Monday, March 2, 2009

Sidang Bawah Pokok - Demokrasi Yang Mati!

Gambar : cilok wak albanjari

Maka seantero dunia telah mengetahui apa yang terjadi di Perak. Malang sekali buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sidang DUN diadakan di bawah pokok. Apa sudah jadi? Sekali baca kedengaran lucu. Dua kali baca ia petanda satu tragedi. Inalillah untuk demokrasi di Malaysia. Maka seeloknya disediakan sahaja kain kapan dan keranda untuk demokrasi itu. Kerana demokrasi Malaysia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Perak!

Kerana bobrok akan kuasa, Bangunan Perak Darul Ridzuan dikunci. Mungkin yang menguncinya menyangka bangunan itu bapak dia yang punya. Notis pemberitahuan pun simple sahaja. Tiada orang yang berani nak tanda tangani. Mungkin takut terkena tulahan. Lalu lintas ke bangunan Perak Darul Ridzuan di sekat dan disimpangkan ke jalan lain? Apa ini semua?

Orang yang terdesak sanggup lakukan apa sahaja. Orang yang sedang lemas akan mencapai apa sahaja untuk meneruskan talian hayatnya. Begitu juga dengan apa yang terjadi di Perak. Betapa Malaysia diketawakan oleh dunia. Dan nilai moral khususnya mereka-mereka yang mengaku beragama Islam itu jatuh ke tahap null.

Rasanya seeloknya mereka mengistiharkan mereka telah keluar dari agama yang mulia ini. Tiada guna satu sen pun. Agama Islam yang suci ini telah dicemarkan dengan sifat-sifat yang keji seperti ini. Sedikit emosi coretan ini tapi jika mereka masih ingat tuhan, masih mengaku beragama Islam sekurang-kurangnya tahu berfikir yang mana Allah izinkan, yang mana Allah larang! Kerana mereka, maka kesucian agama ini telah dicemarkan. Sudah pasti lihat mukanya itu Melayu, mereka beragama Islam - tetapi perangai mereka langsung tidak menyatakan mereka beragama Islam. Mungkin menganut fahaman zionis antarabangsa.

Tahniah kepada parti pemerintah Malaysia. Tahniah kepada Umno! Tahniah kepada BN! Kamu telah membuka topeng yang menutup rupa sebenar kamu pada hari ini. Kerana kuasa kamu sanggup melakukan apa sahaja. Jijik atau tidak perangai itu - tolak ketepi. Tahniah sekali lagi! Kerana pada hari ini kamu berjaya mematikan demokrasi!

3 comments:

Anonymous said...

aduhh...orang bodoh mana yang menyokong kerajaan perak nizar dan geng cina tu,..tu le orang melayu bodoh..akal bodoh..
nama saja melayu..tapi bodoh...bangang...

orang melayu di perak sudah buka mata...yang melayu di perak ditipu oleh kerajaan nizar...

contoh...
1. exco majoriti cina (DAP)..
2. kuasa sebenarnya pada cina(DAP)bukan pada nizar...sbb tu cina tak nak ilang perak...nizar cuma keldai...
3. beberapa melayu PAS dan PKR memang sudah bengang..cuma diam sebab periuk nasi dan pangkat YB..
4. apa pembangunan yang exco cina (DAP) perak bg selama memerintah...yang mula-mula dia minta dan sebut..TANAH..TANAH...TANAH...
5. kuasa sultan pun dilanggar...inikan pula korang melayu bodoh yang hanya penjual pisang goreng, nasi lemak, pekebun...

buka mata le weii...dah kerap kali dikatakan..kalo exco tu seimbang melayu dan bukan melayu..rasanya orang melayu boleh sabar...

TUANKU perak bukan sokong BN>..tapi demi menjaga hak melayu...

aku cabar ko terbitkan artikel ni..atas nama ko sebagai melayu, kuarga melayu, orang islam...demi melayu di perak termasuk aku..jati perak...bukan banjar, bukan bugis, bukan cina, india yang hanya penumpang...AMIN..

Anonymous said...

setuju dgn pendapat anda.org yg terbitkan article ni, mmg nk jual agama.nk lacurkan agama Islam. ko byg kan la klu parti2 kapir tu tendang kuar parti islam. tak ke menganga korang.tu pun lagi nk sokong parti munafik tuh..tunggu la nanti bila org melayu dok tepi pintu melutut minta tolong kat pariah tu.time tu la baru korang nk jilat balik air ludah korang..

Anonymous said...

Cakap yg penuh emosi kadang-kadang membutakan mata kita kepada kebenaran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails