Kadang-kadang kita tak terfikir pun. Mengapa cuti hari Ahad hendak ditukar kepada hari Jumaat pula? Ada perbezaan apa-apakah? Selama ini hidup kita pun berjalan lancar sahaja. Lagipun bukankah semua hari-hari itu sama sahaja?
Sekali kilas nampak betulnya juga kan? Kita tidak pernah pun terfikir adakah hari itu mempunyai peranan yang besar dalam hidup kita. Angkara sikap kita yang sering terlupa dan kadang-kadang tak ambil cakna(peduli), kita sering terlepas banyak perkara-perkara besar yang nampak seperti kecil.
Sememangnya hampir semua orang mengetahui hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari bagi umat Islam. Dan kita pun mengetahuinya. Dan banyak saranan-saranan diselitkan di dalam khutbah-khutbah Jumaat. Antaranya supaya kita berpagi-pagian untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Begitu juga kita digalakkan membersihkan diri dan mandi sunat Jumaat sebelum ke Masjid.
Di dalam kitab-kitab pengajuan agama juga banyak terdapat bab kelebihan hari Jumaat. Mungkin satu hari nanti akan saya berkongsi kelebihan hari Jumaat ini. Terlalu banyak amalan yang besar pahalanya pada hari Jumaat. Lalu beruntunglah orang Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Lalu bagaimana kita yang bekerja di hari-hari negeri yang cuti umumnya bukan hari Jumaat?
Persoalannya dengan kesibukan kita pada hari Jumaat dengan urusan pejabat bagaimana ia mampu dilaksanakan. Tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh seorang Ustaz di sebuah masjid baru-baru ini. Beliau menceritakan segala kelebihan-kelebihan yang dinyatakan pada hari Jumaat begitu banyak sekali. Namun apa yang pada saya tidak kena apabila dia mencadangkan melakukannya apabila kita sudah pencen nanti. Mungkin niat beliau baik kerana rata-rata jemaah adalah pekerja kerajaan.
Namun adakah untuk beramal kita perlu menunggu sehingga pencen? Adakah untuk memuliakan dan melakukan segala pekerjaan yang begitu besar ganjarannya perlu kita menunggu selepas pencen. Apakah jaminannya nyawa kita tidak dicabut sebelum masa itu sampai?
Lalu disini muncul persoalan apakah cuti umum hari Ahad boleh ditukar kepada hari Jumaat? Sudah tentu jika ia ditukar kepada hari Jumaat, kita sebagai umat Islam dapat mengambil barakah dan kelebihan pada hari Jumaat.

5 comments:
Malaysia bukan orang Islam sahaja yang tinggal.Orang agama Kristian pun kena pergi Gereja pada Hari Ahad.
Anda harus ingat Malaysia ini bukan orang Islam sahaja yang tinggal. Kalau cuti Ahad ditukar kepada jumaat, bagaimana umat ugama Kristian hendak pergi ke Gereja sekiranya cuti Ahad ditukar kepada Jumaat.Kalau cuti Ahad ditukar kepada Jumaat, maknanya hari Ahad adalah hari bekerja.Kepentingan penganut agama lain juga harus dikaji untuk mengelakkan perkara buruk terjadi.
so,
mcmana pula selama ni org islam boleh bertoleransi?
islam adalah agama rasmi malaysia, adalah baik dihormati. sebagai mana agama lain di negara lain.
minta maaf. Anynomous satu, dua dan tiga ni orang yg sama ke?
Perlis - ditukar cuti ke Ahad oleh Shahidan Kasim padahal negeri tu kononnya mengamalkan Sunnah....
Semua angkara BN/UMNO.
Post a Comment