Kagum! Cukup kagum! Terlebih kagum pun ada! Jangan salah sangka kerana kekaguman saya pada kecekapan pegawai-pegawai BPR pada hari ini membuatkan saya kagum kepada diri saya sendiri. Tidak pernah diri saya sekagum ini. Jika sebelum ini pihak BPR seolah-olah bertapa di gua hantu hampir berpuluh-puluh tahun tanpa melakukan apa-apa tindakan yang drastik, tetapi hari ini mereka seolah-olah si buta dari gua hantu yang keluar dari pertapaannya. Sudah cukup tempoh pertapaan dan ilmu di dada sudah bertambah, maka mereka pun mula menunjukkan kebolehan dan ilmu yang dipelajari selama ini.
Tidak salah mereka bertindak secekap itu. Memang begitu pun yang kita kehendaki. Jika terbukti enam orang yang ditangkap termasuk exco Kerajaan Perak, dakwa sahaja mereka. Kita memang tidak mahu berkompromi dengan rasuah yang membarah di dalam masyarakat hari ini. (Boleh rujuk disini). Tetapi kita tidak mahu tindakan dan penangkapan itu dibuat secara terpilih. Mana yang kawan, dibiarkan. Mana yang lawan, dipijak sehingga tidak bermaya.
Umumnya, gejala rasuah ini bukanlah sesuatu yang baru. Rata-rata masyarakat tidak buta dan begitu celik untuk melihat gejala ini berleluasa dan membarah di dalam negara ini. Tidak kiralah sektor apa pun. Tidak ada yang terkecuali daripada dilanda barah rasuah. Dan keputusan PRU 12 yang mengejut kali ini juga atas kesedaran rakyat untuk menghapuskan dan membendung barah rasuah dari terus kronik.
Sebelum PRU-12 itu, bukan satu dua laporan mengenai rasuah dilaporkan oleh pihak-pihak pembangkang. Kemanakah pergi nya siasatan dan tindakan yang dibuat. Begitu juga dengan masalah royalti minyak di Terengganu. Pembinaan masjid kristal dan monsoon cup. Runtuhnya bangunan dewan sekolah yang bisa sahaja meragut beratus-ratus nyawa murid sekolah didiamkan begitu sahaja. Itu hanya di Terengganu.
Belum lagi laporan rasuah oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu sendiri. Pelbagai-bagai laporan salah laku rasuah yang dilaporkan. Namun kemanakah perginya siasatan dan laporan tersebut. Begitu juga dengan salah laku rasuah pelbagai pihak pentadbiran awam. Jauh panggang dari api jika tindakan rasuah ini diambil tindakan. Yang nyatanya kita semakin menjadi negara yang mesra rasuah di mata dunia.
Sebagai orang awam, saya cuba untuk bersangka baik kepada BPR. Harap-harapnya mereka akan bertindak untuk membasmi tindakan rasuah yang berleluasa. Yang kuman di seberang laut boleh nampak tanpa mikroskop, tetapi gajah di depan mata kabur dek kerana lena yang panjang. Saya juga ternanti-nanti jika ada tangkapan yang sama dibuat di Terengganu terhadap kes kereta Perdana vs kereta Mercedez di Terengganu. Adakah ia menjadi kenyataan ataupun saya hanya bermimpi di tengah hari?

2 comments:
malaysia - the magical country. ramai ahli magik di sini.
* terbongkar pula kisah - "imam" - ramlang porigi. yg menyaksikan sumpah saiful tu rupanya sekadar pembantu hal-ehawal islam. bukannya iman di masjid wilayah persekutuan. aisyehh kena tipu lagi. no ic dia - 790726125443 - siap akan mengundi di parlimen permatang pauh. ..
muda lagi dia ni bro ek. Nampaknya semalam ada lagi pengakuan eksklusif dia..
Post a Comment