Wednesday, May 28, 2008

Terkini! Sah Ezam Kembali Ke Pangkuan Umno!

Nampaknya cerita-cerita di ruangan maya dalam dua-tiga hari ini akhirnya terbukti jua. Telah disahkan oleh thestar online bahawa Ezam telah berjumpa Pak Lah dan telah menyerahkan borang permohonan dan membayar rm100 untuk menjadi ahli seumur hidup.

Oh Ezam! Suatu masa dahulu saya begitu menghormati beliau. Beliau pada saya merupakan pahlawan perkasa. Kejatuhan Anwar Ibrahim telah mendorong beliau mengerakkan sahabat-sahabat beliau untuk menentang kebobrokan pemimpin Umno yang dikuasai Tun Mahathir. Satu demi satu fail-fail rasuah oleh menteri-menteri di selak oleh beliau. Dan masih teringat lagi bahawa beliau menegaskan menyimpan berkotak-kotak lagi fail rasuah oleh Menteri-Menteri Barisan Nasional.

Dan masih lagi teringat sumpah keramat pemuda keadilan di Johor. Penulis adalah di antara ribuan penyokong yang hadir. Semuanya bersumpah untuk membela rakyat! Namun malang, seorang demi seorang tumpas melutut di kaki lawan. Lalu, di mana hilang sumpahmu wahai Ezam?

Aku memang hormatkan prinsip yang kau sanjung. Yang diteruskan olehmu di dalam Gerak. Namun kini hormatku telah ku bakul sampahkan. Perjuanganmu untuk menentang rasuah hanyalah batu loncatan cita-cita politikmu. Tiada lagi hormat dariku untukmu. Kau kata menentang rasuah, tapi kini kau berjuang bersama-sama si perasuah. Selamat meloncat wahai Ezam Mad Nor. Semoga kau tenggelam bersama kapal yang telah mereput. Dan tidak akan timbul-timbul lagi. Selamat tinggal Ezam dan sumpah keramatmu!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails