Fokus kami lebih kepada negeri Terengganu Iman, yang suatu masa dahulu turut berperanan melahirkan ramai ulamak-ulamak besar nusantara dan perjuangan mereka diteruskan sehingga kini. Jika anda perasan, di Lembah Kelang ini ramai ustaz-ustaz yang berasal dari Terengganu. Secara tidak langsung, menggambarkan betapa Terengganu begitu sinonim dengan penyebaran ajaran Islam.
Selaras dengan peredaran zaman, sekolah pondok di kebanyakan negeri kini telah dimodenkan. Namun di Terengganu dilihat agak kurang menyerlah dan bilangannya juga begitu kurang jika dibandingkan dengan Kelantan dan Kedah. Di bawah ini disenaraikan sekolah-sekolah pondok yang tersenarai di e-pondok :-
BIL | ALAMAT PONDOK | PENGETUA | TELEFON
|
1 | Pondok Darussalam, 263 Taman Purnama, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu | Tuang Guru Hj Abdul Rahman b Ahmed
| 09-617 1386 |
2. | Madrasah Darul Bayan, Kg Pinang Merah, 23100 Paka, Dungun, Terengganu | Ustaz Saiuful Bahri b Mamat
| 09-827 3001 |
3. | Madrasah Falahiah, Pondok Paku, Kg Kerandang, 22000 Besut, Jerteh, Terengganu
| Ustaz Hj Najmuddin b Mohamad | 09-594 1280 |
4. | Pusat Pengajian Taman Islam, Jalan Bakau Tinggi, Peti Surat 45, 24007 Chukai, Kemaman, Terengganu
| Ustaz Hj Mohd Zawawi b Hj Abdullah | 09-859 1943 |
5. | Pondok Bukit Jong, 5738 Kg Bukit Jong, Jalan Kelantan, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
| Ustaz Syed Suhaimi b Syed Hasan Abdul Hadi | 012 936 2387 |
6. | Madrasah Batu 22, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
| Ustaz Awang b Deraman | 019-947 7485 |
7. | Madrasah Dual Ikwan, Pondok Lubuk Pandan, Kg Lubuk Pandan, 21040 Marang, Terengganu
| Ustaz Husin b Deraman | 09-680 3297 |
8. | Madrasah Matla’ Badrain, Pondok Jabi, 22020 Jabi, Terengganu
| Tuan Guru Hj Muhammad b Awang Teh | 09-692 2964 |
9. | Pondok Sungai Bari, Pondok Hj Lah Apal, Kg Apal
| Tuan Guru Hj Abdullah (meninggal Mac 200 kini diganti oleh anaknya |
|
sumber : http://epondok.wordpress.com/2008/05/16/pondok-terengganu/
Pada masa ini, kecenderungan untuk mendalami pengajian agama begitu berkobar-kobar di kalangan pemuda-pemudi hari ini. Seharusnya, satu tindakan perlu di ambil untuk memperkasakan kembali peranan-peranan sekolah pondok ini. Seharusnya kita sedar, remaja-remaja kita di Terengganu begitu terdedah kepada gejala-gejala yang tidak sihat. Mat rempit, minah rempit, mat metal, gejala pil kuda dan sebagainya.
Pendokong-pendokong agama termasuklah Parti Islam Semalaysia (PAS) juga perlu berusaha untuk memantapkan kembali sistem pondok sedia ada. Ini penting untuk memastikan kesinambungan dan kesohoran ulamak-ulamak Melayu nusantara diteruskan. Janganlah kita hanya sibuk mengejar kehidupan dunia dan pada masa yang sama Allah mengangkat kembali ilmu-ilmu agama dengan mematikan golongan-golongan ulamak yang sedia ada.
Di Terengganu, nama-nama seperti Tokku Paloh, Tokku Pulau Manis, Syeikh Duyung dan ramai lagi suatu masa dulu menjadi rujukan kepada seluruh pelusuk nusantara. Oleh itu, mengapa tidak kita teruskan sahaja kesinambungan ini. Perbanyakkan lagi pondok-pondok di Terengganu. Perbaiki sistem pembelajaran dan saluran kewangan kepada pondok sedia ada. Insya Allah, kita mampu.
2 comments:
Saya begitu mencari-cari pengajian pondok yang terbaik untuk bapa saya. Di kini di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
Saya berada di Selangor dan akan berpindah ke Trengganu dalam waktu yang terdekat. Bapa saya baru saja memulakan pengajian pondok yang ke dua di sana dan hasrat saya untuk membawa dia pulang belajar di mana-mana pondok yang berdekatan dengan saya.
Saya akan pindah di daerah Kuala Terengganu.
Sila maklumkan kepada saya di talian 0193119440 sekiranya saydara mengetahuinya.
Sebarang maklumat saya ucapkan jazakallah hukhairan kashira.
salam. untk pengetahuan saudara, anak2 murid sheikh abdullah yang mengaku wakil tuhan tu sedang mempromot guru mereka d mengatakan org2 yang mengajar sekarang ramai x sampai kepada allah. die je y betul, diredhai allah, diiktiraf.. hati2 dgn puak2 ini.
Post a Comment