Tuesday, December 30, 2008

Hentikan Keganasan di Palestin

Gambar dipetik dari : Palestinkini & http://jamna.blogspot.com/

Sewaktu kita di Malaysia ini sedang bersyukur kerana dapat menyambut Tahun 1430 Maal Hijrah, kita dikejutkan pula dengan kegilaan Israel yang rakus menghisap darah saudara-saudara kita di Palestin sana. Sehingga hari ini, jumlah umat Islam Palestin yang terkorban telah mencecah 300 orang ke atas. Tidak kira siapa sahaja akan menjadi korban. Orang tua, wanita dan kanak-kanak tidak terlepas dari serangan udara yang dilancarkan. Dalam masa itu Israel turut mengerakkan tentera kereta kebal mereka bagi persiapan serangan darat.


Alasan yang diggunakan untuk menghalalkan pembunuhan kejam ini adalah bagi menjatuhkan kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh penduduk Palestin dalam pilihanraya lalu. Lebih malang lagi, negara-negara Arab di sekeliling Palestin turut bersengkongkol di dalam serangan ini. Mereka tidak terlibat secara langsung tetapi berselindung dan kononnya turut bersimpati di dalam serangan ini. Konspirasi ini dilaporkan telah dirancang 6 bulan yang lalu dan bukanlah kerana provokasi Hamas seperti yang dicanangkan oleh Israel. Adakah layak mereka-mereka ini mengaku beragama Islam tetapi dalam masa yang sama bersubahat dengan musuh umat Islam untuk melanyak saudara-saudara mereka yang tidak berdaya di Palestin.

Sungguh pedih di hati begitu terasa. Dalam era ini, ternyata umat Islam tiada upaya untuk bersatu-padu dan membela nasib saudara-saudara mereka. Mesir pula dalam masa yang sama berkeras untuk tidak membuka pintu sempadannya kepada Palestin bagi dihantar bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan. Begitu juga dengan penduduk Palestin yang lari ke sempadan untuk menyelamatkan diri masing-masing ke sempadan Mesir. Mereka disekat daripada mendapatkan perlindungan. Malang sekali nasib saudaraku. Sudah pasti jika mereka pulang, askar-askar Israel menanti untuk menyembelih mereka hidup-hidup.

Malang sekali, ada juga manusia yang masih menyokong keganasan Israel ini. Alasannya kerana dikatakan Hamas dan Palestin itu terdiri daripada golongan pengganas. Perlu dijelaskan di sini, Israellah yang telah merampas tanahair mereka di Palestin dan mendirikan negara haram Israel di kampung dan tanahair mereka. Seterusnya mereka dihalau dan dibunuh dari kampung halaman dan menjadi pelarian.

Aduhai ummah! Apa yang boleh kami lakukan kepada saudara kita. Doa kami dan Al-fatihah diiringkan kepada syuhada-syuhada yang syahid kerana berjuang mempertahankan tanahair tercinta. Kami memohon kepada saudara-saudara dan umat Islam sama-sama berdoa, menghadiahkan al-Fatihah kepada mereka yang meninggal dan menghulurkan bantuan setakat yang mampu.

Sesungguhnya kami tidak akan membiarkan saudara kami menderita. Umat Islam itu umpama satu badan, jika kaki kami sakit - satu badan terasa sakit. Persetankan mereka yang hanya mementingkan perut dan tembolok mereka. Tiada langsung secebis simpati di hati mereka. Malah hanya mulut sahaja yang bersuara mengutuk, tetapi hati langsung tiada terasa. Sesungguhnya kematian itu pasti namun bagaimana kamu mati itulah yang lebih utama.

Lagi berita-berita mengenai palestin boleh diperolehi di :-
http://Palestinikini.info
http://www.imemc.org
http://islamonline.com

Monday, December 22, 2008

Hulurkan Keprihatinan Kita Terhadap Bahasa Kita

Malang bangsaku bertimpa-timpa. Angkara amanah kuasa diberi kepada yang tidak amanah. Akibatnya nasib beratus-ratus ribu anak bangsaku menunggu untuk digadaikan. Masih adakah sedikit keprihatinan kita untuk membantah penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Matematik dan Sains ?

Bukanlah bermakna kita menolak penggunaan bahasa Inggeris secara total. Cuma bahasa Ibunda perlulah diletakkan di tempat yang sepatutnya, di samping memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris itu sendiri. Bukannya dengan semakin melemahkan penguasaan Sains dan Matematik kerana di ajar di dalam bahasa yang asing bagi masyarakat di luar bandar.







E-book di atas adalah kajian Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan ROI(Return Of Investment) hasil daripada penggunaan bahasa Inggeris terhadap kedua-dua matapelajaran.

Tanda keprihatinan kita terhadap bahasa Ibunda marilah nyatakan bantahan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran sains dan matematik. Petition boleh

ditandatangani di sini. Sila Panjang-panjangkan :





To: Kementerian Pelajaran Malaysia

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI


Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

PPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kami warga Malaysia, yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan kepada peranan Bahasa Melayu, terutama sebagai bahasa imu dan pendidikan, yang terus berlaku di Malaysia.

Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini sebenarnya menyebabkan kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap dari tanah air kita sendiri.

Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa “dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama”. Hakikatnya, jika dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunakpakai Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam pada itu, pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilihat tergesa-gesa ini amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara. Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah memberi definisi jelas kepada maksud sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Menurut Seksyen 2, Sekolah Kebangsaan ditafsirkan sebagai sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan— (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan - (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan “Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini”

Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin melayu kini sudah tidak memiliki sensitiviti untuk mempertahankan nasib bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak dinali sebaik-baiknya.

Untuk memastikan agar kedudukan bahasa Melayu terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia :

• Mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di semua sekolah rendah kebangsaan dan menengah.

• Memelihara bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan kaum.

• Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala peruntukan undang-undang yang ada yang menjamin kedudukan bahasa kebangsaan.

• Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan bahasa melayu yang diwarisi oleh generasi pemimpin terdahulu.

Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya bahawa kemajuan negara akan tetap tecapai walaupun kita mengekalkan bahasa, budaya dan jatidiri kita yang tulin. Perlu disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa dan jika tidak dipertahankan akan hilanglah jatidiri bangsa kita sebagai Melayu dan Islam.


Muhamad Faisal Abdul Aziz
Pengerusi,
Gerakan Anti PPSMI (GAP)

Alamat Perhubungan :
Sekretariat PKPIM Pusat,
Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-61879520
Faks : 03-61842570
Web : www.pkpim.net
Email : spp@pkpim.net | spp_pkpim@yahoo.com

Sunday, December 21, 2008

Apakah Yang Kita Perolehi Dengan Membakar Replika Babi?

Foto : Malaysiakini

Nampaknya kita semakin melangkah ke belakang! Tercengang saya baca Malaysiakini pagi ini. Nak setuju salah. Taknak setuju pun macam salah. Garu-garu kepala yang tak gatal ini. Complicated? Sosphicated? Educated?

Bila tengok Dato Ma'amor bakar replika babi, saya terkejut beruk! Beruk pun tak terkejut macam saya. Iyalah, takkan level macam Dato Ma'amor yang terkenal dengan ubat gigi mukmin tersebut hanya layak bakar replika babi sahaja? Nampak macam sedikit perasaan megah dan bangga bila beliau diberi 'penghormatan' untuk membakar replika babi tersebut.

Persoalan yang bermain-main di benak yang sempit ini :-

1. Marah betul-betul pasal isu kepala babi digantung bersama 'banner' pewaris. Masalahnya, kita dah selidik atau belum siapa yang 'empunya' kerja tersebut. Adakah kita sapu bersih lalu terus menunding kepada pihak-pihak yang tertentu. Dalam istilah ini saya tercium adanya satu agenda yang ingin membawa provokasi ke arah peristiwa 13 Mei.

2. Jika ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan untuk menambahkan kekeruhan yang sedia dicipta ini, sanggupkah kita menjadi alat? Dalam masa yang sama, berapa ramai orang yang tidak bersalah akan terlibat sama?

3. Tiada lagikah penyelesaian yang terbaik yang boleh di ambil? Jadi penyelesaian terbaik adalah bergaduh dan provokasi?

Kita sudah 52 tahun merdeka. Dan sepanjang tempoh itu, negara hanya diperintah oleh satu sahaja kerajaan dari dahulu hingga sekarang. Melaka juga adalah salah satu negeri yang dari dulu hingga sekarang diperintah oleh kerajaan negeri yang sama mazhab dengan kerajaan persekutuan. Justeru itu, adakah isu babi ini hanya wujud selepas 52 tahun kemudian dan selepas kerajaan persekutuan yang memerintah telah kehilangan beberapa buah negeri kepada pakatan Rakyat?

Saya meragui penglibatan Dato Ma'amor. Mungkin pewaris di anggotai oleh pelbagai NGO Melayu tetapi jika kita mengetahui bahawa Dato Ma'amor adalah orang kuat Umno Ampang apakah telah tumpul proses bersuara di dalam Umno itu sendiri. Negeri Melaka negeri Umno, maka tidak bolehkah kerajaan negeri bertindak terhadap isu babi ini?

Saya bersetuju jika pewaris bertindak untuk menyatukan orang Melayu dan bersama-sama mengembeleng tenaga dalam memantapkan ekonomi dan politik orang Melayu. Tetapi jika kita hanya menurut emosi dan semangat pendekar jantan tanpa berfikir maka padah yang akan menimpa kepada kita juga bukanlah calang-calang. Seperti drama-drama pendekar 80an dahulu, kebanyakan pendekar kita digambarkan sebagai golongan yang panas baran dan suka bertindak melulu. Langsung tidak mahu mendengar bicara orang tua-tua dan ikut kata hati. Selepas bertindak barulah nasi menjadi bubur.

Adakah kerana babi kita akan melihat sekali lagi pertumpahan darah. Jadi jika pembakaran replika itu tidak ke arah itu, jelaskanlah kepada saya apakah matlamat pembakarannya?

Thursday, December 18, 2008

Apabila Pusat Jantung 'Dikeparatkan'

Nampaknya akan bertambah ramailah pesakit yang terkena sakit jantung selepas ini. IJN ditubuhkan untuk memberi khidmat kepada rakyat yang tidak mampu mengeluarkan belanja bagi rawatan penyakit jantung yang semakin kronik di kalangan rakyat Malaysia. Bayangkan sahaja, 85% pesakit-pesakit di IJN ini terdiri daripada kalangan rakyat yang berpendapatan rendah dan mereka yang telah bersara dari perkhidmatan masing-masing.

Malang akan bertimpa-timpa menimpa rakyat marhaen yang telah sedia tersempit dengan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang berjuang kerana hidup melayu. Malangnya, golongan bangsa Melayu lah yang kebanyakannya semakin tersempit hari demi hari.

IJN lebih dikenali dengan Institusi Jantung Negara telah ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir pada September 1992. Ia dimiliki 99.99 oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan. IJN telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada warga Malaysia sehingga Tun Dr. Mahathir sendiri mengiktiraf dan beberapa kali membuat pembedahan di sini. Kepakaran IJN ini telah diakui oleh banyak pihak dari luar dan dalam negara.

Namun awas! Telah hampir pasti bahawa IJN akan diambil alih oleh Sime Darby. Laporan dari Rockybru dan Simedarby watch menyatakan bahawa kerajaan telah membenarkan pengambil alihan IJN oleh Sime Darby Healthcare anak syarikat kepada Sime Darby. Namun Pak Najib dan Pak Dollah telah memberi jaminan bahawa mutu perkhidmatan dan bayaran rawatan akan tetap kekal dan tidak membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Percayakah anda?

Apakah kesannya jika IJN dikoporatkan ?
1. Kos rawatan akan meningkat kepada berkali ganda. Tiada lagi bayaran sama seperti di hospital kerajaan. Satu kos pembedahan sahaja akan meningkat kepada puluhan ribuan.

2. Pesakit-pesakit yang tiada sumber kewangan akan ditolak dan dihantar kepada hospital biasa sahaja. Tak percaya? Cuba lihat cerita-cerita kemalangan yang berlaku berhampiran di hospital-hospital swasta di Kuala Lumpur ini. No money no talk!

3. Adakah ini merupakan satu lagi konspirasi peringkat tertinggi. Umum mengetahui bahawa Sime Darby telah dikuasai oleh Synergy Drive yang mana pengerusinya mempunyai kaitan dengan Najib.

4. Apabila keuntungan menjadi matlamat, nilai nyawa manusia tidak bernilai lagi. Nyawa seorang datuk akan menjadi lebih berharga daripada Pakcik Samad yang telah menjadi pesara kerajaan setelah berkhidmat berpuluh tahun dengan kerajaan.

5. Apakah rasional sebenar di sebalik agenda pengkoporatan ini? Setakat ini IJN telah beroperasi dengan efisien dan kepakarannya diakui. IJN juga tidak mempunyai sekatan kewangan dan ia merupakan hak rakyat yang telah membayar cukai kepada kerajaan.

Jadi adakah anda sebagai rakyat Malaysia bersetuju jika IJN yang bertindak sebagai barisan depan terhadap pembunuh no.1 negara ini dikoporatkan dan dikeparatkan. Sekali lagi, lihatlah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita dalam mengembungkan poket masing-masing. Nilai nyawa rakyat di mata mereka hanyalah isu picisan yang mungkin tidak perlu dipandang walau sebelah mata. Maafkan hamba, sedikit emosi di pagi Jumaat yang mulia ini.

Wednesday, December 17, 2008

Tazkirah

Sedikit tazkirah untuk dikongsi :-

Dari Ibnu Abas Radiallah anhu bahawa iblis laknatullah datang berjumpa dengan Rasulullah Sallahualaih wasalam. Lalu Rasulullah bertanya siapakah golongan yang paling dicintai dan dikasihi oleh iblis. Lalu iblis menjawab :-

  1. Pemimpin yang zalim, tidak amanah dan yang menyalahgunakan kuasanya.
  2. Orang yang sombong dan membangga-banggakan dirinya(al-mutakkabir)
  3. Orang yang kaya yang tidak memperdulikan dari mana datangnya harta kekayaan tersebut dan tidak peduli ke mana harta itu dibelanjakan.
  4. Seorang yang alim tetapi membenarkan pemimpin atau sultannya melakukan kezaliman.
  5. Peniaga yang menipu dalam perniagaannya seperti mengurangkan timbangan dsb.
  6. Orang yang menyimpan/menyorok barangan dagangan untuk tujuan monopoli atau manipulasi harga(muttakhir)
  7. Orang yang suka berzina
  8. Orang yang memakan riba
  9. Orang yang bakhil
  10. Peminum-peminum arak/khamar.

Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan ini dan dijauhkan Allah dari menjadi golongan-golongan ini.

Sunday, December 14, 2008

Apabila Alam Berbicara

Sumber Gambar : SaifulIslam

Maka apabila alam mula berbicara, gemparlah seluruh negara. Bukan sahaja Bukit Antarabangsa yang bergegar, malah banyak manusia lain yang turut sama digegarkannya. Daripada pihak JAS, Pemaju, PBT, kerajaan negeri, menteri-menteri, penduduk-penduduk termasuklah pemerhati-pemerhati bertauliah dan tidak bertauliah turut sama bergegar.

Ini salah dia, itu salah mereka dan kami menerima padahnya. Mungkin dialog ini telah berulang-ulang kali disiarkan dan digunakan di media massa. Yang pastinya mangsa yang sejak azali telah termaktub secara tidak bertulis adalah pembeli-pembeli dan pengguna-pengguna yang menghuni rumah-rumah tersebut. Yang lain sibuk melepaskan diri dan mengeliut daripada turut sama dipersalahkan. Untuk berkongsi rasa dan kesusahan mereka yang terlibat jawabnya jauh panggang dari api.

Menteri-menteri tidak terkecuali untuk bersuara dalam perkara ini. Maka menjeritlah menteri-menteri sampai keluar urat merih menjerit menyuruh semua projek perumahan di lereng bukit dihentikan. Lebih-lebih lagi kawasan yang terlibat merupakan kawasan tadahan hujan semulajadi yang amat diperlukan oleh sekalian makhluk disekelilingnya. Sejauh mana ia akan dilaksanakan, wallahualam. Samada mengundang episod yang sama seperti Highland Towers atau tidak sama-sama kita tunggu dan lihat.




Adakah tanah-tanah ini runtuh dengan sendirinya? Adakah pokok-pokok ini jatuh bersama runtuhan tanah-tanah ini secara kebetulan? Adakah kematian dan kemusnahan yang berlaku itu tiada kena-mengena dengan manusia itu sendiri?

Sesungguhnya manusia itu pelupa. Manusia juga dihinggapi pelbagai-pelbagai penyakit yang perlu dicari penawarnya. Penyakit tamak haloba, mementingkan diri-sendiri dan sebagainya yang semakin membarah dalam masyarakat kita. Kita sering lupa nasib masyarakat-masyarakat di sekeliling kita yang tidak mempunyai rumah sebesar rumah kita, kita sering lupa betapa ramainya masyarakat di sekeliling yang tidak mempunyai apa-apa untuk berteduh, untuk makan.

Tidak ramai yang melihat apa yang tersirat daripada bicara alam itu sendiri. Apa hikmah di sebalik malapetaka(jika itu yang kita mahu labelkan) ini. Ada bukit kita gondolkan, ada kawasan tadahan hujan kita cemari, ada rumah besar kita bangga, ada kenderaan pernahkah kita menumpangkan orang lain yang tidak berkenderaan? Sememangnya kita sudah jauh daripada prihatin antara satu sama lain.

Lalu apabila kita mengalami sedikit kesusahan sedikit yang diberi Allah, kita melenting. Kita marah-marah dan segala maki-hamun terkeluar dari mulut kita dihamburkan kepada semua orang. Tiadakah secebis rasa rendah diri untuk kita melihat ke dalam diri apa yang kita lakukan selama ini yang kian hari semakin lupa kepada tuhan, kepada alam.

Marilah kita sama-sama menghisab diri. Betapa banyaknya dosa kita kepada tuhan. Kita angkuh mendirikan banglo-banglo mewah dilereng bukit untuk mengambarkan kemewahan yang ada pada kita. Kita lupa tuhan boleh menariknya sekelip mata sahaja. Kita hanyut dengan segala nikmat yang melimpah-ruah yang dikurniakan setiap hari dan masa, sehingga lupa meluangkan seminit dua mengingatiNya.

Marilah kita menghisab kembali diri kita yang kerdil ini. Terlalu banyak dosa kita kepada tuhan namun untuk mengakuinya jauh panggang dari api. Sedarlah, ujian ini cukup kecil berbanding ujian pada hari kemudian nanti. Dari Allah kita datang, dariNya juga kita kembali.

Wednesday, December 3, 2008

Kadar Kemalangan Turun Disebabkan Peraturan Tali Pinggang Belakang

Nak taip tajuk pun dah tergelak. Macam tak logik pun ada. Mungkin kepala saya dapat mengaitkan sedikit kaitan antara tali pinggang belakang dengan penurunan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia masa kini. Soalan pertama pihak JPJ sempat tak mengkaji punca-punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia? Soalan kedua pula berapa peratus pula kaitan antara pemakaian tali pinggang belakang dengan kadar pengurangan kemalangan jalan raya hari ini.

Kebanyakan polisi dan undang-undang yang dibuat oleh orang-orang yang tidak pernah memahami dan mendalami situasi dan keadaan yang sebenar masyarakat kita pada hari ini. Sebagai contoh - satu iklan jalan raya yang meminta pengguna motosikal menunggang pada kadar kelajuan 60k/m sejam. Secara teorinya mungkin ia satu tindakan yang boleh diterima pakai. Tetapi jika anda seorang penunggang motosikal tegar, anda boleh cuba membawa motosikal ini pada kelajuan ini dan mungkin pelbagai sumpah seranah yang keluar dari mulut anda.

Kadar kelajuan 60km/j itu mungkin sesuai di kampung, tetapi tidak di bandar. Bayangkanlah jika seorang pengguna berulang-alik dari Rawang ke Petaling Jaya setiap hari melalui lebuhraya PLUS. Bayangkan berapa panjang masa yang digunakan jika hanya menunggang pada kelajuan itu? Adakah kelajuan itu boleh diterima jika perjalanan itu dipratikkan apabila anda dari Kuala Lumpur pulang ke Ipoh ?

Begitu juga dengan pemakaian tali pinggang belakang ini. Umumnya ia akan menyusahkan kebanyakan rakyat marhaen yang rata-ratanya mempunyai anak yang ramai. Pada pendapat peribadi saya, punca utama penyumbang kematian di jalan raya adalah kualiti kereta tempatan yang ternyata bolos dari segi keselamatan dan teknologinya. Yang pasti, jika kemalangan tersebut melibatkan kereta kancil atau proton(bukan untuk memburukkan proton atau perodua), kadar pengguna untuk selamat mungkin terlalu tipis.

Jika seorang anak berumur 4 tahun, dapat duduk diam di belakang dengan memakai tali pinggang itu adalah satu keajaiban. Mungkin boleh untuk 10 minit tapi bagaimana 15 minit dan 20 minit berikutnya?

Begitu juga dengan kapasiti penumpang akan terhad hanya kepada 5 orang sahaja pada satu-satu masa. Bagaimana dengan rakyat marhaen yang mempunyai ramai anak-anak kecil. Apakah ada kertas cadangan yang dibuat sebelum peraturan ini dikuatkuasakan. Agak-agaknya jika ia dipratikkan, berapa banyakkah kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan ?

Pada saya satu kaedah yang lebih pratikal perlu dilakukan. Kebanyakan kaedah yang dikuatkuasakan tidak begitu pratikal. Pada saya banyak faktor yang boleh diperbaiki seperti keadaan jalan raya dan lebuh raya yang tidak mengikut spesifikasi. Contohnya jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Jika anda melalui jalan ini, perhatikan berapa banyak jalan yang sedang diperbaiki sedangkan lebuhraya PLUS yang sudah berpuluh tahun digunakan jarang sekali berlakunya pembaikan besar-besaran seperti yang dilakukan oleh LPT. Sedangkan LPT baru sahaja berapa tahun dibuka hampir tiap-tiap hari pembaikan dilakukan.

Begitu juga dengan keadaan jalan raya LPT itu sendiri. Jika anda melalui jalan ini sewaktu hujan lebat atau hujan renyai, anda akan dapat melihat pastinya ada kereta yang terbabas dikiri kanan jalan. Yang paling malang sekali banyak tempat yang air melintas dan menyebabkan kereta anda hilang keseimbangan.

Wal asal balik asal, diharapkan peraturan yang diguna pakai boleh memberi manfaat kepada semua pihak dan bukan semata-mata kerana mengikut kehendak menteri sahaja. Kasihanilah rakyat marhaen di bawah ini. Tanyalah Menteri-menteri adakah mereka akan menggunakan tali pinggang belakang apabila menaiki kereta mereka? Atau mereka tahu mereka tidak mungkin disaman di negeri Malaysia Boleh ini?

Wednesday, November 26, 2008

Kita Takut Akan Kebenaran ?

Menarik juga jika membaca berita malaysiakini pada hari ini yang melaporkan tajuk Ahli PAS batal usul kawal arak.

Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik.

Mohd Termizi Ismail, anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, asalnya berhasrat membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat bulanan pagi semalam.

Bagaimanapun, sehingga akhir mesyuarat tengah hari semalam, perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Termizi berkata, beliau membatalkan hasratnya itu setelah menimbangkan maklum balas rakan-rakannya yang bimbang usul yang bakal dibawanya dibesar-besarkan sehingga boleh mencetuskan kontroversi.

Lagipun, kata aktivis PAS kawasan Kota Raja itu, cadangannya telah dilaporkan media dengan meluas dan semua pihak telah mengetahuinya.

Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras.

Dalam kertas cadangan itu, kini tersebar meluas di kalangan media, Mohd Termizi mencadangkan:

bullet buttonarak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas,

bullet buttonkaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal.

bullet buttonMPK melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak.

Mengesahkan kertas cadangan yang beredar meluas itu, Mohd Termizi bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana ia boleh jatuh ke tangan media.

Untuk kebaikan semua pihak, tambahnya, beliau membenarkan media menerbitkan cadangannya itu.

Mohd Termizi berkata beliau sentiasa konsisten menyuarakan cadangan ini sejak 2006, sewaktu cadangannya diserahkan kepada seorang exco kerajaan Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil.

Akhbar-akhbar itu juga membayangkan wujud gerakan di kalangan ahli-ahli PAS yang menduduki majlis PBT di negeri itu untuk memperkenalkan dasar itu setelah ditolak oleh mesyuarat exco kerajaan bulan lepas.

Susulan kontroversi itu, menteri besar Selangor petang semalam berkata "semua keputusan di peringkat PBT mesti selari dengan keputusan yang dibuat oleh exco negeri".

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menambah, mesyuarat exco hanya memutuskan meningkatkan penguatkuasaan dengan melarang penjualan alkohol kepada mereka bawah 18 tahun dan kepada masyarakat Islam.

Sehubungan itu, katanya lagi, PBT yang telah membuat keputusan berkenaan hal itu seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diminta menangguhkan dasar membataskan jualan minuman keras sehingga diputuskan oleh kerajaan negeri.

Rundingan dengan PBT, NGO, peniaga dan jabatan kerajaan akan diadakan awal tahun depan sebelum keputusan lanjut tentang perkara itu diambi, tambah Abdul Khalid.

Berita sumber : Malaysiakini.

Baca sekali macam tiada apa-apa. Tapi dua kali baca ada persoalan yang muncul di benak. Jika memetik perenggan pertama sebab usul ini tidak dibentangkan kerana tidak mahu menjadi isu politik agak sedikit dangkal. Maafkanlah saya yang tidak pandai sifir politik ini mungkin salah anggap dari sudut orang politik, tapi sebagai orang biasa saya merasakan ini adalah satu kegagalan kepada kita untuk menyatakan kebenaran.

Yang pertamanya, kita membentangkan usul ini di dalam mesyuarat PBT. Bukan di dalam mesyuarat kerajaan negeri. Setuju atau tidak itu perkara kedua. Jika ditolak pun tidak mengapa kerana kita telah memberikan cadangan.

Yang kedua, cadangan yang dikemukakan amatlah baik. Walaupun boleh diperbaiki serba sedikit. Saya amat menyokong cadangan supaya kaunter khas dibuka bagi tujuan menjual arak ini. Sudah pastinya kaunter ini dijaga oleh yang bukan Muslim, sekaligus menyelamatkan anak-anak kita dari terlibat dalam penjualan arak ini.

Yang ketiganya, mungkin tidak perlu kita menyekat arak ini di peringkat bawahan dahulu tapi mungkin saja kita boleh mencadangkan supaya kerajaan negeri menghadkan pengeluaran di kilang-kilang arak. Umumnya kita mengetahui kilang arak terbesar berada di negeri Selangor ini. Eloklah kita cadangkan supaya pengeluarannya dikecilkan beransur-ansur dan seterusnya ditutup terus.

Umumnya, golongan bukan Islam juga turut menyokong akan penghadan penjualan arak ini. Kita boleh mengambil contoh semasa zaman Rasulullah sallahualaih wasalam. Arak diharamkan secara beransur-ansur dan penuh kebijaksanaan. Tiada isteri menginginkan seorang suami yang kaki botol. Arak juga bukanlah budaya di dalam kehidupan masyarakat Cina dan India.

Malangnya, langkah pertama untuk menyuarakan supaya arak diharamkan pun - kita sudah gagal. Belum lagi ke tahap yang lebih besar. Seharusnya saranan ini dibincangkan bersama-sama ahli di dalam pakatan rakyat. Kelihatannya kini walaupun dalam kerajaan negeri yang sama, tetapi masing-masing tidak berinteraksi antara satu sama lain.

Jika saranan ini dapat diterima oleh ahli pakatan yang lain, tugas ini akan menjadi sedikit mudah. Orang yang tahu rasional penjualan arak ini akan menerimanya walaupun dia bukanlah seorang yang muslim. Mungkin juga cadangan penghadan jualan ini dibuat di tempat-tempat di Selangor yang mempunyai majoriti umat Islam terlebih dahulu.

Saya bersetuju dengan Ustaz Wan Ji bahawa exco Pas perlu bersedia untuk berhujah dalam isu ini. Janganlah kerana takut dikata, maka mulut kita terkunci. Kebenaran perlu dinyatakan walaupun pahit. Jika tidak, lebih baik kita tukar motto parti dan arah perjuangan kita. Sesungguhnya terlalu ramai fikiran-fikiran yang baik di dalam parti yang boleh di brain storming bagi memberi penerangan di dalam hal ini. Janganlah kita kalah sebelum berjuang. Janganlah kerana takut kehilangan kuasa maka kita mengadai prinsip kita.

Tuesday, November 25, 2008

Mereka Itu Pejuang Bahasa Melayukah?

Kecoh lagi satu Malaya. Kali ini yang dapat penangannya kerajaan DAP Pulau Pinang. Maka berteriaklah seluruh mereka-mereka itu diseluruh negara. Dah melampaui bataslah, dah melanggar pelembagaanlah, dah merendah-rendahkan bahasa sendirilah dek angkara pemasangan papan tanda pelbagai nama oleh kerajaan negeri di kawasan tapak warisan Georgetown. Baca di sini sebagai pelbagai nama - bukannya tidak menggunakan bahasa Melayu terus. Maka melompat sakanlah mereka-mereka itu sambil tepuk-tepuk meja dan hantuk-hantuk kepala mereka sendiri.

Marah sungguh mereka-mereka itu. Ini bukan budaya kita. Budaya kita memartabatkan bahasa Melayu senusantara. Getus mereka-mereka itu dengan berangnya. Tapi seribu kali sayang. Meludah ke langit terpalit ke muka sendiri. Menang sorak tetapi kampung sendiri tergadai. Usahlah berdegum-degam dengan apa yang orang lain lakukan, tetapi dalam masa yang sama mereka-mereka itu sendiri yang memperlekehkan bahasa mereka sendiri.

Buktinya sehingga sekarang, matapelajaran sains dan matematik di ajar di dalam bahasa Inggeris. Ke mana hilangnya bahasa Melayu. Walaupun pelbagai pihak dan ahli-ahli bahasa telah mendesak kementerian pelajaran untuk mempercepatkan proses pembelajaran di ajar semula dalam bahasa melayu tetapi prosesnya terlalu lembap dan perlahan. Dan dalam masa yang sama cuba menunjukkan bahawa bahasa Inggeris keputusannya dalam peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar semakin meningkat untuk menunjukkan betapa berkesannya program mereka itu.

Merekalah orang yang kurang ajar. Merekalah orang yang memijak-mijak bahasa mereka sendiri. Mencampakkannya terus masuk ke lubang jamban. Dan apabila di lihat sesuatu yang bakal memberi keuntungan dalam perjuangan politik mereka, maka bersorak-soraklah mereka kononnya sebagai pejuang bahasa dan bangsa. Ke mana kamu campakkan bahasa Melayu dan bahasa jawi? Berapa ramai yang telah kamu berjaya butakan daripada dapat membaca tulisan jawi dan Al-Quran itu sendiri?

Ternyata mereka ini buta kayu dan buta sejarah. Tahap lakonan yang buruk lagi menjijikkan. Sudah-sudahlah dengan lakonan kayu itu. Jika kamu ikhlas dengan perjuangan bangsa dan bahasa, letakkanlah kembali bahasa itu ke tempat yang sepatutnya. Orang yang mencampakkan bahasa kita ke martabat yang serendahnya itulah kamu dan bukan orang lain. Ikhlas sangat lah kamu itu yang kononnya membela bahasa Melayu tetapi dalam masa yang sama mengorbankan anak bangsa sendiri atas nafsu serakah kerana kononnya bahasa Melayu itu tidak sesuai digunakan untuk mengajar Matematik dan Sains. Tanya Menteri Pelajaran itu sendiri, berapa lama dia belajar di dalam negara? Banyak di luar negara atau dalam negara?

Hentikanlah perangai pening-pening lalat dan langau mereka-mereka itu. Jika mereka-mereka itu ikhlas maka muhasabahlah diri mereka-mereka itu sendiri. Tidak usahlah mempergunakan media-media untuk mengelirukan rakyat marhaen yang sememangnya telah terkeliru. Sesungguhnya bahasa itu jiwa bangsa, hilang bahasa maka tiadalah jiwa bangsa itu.

Monday, November 24, 2008

Politik oh Politik

Sesungguhnya menulis itu bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya bila kadang-kadang terjadinya simpton yang dipanggil 'writer's block'(betul ke idak ya istilah ini). Penulis kadang-kadang hampir jemu melihat akan keadaan suasana politik yang 'renyok herot' (istilah orang Terengganu - tak betul/tonggang terbalik) yang mewarnai suasana politik di negara kita ini.

Sepatutnya apabila tamat siri pilihanraya yang memenatkan, agenda yang perlu ditumpukan adalah kebaikan untuk golongan rakyat marhaen semata-mata. Namun suasana ini kelihatannya telah hilang sejak dua menjak ini. Sini sana sibuk cerita perihal keburukan orang itu, keburukan orang ini. Orang itu tidak betul, orang ini serong. Seolah-olah yang melaporkan dan mereka yang menulis itulah yang betul-betul belaka dan orang lain semua tak betul-betul belaka.

Tidak ada manusia yang maksum di dunia ini kecuali para-para anbiya. Begitu juga tiada manusia yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali para-para nabi. Tidak kira parti pemerintah atau parti rakyat kedua-duanya perlu berlapang dada. Apakah berdosa kiranya jika mereka bekerjasama dalam hal-hal tertentu untuk kebaikan rakyat.

Ini tidak! Isu yang sensitif ditambahkan sensitifnya. Isu yang kecil diperbesarkan. Yang besar lagilah, ibarat bola tanggung. Yang menderitanya adalah rakyat marhaen. Pening dan confuse. Mana satu yang betul, mana satu yang salah. Nak sokong kerajaan ke nak sokong pembangkang. Ada negeri yang itu jadi pemerintah tapi negeri lain jadi pembangkang, ada negeri lain yang ini jadi pembangkang tapi negeri lain jadi pemerintah.

Maka, sedarlah kita. Kebanyakan mereka hanya sibuk berfikir macam mana nak kenyangkan perut masing-masing. Macam mana nak hidup senang melalui kuasa. Macam mana nak tunjuk kuasa kepada orang yang tiada kuasa. Maka, hendak tak hendak kepada rakyat-rakyat dan mereka-mereka itu kembalilah kepada ke pangkal jalan. Kembali kepada Al-Quran dan sunnah, insya Allah tiada lagi kekeliruan. Bila sudah kembali ke pangkal jalan dan peganglah kepada ia sekuat-kuatnya. Insya Allah tidak akan pening dan sesat lagi. Atau tulisan kali ini mengelirukan pembaca-pembaca?

Tuesday, November 18, 2008

Betapa Mereka Mendapat Rezeki Di Sisi Tuhan Mereka

Allah swt. berfirman :
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.” (QS Ali Imran, 3: 169)

Mungkin berita kematian ketiga-tiga saudara kita ini umumnya telah diketahui dan tersebar luas di negara kita, namun tidak kurang juga ada di antara umat Islam dalam masyarakat kita yang langsung tidak memperdulikan atau mengambil tahu akan peristiwa yang penting ini.

Mungkin agak terlambat entry ini ditulis, namun masih adakah sedikit keprihatinan kita sesama muslim khususnya terhadap nasib saudara-saudara kita di tempat lain. Mungkin ramai yang masih meragui adakah saudara-saudara kita yang dihukum mati di Indonesia iaitu Imam Samudera, Amrozi dan Ustaz Mukhlas kerana dikatakan terlibat dengan pengeboman di Bali.

Kepada mereka yang masih ragu-ragu dan sangsi maka marilah kita melihat bukti-bukti yang jelas mereka diberikan rezeki di sisi tuhan mereka. Tidak sedikit sejarah membuktikan pejuang-pejuang Islam yang berani gugur syahid di tangan pemerintah-pemerintah dan penjajah yang zalim lalu dituduh mereka ini dengan gelaran pembelot, pengkhianat, penderhaka dan pelbagai-bagai gelaran yang lain lagi.

1. Ketenangan dan senyuman yang dipancarkan dari jenazah mereka.


Jenazah Imam Samudera. Begitu tenang seperti orang yang sedang tidur lena.







Jenazah Imam Mukhlas tersenyum sambil mata yang terbuka tenang








Jenazah Amrozi yang juga begitu tenang dengan gigi yang tersusun rapi









Pernahkah di antara kita melihat jenazah-jenazah yang memiliki wajah-wajah yang setenang mereka ini. Adakah sesuatu perkara yang dijadikan Allah itu satu perkara yang sia-sia.

2. Kehadiran burung hitam di rumah Amrozi dan Mukhlas




Burung-burung yang belegar-legar di langit ini menyebabkan ribuan para hadirin yang hadir bertakbir. Burung-burung ini mempunyai leher yang panjang dan jelas bukannya burung gagak.

3. Kalimah Allah di langit
Selepas burung-burung yang berlegar-legar di rumah Amrozi dan Ustaz Mukhlas beredar, tidak lama selepas itu terbentuk kumpulan awan yang membentuk kalimah Allah di atas bumbung rumah. Adakah ia satu kebetulan ?


4. Bau-bauan yang wangi dihidu oleh pengunjung-pengunjung semasa mengunjungi jenazah mereka sekalian
Ramai pengunjung terbau akan bau-bauan yang wangi yang tiba-tiba muncul sewaktu kain penutup keranda dibuka. Ketika jenazah Ustaz Mukhlas dibuka terlihat titis-titis keringat dari wajah Allahyarham. Begitu juga darah masih lagi terus-menerus keluar dari bekas-bekas tembakan di badan mereka.

5. Petikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abu Bakar Basyhir



Lagi berita boleh dibaca di :
Al-Husseyn & Muslimdaily.net

Monday, November 10, 2008

Perjuangan Belum Selesai

Mungkin ramai yang menarik nafas kelegaan kerana buat pertama kalinya seorang tahanan ISA berjaya dibebaskan dengan perintah makhamah. Mungkin saya tersilap, tetapi saya rasa inilah julung kalinya kuasa makhamah berjaya memberikan hak yang sepatutnya kepada seorang tahanan ISA iaitu Raja Petra. Dan alsebab itu, maka Raja Petra telah berjaya dibebaskan.

Sumber gambar : Laila

Namun, kita jangan lupa. Raja Petra bukanlah seorang sahaja penghuni akta yang paling zalim dalam dunia ini iaitu ISA. Mungkin ramai penyokong parti pemerintah tidak setuju dengan pendapat ini atas seribu satu alasan yang menyebabkan akta ini perlu dipertahankan demi kestabilan negara. Biarpun ia tidak pernah digunapakai oleh Rasulullah dan langsung tiada di dalam Al-Quran namun ia terus dipertahankan. Sejarah kezaliman akta ini yang hanya berbeza pada nama sering tercoret pada pemerintah-pemerintah kuku besi dan zalim.

Bayangkan sahaja jika yang ditangkap itu adalah kita. Tidak berpeluang untuk mengetahui apakah kesalahan yang menyebabkan kita ditahan. Tiada peluang untuk mengambil peguam dan membela diri di makhamah. Di tahan tanpa sebab sehinggap bertahun-tahun. Anak-anak dibiarkan tanpa pembelaan, ibu kehilangan suami tempat bergantung. Sehingga ada yang mencecah sehingga 7 tahun. Jika dibebaskan sekalipun, ketidaktentuan akan melanda kerana orang yang ditahan akan disenaraihitamkan seperti penjenayah dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan kembali pekerjaan mereka.

Ke manakah simpati kita kepada mereka. Apakah penganiayaan ini akan berjalan sehingga bila-bila? Mengapakah nasib mereka begitu berbeza dengan layanan yang diberikan kepada Razak Baginda yang masih lagi mampu tersenyum kerana bebas dari sabitan kesalahan. Untuk membaca rintihan seorang isteri yang suaminya ditahan langsung selama 7 tahun di Kamunting, boleh membacanya di blog Laila di sini. Kepada Laila, kami sentiasa mendoakan semoga setiap orang yang dizalimi di bawah akta ISA akan dibebaskan. Kepada pemerintah, hentikanlah kebobrokan ini. Lemparkanlah secebis simpati kepada mereka yang tidak bersalah.


Thursday, November 6, 2008

Apa Dah Jadi Di Selangor?

Kalau baca surat khabar Utusan Meloya, Berita Hairan dan lain-lain media massa yang sewaktu dengannya maka berdegum-degamlah dengan berita-berita yang tak sedap di baca tentang negeri Selangor. Maka macam-macam isulah yang tak terlepas dek pandangan mereka seolah-olah zaman Khir Toyo di Selangor dahulu memang maju dan bersih dari masalah dan segala korupsi.

Memang tak boleh di salahkan mereka seratus peratus. Yang nyatanya wartawan-wartawan menulis berita yang betul, tapi editor-editor mereka akan mengedit berita-berita yang demikian menjadi kurang betul. Dan memang kita dari dulu lagi dah tahu perkara-perkara sedemikian dan beberapa kali dah boikot media-media massa berkenaan.

Namun persoalan yang timbul dalam benak penulis kini adakah semua gosip-gosip atau berita-berita yang ditulis itu tidak benar. Setakat ini, belum lagi ternampak sifat-sifat positif kerajaan Selangor yang lebih mesra rakyat. Belek sahaja blog-blog di internet, macam-macam rungutan tentang menteri Besar Selangor yang baru dan exco-exco. Penulis pun tidak mahu memanjangkan sangat perkara-perkara sedemikian. Tapi tindakan itu perlu bagi menidakkan apa yang didakwa media massa tersebut.

Yang penting ambillah iktibar. Ubahlah sikap-sikap exco dan menteri besar. Rakyat kita bukan lagi teringin berkempen, tapi sekarang memandang ke hadapan untuk Selangor yang lebih baik. Kalau rasuah dan korupsi dapat dikurangkan - Alhamdulillah. Tapi macam mana dengan seribu satu persoalan rakyat yang membebankan mereka. Sememangnya Selangor menjadi kunci utama samada pakatan rakyat dapat merampas Malaysia pada PRU-13 atau tidak. Jika baik keputusannya, maka baiklah perolehannya. Jika buruk keputusannya, sampai bila-bilalah rakyat dijajah oleh Umno dulu, kini dan selamanya.

Antara isu yang dah lama timbul tapi nampaknya seakan-akan tenggelam timbul dan tidak sama macam janji pakatan rakyat dahulu adalah isu rumah terbengkalai. Seingat penulis, antara manifesto yang dicanang-canangkan oleh pakatan rakyat selangor adalah untuk menyelesaikan isu ini. Namun, sehingga kini belum lagi benar-benar satu isu perumahan yang berjaya diselesaikan. Kalau ada silalah mana-mana pihak timbulkan kepada pihak kami. Di bawah mari berkongsi satu permasalahan oleh penduduk Desa Kerayong Indah. Itu belum termasuk lagi isu rumah penulis sendiri yang terbengkalai di Puchong tak tahu bila siapnya :-

Surat terbuka untuk pakatan rakyat

Pembeli-Pembeli Rumah Terbengkalai,
Desa Kerayong Indah
Mukim Jeram
Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
e-mail :desakerayongindah@gmail.com
URL : http://desakerayongindah.blogspot.com

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dato’ Seri Paduka Wan Azizah Wan Ibrahim
Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dato’ Seri Haji Abdul Haji Bin Haji Awang,
Presiden, Parti Islam seMalaysia (PAS)

Blogger-Blogger,

Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Per : Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat

Merujuk kepada perkara di atas, kami seramai lebih daripada 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk meyelesaikan masalah kami ini.

Berikut adalah
Kronologi ringkas tentang permasalahan yang kami alami :-
  • 1999 – Mendapat surat tawaran Pemilikan Rumah Terancang (Desa Wawasan) daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.
  • 2002- Pemaju gagal menyerahkan kunci rumah seperti yang dijanjikan.
  • 24 April 2007 – Kumpulan Pertama seramai 130 orang Pembeli Desa Kerayong Indah memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • 28 April 2007- Pilihanraya kecil Ijok dengan isu saman ini digunakan di dalam kempen pilihanraya sama melalui ceramah mahupun internet (Blogger).
  • 8 Mac 2008 – Pakatan Rakyat memenangi Piliharaya di Negeri Selangor.
  • 13 Julai 2008 – Menyerahkan surat rasmi di kediaman DSAI di Segambut, meminta untuk berjumpa dengan DSAI untuk merayu agar mempertimbangkan serta menyelesaikan masalah kami.
  • 13 Ogos 2008 – Menghubungi pejabat DSAI. Pembantu menjawab untuk menyiasat samada DSAI telah menerima surat tersebut.
  • 28 Ogos 2008 – Menghubungi Pejabat DSAI sekali lagi. Kali ini jawapan yang diberikan adalah tidak tahu dan meminta saya terus menghubungi PA DSAI Sdr Ibrahim Yaacob untuk bertanyakan tentang penyelesaian yang telah dibuat.
  • 2 September 2008 - PA DSAI meminta agar saya menghantar e-mail sekali lagi tentang isi kandungan surat tersebut.
  • 30 Oktober 2008 – Selepas menghubungi PA DSAI lebih dari sepuluh kali, serta janji-janji manis bahawa kami akan ditemukan dengan DSAI, SMS dihantar kepada PA Sdr Ibrahim Yaacob dan membatalkan sahaja pertemuan yang dicadangkan memandangkan telah terlalu lama (3 bulan) masa yang diambil untuk satu pertemuan antara rakyat dengan pemimpin.
Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail kepada saya memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.

Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.

Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.

Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?

YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan di meja rundingan. Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.

Malahan YAB Menteri Besar Selangor sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat dahulu dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.

Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?

Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?

Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Stadium Sukan Kuala Selangor kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami.

Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:15 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?

Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.

Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami.

Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Wassalam
Rakyat yang teranaiya.
Desa Kerayong Indah.

Link :-
1. No2umno
2. Tranungkite

2. Pas Bukit Sentosa 2

Thursday, October 16, 2008

Tazkirah Jumaat

Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi :-

Dalam beribadat, kita mesti :-

1. Percaya, yakin & merasai amalan kita adalah taufik dan hidayah dari Allah. Jangan sampai kita merasa sombong dan takbur kerana dirasakan banyaknya amalan kita itu.

2. Berniat agar mendapat keredhaan Allah. Dengan berniat sedemikian moga-moga Allah memelihara kita dari takjub, ujub dan membanding-bandingkan amalan atau pahala kita dengan orang lain.

3. Setiap yang dilakukan mestilah niatnya kerana Allah Taala supaya tidak menyebabkan berlakunya riak.

Al-Kisah..

Sambil-sambil mencari idea. Terjumpa pulak sebuah blog yang memang bagus untuk dibuat rujukan satira rakyat. Di bawah disertakan satu wawancara khas yang memang dapat mencuit hati dan perut. Untuk lain-lain satira boleh klik di sini


Wawancara ini di antara sebuah robot dan seekor ayam.


Assalamualaikum
waalaikum salam

boleh terangkan serba sedikit tentang diri saudara?
saya seekor ayam, makanan kegemaran saya adalah rumput dan dedak,

bagaimana dengan aiskrim, saudara suka aiskrim?
tidak. tetapi saya suka ulat dan cacing.

mungkin saudara boleh terangkan asal-usul saudara pada para pembaca kita?
saya berasal dari telur. Sekarang ini saya tinggal di dalam reban.

Sudahkah saudara berkeluarga?
Sudah.. sudah... saya ada 5 ibu ayam dan 27 anak ayam

Tahniah! Mereka sudah bersekolah?
Ayam mana ada sekolah? Mereka sedang makan tanah

Tidakkah saudara mahu masa depan anak-anak lebih cerah jika mereka ke sekolah??
Cerah macam mana tu?

Ilmu pengetahuan boleh diguna untuk menaikkan taraf hidup mereka..
sebagai resmi ayam, kami tidak berapa fikirkan tentang masa depan sangat

jika mereka bersekolah mereka boleh mendapat kerja yang baik
encik ni waras ke? kalau mereka kerja, apa yang boleh mereka dapat?

mereka boleh mendapat wang.. kehidupan mereka akan menjadi lebih senang
cuba encik fikir, orang yang bekerja atau ayam yang hidup senang?

bagaimana saudara menghabiskam masa lapang saudara?
selain daripada mengais tanah, saya suka berkokok dan berjalan mundar-mandir

Saudara sering berhubungan dengan ayam-ayam lain?
mereka buat hal mereka sendiri. kami berbual juga kadang-kadang, sambil berkokok..

negara kita akan menyambut merdeka tak lama lagi, apa pendapat saudara?
saya tidak berapa kisah, kami ayam tidak diberi taraf kerakyatan di negara ini.

sebagai kata penutup,mungkin saudara ada kata-kata mahu disampaikan kepada para pembaca kita?
Hmm... kena daku dalam doamu?

terima kasih kerana sanggup meluangkan masa bersama kami...
sama-sama..

Untuk lebih banyak cerita boleh ke sini .

Tuesday, October 14, 2008

Minyak turun lagi... La la la...

Macam biasa lah. Sekarang musim minyak turun. Tapi harga barang tak turun-turun. Semalam dikhabarkan turun lagi sebanyak 15 sen. Maknanya kalau dulu harga RM 2.45 kini harga baru RM 2.30. Tolak campur RM 2.30 - RM 1.92 = 38 sen. Mak ai. Banyak lagi tu beza dia. Sedangkan di dada-dada akhbar dikhabarkan harga minyak dunia turun pada kadar yang terendah.

Tapi terlebih dahulu, terima kasih kepada Pak Lah. Tapi sebagai rakyat marhaen, kami mengharapkan kalau boleh harga minyak turun sampai kepada RM1. Yang pasti kami akan puji Pak Lah melangit tinggi. Tapi kalau pada harga sekarang, masih lagi menyeksa jiwa dan raga. Dalam pada rakyat menaruh harapan yang tinggi untuk bertukar kerajaan - kehampaan jelas terbayang. Kini tumpuan tertumpu pula kepada pertukaran kuasa daripada Pak Lah kepada Najib.

Harapan kami turunlah lagi harga minyak. Harga minyak dunia dah turun, jadi tak ada alasan lagi untuk kerajaan terus membebankan rakyat. Sudah lah pak Lah! Sudahlah. Seeloknya harga minyak itu diturunkan pula kepada kadar yang terendah. Sudah tentu rakyat marhaen akan menghargai jasa Pak Lah kepada negara buat kali yang terakhir.

Friday, October 10, 2008

Malang Terus Menyelubungi

Awan mendung terus menyelubungi bumi Malaysia. Begitu juga mega hitam yang entah dari mana datangnya. Kebal menyelubungi bumi bertuah ini dan seolah-olah tidak mahu berganjak pergi. Entah di mana silapnya, satu demi satu bala terus memunculkan diri. Seolah-olah satu hukuman mati daripada Illahi. Yang mati datang sebelum mati yang sebenar.

Dah confuse? Tak payah la confuse. Kalau melihat senario politik tanahair pada hari ini dengan coretan di atas, ia berkaitan antara satu sama lain. Cuba bayangkan di satu hari yang tak berapa dingin, Najib Tun Razak dilantik sebagai seorang Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin pula dipilih sebagai ketua pemuda Umno. Alahai. Malang sungguh nasib diri ini. Tiada lagi kah manusia amanah di bumi ini yang boleh dipilih sebagai seorang calon ketua daripada mereka yang berdua ini.

Najib dan Altantuya begitu sinonim sekali. Seolah-olah irama dan lagu. Begitu juga Najib dan C4. Begitu akrab. Tidak mungkin dalam fikiran saya dapat dipisahkan keduanya. Namun, dalam keadaan demikian beliau begitu bernasib baik. Akan memegang jawatan Perdana Menteri yang akan menjaga kebajikan 22 juta rakyat Malaysia. Apakah beliau dapat menjaga kebajikan kami atau ramai lagi rakyat Malaysia yang akan dihadiahkan dengan C4 suatu masa nanti. Hati ini menangis. Mungkin juga zaman pemerintahan Pol Pot yang kejam di kampuchea akan berulang di negeri ini nanti.

Khairy pula begitu sinonim dengan label penjual harta karun negara. Bumi mana yang mungkin mampu digapai tidak ingin dijualnya. Begitu juga syarikat-syarikat besar negara. Mana mungkin dibiarkan begitu sahaja tanpa sedikit sebanyak cuba dikikisnya sehingga ada sedikit sebanyak bahagian yang akan masyuk ke dalam sakunya. Sebut sahaja Pantai Medical Center, Telekom Malaysia, ECM Libra dan sebagainya tidak akan terlepas dari genggamannya.

Betapa amanah yang diberikan kepada segelintir golongan pemimpin tidak kira kecil atau besar hanya dapat dinilai dengan wang dan ringgit semata-mata. Buktinya, nantikanlah drama-drama pencalonan di peringkat negeri dan bahagian yang sedang berlangsung ini. Kepada Pak Lah, selamat berehat. Rakyat amat menghargai kesudian Pak Lah untuk mengundurkan diri supaya keadaan negara ini tidak menjadi lebih parah lagi. Marilah kita sama-sama berdoa supaya pemimpin-pemimpin akan datang adalah yang amanah dan menepati kriteria seorang pemimpin yang ditetapkan dalam Islam. Amin ya robal Alamin.


Tuesday, October 7, 2008

Mari Merenung..!!

Maka belum hilang jualah akan mood raya aidilfitri di setiap pelusuk bumi nusantara ini. Raya yang biasanya dahulu disambut sekadar dua ke tiga hari kini, telah dilanjutkan sehingga ke sebulan. Maka jadilah bulan Syawal itu bulan raya adanya. Dan tiada jua akan anak-anak adam menjadikan bulan Syawal itu akan bulan muhasabah diri. Yang mana setelah perginya satu bulan yang penuh keberkatan setahun sekali iaitu Ramadhan Al-Mubarak, maka tertutup jualah biasanya hati-hati anak Adam untuk kembali beristiqamah menjalankan ibadat yang telah ditunaikan selama ini.

Wah! Tuan empunya diri dah kembali. Terasa senang dan agak seronok di hati. Dapat kembali mengetuk-ngetuk kepingan keyboard ini. Untuk kembali berkongsi pandangan dan rasa hati. Kadang-kadang menegur mana yang perlu di samping menginsafi kembali amanah besar yang dipikul diri kita sebagai manusia makhluk terbaik ciptaan Ilahi.

Mesti ramai yang masih dalam mood raya. Terbawa-bawa sampai ke hari ini. Tak terkecuali diri ini sendiri. Almaklumlah, kebetulan minggu ini adalah minggu pertama masuk kerja. Mungkin ada yang sudah mula untuk berpuasa sunat Syawal, syabas diucapkan! Yang baru nak start - sila-silakanlah. Yang qadha puasa, selamat menqadha'kan puasa.

Hari ini nak ajak kita bermuhasabah diri sedikit. Agaknya berapa ramai lagi antara kita sedikit merasa hiba. Ya, hiba dan sedikit kesedihan walaupun sekelumit cuma. Pemergian Ramadhan diratapi. Dengan hati yang tulus dan ikhlas, adakah kita sudah mencapai objektif Ramadhan itu sendiri. Yang mana taqwa adalah objektif utamanya. Adakah kita berjaya mencapai taqwa itu, ataupun hanya sebutan di bibir tanpa secebis penghayatan.

Teringat satu hadis yang menyatakan amat malangnya bagi kita jika Ramadhan meninggalkan kita tetapi tiada title taqwa diperolehi oleh kita. Malang, sungguh malangnya kita. Apakah ukuran taqwa itu. Apakah terdapat secebis taqwa terlekat di hati kita?

Mungkin kita boleh menoleh kebelakang. Seminggu sebelum kita menyambut syawal. Apakah yang telah dilakukan oleh diri kita. Mungkin diri kita sedang bergembira. Kerana setiap malamnya kita dapat bertarawih di masjid-masjid. Yang mana terawih itu hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Namun, hari ini. Bulan ini, adakah kita terlupa akan masjid itu. Terlupa akan suara iman yang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran yang merdu. Lupa untuk singgah ke rumah Allah ini, setelah sebulan kita bertungkus-lumus memenuhinya dengan pelbagai ibadat yang dilipatgandakan oleh Allah khusus pada bulan Ramadhan sahaja.

Selama ini mungkin bulan Ramadhan ini, tv-tv di rumah kita asyik mendendangkan tazkirah Ramadhan sahaja. Mungkin sibuk dipendengarkan dengan bacaan-bacaan tadarus Al-Quran, solat sunat Terawih di Masjidil Haram. Namun, kini semuanya telah berubah. Masuk sahaja satu Syawal, kita sibuk berhimpun di hadapan televisyen. Kerana menantikan rancangan-rancangan yang menarik sepanjang hari raya. Lantas tetamu yang datang bertandang pun dijemput sekali. Menyertai kita menyaksikan rancangan-rancangan ini.

Sepanjang Ramadhan kita menjaga solat kita. Setiap waktu, kita pastikan sentiasa menepati masa. Pentingnya sembahyang berjemaah itu. Namun, masuk sahaja satu syawal kemanakah perginya itu. Sudah pasti pada hari raya pertama, masjid-masjid akan lengang sahaja. Kemana jemaahnya pergi? Semuanya sibuk bertandang ke rumah-rumah saudara. Jika berjemaah di rumah Alhamdulillah. Tetapi kalau waktu yang dijaga itu diluputkan sahaja, kemana mungkin tarbiah yang telah sebulan dilaksanakan kita?

Bagaimana pula tahap kesabaran kita? Yang selama ini cuba kita pupuk sepanjang Ramadhan ini. Apakah kita mampu bersabar terhadap kesesakan yang dihadapi sepanjang bertandang ke rumah saudara-saudara. Atau hampir berbakul-bakul maki hamun tersembur didepan anak-anak sepanjang perjalanan tersebut.

Tamat dulu bahagian pertama selepas raya. Mungkin bersambung lagi di esok hari ini. Sekadar untuk renungan diri dan saudara-saudari. Salam Syawal dan seribu kemaafan.

Friday, September 26, 2008

Lawak Nujum Pak Belalang!

Sumber : TopengSakti

Mari kita sama-sama merenung perlilaku ahli nujum. Walaupun mungkin lawak, sama-samalah hayati mesej yang disampaikan.

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah

dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PAS..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PAS..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PAS makin tinggi kedudukannya. ..


'Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PAS..??

'Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PAS dan yang lari itulah UMNO..

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??

'Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PAS hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !


Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang,Apa itu..???

'Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..! !'

'Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara daribilangan ahli UMNO yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar danlihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...


Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???

'Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya.. .

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???

'Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !

Tukang Soal : 'Buktikan!!

'Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...''Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Soalan Extra Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????

'Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'


KAH..KAH..KAH...LU FIKIR LA SENDIRI>>nabil cakap

Tuan rumah mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua-semua pengunjung. Semoga Ramadhan ini paling bermakna buat diri kita.

Tuesday, September 16, 2008

Masa Untuk Bermusahabah

Sedar tak sedar, kita sudah hampir sampai ke separuh daripada bulan Ramadhan yang mulia. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita meraih akan segala tawaran berganda yang menunggu. Namun, berapa orang Islam pada hari ini yang masih leka dengan tawaran dunia kerana Ramadhan mengurniakan rezeki yang berlimpah ruah. Rezeki yang berganda yang diperolehi setahun sekali ini digunakan secara maksimum bagi memperolehi keuntungan perniagaan yang berkali ganda.

Jadi tidak salahnya untuk kita bermusabah kembali akan keadaan puasa kita selama 14 hari yang telah dilalui ini. Artikel ini diubah daripada tazkirah Ramadhan yang diberi oleh Ustaz Rahim Nasir. Jadi marilah kita sama-sama berkongsi isi kandungan yang mungkin bermanfaat bagi kita.

Mari kita menyusuri kembali apakah kita telah melakukan perkara-perkara berikut :-
1) Sahur - Adakah kita menekankan kaedah sahur ini. Mungkin ada di antara kita yang tidak perlu bersahur dan tidak menghadapi puasa

2) Melewatkan makan sahur

3) Menyemak balik sedekah kita, zikir dan tadarus Quran kita. Penyemakan dibuat supaya berlakunya pembaikan.

4) Mengelakkan pembaziran - ini ramai tahu, tapi ramai yang tak buat.

5) Menyegerakan berbuka puasa - Ini ramai yang buat tanpa perlu diberitahu.

6) Berbuka dengan tamar. Sebaiknya makan dalam jumlah yang ganjil.

7) Membaca doa sebelum dan ketika berpuasa. Saat doa paling mustajab adalah berhenti sejenak ketika berbuka dan berdoalah.

8) Jangan malas dan jangan jemu untuk berdoa. Allah tidak pernah jemu untuk mendengar doa hamba-hambaNya. Doa nabi Ibrahim terhadap Firaun diriwayatkan oleh sesetengah ulamak diperkenankan oleh Allah selepas 50 tahun.

9) Cara berdoa yang betul adalah dengan bercerita terlebih dahulu tentang permasalahan kita. Selepas itu barulah disebutkan doa kita.

10) Jangan banyak dikomentar tentang sesuatu ibadah. Jangan kita bising-bising mengapa masjid ini buat Tarawih 8 rakaat, di sini buat 20 rakaat. Buat sahaja mana yang termampu oleh kita.

11) Menjaga perkara wajib dan memperbanyakkan perkara sunat. Semoga Allah memberi kita kesihatan dan hendaklah kita berazam supaya Ramadhan ini menjadi yang terbaik dalam hidup kita.

Monday, September 15, 2008

Kenapa Jadi Begini Tok Pa?

Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’
15 09 2008

Tangan yang menyuap nasi itu masih perit merasa dipatuk ular UMNO yang pernah mengusir PAS dari BN sehingga Nik Aziz tinggal seorang diri di Dewan Rakyat. Sebab itu Tuan Guru tidak rela melihat PAS mengalami nasib yang sama.

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

CheGu Pa, pernah berkata Abangnya tidak ’sihat’. Abangnya pernah menyeru ahli PAS untuk masuk UMNO jika benar memperjuangkan Islam. Kini mungkin dia juga sudah tidak sihat kerana beria benar membantu mempertahankan UMNO dari tenggelam.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.
Dipetik dari : Kickdefella

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails