Ya, Mari!! Mari!! Mari!! Laporan siasatan Lingam telah habis terjual dalam masa 3o minit sahaja seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Ia dijual dengan harga RM541 sahaja!
Aiyo.. yo.. Ini mau bagi rakyat tahu apa hasil siasatan klip video Lingam itu ke atau mau bikin wang busat? Rakyat marhaen seperti saya ini rasanya agak kurang mampu untuk memiliki laporan tersebut dengan harga yang sedemikian rupa. Bukan tidak prihatin, tetapi kerana kesempitan yang mencengkam perut-perut dan tulang-tulang sum-sum kerana kenaikan harga-harga barang dan harga minyak sedia ada. Agak-agaknya tak boleh kah harga penerbitan itu dikurangkan kepada rm30 ke, rm50 ke. Secara tak langsung ramai orang mampu memiliknya dan berharga untuk dijadikan sebagai khazanah anak cucu kita nanti.
Terfikir juga saya, mungkinkah ada kaitan di antara kes siasatan ini dengan pengunduran Tun Mahathir dari UMNO. Kalau ada kaitannya, sudah tentu isi siasatan ini sesuatu yang ditunggu-tunggu dan panas isinya.
Tak apa lah. Nanti mungkin boleh dapat secara online dalam format PDF. Saya dah cuba muat turun format PDF dalam link Malaysiakini itu, tapi failnya tidak boleh dibuka. Nanti saya cuba cari selepas ini kerana itulah cara termurah dan terjimat yang mampu menjadi alternatif kepada rakyat-rakyat marhaen seperti kami ini.
Kepada Menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat, teruskanlah keprihatinan anda untuk membela rakyat-rakyat marhaen semacam kami ini.

No comments:
Post a Comment