Sumber : http://aminiskandar.wordpress.com @ blackMari Humbankan Pembunuh Altantuya Ke Neraka Jahanam :Raja Petra Kamarudin (alih bahasa - Melayu)
Hari ini kita tidak akan bercakap mengenai politik. Tidak juga mengenai kaum ataupun agama. Hari ini kita akan bercakap mengenai manusiawi. Hari ini marilah kita berbincang bagaimana melancarkan satu kempen “Keadilan untuk Altantuya: kembalikan dignity (martabat) Malaysia.” Marilah kita humban mereka yang membunuh Altantuya ke neraka jahanam.
Malam kelmarin saya telah pergi makan malam bersama segelintir kawan-kawan. Dalam perjalanan ke restoran itu seorang kawan baik, Din Merican, telah menelefon saya memberi maklumat mengenai sidang akhbar Dr. Setev Shaaribuu yang telah diadakan pada siang hari itu. Saya dengar sahaja dengan khusyuk apa yang diceritakan oleh Din dan tidak dapat menahan perasaan untuk memotong cakapnya dengan berkata: “ Aku adalah ayah kepada dua orang anak perempuan, Aku boleh bayangkan apa yang dirasakan oleh Shaaribuu. Celaka betul bedebah itu!”
“Aku pun ada tiga orang anak perempuan,” jawab Din. “Mereka itu adalah binatang, tidak berguna. Hancurkan mereka! Hancurkan mereka!” Inilah yang saya katakan, keadaan yang tidak terkata – dan apabila anda perlu berkata sesuatu memang tidak ada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan diri. Apa rasanya kalau sumpah seranah hanya merupakan perkataan yang boleh digunakan untuk menentang dan membuatkan diri merasa sudah mampu menyatakan kemarahan dan kebencian dalam keadaan yang paling wajar.
“Hehhhhhhhhhh……janganlah sumpah seranah binatang,” jawab saya. “Haiwan adalah cantik. Saya pun sukakan kucing, anjing dan kuda. Manusia itu semuanya adalah lebih dahsyat daripada haiwan. Malahan binatang pun tidak akan lakukan seperti mereka.”
“Alahai khinzir pun boleh kelihatan cantik,” kata isteri saya yang memandu kereta cuba mencelah dan dia pun ulangi apa yang disebutnya. “Memang, khinzir pun boleh kelihatan cantik. Manusia itu semuanya bukan sekandang dengan khinzir. Mereka jauh lebih rendah daripada khinzir. Melayu babi, semuanya mereka itu.”.
Saya dapati sukar untuk menahan lelehan air mata; semasa Din menceritakan apa yang diperkatakan oleh Dr. Shaaribuu di sidang akhbar itu. Memang saya mudah beremosi, seperti ramai orang yang sudah dapat mengagaknya setakat ini. Akan tetapi saya pun boleh jadi degil dan celupar bila berdepan dengan musuh seperti yang diketahui oleh pegawai Cawangan Khas di Bukit Aman. Saya ini adalah seperti yang disebut oleh orang Melayu sebagai orang yang ‘marah nyamuk, bakar kelambu’.
Saya tidak akan berlengah-lengah untuk menafikan diri daripada menjamah makanan dan minuman sebagai tanda bantahan seperti yang pernah saya buktikan kepada pegawai penjara bahawasanya mereka boleh mendera badan saya tetapi mereka tidak boleh memiliki minda saya ataupun mematahkan semangat saya. Namun, mendengar apa yang dikatakan oleh Dr. Shaaribuu telah menyedihkan saya. Hinggakan kedegilan saya boleh dijinakkan.
“Mari kita jatuhkan si bangsat ini semua,” saya beritahu Din. “Mari lancarkan satu kempen “Keadilan untuk Altantuya sebagai usaha mengembalikan maruah Malaysia.” Ataupun apa sahaja semacam itu. Bangsat semua itu mesti dihumban ke neraka jahanam.”
Kerana itu, sebahagian besar perbualan di meja makan terpusat pada kes pembunuhan Altantuya.. Yang paling menggelikan – bukanlah saya menganggap kematian yang tragis ini sebagai sesuatu yang menggelikan – hakikatnya tidak seorang pun di meja makan itu berkelulusan sebagai peguam. Namun semuanya mampu berhujah laksana peguam yang berpengalaman — malahan ada yang lebih hebat daripada itu kerana bukan semua peguam adalah bijaksana (percayalah cakap saya). Saya selalu berkata bahawa seseorang peguam perlu mempunyai otak yang baik untuk berjaya tetapi anda tidak perlu menjadi seorang peguam untuk mempunyai otak.
Sememangnya, peguam yang bertauliah tentu memperlekeh cakap-cakap kedai kopi semacam itu sebagai hujah kedai kopi sahaja.
Bukankah kita selalu terdengar cakap-cakap seseorang pakar di meja makan sebelah yang menawarkan prognosis guamannya kepada sesiapa sahaja yang sedia mendengar beliau?
Memanglah pendapat (opini) adalah perkara yang lumrah sahaja kepada semua. Namun demikian bukan semua pendapat itu adalah serupa. Semasa kita menilai pendapat kepakaran golongan guaman ini (seperti yang mereka menggelar diri masing-masing di mahkamah) kita juga mungkin sudah membuat rumusan sendiri walaupun kes perbicaraan Altantuya masih diteruskan dan lebih lama sebelum ada penyudahnya kes perbicaraan yang dikatakan diadakan oleh mahkamah ungka).
Memanglah kita tidak boleh bercakap celupar perkara ini kerana mungkin dikenakan celaan oleh mahkamah ataupun semacam itu. (mahkamah mempunyai pelbagai perkataan yang ganjil-ganjil serta frasa untuk melemahkan anda kalau mereka mahu menyumbat anda dalam penjara gara-gara anda bercanggah pendapat dengan mereka.) Kerana itu saya enggan menyebut bahawasanya perbicaraan Altantuya itu adalah satu perbicaraan olok-olok semata-mata ataupun kes di mahkamah ungka kerana takut disumbat dalam penjara.)
Berbalik kepada kisah makan malam itu dan ‘peguam lantikan sendiri’ yang tidak pun pernah mengendalikan waima satu kes mahkamah sepanjang hayat mereka, Seperti yang saya katakan mereka dan juga saya bukanlah orang undang-undang, tetapi saya pernah menghadiri pelbagai bentuk perbicaraan sepanjang satu dekad sejak kelahiran Reformasi pada 1998 dahulu lagi dan pengalaman amali saya telah mendedahkan saya kepada banyak perkara yang terjadi di mahkamah. Apa yang boleh saya katakan, dan biarlah saya ulangi di sini seandainya anda mahukan otak untuk menjadi seorang peguam, anda sesungguhnya tidak perlu menjadi seorang peguam untuk mempunyai otak, seperti yang dibuktikan oleh rakan-rakan saya di meja makan malam itu.
Makan malam itu memang memakan masa yang lama dan banyak perkara yang telah dibincangkan. Semua yang hadir mempunyai pendapat geliga sendiri dan seperti yang saya katakan berjaya berhujah dengan pintar sekali. Namun, untuk mengelakkan kisah ini menjadi satu tesis yang memakan lima puluh muka surat, yang memungkinkan saya mendapat satu ijazah undang-undang kehormat) atau memungkinkan saya disumbat dalam penjara) benarkan saya merumuskan bagaimana ‘kes’ itu telah dibincangkan malam kelmarin.
Yang pertama melibatkan Affidavit yang diserahkan oleh Razak Baginda kepada mahkamah sepanjang kes permohonan beliau di ikat jamin telah dibentang di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Di tahap awalan, Hakim Segera telah memberi ingatan kepada peguam Razak bahawa tidak ada gunanya dikemukakan Affidavit itu kerana ia hanya merupakan permohonan diikat jamin sedangkan perkara itu tidak dibenarkan dalam kes pembunuhan. Namun, si peguam masih bertegas meneruskan tindakan beliau walaupun berlaku amaran yang berkesinambungan daripada si hakim. Kerani itu Hakim tidak mempunyai pilihan lain kecuali menerima Affidavit tersebut disebabkan yang tertuduh mempunyai hak untuk membela diri sendiri mengikut cara yang difikirkannya munasabah.
Kemudian, Hakim Segera telah membaca Affidavit itu dan menyatakan bahawa selepas membacanya, dia semakin yakin bahawa Razak memang bersalah. Dengan demikian bagaimana mungkin membenarkan ikat jamin, walaupun pada hakikatnya ikat jamin mesti secara automatis dinafikan dalam kes yang membabitkan pembunuhan?
Dengan tidak semena-mena Hakim Segera telah dipindahkan daripada mendengar kes tersebut serta merta dan tempat beliau telah digantikan oleh seorang hakim muda (junior) daripada Suruhanjaya kehakiman. Harus diingat bahawa Hakim Segera ialah seorang hakim kanan dan paling sesuai untuk mendengar kes yang penuh kontroversi dan berprofil tinggi. Apakah beliau dipindahkan kerana dia telah membuat andaian terlalu awal akan kes itu ataupun kerana dia merupakan orang yang mempunyai maklumat rahsia tertentu yang mungkin mempengaruhi keputusan beliau ataupun kerana mereka mahu ‘membunuh’ Affidavit tersebut?
Ini merupakan asas perbalahan yang bercanggah. Karpal Singh yang hadir sebagai saksi bagi pihak keluarga Altantuya kemudiannya membangkitkan perkara itu. Semasa perbicaraan berjalan dia telah menanya pegawai polis yang terlibat kenapa mereka tidak menyiasat Affidavit tersebut kerana banyak yang sudah terdedah dalam dokumen tersebut. Pegawai polis tidak menjawab bahawa mereka tidak menyiasatnya disebabkan “tidak ada arahan daripada atas.”
Ini semakin merangsang kepercayaan bahawa ada bahan bukti yang memburukkan dalam Affidavit itu dan ia merupakan sesuatu yang mahu disorokkan oleh kerajaan. Hakikat bahawa Affidavit itu wujud dan Karpal membangkitkan perkara itu di mahkamah dan polis tidak pula menafikannya, - kecuali menjelaskan mereka tidak menyiasatnya disebabkan tidak ada arahan daripada atas - meyakinkan ramai pihak memang wujud sesuatu yang tidak kena di situ.
Nampaknya Altantuya pernah menunggu lama di luar rumah kediaman Razak dan ini yang menyebabkan beliau menjadi gelabah. Razak telah berlari mencari Najib dan Rosmah telah memanggil ADC Najib - Musa Safri - dan memberi arahan agar beliau selesaikan masalah yang dihadapi oleh Razak. Musa telah memanggil dua orang pegawai polis yang sedang dibicarakan itu. Rupa-rupanya bukan sahaja Razak dan dua orang pegawai polis yang terlibat. Najib dan Rosmah telah turut terlibat dalam keseluruhan senario kes tersebut. Kemudian, kenapa pula pegawai polis itu perlu mengisytiharkan yang dia pernah membunuh enam orang sebelum kes itu dahulu, kalaulah kisah pembunuhan bukan menjadi tumpuan utama setiap orang?
Kemudian, Peguam Negara telah melakukan perkara yang aneh. Belum pun perbicaraan bermula, dia membuat satu pengumuman terbuka, bahawa hanya tiga orang yang terlibat dalam pembunuhan itu. Tidak ada orang lain daripada itu. Pengumuman itu bukan sahaja perkara yang pelik tetapi memang amat tidak kena sifatnya. Bukannya tugas Peguam Negara untuk menentukan perkara itu. Itu adalah tugas mahkamah untuk menentukannya. Lagi pun, perbicaraan belum lagi bermula, jadi bagaimana mungkin Peguam Negara tahu apa yang akan muncul dalam perbicaraan itu? Tidak sesiapa pun yang telah memberikan keterangan di mahkamah dan selagi semua testimoni belum didengar siapa boleh tahu siapa lagi yang terlibat dan apakah tiga orang yang tertuduh dalam kes itu bersalah ataupun tidak?
Tindakan Peguam Negara menunjukkan seolah-olah dia sudah tahu keputusan perbicaraan itu walaupun perbicaraan belum bermula. Bagaimana kita tak dapat rasakan yang perbicaraan itu adalah satu kepura-puraan sahaja?
