Thursday, May 1, 2008

Dr. M Kini Bloggers

Satu perkembangan terkini yang saya kira amat menarik. Dr. Mahathir kini telah menjadi seorang bloggers. Saya kira secara tidak langsung beliau mengakui kuasa internet sebagai medium maklumat terutamanya blog. Teringat suatu masa dulu, sewaktu zaman reformasi. Beliau banyak mengecam medium internet yang katanya banyak digunakan untuk menyebarkan fitnah. Namun pada waktu tersebut, kuasa internet belum secanggih kini.

Walaupun demikian, ia menjadi
medium rakyat bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai Datuk Anwar yang berada di dalam tahanan, aturan-aturan konspirasi pada masa itu dalam kes perbicaraan beliau dan tidak kurang juga yang menggunakannya untuk meluahkan ketidakpuasan hati kepada Dr. M dengan pelbagai-bagai gelaran seperti mahafiraun, mahazalim dan sebagainya. Kini, bersama peredaran masa internet berkembang dengan pesatnya. Hari ini, dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja seorang bloggers dapat mengemaskini blog mereka dengan pantas. Pakej kecanggihan ini telah menarik pelbagai-bagai golongan masyarakat untuk mendapatkan berita-berita terkini sebagai media alternatif disebabkan oleh konkongan yang melampau oleh media massa milik pemerintah. Dan kesannya begitu terbukti dan menyerlah semasa PRU 12 baru-baru ini.

Hari ini, Dr. Mahathir
turut mengikut jejak langkah seorang yang dikatakan 'anak' tetapi tetap beliau sumbat ke dalam penjara suatu masa dulu. Sebagai seorang bloggers!

Selamat datang Dr. Mahathir. Dulu Dr. sering merungut kerana tidak mendapat liputan yang adil daripada media-media massa kerajaan, kini selamat datang ke bidang media alternatif. Walaupun saya tidak sehaluan dengan pandangan Dr., saya tetap memberi kredit kepada blog Dr. Dan saya akui, blog beliau lebih terkenal dari blog saya walaupun saya yang lebih dulu berblog. Anda boleh mengikuti idea Dr. Mahathir tidak kira anda bersetuju atau tidak dengan pandangan beliau di www.chedet.com.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails