Lepas satu-satu drama dan tragedi melanda Malaysia. Tak habis-habis. Memang betul-betul tahap Malaysia boleh! Semua boleh. Siang malam pagi petang semua pasal politik(dalam kurungan - wang punya pasal). Rakyat terlingkup ke terlungkup ke, peduli apa. Ekonomi gawat ke merudum ke peduli apa. Harga minyak dunia turun, tapi harga minyak Malaysia dalam negeri tak turun-turun. RM1.80 je, tak kira subsidi ke tak. Cubalah harga minyak naik balik nanti. Tak sempat celik mata dia orang dah sibuk kempen nak naikkan harga minyak.
Tak cukup dengan segala seribu macam jenis jentera kerajaan diperkudakan mereka - dari SPR, polis, makhamah, BPR, penjawat awam, PBT dan macam-macam lagi. Media tak usah ceritalah, kalau tv, radio, surat khabar - pagi petang siang malam kerjanya hanya memburukkan orang-orang yang tak sekapal dengan depa. Mana yang boleh depa rembat - depa rembat. Tak kira peluru tu kena balik kat kepala depa ke, sipi ke apa ke. Dosa pahala belakang kira. Kubur sendiri-sendiri buat apa nak nyibuk. Aku nak bagitau sikit kat hangpa! Pasal kubur nanti asing-asing la aku nak kena bagitau korang masa korang bernafas lagi. Kalau kubur boleh sekali boleh la jugak orang lain tolong mana-mana yang patut. Tapi pasal kat kubur tu kita sorang-sorang je sebab tu nak kena ingat mati.
Apa yang kita tulis, apa yang kita ajar kat orang, apa yang kita khabar kat orang semua akan dipersoalkan. Ditanya satu persatu. Kita ajar orang buat jahat apa yang orang buat tu akan dapat ganjaran kat kita sekali. Baik di ajar, baiklah dapat. Jahat diajar, jahatlah dapat. Lepas tu dia ajar orang lain pulak, saham dia tetap kita dapat. Lebih kurang MLM la macam itu. Jadi dosa dan pahala ini bukan benda kecil. Benda main-main. Ada orang buat pasal dia tak tahu, tapi ada orang yang tahu pun dia tetap nak buat jugak. Manusia macam itulah. Seribu satu perangai. Kalau ada sepuluh manusia, tak ada sepuluh-sepuluh manusia itu perangai mereka sama.

Tapi kalau tahap politik dah sampai membunuh manusia, dah sampai mengebom apa halnya ni? Dah rasa kita ni terer sangat? Dah tahap takkan mati-mati? Tak kena seksa kubur? Kalau tahap sampai bagi peluru hidup kat orang lain itu dah melampau. Malaysia ini dah tak ada undang-undang? Mungkin pasal undang-undang ciptaan manusia sebab itulah tak ada manusia yang takut. Dah tak mahu guna undang-undang yang tuhan bagi, inilah bahananya. Pasal ramai manusia itu rasa dia orang lagi pandai dari tuhan yang menciptakan dia dari setitis air yang hina.
Jadi sampai tahap mana dah tahap politik Malaysia hari ini. Bom? Peluru? Senapang? Inilah tahap politik Malaysia yang mengamalkan Machiavelli. Pasalnya, bila di ajak amalkan politik ikut Al-Quran dan sunnah, depa sibuk nak pusing. Kononnya gunakan Al-Quran dan sunnah nabi untuk berpolitik pulak. Masalahnya, kalau tak guna Al-Quran dan hadis nak guna apa lagi. Suruh belajar, menuntut ilmu agama tak nak. Yang sibuk pergi menuntut ilmu politik orang putih. Tak salah, tapi yang yang fardhu Ain kena dimantapkan dahulu.
Tak tahulah sampai ke mana lagi tahap politik Malaysia selepas ini. Ke mana hala tuju yang nak di arahkan. Ke Timur atau ke Barat. Baikkah atau burukkah. Jadi siapa yang menentukan hala tuju ini semua. Ahli politik ke rakyat? Kalau rakyat terus mendokong ahli-ahli politik yang sebegini maka mereka akan kekal sampai bila-bila. Tetapi jika rakyat juga ingin sama berubah untuk menjadi semakin baik dan balik ke pangkal jalan maka tuhan akan memudahkan perjalanan kita. Jangan lupa panjatkan doa setiap masa.

No comments:
Post a Comment