Pada pagi Ahad sebelum perbicaraan dimulakan, saya telah menerima satu SMS yang menyebut bahawa tuduhan ke atas Razak akan ditarik balik. Pada jam 4.00 petang saya telah menerima satu lagi SMS yang mengatakan bahawa keseluruhan pasukan pendakwaraya akan diganti kerana mereka tidak bersetuju menggugurkan tuduhan ke atas Razak.
Pada keesokan harinya Pendakwaraya yang baru telah memohon penangguhan selama satu bulan dengan alasan bahawa dia hanya baru diberitahu pada pagi itu untuk mengambil-alih kes tersebut yang memerlukan masa untuk membuat kajiannya. Hakim telah memberikan penangguhan kepada mereka selama dua minggu.
SMS yang saya terima itu mungkin tidak tepat bunyinya tetapi tindakan yang terjadi selepas itu memang menepati apa yang dinyatakan oleh SMS tersebut. Kiriman itu datangnya daripada talibarut yang bertugas di Pejabat Peguam Negara, jadi saya tidak boleh memperlekeh berita itu sebagai pembohongan dan fitnah semata-mata.
Satu perkara lagi ialah mengenai tempat di mana serpihan badan Altantuya dijumpai, yakni di satu kawasan hutan rimba. Tiga orang yang tertuduh menafikan pernah membunuh Altantuya namun polis dapat tahu dengan tepatnya di mana mencari serpihan badan si mangsa. Bagaimana polis tahu tempat yang perlu dicari sedangkan tiga orang itu menafikan telah membunuh Altantuya? Apakah mereka telah menggunakan khidmat seorang bomoh? Apakah wujud seorang pemberi maklumat? Tidak, polis secara kebetulan dapat tahu bahawa di satu tempat di kawasan hutan mereka akan menjumpai serpihan badan Altantuya tanpa sesiapa perlu memberitahu mereka.
Tentulah kita hairan bagaimana polis tahu mana hendak dituju kerana tempat itu memang digazetkan sebagai ‘tempat buangan bergazet’ untuk menghumban semua mayat yang dimusnahkan. Apakah kemungkinannya bahawa dua orang pegawai polis yang dibicarakan bersama Razak adalah pegawai polis yang memang khusus menjadi pembunuh dan kemudiannya menghumban mayat yang mereka bunuh di tempat di mana serpihan mayat Altantuya telah dijumpai? Tentunya, perkara ini akan kekal satu spekulasi tetapi tentu ada sebab wujudnya spekulasi itu dan bahan bukti yang ada menunjukkan kepada andaian ini juga.
Desas-desus daripada mereka yang berlenggang di serambi kuasa mengatakan bahawa semasa mereka pergi ke tempat longgokan mayat mereka telah terjumpa serpihan mayat orang lain pula. Ada pihak mengatakan bahawa serpihan itu adalah mayat tujuh orang yang sudah mati, dan ada pula yang mengatakan kesemua serpihan itu datang daripada mayat sembilan orang. Ini bermakna Altantuya bukanlah orang yang pertama mati semacam itu. Rupanya sudah ada ramai yang lain sebelum beliau, kalau dinilai serpihan yang dikumpulkan terdapat sepuluh mayat semuanya.
Perkara ini belum lagi diketahui umum dan berkemungkinan tidak akan diumumkan secara terbuka. Selagi perkara itu sedemikian, kita mesti membuat andaian bahawa segala bisikan itu memang tidak ada asasnya. Tetapi bagaimana pula dengan Affidavit Razak yang pernah kita bincangkan sebelum ini, yang ada menyatakan betapa pegawai polis telah mengaku pernah membunuh enam orang sebelum ini. Ini bermakna Altantuya adalah orang yang ketujuh yang telah dibunuhnya. Apabila diambil kira perkara ini, segala bisikan bahawa polis telah mengutip serpihan mayat tujuh ataupun sembilan orang mula berdengung semakin lantang, bisikannya.
Banyak ‘isu utama’ yang dibangkitkan oleh kawan-kawan saya yang bukan berpengalaman sebagai peguam tetapi semuanya berhujah seolah-olah mereka mengendalikan kes pembunuhan Altantuya adalah penting seperti kisah bagaimana rekod kemasukan Altantuya ke negara ini boleh dipadamkan oleh pihak Imigeresen daripada catatan komputer mereka. Begitu juga dengan surat-surat yang pernah ditulis oleh Najib kepada Kedutaan Malaysia yang menyokong permohonan Altantuya untuk mendapatkan visa; kisah gambar Altantuya bersama Najib, Razak dan Kalimullah yang dirakamkan semasa majlis hari jadi Altantuya di Mandarin Hotel Singapura dan bermacam kisah lain lagi.
Ada desas-desus yang masih kekal demikian mengatakan bahawasanya ‘bahan bukti’ telah pun diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin juga Abdullah menggunakan maklumat itu untuk membuatkan Najib mengikut katanya- dan nampaknya helah itu berjaya kalau dilihat betapa beliau selalu sahaja membodek Abdullah. Akan tetapi ini bukannya mengenai politik dan seharusnya tidak ditangani begitu. Ini adalah mengenai tindakan Perdana Menteri Malaysia menyimpan bahan bukti yang penting dalam kisah perbicaraan pembunuhan. Abdullah adalah bersubahat dalam pembunuhan dan menanam bahan bukti tersebut yang boleh menjejaskan hasil perbicaraan dan campur tangan dalam menentukan keadilan membuatkan Abdullah turut bersalah seperti mereka yang kini sedang dibicarakan dan mereka yang sepatutnya dihadapkan ke mahkamah tetapi masih belum lagi dikenakan tindakan demikian.
Saya amat berharap saya dapat menulis mengenai semua ini yang telah dibincangkan oleh mereka di meja makan malam itu. Malangnya, oleh kerana perbicaraan masih dikendalikan, saya tidak boleh bercakap mengenai perkara tersebut. Yang paling baik boleh saya lakukan ialah menceritakan apa yang dibincang oleh mereka pada malam itu, dan biarkan perkara demikian tanpa memberikan sebarang pendapat mengenainya. Apa yang ditulis di atas telah dibincangkan oleh mereka yang bukan pun bekerja sebagai peguam dan tidak pun pernah berhujah mengenai sebarang kes di mahkamah, waima sekali pun dalam hidup mereka.
Sememangnya, oleh kerana mereka itu bukan pun peguam kebanyakan hujah yang mereka tuturkan adalah berasaskan hanya kepada logik dan bukannya natijah undang-undang.
Memanglah ganjil juga kalau orang yang tidak berpendidikan undang-undang boleh cuba memikir dan menganalisis kes perbicaraan pembunuhan Altantuya dan menyerlahkan penghakiman peribadi seolah-olah mereka adalah peguam yang terlatih dan bertauliah.
Apa pun, seperti yang pernah saya katakan, pendapat adalah perkara lumrah yang memang dimiliki oleh setiap orang, kerana itu kita tidak perlu ambil kisah sangat akan apa yang dibincangkan oleh kawan-kawan saya di majlis makan malam itu. Sementara itu bacalah apa yang ditulis oleh sahabat saya Din Merican melalui emelnya kepada saya.
……………..”Pada zaman dahulu kala, negara pergi berperang disebabkan acahan yang amat kecil. Pada abad kedua puluh satu ini, kita bernasib baik, kerana sudah lebih bertamadun berbanding orang dulu-dulu, walaupun ada juga pengecualiannya. Lagi pun kita sudah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan saya diberitahu bahawa kita akur dengan Piagam PBB terhadap Hak Asasi Manusia. Namun, kita di Malaysia menganggap rakyat asing dengan cara sambil lewa tanpa perasaan hormat dan kasih sayang. Apakah kita sudah menjadi golongan ‘cynics’ ?
|
Cuba fikirkan kes betapa seorang jurulatih karate/judo daripada Indonesia yang telah digasak dan dibaham dengan begitu kejam, dan kisah-kisah bagaimana pekerja daripada Indonesia yang dilanyak oleh anggota-anggota Rela. Begitu juga dengan kisah pembunuhan seorang warga Mongolia, dan sebagainya. Apakah ini caranya kita melayani jiran-jiran kita dan negara bangsa yang lain? Saya masih berfikir apakah kita ini mempunyai undang-undang ataupun hanya merupakan sebuah negara yang diuruskan berdasarkan hukum rimba??
Perdana Menteri kita Badawi dan Menteri Luar beliau (ketika itu Syed Hamid) tidak pun mempunyai isi perut untuk menjawab beberapa surat yang dikirimkan oleh rakan sejawatan mereka di Ulan Bator, Mongolia yang meminta agar perbicaraan ke atas kes Altantuya Shaaribuu dijalankan dengan adil dan saksama. Apakah mereka terlalu sibuk? Tentu tidak.
Adalah sesuatu yang malang bagi Malaysia seandainya ahli keluarga Altantuya tidak menerima keadilan dalam kes perbicaraan pembunuhan yang sungguh kejam dilakukan ke atas beliau yang amat dikasihi oleh ahli keluarganya. Bagaimana mungkin kita mudah sangat meledakkan seorang insan yang dikasihi oleh ahli keluarganya, dan dia pula adalah seorang ibu kepada dua orang anak yang masih kecil. Apa lagi pembunuhan itu dilakukan dengan meletupkan badannya menggunakan bom peledak yang biasanya untuk kegunaan perang bagi memusnahkan kubu pertahanan, jambatan dan bangunan?
Kisah semacam ini belum pernah didengar berlaku di tempat lain di dunia ini. Dengan demikian kes itu membawa implikasi global yang hebat, khususnya apabila kerja busuk itu dilakukan oleh orang yang sepatutnya ‘berkhidmat’ untuk negara ini.
Kini kita dianggap sebagai orang yang angkuh oleh rakyat Indonesia, Thai dan Singapura serta oleh ramai lagi jiran tetangga negara. Kini kita biarkan pula rakyat Mongolia menyertai senarai demikian. Adalah tidak wajar dan amat tidak bertanggungjawab di pihak PM dan Menteri Luar yang tidak mahu membalas penerimaan surat daripada rakan sejawat mereka di Mongolia. Siapakah yang mereka lindungi?
Tidak ada gunanya Badawi cuba meyakinkan kita bahawasanya Pentadbiran beliau sedang ghairah mahu mengembalikan imej bagi badan kehakiman negara. Dia tidak mampu memperbetulkan Pasukan Polis dan Pejabat Peguam Negara. Sebenarnya, rakyat Malaysia patut menghumban Badawi dan konconya dalam BN daripada jawatan mereka semasa pilihan raya umum yang berlalu.
Media arus perdana sudah begitu tidak bermaya dalam mengekalkan Keadilan untuk Altantuya dan martabat Malaysia. Rakyat Malaysia dan pergerakan masyarakat sivil mesti bertindak mendesak kerajaan Badawi agar mendedahkan penyangak sebenar yang menyebabkan pembunuhan dan membiarkan kes itu dapat diadili dengan penuh ketelusan kerana kosnya yang tinggi. Biarkan Keadilan bertakhta dan tamatkan budaya melindungi golongan yang berkuasa dan kuat pengaruh politiknya mengatasi undang-undang.
Sebagai seorang ayah kepada enam orang anak (tiga daripadanya adalah anak perempuan termasuk seorang yang berusia 16 tahun) dan sudah pun menjadi seorang datuk, saya dapat rasakan apa yang sedang dirasai oleh Dr. Setev Shaaribuu dan keluarganya. Pada 24 April, saya berada di satu sidang akhbar di Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim dan telah menyaksikan dengan mata sendiri keperitan yang terbayang di wajah Dr. Shaaribuu.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menangani isu ini dan tidak membiarkan para pembunuh terus berlenggang di serambi kuasa dan lepas bebas daripada perbuatan durjana mereka.
Sudah sampai masanya untuk bertindak berani. Inilah masanya kita menghumban segala alasan murahan dan menangkap segala penyangak durjana untuk dihumban ke neraka jahanam, kerana itulah tempat yang sesuai untuk mereka.
04.05.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)