Ada persoalan besar yang menghantui diriku selepas menghadiri kuliah zohor di surau semalam. Satu persoalan kadang-kadang kita mungkin terlepas pandang. Penceramah seorang ustaz yang masih muda lagi. Muda dari aku lagi. Uhuk, segan aku kat dia pasal rasanya ilmu dia dengan ilmu aku macam langit dan bumi.
Kata dia umat Islam cakap cinta kepada Rasul. Cinta kepada nabi kita Muhammad S.A.W. So, ada beberapa soalan cepu emas yang dia tanya kat kita orang. Antaranya :-
1. Berapa orang isteri nabi ? Sila senaraikan nama-nama ummi-ummi mukminin ni.
2. Berapa orang anak nabi? Sila senaraikan nama-nama mereka.
3. Anak-anak nabi ni lahir dari ibu yang mana? Senaraikan.
4. Nabi kahwin semasa umur Siti Aisyah berapa tahun?
Okey, so sesiapa yang prihatin dan kasih serta cinta kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, sila lah jawab soalan-soalan di atas. Takkan kita sibuk-sibuk nama artis je kot. Rajin-rajin la surf internet tu. Esok, kalau sempat aku beri jawapan.
No comments:
Post a Comment