Monday, May 19, 2008

Keluar UMNO? Apa Strategi Mahathir Sebenarnya??

Gempar seluruh Malaysia angkara bekas PM Malaysia yg ke-4 ini mengistiharkan keluar dari Umno(baca denganUmno baru). Untunglah blog-blog seluruh nusantara kerana mendapat berita panas yang tak di sangka-sangka. Termasuk diri saya jua. Sudah tentu media-media cetak dan media-media tak bercetak sekali, akan menghangkatkan perbincangan dan suasana politik tanah air negara.

Keluar parti sebenarnya sudah sinonim dgn mantan PM ini. Beliau pernah dipecat dari Umno oleh presiden Umno ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman. Namun beliau kembali ke pangkuan Umno kemudiannya.

Jadi bagi penyokong pakatan rakyat semacam saya, ia bukanlah satu yang pelik. Lagipun Mahathir mengistiharkan untuk keluar Umno bukan selama-lamanya. Beliau menegaskan akan kembali selepas Pak Lah tidak lagi berkuasa atau meletakkan jawatan. Tetapi pada masa yang sama tidak akan menyertai mana-mana parti pakatan rakyat. Maksudnya sayang itu masih ada, bila-bila masa boleh rujuk kembali. Namun jangan lupa juga, beberapa bekas presiden Umno mati di luar parti seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Harap-harapnya Mahathir dipanjangkan umur supaya tidak masuk ke kelab ini. Nanti kekal dalam lipatan sejarah negara pula.


Satu segi kelihatannya seperti ia satu kelebihan kepada Pakatan Rakyat. Meningkatkan moral dan kelihatannya membuatkan para penyokong Umno ini serba salah. Ia turut memberi gambaran krisi yang semakin meruncing di dalam Umno itu sendiri. Seperti pada masa mantan TPM dahulu, Dato' Anwar Ibrahim ditangkap dan dipecat dari Mmno, krisisnya begitu meruncing. Namun selepas gelombang rakyat 99, penyokong-penyokong Umno memberi kembali sokongan kepada parti kesayangan mereka, dan hasilnya pembangkang kalah teruk pada 2004. (masa itu belum ada lagi pakatan rakyat)


Dari satu sudut pandangan yang lain, kelihatan strategi Dr. Mahathir ini adalah untuk mengukuhkan kembali Umno dan menambah tekanan kepada Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Tidak mustahil, Mahathir akan menerajui Umno kembali. Maka beliau akan menyusun atur kembali strategi dan membaiki sokongan akar umbi Umno. Sementelah lagi, Mukhriz sendiri tak berkata apa-apa. Belum lagi mengikut jejak bapanya. Juga ibunya yang telah meletakkan keahliannya.


Di dalam pakatan rakyat sendiri seolah-olah terdapat satu simpton terlalu hormatkan Mahathir. Biarpun mantan PM ini tidak lagi mempunyai kuasa dan semakin kehilangan pengaruhnya. Seharusnya pemimpin-pemimpin pakatan rakyat ini bergerak atas kapasiti sendiri dan tidak terlalu bersikap seolah-olah Dr. Mahathir masih relevan. Lainlah golongan rakyat marhaen seperti saya. Walaupun sejarah telah membuktikan betapa prejudis tindakan beliau menindas golongan2 pembela agama dan raja2 kita sendiri, namun karismanya tetap terpahat di hati kami.


Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan kesempatan ini dengan memberi pukulan maut kepada Umno dan pastikan mereka sudah tidak relevan lagi. Jika situasi ini tidak dipergunakan sebaiknya, tidak mustahil jika senjata Mahathir akan memakan Pakatan Rakyat kembali. sejarah telah membuktikan betapa geniusnya permainan politik mantan PM ini. Walaupun sudah berumur, pemikirannya tetap muda dan reaktif. Seeloknya dapatlah kita merofarmasikan sistem pemerintahan yang semakin senget dan koyak hari ini.


Kepada semua pendokong-pendokong Umno, selamat menyeberang ke kapal yang lebih kukuh dan selamat. Harap-harapnya jangan ada yang terjatuh dalam longkang . Terkangkang jawabnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails