Wednesday, April 16, 2008

Suara Rakyat Dikuburkan

Malang sungguh rakyat Malaysia. Tiada apa yang tinggal untuk kita. Semuanya ingin dibisukan dan dikuburkan oleh kerajaan Beras Naik (BN). Nampaknya tamparan lembut oleh rakyat marhaen pada PRU 12 baru-baru ini langsung tidak terkesan oleh mereka. Agaknya memang ini bukan budaya kita tapi budaya mereka, mana-mana yang tidak selari atau kontra dengan kehendak dan pemikiran mereka dicantas dan dikuburkan.

Maka sekali lagi menjadi bukti kerakusan kerajaan yang ditolak untuk rakyat menamatkan penyiaran akhbar Makkal Osai. Puncanya - Makkal Osai memberi liputan meluas kepada Anwar Ibrahim dan PKR sempena perhimpunan Black 14.

Nampaknya alergik sangat kerajaan sekarang ni dekat Anwar Ibrahim. Sepatutnya mereka belajar daripada kemenangan besar tapi kecil mereka itu. Mendengar luahan rakyat marhaen tidak akan merugikan mereka. Memberi rakyat kebebasan bersuara, mendapatkan maklumat dan memberi ruang untuk rakyat memilih. Namun, dek kerana terlampau lama berkuasa dan semakin mereput, maka ruang ini akan ditutup dan tidak diberi nafas sedikit pun.

Terbaru, menteri penerangan baru(org. negeri ambe ke??) menggesa penulis-penulis blog menghentikan fitnah-fitnah, kritikan dan komen-komen negatif terhadap kerajaan. Walhal dalam masa yang sama, RTM langsung tidak memberi ruang untuk liputan kepada MB Selangor dan MB Perak. Dalam masa yang sama menyerang kerajaan Selangor mengenai isu babi tanpa memberi ruang untuk penjelasan.

Di sini ambe menyerulah kepada geng-geng Umno nih. Tak kira saper yang pegang Umno lepas nih. Pak Lah ke, Najib ke, Muhyiddin ke, Ku Li ke. Berikan kebebasan kepada rakyat, atau rakyat akan membebaskan diri mereka dari UMNO dan BN selamanya. Makkal Sakti!


2 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam ya akhi,

Terima kasih kerana singgah diblog seorang tua yang uzur dan dhaif.

Posting akhi ada 'substance'. teruskan menulis.

Salam dan teruskan perjuangan.

Cik Lee said...

Waalaikum salam ya sheikh,

Terharu sungguh hati. Barang kiranya tuan sheikh orang pertama yang memberi komen di blog yang tak seberapa ini.

Lahirnya blog ini untuk merebut barang sekupang dua saham akhirat. Moga-moga dipermudahkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails