah. Masing-masing dah besar. Anak murid tadi yang nak dibentuk jadi anak manusia akhirnya jadi anak kera. Siang malam terkinja-kinja. Nak buat apa saja tak ada hal. Pasal mak bapak orang besar.

Akhirnya tak cukup dia seorang rosak, ajak kawan-kawan sekali. Buat geng. Dekat sekolah dialah yang paling hebat. Yang budak-budak ini dah tak pergi sekolah pasal nak belajar - tapi pasal nak membuli, nak mengepau, nak tunjuk kuat, kacau awek dan tunjuk kuasa. Siapa peduli?

Yang perempuannya sibuk nak menyanyi. Nak jadi artis. Dah tv siang malam sibuk pasal artis. Tiap-tiap hari tak pasal program menyanyi, sibuk pasal drama tv. Yang juara kaki tv tak lain daripada makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek dan atuk-atuk yang tunggu masa nak mati pun tak lepas sekali. Ironinya semua melayu. Kan itu jasa suratkhabar, radio dan tv. Daripada dulu memang agenda mereka pendidikan. Tetapi pendidikan hari ini matlamatnya adalah untuk memunah-ranahkan orang Melayu terutamanya yang masih beragama Islam.

Yang nak dikejar keseronokan! Yang nak dikejar hanyalah glamour. Kepalsuan duniawi semata-mata. Lepas itu selitkan sikit-sikit program agama. Kadang-kadang pukul 6 pagi. Kadang-kadang pukul 1 pagi. Ya lah orang Malaysia ni alim-alim. Tunggu pagi-padi pasal nak tengok program agama.

Akhirnya segala masalah yang membarah dalam masyarakat hanyalah dibakul sampahkan. Dalam tv dan suratkhabar hanyalah sibuk cerita pasal artis dan politik. Radio pulak sibuk cerita pasal lagu dan artis juga. Hiburan semata-mata. Tanpa hiburan akan tanduslah hati-hati. Gersang bak gurun gobi. Akhirnya cerita pasal ini hanyalah cerita kecil yang tak ramai masyarakat perasan.

Begitu juga dengan ketenatan ekonomi. Cerita orang-orang biasa. Orang tak cukup makan dan seribu satu masalah remaja tak ada pemimpin peduli. Siang malam pagi petang sibuk cerita pasal politik. Konon nak menyatukan bangsa, padahal merekalah kepala-kepala yang meretakkan bangsa. Timbulkan isu-isu perkauman lepas tu kononnya merekalah jaguh menyatukan bangsa.

Hari ini kalau kita lalu di rumah-rumah kos rendah yang rata-ratanya dihuni oleh orang Melayu Islam aku sedih sekali. Rumah-rumah kecil sekali, isi rumah ramai sekali. Parking kereta berlapis-lapis tetapi yang paling penting sekali mesti ada Astro. Andai kata ada orang terjun dari tingkat 18 sana mesti tersangkut dengan ariel astro yang berderet dari tingkat satu hingga 18. Inilah yang menjadi ustaz-ustaz kepada mereka siang dan malam.

Buktinya aku selalu jumpa makcik yang dah tahap mak aku selamba je pakai baju singlet sambil sengih-sengih kat aku yang lalu tanpa sedikit pun rasa malu. Aku pulak yang malu dan tersipu-sipu. Aku tak sanggup tengok apa yang makcik nak tunjuk.

Makcik tak pergi masjid ke join dengar sedikit sebanyak majlis ilmu? Alahai bangsaku. Terima kasih kat TV! Terima kasih kat Suratkhabar! Terima kasih Radio! Nampaknya tak lama lagi bangsaku akan menjadi gagah perkasa! Dan berjaya hasilkan lebih ramai artis-artis pasal mereka semua berdarah seni. Perjuangkan dunia seni sampai mati! Alahai bangsaku!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails