Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru!

Sedar tak sedar, hari ini ialah hari guru! Walaupun sudah lama meninggalkan sekolah, tapi saya masih ingat pada tarikh ini. Masa sekolah dulu, tarikh ini merupakan tarikh yang istimewa. Pasalnya hari ini tak ada kelas macam biasa. Yang ada penyampaian hadiah, persembahan dan macam-macam yang best lagi termasuk makan.

Pada saya, hari guru ini tidak patut disempitkan kepada guru-guru di sekolah menengah dan rendah sahaja. Pensyarah-pensyarah pun guru. Ustaz-ustaz yang mengajar kat surau-surau dan masjid-masjid pun guru. Motivator-motivator, pendakwah bebas semua guru. So, pada saya skop sambutan dan penghargaan patut diperluaskan lagi.

Di samping menghargai jasa-jasa guru, saya merasakan mungkin ada baiknya kita meneliti hasil dan kejayaan sistem pendidikan hari ini. Tidak dinafikan memang ramai tenaga professional yang berkhidmat di luar dan dalam negara dihasilkan, tenaga penyelidik yang berwibawa terhasil dan sebagainya. Tapi pandangan saya sebagai orang biasa yang tak ada kepentingan apa-apa ini, sekolah kita hari ini lebih banyak menghasilkan mat-mat rempit, minah-minah bohsia, mat-mat rappers, gang starz-gang starz dan mat-mat metal.

Sesuatu yang tidak kena di sini. Dengan sistem pelajaran hari ini yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, banyak perkara yang tercicir. Mata pelajaran agama Islam semakin dikurangkan untuk memberi ruang kepada mata pelajaran yang lebih penting. Sekolah-sekolah terutamanya sekolah harapan negeri atau negara menumpukan kepada peperiksaan dan kuiz, sehingga hampir tiap-tiap bulan pasti ada kuiz dan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran. Sehingga cikgu-cikgu tidak sempat menanda kertas peperiksaan bulan lepas, dah kena buat soalan peperiksaan bulan ini.

Ditambah dengan sukatan mata pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Yang pening akan semakin pening. Yang tertinggal akan semakin tertinggal. Sekolah-sekolah kita lebih menumpukan perhatian untuk mengeluarkan robot-robot bernyawa daripada seorang manusia yang kreatif dan boleh berfikir sendiri. Insan-insan yang boleh berfikir di luar kotak. Insan-insan yang mampu membangunkan tamadun moden yang lebih dinamik. Mencari kembali jati-jati diri yang telah hilang dilupuskan oleh penjajah-penjajah.

Sistem yang digunakan oleh sekolah-sekolah kita kebanyakannya warisan daripada penjajah-penjajah. Sudah hampir 50 tahun kita merdeka, nak masuk 51 tahun pun sekarang ni. Tetapi mengapa kita tidak boleh mengunapakai sistem dan mata pelajaran kita sendiri. Yang di bentuk dan di reka sendiri oleh orang-orang kita, bangsa-bangsa kita. Untuk melahirkan insan-insan syumul dan yang mempunyai jati diri. Adakah sejarah yang tertulis di dalam buku-buku sejarah di sekolah-sekolah kita hari ini merupakan sejarah yang benar-benar tepat. Atau ia adalah satu konspirasi penjajah, untuk menjauhkan kita dari jati diri kita yang sebenarnya?

Inilah permata-permata yang perlu dikorek. Dihasilkan dari sekolah-sekolah kita. Mendidik anak-anak bangsa untuk melahirkan bangsa yang kuat. Yang boleh menghasilkan identiti diri yang jati. Terlalu banyak perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar sanggup terjun untuk merealisasikannya. Saya cadangkan Menteri Pelajaran yang sedia ada ditukar kerana pada saya, sistem pelajaran pada hari ini semakin punah dan ranah. Semoga hari ini akan memberi nafas baru kepada sistem pendidikan kita. Selamat hari Guru kepada setiap insan tidak kira jika jawatan anda bukan cikgu. Kerana kita sentiasa belajar dan di ajar.


3 comments:

the art of japanese said...

tentunya yang dimaksud nafas baru pada sistem pendidikan itu adalah sistem pendidikan yang berbasis teknologi informasi. ini sangat penting sekali untuk menghadapi globalisasi.

ja-anuar said...

Salam Ciklee,

Kak Ja sebenarnya kesian bangat dgn anak2 Malaya ni... kena pulun belajar bagai nak rak..Pengalaman Kja belajar dalam Form 7 di luar negara, sehari dua nak exam pun masih ada school event yg best2 punya.. even swimming competition pun dibuat pd masa2 ni.. Anak2 kita, belajar bersengkang mata, dah lulus nak masuk varsity punyalah ketat syarat..Lps tu kena berhutang dgn PTPTN pulak.. sdgkan di sana belajar tak seteruk mana, senang masuk varsity walau dgn kelayakan yg cukup minima asal bertekad nak belajar, biasiswa tersedia.. automatic hak mereka once dah pijak tangga varsity..

Malaya oh Malaya...

Cik Lee said...

art of japanese : ya betul tu. Tapi tetap tak lari dari konsep Islam. Siapalah melayu itu tanpa Islam. Jika tiada Islam, maka hancurlah bangsa.

Kak Ja : Itulah bezanya negara malaysia boleh! Buleh belaka. Kita dimomokkan negara kita ni negara maju, kena bersyukur. Walhal kat luar pun lebih hebat drpd itu. Takde pun kerajaan depa sibuk-sibuk suruh bersyukur? Menteri Pelajaran ni pun satu. Tang Melayu, buat keluar keris. Tang pelajaran semua dia hentam omputeh! Orang macam ni pun ada. aduhai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails