Asyik cerita pasal politik sahaja hari-hari, kita tukar topik sikit. Mari kita cerita pasal topik bahasa dan sejarah pula. Biasa keduanya tidak berkaitan, tapi kita kaitkan keduanya pada hari ini. Sebelum tu mari kita berkongsi 'penemuan' terbaru pasal sejarah Melayu. Dapat dari seorang rakan melalui Ustaz Hafiz semasa kuliah Maghrib baru-baru ini di Kajang. Beliau merupakan seorang pensyarah UPM dan telah berjaya menghasilkan beberapa buku mengenai sejarah Melayu di nusantara.
Pertamanya, mengapa sejarah itu penting? Pada masa ini, tidak ramai orang kita yang berminat tentang sejarah diri mereka, keluarga mereka malah bangsa mereka. Tidak ada apa-apa yang perlu di ambil berat mengenai sejarah sedangkan ia adalah perkara-perkara yang telah lama berlaku. Namun, tahukah kita. Seandainya kita tahu mengenai sejarah diri kita, keluarga kita dan bangsa kita - secara langsung kita akan mengetahui jati diri kita. Tahu siapakah diri kita, kekuatan bangsa kita dan dari mana asal kita.
Seringkali, orang melayu masa kini diperkotak-katikkan oleh bangsa mereka sendiri. Di perlekehkan oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang mengaku membela bangsa Melayu dari dulu, kini dan selamanya. Kita sering digelar dengan melayu mudah lupa, melayu bodoh, melayu ketinggalan dan pelbagai lagi. Tapi, sedarkah kita? Orang yang pertama mengelilingi dunia adalah orang Melayu. Melayu juga pernah mendirikan universiti di India dan orang Melayu juga pernah menghantar pejuang-pejuang Islam ke India untuk berperang dengan askar Jerman.
Andainya kita mengetahui bahawa satu masa dahulu kita adalah bangsa yang perkasa, bangsa yang bermaruah dan menguasai seluruh nusantara sebagai sebuah kerajaan Islam adakah kita akan merasa rendah diri seperti sekarang? Usahlah mengharapkan buku-buku teks sejarah sekolah yang mana hanya memperlekeh-lekehkan bangsa kita sendiri hasil daripada perancangan penjajah. Mengapa mereka begitu menekankan kelemahan bangsa kita? Kerana mereka tahu, andai kata bangsa kita bangkit setelah mengetahui jati diri sendiri maka sudah tentu kita akan bangkit untuk mengugat kekuatan mereka.
Berbalik kepada bahasa, buku sejarah kita sering memomokkan bahawa kedatangan Islam ke nusantara adalah kerana kedatangan pedagang-pedagang dari Tanah Arab ke Tanah Melayu. Secara tidak langsung, ia seolah-olah memperlihatkan kebetulan sahaja agama Islam datang ke Tanah Melayu. Bukannya dengan tujuan dan matlamat yang besar. Secara halusnya, kita menelan sahaja persepsi ini. Tetapi lupakah kita, junjungan besar kita Nabi Muhammad salallahualaih wasalam sendiri telah menekankan betapa peri kepentingan berdakwah itu?
Oleh itu, kedatangan pendakwah Islam ke nusantara ini adalah untuk berdakwah bagi menyahut seruan baginda Nabi. Itu adalah tujuan utamanya. Namun, dalam masa yang sama mereka turut berdagang untuk memudahkan usaha dakwah mereka. Oleh itu disini kita melihat dua aspek yang berbeza iaitu pedagang sambil berdakwah dan berdakwah sambil berdagang. Hanya dengan jarum halus orientalis, kita terpedaya.
Keduanya - apabila pendakwah Islam sampai ke nusantara, mereka terpaksa memilih bahasa yang sesuai untuk dijadikan bahasa dakwah atau dalam erti kata lain bahasa perantaraan untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat. Pada masa itu, di nusantara ini bahasa yang popular dan digunakan secara meluas ketika itu adalah bahasa jawa dan sanskrit. Namun begitu, kedua-dua bahasa ini telah dipenuhi dengan istilah-istilah hindu dan buddha ketika itu. Oleh itu ianya tidak sesuai digunakan sebagai bahasa dakwah.
Oleh yang demikian, pendakwah-pendakwah ketika itu telah beristikharah dan memilih bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai medium bahasa dakwah. Pada masa itu, bahasa melayu merupakan bahasa minoriti dan hanya digunakan di tempat-tempat yang terpencil sahaja. Dalam bahasa senangnya mungkin boleh diistilahkan bahasa hulu. Bangsa Melayu ketika itu juga merupakan golongan minoriti dan tidak ramai. Ia terhad digunakan di daerah-daerah kecil sahaja. Namun, pendakwah-pendakwah dan ulamak-ulamak ini mempunyai pandangan dan visi yang jauh ke hadapan.
Mereka mendapati bahasa Melayu mempunyai potensi yang besar untuk berkembang pada masa hadapan. Selain itu, bahasa Melayu itu sendiri belum dicemari dengan istilah-istilah dari agama hindu dan budha. Disebabkan oleh kesucian bahasa ini mereka telah memilihnya sebagai bahasa dakwah. Dan benarlah pandangan dan visi mereka, bahasa Melayu telah berkembang di seluruh nusantara dan digunakan di pelusuk negeri dan daerah. Kini bahasa Melayu berkembang dan dipenuhi istilah Arab. Jelaslah seperti juga bangsa Arab mereka menjadi mulia kerana Islam - tidak terkecuali umat Islam melayu juga menjadi terkenal dan mulia kerana Islam.
Namun pada hari ini jelas kepada kita terdapatnya usaha-usaha yang berterusan untuk terus mengecilkan dan menghapuskan bahasa Melayu. Sungguh pelik sekali kerana di dunia ini hanya terdapat satu bangsa sahaja yang menolak bahasa mereka sendiri iaitu bangsa melayu. Mereka terus meminggirkannya dan mendaulatkan bahasa asing yang diwar-warkan akan menaikkan martabat bangsa tersebut. Amat dangkal sekali pemikiran tersebut namun ia terus dipertahankan sehingga kini. Lalu apakah lagi yang mahu ditunggu? Adakah sehingga bahasa kita terlondeh dan ditelanjangkan, barulah kita terhegeh-hegeh untuk memartabatkan kembali bahasa kita? Semoga kita merenung kembali apakah kaitan antara bangsa dan bahasa kita.

2 comments:
Salam Ciklee,
Kja suka entry ni walaupun asyik tersedak2 kerana terasa kena perli dgn Ciklee.. Time kja sekolah dulu, kalau masuk Science Stream, dah x perlu belajar sejarah..dan kja ngaku itu jugak salah satu sbb utama kja pilih masuk Science Stream.. Kja lemah pelajaran Sejarah.. SRP (PMR skg) pun dpt C3 je..
Pasai bahasa pun kja terasa gak.. kja bnyk merosakkan bahasa dlm blog kja.. nak buat camna Ciklee, kja berfikir dlm bahasa rojak..
Kja : entry nih sesungguhnya Ikhlas. xde nak mengenakan sesiapa pun...
Pasal bahasa rojak tu setuju. DBP dah hilang suara untuk menjaga kekuatan bahasa kita. Di mana-mana radio semuanya mengunakan bahasa rojak yang merosakkan. Mungkin agak sempoi, tapi percayalah satu hari nanti bahasa kita kena cilok dan ancus..
Post a Comment